| Aziz Muda | ||||||||||||||||||||||||||
KUALA LUMPUR, 21 April: Kejadian tanah jerlus yang berlaku jam 12.15 malam 14 April lalu di Jalan Syed Mahadi, Kampung Baru, di sini, yang jelas merupakan bencana alam, telah dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab sebagai alat untuk menyebarkan fitnah terhadap Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali. Fitnah tersebut disebarkan menerusi pemasangan 'banner' di beberapa batang jalan raya utama di ibu kota sejak awal pagi ini yang memburukkan Dr Lo'Lo' kononnya hanya sekadar pandai bercakap dan berjanji, tetapi tidak melakukan sebarang tindakan untuk mengatasinya. Setakat yang dapat dikesan hari ini, banner-banner tersebut dinaikkan di tiga tempat iaitu di jejantas Jalan Raja Abdullah dekat Kampung Baru, jejantas berdekatan Tabung Haji dan jejantas dekat Jalan Gurney. Lontoran kata-kata yang dipaparkan pada banner-banner itu masing-masing berbunyi "Dr Lo' Lo' hanya pandai cakap/janji tapi tak mampu selesaikan isu tanah mendap di Kampung Baru", "Tanah Kampung Baru mendap, apa Dr Lo'Lo' mampu buat?" dan "Tanah Kampung Baru mendap, rakyat perlu nilai kemampuan Dr Lo' Lo' selesaikan masalah". Pegawai Khas kepada Dr Lo' Lo', Yasir Asri Zaid Yazid menegaskan, pihaknya amat kesal dengan pemasangan 'banner-banner' itu kerana ia jelas satu fitnah yang tidak berasas terhadap Dr Lo'Lo'. Menurut beliau, pada hal sejak awal kejadian, Dr Lo' Lo' telah bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan tinjauan yang disusuli dengan beberapa tindakan bagi membantu mangsa yang terlibat dan berusaha mengatasi kejadian itu dengan pelbagai cara. Katanya, Dr Lo' Lo' ternyata tidak berdiam diri dengan apa yang berlaku dan ia bukan sekadar diakui mereka yang menjadi mangsa, tetapi juga seluruh penduduk Kampung Baru yang prihatin dengan kejadian itu. "Antara usaha yang dilakukan oleh Dr Lo' Lo' atau pihak kami, kami bukan sekadar membantu mangsa-mangsa yang terlibat dengan menumpangkan mereka tinggal di Dewan Serba Guna yang terletak di Jalan Hamzah di Kampung Baru ini, tetapi juga membantu menyediakan makanan dan minuman secukupnya kepada mereka. "Selain itu, mereka juga turut dibantu oleh Dr Lo' Lo' atau pihak kami untuk tinggal di rumah PPR Jalan Ayer Panas dekat Setapak sehingga mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah terjamin keselamatannya," jelasnya ketika ditemui di pejabatnya di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Titiwangsa di Kampung Baru, di sini, hari ini.
Kini, hasil dari perbincangan itu, pihak-pihak bertanggungjawab telah pun digerakkan untuk segera mengatasi kejadian itu dengan beberapa langkah wajar termasuk membaikpulih kawasan kejadian dengan menambak kembali tanah yang runtuh, membaiki kembali longkang yang pecah dan mengadakan beberapa langkah keselamatan bagi penduduk di kawasan itu. Katanya, kejadian tersebut membabitkan 58 keluarga termasuk warganegara luar, tetapi daripada jumlah itu hanya 7 keluarga sahaja yang paling teruk terjejas. Kejadian tersebut berlaku akibat longkang yang berada di bawah tanah di jalan tersebut pecah, apabila palung besar yang berada di atasnya yang membawa aliran air dari Sungai Bonus bersebelahan wisma Bernama ke Sungai Kampung Baru atau Sungai Klang, bocor kerana tersumbat dengan sampah sarap yang terlalu banyak. Ini menyebabkan berlakunya penyerapan air ke dalam tanah yang membawa kepada mendapan tanah sehingga mencetuskan tanah jerlus dan banjir lumpur di kawasan itu, sekali gus merbahayakan rumah-rumah kediaman di sekitarnya. Kejadian tidak diduga itu sememangnya mencemaskan, tetapi hasil usaha Dr Lo' Lo' dengan kerjasama pihak-pihak berwajib, 51 keluarga terbabit telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sejak Ahad lalu setelah rumah-rumah mereka terjamin selamat. Menurut Yasir Asri, 7 keluarga yang terjejas teruk itu pula ditempatkan di rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Ayer Panas sehingga selesai kerja-kerja menambak dan membaikpulih tempat kejadian. "Keluarga yang ditempatkan di PPR Jalan Ayer Panas itu dijangka akan terus tinggal di sana sehingga kerja-kerja itu selesai yang dijangka sehingga tiga bulan tanpa sebarang bayaran, hasil ketegasan dan kecekapan rundingan Dr Lo' Lo' dengan pihak DBKL," tegasnya. Dengan perkembangan tersebut, beliau yakin segala fitnah jahat yang dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu terhadap Dr Lo' Lo' pasti akan terpadam dengan sendirinya kerana ia bukan sekadar dapat dinilai sendiri oleh penduduk Kampung Baru, tetapi juga oleh pelbagai pihak di seluruh negara. "Tambahan pula dalam masa yang sama, 'banner-banner' itu bukan sekadar segera diturunkan oleh pihak kami, tetapi kami sendiri juga akan turut mendedahkan kepada pelbagai pihak tentang fitnah mereka itu agar semua pihak dapat menilainya dengan adil," tegas beliau.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Khamis, 21 April 2011
BEZANYA KUASA DAN PENGARUHNYA...TAPI TAK DAPAT MENANDING KUASA ALLAH...AKHIRAT NANTI SAMA2 KITA TENGOK....MEREKA BUKAN NABI DAN WALI ALLAH...
Dr Lo' Lo' difitnah kerana tanah jerlus
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
KUALA LUMPUR, 21 April: Kejadian tanah jerlus yang berlaku jam 12.15 malam 14 April lalu di Jalan Syed Mahadi, Kampung Baru, di sini, yang jelas merupakan bencana alam, telah dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab sebagai alat untuk menyebarkan fitnah terhadap Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.
Di samping itu, Dr Lo' Lo' turut berusaha mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak bertanggungjawab bagi mengatasi kejadian itu termasuk dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
TEMERLOH, 21 April: Kenapa PAS dikritik pedas oleh beberapa orang penulis, penganalisis politik dan juga blogger sejurus selepas kegagalan parti menawan sebarang kerusi di Sarawak?
Tetapi polis yang membuat kenyataan itu dipercayai sudah puas hati kumpulan tiga orang itu sudah boleh didakwa.
Justeru, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi & Inovasi dan Kebudayaan negeri, Rodziah Ismail (gambar) berkata projek-projek internet percuma yang sedang giat dijalankan di semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor adalah sebahagian daripada manifesto Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat yang mengutamakan kehendak dan kepentingan rakyat.
RAWANG, 21 April: Penduduk Bandar Tasik Puteri bakal menerima susur jalan keluar masuk ke lebuhraya Kuala Lumpur - Kuala Selangor (KLKSE) tidak lama lagi, kata anggota Parlimen Selayang, William Leong hari ini.
Sementara itu, Ahli Majlis MPS Zon 24, Zaidy Abdul Talib pula berkata, "Tujuan kita adakan mesyuarat ini bagi membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi menyelesaikan kemelut susur keluar-masuk lebuhraya KLKS yang dihadapi oleh penduduk dan pengguna lebuhraya disini”.
GEORGETOWN, 21 April: Umno Pulau Pinang sehingga kini gagal menghantar atau menyerahkan walaupun satu nama berhubung dakwaan sebelum ini yang menyatakan terdapat segolongan warga emas ingin mengembalikan wang RM100 pemberian kerajaan negeri.
KUALA LUMPUR, 21 April: Isu-isu berkaitan warga Felda yang sering menjadi perbahasan di Dewan Rakyat turut menjadi perhatian ahli Dewan Negara.
"Saya yakin dan percaya bahawa Sarawak boleh berubah sebagaimana kita berjaya merubah kawasan yang pekat dengan pengaruh Umno BN di Semenanjung.
Pengerusinya, Mazlan Aliman (gambar) berkata, sepanjang tempoh kempen untuk kedua-dua pilihan raya kecil itu yang masing-masing pada Januari dan Mac lalu, seluruh jentera Felda digunakan untuk membantu kempen BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan