Rabu, 13 April 2011

BILA DIDUNIA KITA BERKUASA...MEMANG KITA BOLEH BUAT APA KITA SUKA...INGAT AKHIRAT PENDAKWAAN TERHADAP KITA...SABIT..BARU TAU SAPE KITA...

Tarikh undur: Pakatan tak boleh perangkap saya
Aidila Razak
Apr 12, 11
12:41pm

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata beliau tidak akan dibuli bagi menamakan pengagantinya atau mendedahkan tarikh pengundurannya hanya kerana pembangkang mahu beliau berbuat demikian.

NONEPembangkang tidak boleh perangkap saya. Kita bukan bodoh (untuk memberikan tarikh). Kita akan lakukan dengan cara yang betul,” katanya kepada wartawan di Kuching hari ini.

"Saya tidak akan tunduk dengan desakan orang yang tidak mampu menguruskan parti mereka sendiri,” katanya.

Taib sepanjang pilihan raya negeri kali ini dibidas pelbagai pihak kerana dikatakan sudah berkhidmat terlalu lama, iaitu 30 tahun dan tidak menunjukkan tanda-tanda akan berundur.

Semalam, Taib berkata beliau akan berundur 'dalam beberapa tahun' meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak mendakwa ketua menteri itu telah bersetuju menyerahkan jawatannya selepas pilihan raya 16 April ini.

Keengganan Taib berundur telah dijadikan modal berkempen kepada pembangkang, di mana pengundi diberitahu bahawa setiap undi kepada BN adalah untuk kepada Taib dan amalan rasuahnya.

Antara dakwaan yang dilemparkan itu termasuk tindakan Taib dan kerajaan BN merampas tanah rakyat untuk keluarganya.

Dakwaan tersebut melibatkan projek kerajaan dan juga persendirian seperti pembinaan empangan hidroelektrik di negeri itu.



ADUN Pakatan berang 'diperiksa ketat'
Apr 12, 11 7:29pm

Tindakan polis yang mahu melakukan imbasan keselamatan (scan) ke atas beberapa ADUN Pakatan Rakyat sebelum dibenarkan menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula hari ini, menyerlahkan diskriminasi pihak berkuasa terhadap ADUN Pakatan Rakyat, lapor TV Selangor.

NONEADUN Pasir Panjang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata, beberapa anggota polis bertegas mahu melakukan imbasan keselamatan itu ke atas dirinya dan beberapa ADUN Pakatan lain.

“Saya sendiri nak masuk dalam Dewan Undangan Negeri tadi ditahan oleh tiga orang polis dan mereka nak scan kami, dia nak pasang alat itu dan saya tanya ini arahan siapa? Dia diam sahaja.

“Saya berjumpa dengan seorang pegawai SUK, saya tanya siapa yang arah polis duduk di sini dan imbas kami? Dia jawab kami tiada arahan. Maka saya tanya polis, ini arahan siapa?

"Saya nak menunjukkan bahawa kehadiran polis dekat pintu masuk dewan juga ada, di luar dewan lagi ramai. Ada trak polis, bas polis, kereta polis,motor polis," kata Nizar pada satu sidang media, di Ipoh, hari ini.

NONEWalaupun sidang DUN kali ini tidak dikawal ketat seperti sebelumnya, namun kehadiran anggota polis di dalam dan luar bangunan Perak Darul Ridzuan dilihat mencemarkan kemuliaan Dewan.

Pada hari ini kira-kira 100 anggota polis berkawal di sekitar bangunan Perak Darul Ridzuan.

Malah pengamal media juga tidak dibiarkan bebas menjalankan tugas mereka sebaliknya 'dikurung' dalam peti kaca.

“Inilah di antara ketidakyakinan mereka kepada persidangan itu sendiri walhal ini adalah titah Tuanku itu sendiri jadi biarlah media masuk. Jadi ini sepatutnya tidak berlaku," katanya.


NGO serah memo bantah perbelanjaan ketenteraan
Salhan K Ahmad
Apr 12, 11
12:51pm

Sekumpulan lebih 10 orang aktivis hari ini berhimpun di hadapan Markas Angkatan Tentera, Kuala Lumpur bagi menyerahkan satu memorandum berhubung peruntukan ketenteraan negara yang didakwa semakin meningkat setiap tahun.

Memorandum berkenaan antara lainnya mempertikaikan peningkatan perbelanjaan ketenteraan sehingga RM23 bilion dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK).

NONE"(Sedangkan), menteri pelajaran pada masa yang sama mengumumkan terdapat 600 buah sekolah di negara ini berada dalam keadaan kritikal," memorandum itu dipetik.

Memorandum itu juga menyebut, peruntukan perbelanjaan pertahanan mencecah 15.9 peratus daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan kerajaan dalam tempoh RMK-3 dan 15 peratus dalam tempoh RMK-6.

"Sementara itu, peruntukan kesihatan hanya sekadar 1.6 peratus dan 1 peratus bagi tempoh RMK-4 dan RMK-5.

"Ini secara jelas menggambarkan bahawa kerajaan BN telah menunjukkan komitmen dan fokus luar biasa terhadap ketenteraan dan peruntukan pertahanan pada beberapa dekad lepas," menurut memorandum itu lagi.

Memorandum berkenaan ditandatangani oleh 26 NGO dan parti politik, antaranya Suaram, Food Not Bombs Kuala Lumpur dan Parti Sosialis Malaysia.

NONETurut hadir dalam perhimpunan itu ialah ADUN Kota Damansara Dr Mohd Nasir Hashim dan juga pengarah Suaram Kua Kia Soong.

Ketika bercakap kepada media, Kua berkata jumlah perbelanjaan sebanyak RM6 bilion untuk pembelian kapal peronda tentera oleh kerajaan sepatutnya boleh digunakan untuk membina 6000 buah sekolah.

"Apa yang kita perlukan ialah hospital dan bukan pesawat Hornet, sekolah dan bukannya kapal selam.

"Jika ditanya, (kerajaan) cuma akan kata (sebab) keselamatan negara," kata Kua lagi yang mendakwa, kerajaan tidak bertindak secara telus dalam memberi penjelasan berhubung perbelanjaan ketenteraan.

Memorandum berkenaan diterima oleh setiausaha bahagian kewangan kementerian pertahanan Mohd Shahbudin Ibrahim yang menemui pemimpin aktivis berkenaan di luar kompleks kementerian tersebut.

Penyerahan memorandum berkenaan dibuat sempena hari tindakan sedunia bagi menentang perbelanjaan ketenteraan (GDAMS) yang disambut pada hari ini.



Pakatan guna 'pendekatan S'gor' tarik Orang Asal
Keruah Usit
Apr 12, 11
1:36pm

Usaha kerajaan negeri Selangor membantu masyarakat Orang Asli di negeri itu kini dijadikan teladan kepada Pakatan Rakyat untuk menembusi kawasan pedalaman ketika pilihan raya negeri Sarawak ke-10 ini, kata ADUN Rawang, Gan Pei Nei.

NONEGan, kini sibuk berkempen untuk rakan PKR, iaitu Peter Ato dan Willie Mongin di dua kerusi majoriti pengundi Bidayuh iaitu di Tarat dan Bengoh.

"Kami mengadakan mesyuarat dengan pemimpin tempatan masyarakat Bidayuh. Semangat untuk ubah jelas kelihatan, mereka mahu perubahaan.

"Ini khususnya, apabila kami terangkan kepada mereka berhubung kerja-kerja kerajaan negeri Selangor yang membantu masyarakat Orang Asli seperti mengazetkan tanah untuk mereka, membekalkan infrastruktur asas dan memberikan geran hak milik tanah,” katanya.

Menurut Gan, Pakatan Rakyat mampu memberikan kerajaan baru kepada penduduk Asal yang selama ini tidak dapat membayangkan kerajaan negeri yang bukannya BN.

bidayuh protest tree planting project in serian 170407 jap celebKatanya, sebahagian besar masyarakat Bidayuh menerima saranannya dan bersetuju pendekatan kerajaan negeri Selangor apalah apa yang mahu mereka tiru dalam kerajaan Sarawak seterusnya.

"Mereka berkata akan sampaikan mesej kami dan berkongsi mengenainya dengan masyarakat mereka. Kita mesti tembusi dan masuk ke pedalaman untuk bercakap kepada mereka dan minta mereka gunakan kuasa undi bagi melakukan perubahaan untuk masyarakat mereka sendiri,” katanya.


Dadah: Ameng Spring dihukum penjara, sebatan
Apr 12, 11 3:22pm

Penyanyi kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng, dihukum penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana kesalahan dadah.

Hakim Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman itu selepas Ameng, 42, mengaku bersalah terhadap kesemua tiga pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Ameng, didakwa bersama-sama isterinya Sabariah Zakaria, 41, bagi pertuduhan pindaan pertama dan kedua. Sabariah yang mengaku tidak bersalah kemudiannya dibebaskan selepas pihak pendakwaan menarik balik kedua-dua pertuduhan terhadapnya.

Bagi pertuduhan pindaan pertama, Ameng dihukum penjara lapan tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah memiliki kanabis seberat 105.90 gram dalam sebuah bilik hotel di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir di Melaka pada 5.20 petang 1 Feb lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2), Akta yang sama dan dibacakan bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang dari lima tahun dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Ameng dihukum penjara dua tahun setelah mengaku bersalah pada waktu, tempat dan tarikh yang sama, memiliki dadah methamphetamine seberat 0.22 gram.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3), akta yang sama dan dibaca bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Bagi satu lagi pertuduhan, Ameng dihukum penjara satu tahun dengan dua tahun pengawasan polis selepas dia mengaku bersalah melakukan pemberian diri sendiri dadah jenis methamphetamin, di pejabat siasatan jenayah narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di sini, pada 6 petang 1 Feb lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 2003) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1)(b) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 38b akta sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan dua tahun pengawasan.

Hakim Abu Bakar memerintahkan hukuman penjara bagi tiga pertuduhan tersebut berjalan serentak bermula tarikh dia ditangkap pada 1 Feb lepas, bermakna Ameng menjalani hukuman penjara sebanyak lapan tahun dan 10 sebatan serta dua tahun pengawasan oleh polis.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, sepasukan anggota polis yang menyerbu bilik hotel berkenaan dan menjumpai sebuah beg hitam di bawah sofa dan Ameng sedang duduk bersila di lantai berhadapan kerusi itu.

Apabila beg itu dibuka, terdapat satu beg kertas yang telah terkoyak dan di dalamnya terdapat bungkusan plastik berwarna biru lut sinar mengandungi ketulan daun mampat dipercayai ganja.

Semasa serbuan itu, isteri Ameng dan seorang kanak-kanak lelaki, dipecayai anak mereka, turut berada dalam bilik itu.

Terdahulu dalam merayu agar dikenakan hukuman yang ringan, peguam Azrul Zulkifli Stork, yang mewakili Ameng, berkata penyanyi itu menyesal atas perbuatannya dan berjanji tidak mengulangi kesalahan itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Iffa Sirrhu Samsudin, berkata sebagai seorang yang dikenali umum terutama golongan remaja, kesalahan seperti itu memberi impak tidak baik kepada golongan tersebut.

Beliau memohon mahkamah mengenakan hukuman yang berat agar menjadi pengajaran kepada tertuduh dan juga masyarakat supaya tidak terjebak dengan dadah yang memusnahkan kehidupan.

- Bernama


KPDNKK: Tanya harga masakan patin, elak tertipu
Apr 12, 11 4:10pm

Semua restoran, kedai makan dan gerai termasuk yang menjual masakan ikan patin diwajib mempamerkan senarai harga bagi memudahkan orang ramai dan pelanggan mengetahui harga makanan berkenaan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK) Cawangan Temerloh Othman Din berkata, tiada peniaga terkecuali daripada arahan itu walaupun ia berniaga di sebuah gerai kecil.

"Mereka yang menjual makanan yang sudah masak dan mentah serta barangan keperluan yang tidak mempamerkan tanda harga boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga 2011.

NONE"Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan penalti tidak melebihi RM100,000 atau tidak melebihi tiga tahun penjara atau keduanya sekali," katanya kepada Bernama di Temerloh, hari ini.

Bagi kedai makan yang menjual masakan ikan patin, beliau berkata, mereka perlu mempamerkan dua harga berlainan.

"Satu harga ikan patin sungai iaitu patin muncung dan patin buah atau lain-lain jenis ikan sungai berharga, manakala satu lagi senarai harga patin sangkar,” kata Othman.

Menurutnya, dengan harga yang berlainan itu, pelanggan boleh membuat pilihan untuk menikmati ikan patin dan mereka tidak akan terkeliru apabila bayaran dikenakan ke atas mereka.

Bernama difahamkan patin sungai mencecah RM45 seketul bergantung pada saiz, manakala patin sangkar pula harganya antara RM5 hingga RM7 seketul.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sebuah restoran di bandar Temerloh yang mengenakan bayaran RM13,000 kepada sekumpulan pelanggan yang menikmati hidangan masakan kampung termasuk ikan patin baru-baru ini.

Othman berkata, pemilik restoran, kedai atau gerai perlu ikhlas dan tidak mengelirukan pelanggan walaupun matlamat berniaga untuk mencari rezki dan untung.

"Pelanggan yang merasa teraniaya dan dikenakan bayaran mahal hanya sekali sahaja ke kedai tersebut dan yang ruginya adalah peniaga itu sendiri," katanya.

Beliau menasihati pelangan yang ingin menikmati ikan patin perlu bertanya tuan punya restoran terlebih dahulu bagi mengelakkan daripada membayar harga mahal.

Di Temerloh terdapat lebih 200 pengusaha ikan patin sangkar dan ikan itu dijual antara RM14 hingga RM15 sekilogram.

Bagi ikan patin sungai jenis muncung dan patin buah yang ditangkap di sungai, ia dijual kepada peraih atau kedai makan dengan harga antara RM90 hingga RM120 bergantung kepada saiz.

- Bernama

Tiada ulasan: