Katanya, ini kerana sasaran BN adalah untuk membentuk kerajaan negeri, yang hanya memerlukan kemenangan majoriti mudah.
"Kemenangan dua pertiga adalah satu sasaran yang mampu dicapai. Jika kita capainya dua pertiga itu satu markah bonus untuk wujud kerajaan yang kuat dan stabil," katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Mesra Rakyat di Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya yang mempunyai majoriti pengundi Melayu.
Najib menjawab soalan mengenai kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud semalam yang optimis untuk mengekalkan majoriti dua pertiga dengan kemenangan di kawasan luar bandar dan pinggir bandar.
Najib, yang disambut dengan paluan kompang dan bunga Manggar, mengakui BN menghadapi tentangan hebat di kawasan bandar, dan cabaran yang dihadapi kali ini "mungkin yang paling sukar dalam sejarah politik Sarawak".
Oleh itu, katanya, parti komponen BN dari Semenanjung Malaysia datang untuk membantu memperkukuhkan lagi jentera gabungan itu.
Katanya, mereka datang sebagai sebuah keluarga untuk membantu calon BN kekal diperintah BN.
Najib berkata, pihaknya tidak dapat menafikan bahawa kerusi di kawasan bandar berdepan dengan tentangan paling sengit.
Bagaimanapun, katanya, BN telah membariskan senarai calon yang berwibawa.
"Jika (pengundi) tidak melihat ini dan hanya mengundi untuk protes, maka saya tidak tahu lah," katanya kepada wartawan.
"Saya tahu di mana kekuatan BN, di mana kita hadapi tentangan. Kita kena bekerja kuat lagi di kerusi yang terlepas dan kita ada calon yang berwibawa," katanya.
Ditanya kononnya BN cuma membawa "politik Semenanjung", Najib berkata, tuduhan pembangkang itu hanya untuk mengelirukan pengundi sedangkan mereka sendiri turut berkempen di Sarawak.
"Anda tengoklah sendiri Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan Lim Guan Eng juga ada di sini turun berkempen.
"Saya - mereka kata tak boleh pulak. Saya adalah Perdana Menteri untuk semua, untuk ralyat Sarawak juga," katanya.
Taib malam tadi mengesahkan bahawa beliau akan terus berkuasa untuk beberapa tahun lagi, namun Najib, mungkin kerana peka kepada sentimen rakyat Sarawak tidak mahu memberi pengesahan.
Namun Najib harus berpandukan isu pengganti Taib ini kepada pengalaman dirinya sendiri ketika ditabalkan menjadi perdana menteri.
Sejurus selepas BN hilang kuasa di empat negeri dan kelebihan majoriti dua pertiga di parlimen pada Mac 2008, pemimpin-pemimpin kanan Umno, dengan sokongan Tun Dr Mahathir Mohamad menggerakkan agenda untuk memaksa Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.
Tawaran Abdullah sendiri untuk berundur selepas dua tahun ditolak oleh pemimpin berkenaan. Yang paling lantang mengkritik pelan itu adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana berpeluang menjadi timbalan presiden Umno dan timbalan perdana menteri jika Abdullah berundur.
Untung paling besar
Tentunya yang mengaut keuntungan paling besar adalah Najib selaku perdana menteri baru. Seorang lagi yang tersenyum lebar adalah Dr Mahathir, kerana peralihan kuasa itu sekali lagi memberi beliau pengaruh untuk membina masa depan anaknya Mukriz dalam Umno.
Hakikatnya adalah, pelan peralihan dua tahun yang ditawarkan oleh Abdullah ditolak dan Najib dan Muhyiddin diangkat menerajui Umno dan Malaysia pada April 2009.
Ketika itu, tidak timbul soal “rakyat akan terkejut jika ada peralihan mendadak atau pelan menggantikan Taib disusun dengan rapi supaya tidak merencatkan masa depan rakyat dan negara,” seperti mana yang dicanang oleh Najib dan Taib di Sarawak ketika ini.
Yang penting bagi Najib dan Muhyiddin ketika itu ialah mengambil kesempatan atas “kelemahan” Abdullah dan merebut kuasa untuk diri mereka sendiri dengan meniupkan sentimen anti-Pak Lah dalam Umno ketika itu.
Di Sarawak, Najib tentunya akur bahawa sebilangan besar rakyat Sarawak mahukan Taib berundur pada kadar segera.
Kehadiran ribuan rakyat di ceramah-ceramah Pakatan Rakyat sejak 6 April lalu mencerminkan sentimen sedemikian di peringkat akar umbi.
Kuasa mutlak
Meskipun demikian, Taib sekali lagi menegaskan beliau akan terus menjadi ketua menteri untuk beberapa tahun yang akan datang.
Di Sarawak, Taib memegang kuasa mutlak untuk menentukan hala tuju politik beliau dan parti-parti BN di negeri itu. Dr Mahathir sendiri gagal untuk memujuk Taib berundur pada tahun 2000.
Tidak ada apa-apa yang berubah sejak itu.
Hakikat bahawa Najib tidak “berani' mengulas kebingkasan Taib yang menyifatkan tindakan yang diambil oleh Putrajaya bagi menyelesaikan kemelut al-Kitab sebagai “bodoh” menunjukkan seolah-olah perdana menteri sendiri tunduk kepada telunjuk Taib.
Rakyat amat sangsi bahawa wujud sebarang persetujuan antara Taib dan Najib berhubung pengunduran ketua menteri itu. Ini lebih-lebih lagi apabila Taib masih lantang mengumumkan beliau akan terus berkuasa “untuk beberapa tahun akan datang.”.
Jika ada pun sebarang pelan peralihan kuasa, Najib dan Taib harus mendedahkannya kerana rakyat perlu menilai sama ada mereka menerima rancangan sedemikian atau tidak sebelum mengundi pada Sabtu ini.
Pengalaman BN pada masa-masa lalu, membuktikan Malaysia tidak pernah mempunyai pelan peralihan kuasa yang dilaksanakan dengan sepenuhnya.
Sudah luput
Lihat sahaja bagaimana Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, malah Dr Mahathir sendiri mengejutkan rakyat dengan persaraan mereka.
Dalam kes Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein, persaraan mereka terikat kepada politik dalaman Umno yang berhubung kait dengan Dr Mahathir.
Dan persaraan Dr Mahathir sendiri didorong oleh kesedaran bahawa jangka hayatnya sebagai presiden Umno sudah luput kerana orang Melayu mulai menolaknya.
Jadi soal pengunduran Taib tidak harus menimbulkan kesangsian bahawa Sarawak akan “kelam kabut” jika beliau berbuat demikian secara mendadak .
Jika Malaysia boleh melalui peralihan kuasa sedemikian, Sarawak tentu boleh!
Kita percaya jika Taib, BN dan Putrajaya tidak mengasuh dan menyediakan pemimpin pelapis untuk mengambil alih daripada Taib sehingga sekarang, maka mereka dengan sendirinya telah gagal melaksanakan amanah rakyat.
Namun yang lebih membimbangkan adalah kenyataan Taib bahawa beliau akan berkuasa untuk beberapa tahun akan datang, bermaksud cengkaman beliau ke atas negeri ini akan berterusan sekurang-kurangnya untuk masa terdekat.
Dengan portal berita, termasuk Malaysiakini dan Sarawak Report, yang telah menerbitkan laporan kritikal mengenai ketua menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, tidak dapat diakses akibat serangan siber, rangkaian televisyen telah diarahkan jangan menyiarkan rali dan ceramah-ceramah Pakatan Rakyat.
Sumber yang rapat dengan gergasi media yang dikaitkan dengan Umno itu - Media Prima - memberitahu Malaysiakini bahawa semua rangkaian televisyen miliknya telah diarahkan supaya tidak menyiarkan ceramah harian Pakatan yang berjaya menarik kehadiran ribuan orang.
“Visual rali mega tidak sama sekali boleh disiarkan meskipun ia berkaitan dengan pilihan raya,” kata sumber dalaman itu.
Media Prima memiliki semua rangkaian televisyen swasta percuma di negara ini -TV3, ntv7, 8TV and TV9.
Selain televisyen, akhbar Cina juga diberi tekanan selepas BN dikatakan mungkin tumbang di beberapa kawasan yang mempunyai pengundi majoriti masyarakat Cina.
“Walaupun belum diberi arahan, kita mesti berhati-hati dengan laporan berita. Saya tidak fikir, kita mampu lagi memberi liputan pada ratio 60:40 bagi BN dan Pakatan, kita sekarang terpaksa menukarnya kepada 70:30,” kata seorang editor akhbar harian Cina.“Sejak dua atau tiga lalu, liputan ke atas kami telah berkurangan dengan begitu ketara sekali,” kata seorang pekerja kempen DAP.
Hadir di Kuching hari ini adalah presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek manakala setiausaha agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha telah berada di bumi kenyalang sejak beberapa hari lalu. Bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dijadualkan tiba esok.
Chua yang ditemui pada satu majlis kempennya berkata beliau secara peribadi dijemput oleh presiden SUPP, Tan Sri Dr George Chan bagi membantu menentang Pakatan Rakyat, khususnya DAP di kawasan bandar-bandar.
"Kita tidak mempunyai sebarang pengaruh di sini kerana tidak mempunyai sebarang cawangan tetapi atas semangat BN dan bagi menunjukkan sokongan kepada perdana menteri, kita akan semua datang membantu,” katanya.
Menurut Chua, beliau akan membantu SUPP berdasarkan pengalaman luas MCA berdepan dengan parti pembangkang itu di semenanjung.
"Mereka (SUPP) telah ditenggelamkan oleh DAP dan PKR yang telah menghantar pemimpin peringkat pertama, kedua dan juga ketiga mereka. Mereka (SUPP) tidak biasa menghadapi tindakan agresif seperti ini,” kata Chua.
Selepas Kuching, Chua akan menuju ke kubu kuat Chan di Miri yang sejak beberapa hari lalu menyaksikan jumlah kehadiran besar pada ceramah Pakatan Rakyat.
Pelayan berkenaan telah tidak berfungsi sejak jam 11 pagi semalam. Memandangkan serangan yang berpunca dari beberapa pelayan lain di China, Malaysiakini masih belum berjaya menangkis serangan berterusan itu.
Sebagai respon dan perkhidmatan kepada pembaca, semua laporan Malaysiakini, termasuk dalam versi bahasa Inggeris akan disajikan secara percuma melalui posting di Wordpress dan Facebook.
Malaysiakini juga akan berhijrah ke pelayan baru. Kami sedang bekerjasama dengan pusat data baru dengan memperhebatkan lagi ciri-ciri keselamatan terutama dari trafik yang datang dari sumber yang mencurigakan.
Sesetengah pembaca masih boleh melayari Malaysiakini. Jika anda gagal berbuat demikian, cuba padamkan 'cache' di 'browser' (Bagi Firefox, sila ke 'Tools', klik 'Clear recent history', dan kemudian 'Clear now'. Bagi Internet Explorer, sila ke 'History', klick 'Delete browsing history', dan kemudian 'Delete').
Namun, kami masih menjangkakan beberapa siri serangan diteruskan ke atas Malaysiakini dalam menghadapi liputan pilihan raya negeri Sarawak pada Sabtu ini. Bagi menangkis serangan baru, Malaysiakini akan mewujudkan pelayan baru dari lokasi baru.
Malaysiakini mengalu-alukan sumbangan anda
Bagi menjamin tahap keselamatan yang lebih kukuh, Malaysiakini memerlukan dana tambahan. Selain itu, dana berkenaan akan juga digunakan bagi membina beberapa pelayan baru bagi menambahkan keupayaan kapasiti. Minggu lalu, Malaysiakini dilayari sekitar 500,000 pembaca sehari berbanding purata 300,000 sehari.
Kad Kredit
Pembaca boleh membuat sumbangan dengan kad kredit melalui panggilan telefon 03-2284 3367 mulai jam 9 pagi hingga 7 malam. Petugas Malaysiakini akan memohon butiran kad kredit anda.
Maybank2u
Pilih 'Mkini Dotcom Sdn Bhd' dari senarai penerima bayaran.
ATM Maybank
Di mana-mana ATM Maybank, dana boleh dipindahkan kepada Akaun Semasa Mkini Dotcom Sdn Bhd, No: 514178153586
PayPal
Ahli Paypal boleh membuat pindahan wang online kepada MKINI DOTCOM SDN BHD atau email subscribe@malaysiakini.com.
Cek/Kiriman Wang
Sila buat bayaran atas nama Mkini Dotcom Sdn Bhd dan poskannya kepada Malaysiakini, 48, Jalan Kemuja, Bangsar Utama, Kuala Lumpur, Malaysia
Sumbangan Tunai
Sumbangan tunai boleh diserahkan kepada pejabat kami di 48, Jalan Kemuja, Bangsar Utama, Kuala Lumpur dari jam 9 pagi hingga 7 malam.
Husam pertahan BN perlu namakan pengganti Taib
Rizal Tahir |
KOTA BAHRU, 13 April: Permintaan Perdana Menteri agar Ketua Menteri Sarawak berundur dan persetujuan Taib Mahmud untuk berundur, antara sebab kenapa Barisan Nasional Sarawak perlu menamakan dan menentukan tarikh pengudurannya itu. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan