Selasa, 5 April 2011

KALAH MENANG ADAT BERTANDING...GABUNGAN ITU MENGUATKAN LAGI...BERBALAH@BERPECAH MENGUNTUNGKAN MUSUH...

Suriati tidak gentar tumbangkan KM Sarawak
Apr 4, 11 6:52pm


Pemilik kedai runcit Suriati Abdullah, 50, yang kecil molek mungkin bukan seorang yang dikenali ramai tetapi mempunyai misi dan cita-cita besar.

NONESebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, beliau tidak gentar menghadapi nama gah dunia politik Sarawak.

"Saya akan menumbangkan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang juga Pengerusi Barisan Nasional negeri.

"Saya mempunyai isu-isu besar (yang mahu diketengahkan) dan orang ramai menyokong saya," dakwanya ketika ditemui selepas menerima surat perakuan sebagai calon PKR pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 daripada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Suriati berkata, keluarganya membantah pencalonannya sebagai calon tetapi suaminya menyokong keputusannya untuk bertanding pilihan raya.

Beliau mendakwa sokongan kepada PKR di peringkat akar umbi terutamanya di kalangan masyarakat Melanau, Cina dan Iban sangat memberangsangkan.

Suriati, yang juga lepasan sekolah menengah, berkata akan menjadikan isu tanah, geran hak milik tanah dan ketiadaan infrastruktur serta kemudahan awam yang baik dalam kempennya.

- Bernama




Pakatan bertembung di lebih 20 kerusi di Sarawak
Jimadie Shah Othman
Apr 4, 11
12:48pm


Peluang Pakatan Rakyat di Sarawak dilihat makin sukar apabila rundingan pembahagian kerusi sesama mereka hampir pasti gagal, yang menyaksikan pertembungan sesama sendiri di sekurang-kurangnya 23 kerusi.

NONEWalaupun masih tinggal dua hari sebelum penamaan calon pada 6 April ini, rundingan PKR dan Snap dilihat buntu, terutama apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mula bercakap tentang "risau" dan "waspada".

"Beberapa minggu sebelum ini, mereka (Snap) mula bercakap tentang meningkatkan kerusi. Itu menimbulkan kerisauan," katanya sambil menyentuh tentang kemungkinan berlakunya pecah undi.

Anwar juga berkata, pembangkang perlu memastikan Pakatan Rakyat melawan BN di semua tempat.

"Sehubungan itu, jangan ada parti yang ditaja," katanya.PKR hari ini mengumumkan sebahagian lagi calonnya dan memberikan watikah bagi bertanding dalam pilihan raya Sarawak di sebuah hotel di Sibu hari ini.

NONEBerucap dalam majlis itu mengambil peluang menasihati calon parti itu supaya "kurang ngomong", sebaliknya menjelajah dan bertemu sebanyak mungkin pengundi di kawasan masing-masing.

Mengulas peluang Pakatan, Anwar berkata, dalam tempoh enam hari di bumi Kenyalang itu, beliau melihat "isyarat yang baik".

Sementara dalam sidang media selepas itu, ditanya tentang pertindihan kawasan dengan Snap, Anwar meminta supaya pemberita tunggu beberapa hari lagi supaya ia diselesaikan.

Menyentuh soal tuntutan 27 kerusi oleh Snap, Anwar berkata pembahagian sepatutnya berdasar kekuatan dan komitmen pada Pakatan.

NONE"Soalnya adakah kita iltizam dengan agenda Pakatan Rakyat dan menentang BN?" Katanya.

Menjawab soalan, sambil menegaskan tidak merujuk langsung pada mana-mana parti, Anwar berharap tiada sabotaj dalam rundingan mereka.

PKR juga dikatakan akan bertanding di 48 kerusi daripada 71 kerusi yang dipertandingkan.




Saya bukan calon BN Ba’kelalan, kata Idris Jala
Apr 4, 11 5:35pm

Datuk Seri Idris Jala sendiri hari ini menamatkan spekulasi bahawa beliau merupakan `calon misteri' BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba'kelalan, yang nama calonnya belum diumumkan bagi pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April.

"Saya tidak akan terlibat dalam pilihan raya. Saya tahu spekulasi di akhbar-akhbar yang menyatakan bahawa saya mungkin calon misteri itu.

"Saya boleh mengesahkan bahawa saya sama sekali tidak akan bertanding dalam pilihan raya,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada Bernama menerusi SMS di Kuching.

BN semalam mengumumkan senarai nama 70 calon pilihan raya parti itu tetapi menimbulkan tanda tanya apabila tidak menamakan calon Ba'kelalan.

Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tan Sri Adenan Satem yang mengumumkan senarai nama itu berkata nama calon Ba'kelalan hanya akan diumumkan menjelang hari penamaan calon pada Rabu.

Adenan memberitahu media bahawa calon itu masih "misteri" buat masa ini dan enggan menyatakan sama ada Idris merupakan "calon misteri" yang dimaksudkan.

Akhbar tempatan The Borneo Post hari ini memetik Presiden Parti Demokratik rogresif Sarawak (SPDP) Datuk Seri William Mawan sebagai berkata: "Calon (Ba'Kelalan) kekal sata rahsia. Perdana Menteri mengetahuinya dan beliau pasti BN akan meletakkan calon yang tepat."

Kerusi Ba'kelalan di kawasan pedalaman daerah Baram, yang bersempadan dengan wilayah Kalimantan Barat, Indonesia, adalah satu daripada lapan kerusi yang diperuntukkan kepada SPDP, satu daripada empat parti komponen BN Sarawak.

Tiga lagi parti komponen BN ialah PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Sejumlah 71 kerusi menjadi rebutan pada pilihan raya negeri kali ke-10 ini.

Idris, yang juga menteri bertanggungjawab berhubung Program Transformasi Kerajaan, dalam SMSnya kepada Bernama turut menolak kemungkinan beliau akan bertanding kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang.

"Apabila selesai sahaja tugas saya (di Jabatan Perdana Menteri) saya akankembali ke dunia korporat. Tidak pening kepala," kata beliau.

Idris merupakan pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines sebelum beliau dilantik menganggotai Kabinet pada 2009.

Beliau juga CEO Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi memantau beberapa teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi beberapa kementerian.

- Bernama

Kerjasama PKR- Snap runtuh tetapi masih terbuka
Apr 4, 11 12:03pm


Naib Presiden PKR Tian Chua membayangkan kerjasama Pakatan Rakyat dan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) tidak akan mencapai penyelesaian sebagaimana yang diharapkan.

"Walaupun kami berusaha dengan sedaya upaya untuk bertolak ansur, nampaknya Snap tidak sanggup bersama berjuang menghadapi BN pada pilihan raya negeri akan datang," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

pkr wangsa maju ceramah 141210 tian chuaBagaimanapun menurut beliau, PKR masih mengambil sikap terbuka terhadap parti tertua di Sarawak itu.

"Walau Snap tidak bersetuju untuk memberi komitmen menentang Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud dan BN, pintu kerjasama masih tebuka," kata Tian.

"Sebagai tanda keikhlasan, PKR akan memberi Snap beberapa kerusi di pilihan raya untuk membantunya menewaskan BN," kata beliau lagi.

Snap sebelum ini menyatakan sokongannya untuk menyertai gagasan Pakatan Rakyat setelah disingkirkan oleh BN pada tahun 2004.

Namun parti itu dan PKR menemui jalan buntu berhubung pengagihan kerusi untuk pilihan raya negeri meskipun rundingan telah berlarutan sekian lama.

"Kami telah berharap Snap sanggup bersama kami dan menjadi sebahagian dari perjuangan kami untuk keadilan di Sarawak dan seluruh Malaysia.

"Jika mereka pilih untuk meletakkan kepentingan diri dahulu, dan tidak berminat untuk bertolak ansur, kami hanya boleh berdoa yang terbaik untuk mereka," kata Tian Chua yang juga ahli parlimen Batu.

snap pc kuching 050311Beliau juga menolak tuduhan Snap bahawa PKR kononnya 'lembap' dalam menjalankan rundingan berhubung pengagihan kerusi untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April.

"Kenyataan terbaru Snap yang menuduh PKR lambat dalam berunding juga tidak benar dan bertujuan mengelirukan umum. Sebaliknya banyak surat dan mesej yang dihantar kepada pimpnan Snap dibiarkan tanpa jawapan, kata Tian Chua




Deklarasi Klang bantah pembinaan loji nuklear
Apr 3, 11 10:46pm


Polis mengenakan sekatan jalan untuk menghalang sebuah perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat bagi membantah rancangan kerajaan persekutuan membina loji nuklear RM22 bilion di Pulau Ketam Selangor.

Kekangan polis itu bagaimanapun gagal menghalang ahli parlimen Klang Charles Santiago dan puluhan orang lain untuk berkumpul di sebuah dewan orang ramai bagi meluahkan bantahan mereka terhadap projek loji itu yang mencetuskan keresahan orang ramai.

anti nuclear protest at port klang 030411 banner"Kami, rakyat Malaysia yang hari ini berkumpul di Klang, mendesak kerajaan pusat membatalkan rancangan pembinaan loji nuklear di negeri ini khususnya di Klang. Kami percaya loji nuklear tidak selamat seperti di Fukushima, Jepun dan memberi impak kepada kesihatan rakyat adalah serius," kata Santiago membacakan apa yang dikenali sebagai Deklarasi Klang.

"Kami cadang kerajaan beri fokus kepada tenaga boleh baru untuk tampung keperluan tenaga negara dan kami tak percaya propaganda kerajaan pusat bahawa tenaga nuklear adalah bersih, efisien dan selamat. Dan akhir kami minta kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak membenarkan pembinaan loji di Selangor," katanya yang membaca deklarasi itu di hadapan wakil media.

Sejak awal pagi, kira-kira 100 anggota polis mengadakan kawalan ketat di sekitar jeti Pulau Ketam bagi menghalang tunjuk perasaan itu yang mendapat sokongan pelbagai parti politik dan pertubuhan alam sekitar.

Penganjur kemudian mengambil keputusan untuk mengalihkan majlis ke sebuah dewan orang ramai yang berhampiran.

anti nuclear protest at port klang 030411 copsMenurut Santiago, kerajaan BN hanya akan membazirkan wang rakyat jika meneruskan pembinaan loji nuklear berkenaan.

"Rancangan kerajaan sekarang ialah pada tahun 2021 dan 2022 ialah untuk bina loji nuklear di Malaysia. dan loji itu termasuk dalam program ekonomi kita,

"Kosnya RM 22 billion, tapi ikut masa, mungkin naik ke RM50 bilion," katanya.

Tindakan polis itu menyebabkan ramai pihak dapat menyertai perhimpunan ini untuk meluahkan rasa kesal terhadap projek loji nuklear berkenaan.

Tiada ulasan: