Hukum bersanding
Assalamualaikum ustaz,
Apakah hukum bersanding? Saya melihat di Malaysia ni dah macam jadi adat dan budaya.
Jawapan:
بسم الله الرحمن الر حيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
وبعد,
Bersanding adalah salah satu adat yang berlaku di dalam kenduri perkahwinan. Ada pandangan mengatakan bahawa ianya merupakan adat yang diambil daripada India. Ini seperti yang diterangkan oleh De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) dan mereka berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.
Antara matlamat diadakan kenduri kahwin adalah untuk melakukan pengisytiharan bahawa hubungan kedua mempelai adalah sah sebagai suami isteri. Di dalam mengadakan kenduri perkahwinan berkenaan, terdapat beberapa acara termasuklah upacara persandingan.
Bersanding berlaku dengan meletakkan kedua mempelai duduk bersebelahan di tempat yang dipanggil sebagai pelamin yang dihias indah untuk dipertontonkan kepada tetamu yang hadir.
Untuk mengetahui hukum upacara persandingan di dalam Islam, terlebih dahulu kita perlu mengetahui beberapa acara yang berkaitan dengan persandingan secara jelas bertentangan dengan agama Islam jika ia dilakukan.
- Penggunaan beras kunyit, jampi mentera semasa berandam, atau ketika mendirikan pelamin kononnya untuk menghalau hantu dan syaitan. Sabda Rasulullah s.a.w:
عن أبي هريرة رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : من أتى عرّافا أو كاهنا فصَدَّقَه بما يقول فقد كفر بما أُنزِل على محمد.
Maksudnya: "Diriwayatkan daripada Saidina Abu Hurairah r.a. katanya: Sabda Baginda s.a.w. : Sesiapa yang mendatangi dukun dan bomoh ,malah membenarkan apa yang disebutkan oleh dukun atau bomoh tersebut, Sesungguhnya (orang-orang yang mendatangi bomoh dan dukun sebegini) telah mengingkari apa yang diwahyukan kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam."
- Melakukan beberapa larangan Allah seperti membuang bulu kening, mengikir gigi dalam upacara mengandam:
لعن النبي صلى الله عليه وسلم الواصلة والمستوصلة ، والواشمة والمستوشمة .
الراوي: عبدالله بن عمر المحدث: البخاري – المصدر: صحيح البخاري – الصفحة أو الرقم: 5940
خلاصة حكم المحدث: [صحيح]Bermaksud: Nabi s.a.w melaknat orang yang menyambungkankan dan meminta rambutnya disambung, orang yang membuat tatto dan orang yang meminta dirinya untuk ditattoo.
- Berhias untuk membuat penampilan kepada orang ramai sehingga tidak menghiraukan lagi batasan syara’ dalam perhiasan diri seperti pengantin lelaki dipakaikan emas dan sutera, pengantin perempuan berpakaian membuka aurat dan bertabarruj secara jahiliyyah.
وَلا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأُولَى
(Ahzab 33) .Firman Allah taala di dalam surah al- Nur ayat 31:
وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آَبَائِهِنَّ أَوْ آَبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
(Surah al-Nur 31)
Maksudnya: "dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka ; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka , atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat wanita, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah taala, wahai orang-orang yang beriman , supaya kamu berjaya."
- Melakukan pembaziran di dalam menyediakan kelengkapan untuk persandingan seperti singgahsana pelamin.al-Isra’ 26.
"dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau."
(Surah al-Isra’ 26)Al-Imam al-Jurjani mengatakan bahawa al-Israf ialah mengeluarkan harta lebih daripada perkara yang diperlukan.Manakala al-Tabzir pula ialah mengeluarkan harta bukan kepada perkara yang diperlukan (perkara maksiat).
Bersanding harus dengan syarat tidak melibatkan perkara-perkara di atas.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Disediakan oleh:
Ustaz Zamri Hashim
Sekretariat MUIS
Hukum Bersanding Dalam Islam
SOALAN:
Berikutan penerangan ustaz di dalam akhbar Utusan Malaysia pada Jumaat 28 Ogos 2009 mengenai hal-hal adat Melayu yang boleh membawa kepada syirik kepada keesaan Allah, saya amat berharap agar ustaz dapat menjelaskan tentang hukum upacara bersanding dan merenjis semasa adat majlis perkahwinan orang Melayu.
Jawapan:
Hukum Bersanding
Jika majlis persandingan tersebut dibuat secara tertutup (di hadapan keluarga terdekat/mahram), ia diharuskan. Ini kerana ada di antara adat yang masih boleh dipulihkan mengikut acuan Islam atau memenuhi tuntutan syarak.
Tujuan asal majlis bersanding ini ialah untuk memperkenalkan pengantin yang bergelar raja sehari kepada orang ramai.
Memang seharusnya mereka diperkenalkan sebagai pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi kebanyakan tetamu yang datang ke majlis walimah itu adalah bertujuan melihat dan menatap wajah pasangan raja sehari.
Namun di dalam majlis yang penuh kemeriahan dan bersejarah perlu di pastikan agar syariat Islam tidak tenggelam dalam lautan kegembiraan.
Persoalan yang sangat penting dalam bersanding ialah dari manakah asalnya budaya bersanding; adakah ia budaya masyarakat melayu atau budaya masyarakat lain.
Sepanjang pemerhatian, saya dapati budaya bersanding di Malaysia asal usulnya adalah dari budaya masyarakat India. Sekiranya masyarakat Melayu masih mahu berpegang kepada adat maka perlu pastikan adat itu tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Justeru, apa jua bentuk upacara majlis persandingan boleh diadakan tetapi dengan syarat persandingan itu hanya dikhaskan untuk ahli keluarga yang mahram sahaja.
Tiada percampuran iaitu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
Tiada pembaziran dan tiada aktiviti-aktiviti yang melalaikan. Apatah lagi jika mengabaikan perintah Allah SWT dengan meninggalkan solat atas alasan sibuk melayan para tamu yang hadir.
Disebabkan manusia tidak mengambil berat terhadap syariat maka hilangnya keberkatan dalam sebuah perkahwinan. Ini kerana manusia lebih ghairah menggembirakan orang ramai dan tidak menggembirakan Allah SWT.
Itulah masalahnya; manusia hanya akan mencari Allah SWT ketika ditimpa duka dan dalam keadaan terhimpit; dan melupai-Nya sewaktu dia senang dan gembira.
Hukum Adat Merenjis
Adat merenjis jika ia dilakukan dengan kepercayaan untuk menghindarkan pasangan pengantin daripada nasib buruk atau gangguan makhluk halus, ia tidak ubah seperti mengikuti adat masyarakat Hindu. Ia adalah diharamkan.
Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya: "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka". (Hadis sahih riwayat Abu Dawud).
Dalam hadis lain yang dikeluarkan oleh al-Imam Ahmad, Ibn Umar r.a juga berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Aku diutus dengan pedang menjelang hari kiamat, sehingga (orang-orang bukan Islam) menyembah Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, dijadikan rezeki dibawah bayangan tombakku, dan dijadikan hina dan rendah bagi sesiapa saja yang berselisihan dengan urusanku. Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka". (Musnad Ahmad)
Dua hadis di atas jelas menunjukkan kepada kita mengenai larangan Islam kepada umat Islam supaya tidak mencontohi atau meniru adat dan amalan masyarakat yang lain selain dari Islam.
Namun begitu, jika ia dilakukan dengan niat semata-mata untuk meriah dan menyerikan lagi majlis perkahwinan tersebut tanpa disertai oleh sebarang niat yang lain, maka ia diharuskan.
Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah pihak yang melarang mengamalkan adat tersebut dengan alasan ia bukan dari budaya Islam.
Memang benar, panel turut mengakuinya. Namun, Islam tidak melarang sebarang adat tempatan dan budaya sesuatu tempat selagi mana adat dan budaya tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan di dalam Islam.
Wallahu 'Alam.
Hukum Bersanding dalam Islam
assalamualaikum, sekadar pendapat dan pengalaman dengan kerjaya yg mempunyai perkaitan rapat dengan persandingan... saya ada diskusi dengan beberapa orang ustaz, mmg terdapat elemen haram bagi majlis yang di adakan secara melampaui batas...pembazirannya, solekannya, cukur keningnya, bersandingnya, ... termasuk budaya dan amalan hindu... bak kata ismail kamus, umat di tanah melayu ramai yang berjaya di Islamkan setelah datangnya para pedagang arab, namun masih tidak berjaya meninggalkan budayahindu....sukar kerana telah berakar...
tapi alhamdulillah, semakin ramai yang memahami... walaupun ada elemen budaya yang tidak bercanggah dengan syara'... tetapi kebanyakkannya ada unsur pembaziran, dan amalan yg berkaitan dengan kepercayaan. perlunya hati-hati disini agar kembali kepada Ajaran yg asal.. Setakat ini, pengalaman saya, persandingan adalah untuk saudara-mara, hanya untuk gambar kenang-kenangan... unsur berhias tabarruj tu ketat dan rapat sangat dengan istilah raja sehari.. dipakaikan cantik-cantik untuk diperkenalkan sebagai dua pasangan suami isteri.. hanya segelintir yg masih mengamalkan renjis-renjis (gambar waktu renjis2 ni lah paling tak cantik sbb tak best) Kerana ada dua kes (setakat ini) pasangan yg hampir bercerai, tetapi tak jadi bercerai asbab terlihat semula gambar-gambar perkahwinan mereka yang mempunyai "moment" yang indah dan tersendiri bagi mereka... saya pada mulanya nak berhenti dari kerjaya ini, namun, saranan ustaz tersebut mengatakan saya boleh gunakan kerjaya ini sebagai satu medan dakwah untuk saya sampaikan pada pasangan dan seterusnya kepada masyarakat... insyaAllah.. bermula dari tempahan, saya sikit demi sedikit soal selidik mengenai pakaian waktu hari perkahwinan, jika tidak bertudung, saya nasihatkan bertudung... baru-baru ini, ada pasangan yg bertudung,
tetapi ..pak andam tu pandai-pandai pakaikan tudung yg nampak mcm anak tudung, dililit2 pada kepala, kononya style baru...alahai... saya terkejut sebab pengantin itu dia asalnya bertudung elok, tutup bahu dan tutup dada,... lalu saya tegur kepada pengantin... "tak cantiklah tudung nie... nampak pelik... nanti anak tak kenal siapa mak dia dalam gambar pengantin(pinjam statement dari rakan forum nie =D)... lagipun, nampak rambut pada tepi sideburn"... dia terus bincang dengan suami dia, lalu bersetuju untuk tukar kepada tudung biasa... yg menutupi bahu dan dada... awalnya si pak andam taknak tukar dengan alasan sudah kesuntukan masa untuk rombongan keluar berarak... dengan izin Allah s.w.t... Hujan lebat turun... dan pihak ibu bapa pengantin perempuan pula telah tersesat jalan.... makanya ada masa untuk tukar baju dan tudung! =D alhamdulillah..dgn izin Allah s.w.t... asbab hujan itu, pak andam setuju untuk tukar tudung lilit kepala kepada tudung tutup bahu dan dada... pak andam tu sambil dok betulkan tudung dia mengomel, dia kata, majlis sekali seumur hidup, kenalah lain dari hari biasa... saya balas... majlis sekali seumur hidup inilah yg kita nak cari berkat... sambil senyum-senyum... dia diam...wallahua'lam.. atas nasihat ustaz2 juga... boleh mempengaruhi jadual waktu kenduri, kebanyakkannya saya minta selepas zohor kita mulakan semuanya atau selesaikan semuanya sebelum zohor... agar asbab walimah itu, ramai yg bersolat zohor berjemaah.. atau menyelesaikan solat zuhur dahulu baru ke majlis walimah... ada satu pasangan, dicadangkan pada mereka untuk bernikah pada hari jumaat, mengambil keberkatan penghulu segala hari, dan juga dapat menjamu jemaah hari jumaat... alangkah besarnya pahala mereka berdua... juga pernah mencadangkan hanya yg bersaudara sahaja mengambil gambar di pelamin dan di pentas... alhamdulillah... banyak yg dipermudahkan untuk dipersetujui...walaupun ada yg membantah... takpe.. tetap menyampaikan kebenaran... ada juga majlis yg menyentuh hati saya apabila, kanak-kanak di ajar bergotong royong mengangkat pinggan, cawan, dan sehingga membasuh pinggan dan cawan... bahkan yang dewasa dari berbeza parti politik, berbeza agama, bergotong royong masak, belah kayu api, dan sebagainya.. terharu majlis dia menjadi asbab perpaduan masyarakat.....bahkan apabila masuk waktu asar... semua di ajak solat jemaah di surau berhampiran... fuh!! syahdu!! dan juga pernah saya ceritakan seorang hartawan yg revert, maharnya 7.5 juta..(sebuah kondo) tetapi majlisnya 100% di masjid, tiada sanding, jamuan makan di ruang makan masjid, dan ambil gambar di tasik titiwangsa.. kaya, tapi tawadduk.. Dan ada juga yg saya tak terelak bagi dosa mata, kalau bukan pengantin pun, tetamu pengantin yg dressupnya kalah pengantin... aduhai..... sedihnye.. tetapi ustaz kata, jika saya berhenti kerjaya ini, makanya tiada tentangan langsung bagi photographer yg tiada kesedaran, bahkan tidak berkurang pula gambar yg dedah-dedah, maka saya perlu lebih berhikmah dalam approach bakal-bakal pengantin, hari langsungnya persandingan,
dan mempromosikan walimah secara Islam sepenuhnya perlahan-lahan, dengan kadar kemampuan saya serta beberapa sahabat yg sama dalam bidang ini......wallahua'lam.... Dengan kefahaman dari penerangan ustaz-ustaz tersebut, amatlah penting umat islam yang mengusai segenap penjuru ilmu dan kerjaya..agar dapat disampaikan kebenaran , mengaplikasikan kebenaran, kepada masyarakat di sekeliling kita... "Jangan pula kerana mahu membuang adat, kita turut membuang adab".- saifulislam. dan golongan ini perlu diapproach mungkin seawal kursus kahwin... dan mungkin saya hanya diberi upaya olehNya untuk approach pada kebenaran diperingkat kerjaya sementara saya.. mungkin moderator agama boleh berikan pendapat disini... untuk perkongsian bersama insyaAllah.. wallahua'lam...
Hukum Bersanding Mengikut Perspektif Islam
1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.
2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.
3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu. Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)
Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.
4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:
(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.
(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.
Hukum Islam Terhadap Persandingan
1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: Thee do we worship, and Thine aid we seek., dan Yunus: 107: If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.
2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.
3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)
4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)
5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."
Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)
6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)
7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)
Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:
1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.
2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.
Rujukan
1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.
3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.
Sumber: Tuan Hassan Tuan Lah, "Bersanding dalam Pandangan Islam".
Hukum bersanding | | | |
Soalan 24
Assalamualaikum wrm wrbt.
Adakah dalam Islam dibolehkan bersanding walaupun tanpa bertepung tawar. Saya menjadi keliru adakah sekadar untuk mengambil gambar di atas pelamin sememangnya tidak boleh?
Sekian Terima Kasih.
Jawapan.
- Persandingan merupakan budaya yang dicedok daripada masyarakat Hindu seperti juga berinai. Di dalam Islam tidak disyariatkan perbuatan tersebut.
- Namun jika bertujuan sebagai kenang-kenangan, ia diharuskan tetapi perlulah diikuti dengan beberapa syarat:-
i. Memastikan pasangan pengantin menutup aurat.
ii. Tidak mempertontonkan secara terbuka kepada yang bukan mahram.
iii. Pakaian dan perhiasan selaras dengan kehendak syara'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan