Laporan qazaf itu dibuat ekoran pendedahan video seks yang dikaitkan seorang pemimpim pembangkang yang didakwa mirip dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dua pemimpin tersebut - Ketua AMK Wilayah Persekutan Mohd Hamdi Mohd Said dan Ketua AMK cabang Batu Rozan Azen Md Rasip (kiri) - memberi keterangan secara berasingan di jabatan berkenaan kira-kira jam 3 petang semalam.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Mohd Hamdi berkata beliau bersama Rozan memberi keterangan sebagai saksi setelah mengiringi Shamsul Iskandar sewaktu membuat laporan pada 4 April lalu.
Sewaktu memberi keterangan kepada seorang pegawai penyiasat JAWI, Mohd Hamdi berkata antara soalan yang ditanya mengenai latar belakang peribadi dan penglibatannya dalam parti.
Selain itu, Mohd Hamdi berkata, beliau juga ditanya berkisar mengenai tempoh video seks yang disiarkan dalam internet termasuk tempoh beliau mengenali Anwar yang juga ketua pembangkang.
Menjawab soalan pegawai penyiasat berhubung dari mana beliau mendapat bukti video seks tersebut, Mohd Hamdi berkata:
"Saya memberitahu bahawa mendapat bukti video lucah itu melalui internet, blog dan laporan berita termasuk kenyataan daripada (ahli parlimen Sungai Petani) Datuk Johari Abdul," katanya.
Menurut Mohd Hamdi, beliau juga turut bertanyakan kepada pegawai penyiasat berhubung tindakan JAWI untuk memanggil trio 'Datuk T' - iaitu Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Syazril Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim.
Mohd Hamdi mendakwa pegawai penyiasat akan memanggil Datuk 'T' "selepas menyiasat" laporan yang dikemukakan oleh mereka.
"Saya minta JAWI memanggil ketiga-tiga trio itu untuk memberikan keterangan... Orang yang mendakwa orang lain berzina perlu mengemukakan empat orang saksi," katanya dengan nada kecewa.
Mohd Hamdi yang juga ketua AMK Wangsa Maju berkata Rozan turut diajukan soalan yang sama sewaktu memberi ketrangan kepada pegawai penyiasat JAWI dalam bilik yang berasingan.
Mereka memberi keterangan selama kira-kira satu jam setengah.
Mereka akan dipanggil untuk memberi keterangan semula jika diperlukan oleh JAWI, tambah Mohd Hamdi.
Pada 23 Mac lalu, trio 'Datuk T' itu mengakui bertanggungjawab menyimpan dan menayangkan video seks yang dikaitkan dengan Anwar kepada sebahagian wakil media di Carcosa Seri Negara, dua hari sebelumnya.
Susulan itu, Shamsul Iskandar membuat laporan qazaf (tuduhan zina) kepada Jawi dan memberi keterangan kepada agensi kerajaan itu pada Isnin lalu.
Sempena deklarasi Hari Pekerja Sedunia itu, kumpulan tersebut juga menuntut supaya BN mengawal kenaikan harga barangan yang berterusan meningkat sehingga membebankan rakyat ekoran kenaikan kos hidup yang semakin tinggi.
"Kenaikan harga barang seperti minyak dan gula memberi impak yang tinggi kepada rakyat dan kaum pekerja khususnya yang berpendapatan rendah.
"Alasan yang diberikan oleh kerajaan – 'penyelarasan subsidi' iaitu mengalihkan beban subsidi dan defisit yang ditanggung oleh kerajaan kepada rakyat untuk mengelakkan kerajaan menjadi muflis.
“Ini merupakan satu hujah yang tidak rasional kerana pada masa yang sama kerajaan dengan bangganya mengumumkan pelbagai projek mega seperti bangunan 100 tingkat yang tidak memberi manfaat kepada rakyat.
Menurut deklarasi 1 Mei sempena hari pekerja itu lagi pembaziran seumpama itu tidak seharusnya dilakukan dalam keadaan rakyat terbelenggu dengan pelbagai tekanan ekonomi akibat sistem kapitalis ini.
“Walaupun kerajaan kerap mengisytiharkan kejayaannya menguruskan ekonomi namun ia tidak mampu mengubah kehidupan rakyat.
“Rakyat masih terbelenggu dengan pelbagai beban yang dialihkan oleh pihak kerajaan kepada mereka.," kata mereka dalam satu kenyataan.
Kumpulan itu juga membidas amalan nepotisme, kronisme, ketidaktelusan dalam menguruskan wang rakyat, penyalahgunaan kuasa dan rasuah masih berlaku di peringkat atasan sehingga menyebabkan pengagihan sumber kekayaan yang tidak adil.
"Yang miskin terus miskin, yang kaya terus mengawal dan menikmati sumber kekayaan negara.
"Malaysia mempunyai jurang perbezaan pendapatan antara kaya dan miskin paling tinggi di Asia Tenggara.
"Kira-kira 40 peratus penduduk hanya memiliki 14.3 peratus pendapatan negara sedangkan golongan atas 20 peratus memiliki 50 peratus pendapatan negara."
Memetik sumber daripada kenyataan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam, kumpulan itu berkata 34 peratus daripada pekerja di negara ini menerima pendapatan di bawah garis kemiskinan iaitu RM720 sebulan.
"Dasar ekonomi yang menjurus ke arah pertumbuhan ekonomi dan sistem pasaran terbuka semata-mata terus dipersoalkan kerana ia tidak menjamin agihan ekonomi yang adil.
"Tumpuan terhadap arah pertumbuhan ekonomi semata-mata hanya akan merangsang persaingan di kalangan kaum pemodal tanpa kawalan seterusnya menggalakkan penindasan ke atas pekerja," kata mereka.
Sehubungan itu menjelang sambutan Hari Pekerja 1 Mei ini, mereka menuntut 18 perkara daripada kerajaan:
- Hentikan rundingan Perjanjian Perdagagan Bebas (FTA) dengan EU dengan melibatkan rakyat dalam proses membuat keputusan.
- Hentikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang membebankan rakyat
- Gubal rang uUndang-undang anti gangguan seksual untuk mengelakkan diskriminasi terhadap kaum wanita, pastikan tempat kerja selamat serta diberi perlindungan dari gangguan seksual.
- Tingkatkan penglibatan tenaga kerja wanita yang terbantut selama 30 tahun pada tahap 46.7 peratus. Sediakan tempat asuhan kanak-kanak yang dibiayai oleh kerajaan untuk membolehkan wanita melibatkan diri dalam pembangunan negara.
- Hentikan penswastaan khususnya terhadap perkhidmatan awam seperti hospital dan air dan hentikan Skim Pembayaran Penuh Pesakit (Full Paying Patient) di hospital kerajaan dengan segera.
- Laksanakan pendidikan percuma untuk semua dengan memansuhkan segala jenis yuran dari prasekolah hingga universiti.
- Isytihar kesatuan sekerja secara automatik dengan mansuhan undang-undang yang mendiskriminasi pekerja dan sebarang peraturan yang memangsakan ahli kesatuan sekerja.
- Iktiraf hak tanah adat orang Asli/Asal di Malaysia dan berikan hak milik kekal serta kukuhkan status tanah rizab orang Asli di Malaysia. Rancangan pembangunan tanah orang Asli hendaklah berasaskan kehendak, keperluan dan aspirasi orang Asli.
- Hak perumahan hak rakyat dengan sediakan perumahan yang mampu dimilik, yang selesa, cukup ruang, dengan kemudahan yang perlu untuk pembangunan sosial keluarga dan komuniti.
- Mansuhkan segala undang-undang yang menindas dan mendiskriminasi rakyat dan pekerja, antaranya ISA, OSA, EO, DDA, Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU), Akta Pertubuhan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.
- Wujudkan tabung pemberhentian kerja dengan segera dan bantuan terus kepada pekerja yang kehilangan kerja. Kerajaan harus memperuntukkan RM0.5 billion untuk mulakan tabung ini dan gunakannya untuk membantu mereka yang dibuang sehingga dapat kerja.
- Wujudkan polisi dan perundangan domestik bagi melindungi pekerja tidak rasmi.
- Tandatangan beberapa Konvensyen lain seperti Konvensyen 1951 berkaitan Status Pelarian dan Protokol 1967 dan Konvensyen Pekerja Asing bagi membolehkan hak migran, pelarian dan pencari suaka bekerja secara sah dan bebas daripada eksploitasi dan penindasan.
- Laksanakan polisi ekonomi berlandaskan keperluan tanpa mengira kaum dan jantina. Menuntut suatu model pembangunan yang saksama, yang memberi kepentingan kepada rakyat setempat di mana segala rancangan pembangunan mestilah dibincang dan dipersetujui oleh semua
- Menuntut sistem pentadbiran kerajaan yang adil serta pelaksanaan dan agihan ekonomi yang benar-benar telus, bersih dan bebas dari segala bentuk rasuah, kronisme dan penyelewengan.
- Selamatkan bumi kita, hentikan pembinaan reaktor nuklear di Malaysia, hentikan penghapusan hutan tanpa kawalan untuk tujuan pembalakan dan penanaman kelapa sawit.
Mereka yang menandatangani deklarasi 18 tuntutan itu adalah seperti berikut:
- AWAM - All Women's Action Society
- CAN - Community Action Network
- CDC- Community Development Centre
- CIJ – Centre for Independent Journalism
- DEMA – Malaysia Youth and Students Democratic Movement
- EMPOWER - Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor
- JAG - Joint Action Group for Gender Equality
- JERIT - Jaringan Rakyat Tertindas
- KOMAS - Pusat Komunikasi Masyarakat
- ODHA - Orang yang Hidup Dengan HIV dan AIDS
- Pemuda Sosialis
- PERMAS - Persatuan Masyarakat Selangor & Wilayah Persekutuan
- PRM - Parti Rakyat Malaysia
- PSM - Parti Sosialis Malaysia
- PSWS - Persatuan Sahabat Wanita Selangor
- PWW - Perak Women for Women
- SABM - Saya Anak Bangsa Malaysia
- SAWO - Sabah Women's Action-Resource Group
- SIS - Sisters in Islam
- SMM - Solidariti Mahasiswa Malaysia
- SUARAM - Suara Rakyat Malaysia
- WAO - Women's Aid Organization
- WCC- Women's Centre for Change
- KAMI - Kumpulan Aktivis Muda Independen
- Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar, PAS
Saifuddin yang juga timbalan menteri pengajian tinggi berkata BN sebaliknya mesti menghormati hak pengundi.
“Dengan segala hormatnya, saya minta rakan-rakan di BN jangan menyalahkan atau menuduh mereka yang tidak undi kita sebagai tidak tahu bersyukur.
“Dalam demokrasi, kita mesti hormat hak pengundi untuk memilih mana-mana parti yang disukai mereka. Nanti kita nak jumpa merka lagi dalam pilihan raya akan datang.
“Kalau mereka tempelak kita, apa macam?” soalnya dalam satu kenyataan.
Katanya, pemikiran politik perkauman BN perlu dihentikan segera, kerana hakikatnya keputusan pilihan raya Sarawak, membuktikan rakyat tidak mengira kaum mahukan gerakan dan perubahan.
“Jika ada perubahan dari pilihan raya Sarawak, ia tidak harus disandarkan pada trend demografi bangsa tetapi kecenderungan geografi berdasarkan lokasi.
“BN sebenarnya meniupkan sentimen bangsa dengan menuduh DAP bermain politik perkauman. Keputusan pilihan raya membuktikan keinginan dan gerakan untuk perubahan tidak terbatas pada satu komuniti sahaja tetapi tersebar di pelbagai masyarakat Sarawak,” katanya dalam satu kenyataannya hari ini.
Beliau juga tidak menolak sokongan semua kaum di Sarawak adalah penyumbang kepada sokongan terhadap DAP dan Pakatan Rakyat semakin tinggi, berdasarkan beberapa analisis.
“Kejayan Pakatan Rakyat dan DAP secara khusus, tidak mungkin terjadi tanpa peningkatan sokongan semua komuniti di Sarawak. Hal ini terutama jelas dalam kerusi luar bandar seperti Kidurong, Piasau, Batu Kawah dan Meradong yang semuanya dimenangi DAP.
Lim juga mengakui bukan semua kawasan majoriti Cina memberi sokongan terhadap DAP kerana DUN Bawang Assan dimenangi Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), sebuah parti komponen BN.
“Penting untuk dicatat bahawa sokongan tidak seragam di beberapa bahagian seluruh negara. Ada BN berjaya mencapai perubahan yang menguntungkan mereka. Hal ini berlaku untuk kerusi majoriti Cina juga, seperti Bawang Assan.
“Calon kami hilang sokongan berbanding dengan 2006. Hal ini juga tanggapan yang besar bagi Sarawak, dan jurang antara Cina dan bukan Cina yang ketara antara luar bandar dan bandar,” ujarnya.
Justeru, Lim mahu BN supaya tidak lagi mengaitkan sokongan terhadap DAP bersifat perkauman kerana rakyat lebih rasional memikirkan masalah yang dihadapi mereka.
“Mereka yang tidak bertanggung jawab cuba untuk memainkan isu perkauman. Yang jelas adalah penolakan pengundi tidak ada kaitan dengan perkauman tapi lebih kepada masalah yang menimpa mereka,” katanya
Malah kata Lim, Najib boleh diibaratkan sebagai 'pak turut' yang menjejaki langkah presiden Umno sebelum ini, Tun Abdullah Badawi.
“Soalan yang diingin diketahui ramai sekarang ialah sama ada Perdana Menteri Najib Razak telah menjadi seorang lagi Pak Lah (Abdullah), perdana menteri kelima yang tidak mengendalikan Umno meskipun beliau adalah Presiden Umno sehingga menyaksikan beliau dipaksa bersara sebagai ketua Umno dan perdana menteri,” kata Lim dalam satu kenyataan media hari ini.
“Jawapan semakin diperlukan selepas pendirian Najib yang langsung tidak boleh diterima berhubung cadangan 1Melayu, 1Bumi oleh Utusan,” kata Lim.
Beliau juga membidas perdana menteri yang memberikan alasan dayus bahawa kenyataan rasis yang disiarkan akhbar milik Umno itu adalah pendapat peribadi penulisnya.
Semalam, Najib berkata gerakan '1Melayu, 1Bumi' yang disaran Utusan Malaysia bukan pandangan kerajaan.
"Itu pendapat peribadi penulis yang berkenaan tetapi daripada segi kerajaan kita sudah ada gagasan yang cukup jelas dan kita akan teruskan usaha kita,” katanya.
Menurut pemimpin veteran DAP itu, cadangan Utusan tersebut ibarat satu tamparan terus ke muka perdana menteri yang sebelum ini sibuk mencanang-canangkan konsep 1Malaysia yang kononnya bagi menyatukan rakyat pelbagai bangsa di negara ini.
Katanya, alasan Najib tidak dapat diterima, khususnya akhbar bahasa Melayu itu adalah 'lidah rasm' Umno dan laporannya menggambarkan pandangan pemimpin Umno dalam kerajaan.
"Berilah masa kepada polis untuk meneruskan siasatan serta tidak perlulah polis mendedahkan apa yang mereka lakukan dalam siasatan itu dari sehari ke sehari," katanya kepada Bernama.
"Kita jalankan kerja kita dan apa juga keputusannya kemudian akan diumumkan kalau bukan kita pihak Peguam Negara akan umumkan," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Majlis Sehari Bersama Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di Shah Alam hari ini.
Rabu lalu, Pejabat Peguam Negara mengarahkan polis menyemak dan menambah maklumat berhubung kertas siasatan rakaman aksi seks itu.
Ketua pendakwa Pejabat Peguam Negara, Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata kertas siasatan dikemukakan pada 19 April itu telah dikembalikan pada hari yang sama.
"Saya telah berikan polis arahan supaya menyiasat lanjut. Kita tidak memberikan mereka sebarang tempoh masa untuk melengkapkan siasatan.
"Ini kali kedua kertas siasatan dipulangkan kepada polis,” kata Tun Majid (kanan).
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan bahagian-bahagian yang memerlukan siasatan lanjut. Apabila ini dilakukan, ia bermakna ini kali ketiga bagi polis mengemukakan kertas siasatan mereka ke Pejabat Peguam Negara buat kali ketiga.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengesahkan perkara itu berkata pihaknya sudah menghantar kertas siasatan berhubung kes tersebut minggu lalu tetapi diminta membuat semakan terhadap beberapa perkara.
Ismail juga minggu lalu berkata polis telah mengenalpasti individu dalam aksi seks berkenaan dan mereka mempunyai bukti yang mencukupi serta pita tersebut adalah tulen.
Akhbar milik Umno - Berita Harian pada Rabu lalu yang memetik sumber polis juga melaporkan lokasi video seks tersebut dirakamkan - telah dikenalpasti iaitu di sebuah kondominium di pinggir Kuala Lumpur.
Selain itu, wanita dalam rakaman video seks itu dikatakan adalah dipercayai seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara.
Pada 21 Mac lalu, video berkenaan dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai 'Datuk T' di Carcosa Seri Negara.
Trio 'Datuk T' itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Shuib Lazim.
Pembaharuan Selangor manfaat untuk rakyat
Ismail Hashim | ||||
KLANG, 23 April: Segala pembaharuan berbentuk program menguntungkan rakyat yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor sejak 8 Mac 2008 adalah jawapan kepada kritikan yang sering dilemparkan BN selama ini. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, jika sebelum ini pimpinan dan pendokong Pakatan Rakyat mengaitkan BN dengan sikap dan program mereka yang tidak membawa manfaat kepada rakyat, kini Selangor telah berjaya menunjukkan bentuk terbaik. Abdul Khalid menegaskan demikian ketika berucap dalam program Ceramah Perdana Pencapaian Negeri Selangor di Kompleks Sukan Pandamaran, dekat sini malam tadi. Sebelum itu, majlis dimulai dengan mendengar ucapan oleh Exco Dr Hajah Halimah Ali, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud, Exco Ronnie Liew dan Exco Dr Xavier Rajakumar yang membentangkan kemajuan dicapai oleh pentadbiran negeri sejak PR terajui Selangor. "Sumber Negeri Selangor cukup untuk rakyat negeri cuma perlu sikap amanah, tertib dan alirkan hasil negeri kepada rakyat yang memerlukan dan menjauhkan perbuatan rasuah," tegas Abdul Khalid lagi. Beliau juga mendedahkan bagaimana rakyat Negeri Selangor kini sudah boleh menggunakan teknologi yang dihasilkan mengenai rekod pemilikan tanah yang hanya perlu dicari melalui komputer menerusi Google GIS menggunakan satelit. Menurutnya, dokumen mengenai tanah itu dapat disemak dalam kadar segera dan rakyat sudah tidak perlu datang ke pejabat tanah lagi dan dalam masa dua tahun nanti, staf pejabat tanah pula yang akan turun ke kampung-kampung untuk urusan tanah. "Negeri lain belum ada lagi teknologi ini dan bila sudah berjaya, lepas ini negeri lain boleh membeli teknologi ini dari Selangor dan wang itu dimasukkan ke Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)," tegasnya sambil mendapat tepukan hadirin. Kini, jelasnya, Kerajaan Negeri Selangor mahu menyemai semangat dan jiwa baru kepada rakyatnya di mana mereka merasa megah menjadi rakyat Selangor yang suka kepada kebersihan dan kehijauan. Di akhir ucapannya, Abdul Khalid melancarkan program Kembara Briged Amal yang berkampung di situ sehingga 24 April dengan mengadakan berbagai program di kawasan rakyat miskin termasuk aktiviti 4 x 4 di hutan berdekatan. Menteri Besar turut menjelaskan, sebelum bersama PKR, beliau telah bersama Yayasan Amal untuk membantu mereka yang memerlukan dalam banyak program sebelum ini dan berdoa agar program Briged Amal berjaya. Sementara itu, ketibaan beliau dan Dr Halimah disambut kumpulan kompang Melayu, tarian singa Cina dan gendang keling India diiringi ke pentas utama sebelum majlis bermula. Kelihatan ramai Adun-adun dan Ahli Parlimen turut hadir. Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Hasbullah Ridzwan berucap aluan menyebutkan peranan Briged Amal dan Unit Amal di dalam melaksanakan tugas mereka membantu anggota masyarakat terutaman ketika menghadapi bencana alam. Ketika berucap, Dr Mariah berkata beliau bercakap sebagai orang luar yang tidak berada di dalam pentadbiran kerajaan negeri namun kerana sayang kena tegur selain dari pujian terhadap semua program kerajaan negeri. Katanya, hak diberikan pada semua rakyat yang perlu, bukan kerana bangsa atau parti mana yang mereka pilih, kerana itu, sejak PR memerintah, rakyat merasa sense of belonging atau rasa kekitaan. Menurutnya, Selangor sejak PR memerintah telah mendapat tempat pertama dalam banyak perkara antaranya seperti TAWAS yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana kerajaan negeri termasuk Pusat Kadar miskin di Selangor pula di bawah RM1,500 sedang Pusat RM750 bererti lebih ramai rakyat boleh terima bantuan kerajaan di masa sama di peringkat negara, orang masih miskin dalam kadar RM1,500, masih terdapat dalam jumlah 40 peratus lagi, ujarnya. Selangor, jelasnya, telah memulakan cuti bersalin untuk wanita selama 90 hari untuk semua kelahiran dan Kerajaan Pusat meniru juga dengan memberikan cuti tiga bulan itu tapi hanya untuk tiga orang anak sahaja. Dalam masa sama, Kerajaan Selangor melakukan Ujian Mammogram percuma untuk 1 juta wanita memeriksa payudara yang kini sudah 50,000 wanita dan dari jumlah itu, 47 mengalami kes berat yang boleh diselamatkan. 1Melayu 1Bumi keakuan melampau
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan