Khamis, 14 April 2011

SAMPAI BILA KITA NAK MENIPU ATAU BERPURA2....ATAU CUBA2 NAK AUTA LAGI...SIKIT MUNGKIN BOLEH...KALAU DAH BANYAK...SENDIRI MAU INGATLAH

Akuan bersumpah Raja Petra
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 14 April: Tiba-tiba sahaja isu kenyataan bersumpah Raja Petra Kamarudin yang mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur berbangkit menjelang pilihan raya Sarawak, apa tujuannya?

Tujuannya adalah untuk mengalihkan segala masalah yang dihadapi BN di Sarawak dari masalah sebenar di sana iaitu Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud yang tidak boleh diselesaikan oleh Datuk Seri Najib sendiri.

Demikian pandangan pelbagai pihak ekoran munculnya secara tiba-tiba wawancara TV3 dengan Raja Petra di Australia.

Padahal berdasarkan klip yang disiarkan TV3 sendiri jelas, Raja Petra berkata bukan dia yang menuduh Rosmah berada di kawasan pembunuhan tetapi pihak lain yang memaklumkan kepada beliau Rosmah ada di sana.

Dalam kenyataannya hari ini, Raja Petra menyebut semua nama sumber-sumber beliau itu.

Dalam klip video TV3 itu, Raja Petra menjelaskan, setelah mendapat maklumat itu, dia telah cuba sahkannya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tengku Razaleigh Hamzah melalui orang-orang kanan mereka.

Raja Petra berkata, Anwar mengesahkan perkara itu melalui seorang penulis blog yang berkata Anwar juga mendengar maklumat yang sama dari pegawai kanan tentera yang disebutkan Raja Petra itu.

Raja Petra juga jelaskan, pegawai yang dikatakan bertugas dengan Tengku Razaleigh Hamzah juga mengesahkannya.

Tetapi bukan dari mulut Anwar atau Tengku Razaleigh sendiri.

Tetapi, media terus membuat laporan kononnya Raja Petra nafi tuduh Najib dan Rosmah.

Dalam Akuan Bersumpah Raja Petra bertarikh 18 Jun 2008, beliau berkata, sumber beliau memaklumkan, semua perkara yang dinyatakan dalam akuan itu.

Sila baca akuan bersumpah di sebelah.

Media BN juga melaporkan kononnya Raja Petra muncul di TV3 untuk membuat pengakuan kononnya beliau dipergunakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tetapi tidak ada sebarang kenyataan yang menyokong dakwaan media itu dari Raja Petra . Ia hanya kesimpulan yang dibuat oleh editor akhbar berkenaan sahaja.

Raja Petra kini menerangkan cerita di sebelah pihak beliau pula dalam blognya, http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/no-holds-barred/39695-now-that-the-shit-has-hit-the-fan.

"Sudah tiga tahun saya menulis untuk menerangkan akuan bersumpah yang saya tandatangani pada Jun 2008. Saya juga telah merakamkan video tentang hal yang sama, kini di Youtube, di samping memberikan ceramah tentang isu ini di merata tempat.

"Tetapi sehingga hari ini, penjelasan saya tidak diambil peduli. Mereka tegas memahami ceritanya adalah: Saya mendakwa Rosmah dan dua Lt Koloner berada di tempat pembunuhan Altantuya di malam beliau dibunuhm," tulis Raja Petra dalam blognya hari ini.


Taufan Wan Mokhtar 1999 kini landa Taib
M Faqih Foto Rizal Tahir

KUCHING, 14 April: AGAM, sama usia dengan Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Beliau tinggal di Kampung Batu Boya. Anehnya Agam seperti menyesal tidak sudah kebelakangan ini. Tanahnya seluas seekar sudah terlepas ke tangan pemaju.

Kini dia hanya ada tapak rumah sahaja. Namun apa yang dimusykilnya sehingga ke hari ini tanah itu dibayar hanya RM25,000, sedangkan kenalannya Uncle Lim, mendapat hampir RM1 juta.

Tanah Lim juga diambil pemaju. Keluasannya serupa. Agam sedih mengenangkan nasib keluarganya. Hari ini barulah dia tahu tanah kenalannya ada ’land title’. Agam hanya mengaru kepalanya yang semakin licin.

(Gambar kanan: Doa untuk kejayaan Pakatan Rakyat di Sarawak)

Tanah seekar itu diwarisi sejak turun temurun. Biar pun tanah itu hak milik keluargannya tetapi tiada ’land title’.

Rupa-rupanya bukan hanya Agam yang mengalami nasib begitu, sebaliknya ramai lagi penduduk peribumi termasuk Iban, Bidayuh dan Melayu-Melanau. Lebih-lebih lagi Orang Ulu yang tinggal jauh di pedalaman Sarawak.

Malang sungguh bagi Agam kerana Taib yang acap kali ditonton di televisyen sekarang sudah kaya raya. Taib, 75 juga ada isteri muda lagi cantik pula.
Taib menduduki kerusi Ketua Menteri Sarawak pada 26 Mac 1981. Beliau menggantikan bapa saudaranya, Tun Abdul Rahman Yaakob.

Selepas mengangkat sumpah, Taib menubuh lembaga yang dinamakan sebagai Agensi Pembangunan Tanah (Pelita). Ketua Menteri menjadi pengerusinya. Beliau juga bertindak sebagai Menteri Perancangan dan Pembangunan Sumber.

Sesiapa sahaja yang menerajui jawatankuasa tersebut dikatakan mempunyai kuasa ’ajaib’ bagi mengagihkan tanah kepada sesiapa sahaja.

Berlapik atas nama pembangunan tanah-tanah tradisi penduduk asal hari ini semakin berkurang sedikit demi sedikit. Lebih malang lagi adapenduduk mendakwa tanah tradisi mereka didatangi syarikat-syarikat pembalakan dan perladangan.

Ramai juga penduduk tidak menyedari tanah adat Bumiputera (NCR) mereka telah disukat orang lain.

Di Batu Boya, Samarahan ramai orang seperti Agam dirundung nasib malang. Namun saban hari Taib menjaja melalui media harian kehidupan rakyat sudah jauh terbela sekarang.

Akhirnya tanah-tanah NCR terlepas dengan mudah kepada pihak lain. Inilah kesedaran baru yang berputik di jiwa Agam sekarang. Agam berjanji pada dirinya sendiri mahu melepaskan geram pada 16 April ini.

”Biarlah Taib tahu siapa sebenarnya kami,” kata Agam. Pegawai kerajaan pusat yang bertugas di Kuching itu menganguk-anguk. Mereka bersembang di sebuah kedai kopi di Samarahan.

Pegawai dari Semenanjung itu sudah bertugas lebih 20 tahun di Kuching. Dia hanya mampu mengeleng-ngeleng kepala tanda simpati terhadap nasib
Agam.

Baginya sudah banyak cerita seperti itu menerjah telinganya sejak menjejak kaki di bumi Kenyalang.

Maka tidak hairanlah sehingga kini lebih 200 kes tanah adat sudah dibawa ke mahkamah. Hakikat itu juga diakui seorang peguam, Baru Bian. Beliau juga Pengerusi PKR Sarawak.

"Kalau kita lihat di pedalaman banyak kerusi di kawasan ini diwakili masyarakat Dayak. Terdapat 29 daripada 71 kerusi semuanya.

“Bagi Melanau dan Melayu ada 26 kerusi. Ertinya di seluruh Sarawak, bukan hanya satu kawasan sahaja yang terlibat dengan masalah NCR, tapi juga berlaku di Sematan, Lundu, Sibu, Miri, Kelimau dan Lawas.

”Itu sebab NCR menjadi isu panas," katanya dalam satu rancangan terbitan TV Selangor, dua minggu lalu. Baru memberitahu NCR merupakan isu besar yang boleh menghalang kemenangan BN.

Taib telah diberi peluang selama 30 tahun untuk menyelesaikan masalah NCR, namun nampaknya beliau tidak bersungguh-sungguh melakukannya. Sebab itulah menjelang 16 April ini Taib kelihatan gelabah sekali. Gundah pilihan raya kecil parlimen Sibu Mei tahun lalu juga belum reda.

Ketua Menteri paling lama dalam sejarah di Sarawak itu tidak jangka DAP mampu memenangi pilihanraya kecil Sibu. Soal menang dengan majoriti tipis sebanyak 398 undi bukan lagi perkara penting.

Pada pilihan raya tersebut calon DAP mendapat 18,845 undi dan BN (18,447 undi). Peratusan keluar mengundi 70 peratus.

Biar pun ketika kempen, BN yakin dapat mengekalkan kerusi tersebut namun hakikatnya kewujudan pengundi Cina sehingga 67 peratus cukup mendebarkan.

Tsunami Mac 2008 yang melanda semenanjung ternyata sudah berolak ke Sarawak.

Calon DAP, Wong Ho Leng mendapat sokongan kira-kira 64 peratus daripada jumlah pengundi kaum Cina, manakala calon BN Robert Lau Hui Yew dari dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) hanya sekitar 36 peratus.Manakala calon Bebas, Narawi Haron hanya mendapat 232 undi.

Biar apa sekali pun alasan diberi Taib dan BN, rasa tidak senang pengundi terhadap SUPP tidak mampu lagi disembunyikan masyarakat Cina Sarawak.

Malah kebenaran dakwaan itu turut dirasai Presiden SUPP, Tan Sri Dr George Chan.

"Lebih 50 peratus pengundi berasa tidak senang dengan SUPP, sudah pasti kami perlu turun ke akar umbi untuk mengetahui puncanya," katanya sejurus selepas pilihan raya tersebut selesai.

Bagi melegakan ombak di dada, Dr George Chan yang juga Timbalan Ketua Menteri hanya mampu berkata, parti itu akan mengadakan bedah siasat untuk mengetahui faktor SUPP ditolak pengundi.

Kecewanya membuak apabila menyebut "Kita tidak tahu mengapa mereka tidak gembira dengan SUPP."

SUPP juga ditolak di enam kerusi majoriti Cina pada pilihan raya negeri 2006. Di kerusi parlimen Kuching juga SUPP tidak diterima rakyat. Sebaliknya DAP menguasai kerusi tersebut melalui Chong Chieng Jen.

Berdasar kepada fenomena di Sibu, jelaslah hanya kaum Melayu dan Dayak yang masih menjadi tulang belakang BN di Sarawak. Sokongan sehingga 75 peratus masyarakat Melayu/Melanau dan Dayak boleh menjadi penyelamat.

Namun BN tidak mampu mendabik dada memandangkan 15 kerusi Dun didiami majoriti masyarakat Cina. Maka tidak hairanlah ada ramalan menyebut BN mungkin sukar menguasai kesemua Dun terbabit.

Sebaliknya bagi pengundi Melayu/Melanau undi BN boleh terjejas angkara Datuk Trio atau Trio Umno yang diketuai Tan Sri Rahim Tambi Chik (RTC). Ciptaan isu video seks yang dikatakan mirip pemimpin Pakatan Rakyat memualkan mereka.

Ramai orang Melayu di Sarawak tidak mudah menerima bulat-bulat apa yang dipersembahan.

Mereka sependapat dengan Mufti Perlis yang berasal dari Sarawak, Dr Juanda Jaya.

Dalam surah al-Hujurat, disebut, ”Apabila datang berita daripada orang fasik, hendaklah kamu selidik dahulu berita itu."

"Dan kalau tidak cukup empat saksi, sepatutnya penuduh dikenakan hukuman Qazaf. Hukum orang fasik dia tak layak lagi menjadi saksi untuk sebarang kes," ujarnya seperti dilapor laman berita baru-baru ini.

Seorang kakitangan kerajaan di Sibu menyebut, semua orang kenal siapa RTC.

“Skandal lama membabitkan dirinya sudah cukup untuk orang ramai mengenali siapa bekas Ketua Menteri Melaka itu,” ujar penjawat awam itu.

Kalau ada yang masih keliru pun, mereka yang berada di sekeliling pinggang Ketua Menteri Sarawak. Alasan mereka kerana takut terlepas projek segera anugerah Taib dan kerajaan BN. ”Tanpa Taib hidup mereka pasti berubah,” dakwa pegawai tadi.

BN Sarawak sekarang hanya bergantung kepada 56 kerusi majoriti Bumiputera. Bagaimanapun isu rampasan Alkitab tidak boleh dipandang mudah. Ini
kerana sebahagian kaum Melanau ada juga beragama Kristian.


(Gambar: Petugas PAS dari Semenanjung bergambar kenangan dengan rakan-rakan mereka di Sarawak)

Malah kata penganalisis politik punca kemenangan DAP di Sibu tahun lepas juga ada kaitan isu terbabit.

Dr Jeneri Amir dari Unimas juga bersetuju isu Alkitab telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan masyarakat Bumiputera Kristian.

Seorang lagi pensyarah universiti mendakwa sekiranya mubaligh atau paderi mengambil pendirian, ia boleh mempengaruhi undi penganut Kristian di Sarawak.

Jeniri juga memberitahu dalam beberapa kes menjelang pilihan raya 16 April ini, jalan-jalan menunju ke rumah panjang penduduk yang menyokong pembangkang tidak lagi diturap, manakala lampu jalan dipadamkan.

Benarkah begitu.

Sekarang ada tiga isu besar berada di tangan rakyat Sarawak. Satunya liabiliti Taib, kedua, isu NCR dan ketiga, Alkitab. Isu paling besar ialah kekecewaan rakyat Sarawak terhadap Taib. Maka tidak hairanlah sebuah NGO, Movement for Change Sarawak (MoCS) minggu lalu memberi tempoh sehingga 13 Ogos kepada Taib meletak jawatan.

Pengerusinya, Francis Paul Siah mendakwa MoCS akan menggerakkan kuasa rakyat jika Taib gagal berbuat demikian. Tunggulah sejarah Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad di Terengganu pada 1999 sedang berpusar menuju ke Sarawak.



Melayu Bangkit: Pemuda PAS bantah penglibatan IIM
IKS diminta ambil kesempatan dana kerajaan Kedah
Harakah

SUNGAI PETANI, 14 April: Sebanyak RM3 juta diperuntukkan untuk membantu membangunkan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) di negeri Kedah melalui Pembiayaan Dana Usahawan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) bagi tahun 2011.

Menteri Besar, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak berkata, dana usahawan ini adalah usaha kerajaan negeri dan PKNK dalam membantu usahawan IKS dan ianya adalah tambahan RM1 juta berbanding tahun lepas.

(Gambar: Ustaz Azizan dan Abdul Rahman di majlis perasmian.)

"PKNK turut membantu dalam membangunkan usahawan dengan menyediakan dana usahawan sejumlah RM5.4 juta yang telah dimulakan sejak tahun 2007.

"Untuk tahun ini sebanyak RM3 juta diperuntukkan kepada usahawan yang memerlukan dan skim ini membolehkan para usahawan yang layak mendapat pinjaman sehingga maksima RM50,00 seorang," katanya.

Beliau berharap para usahawan dan bakal usahawan negeri ini merebut peluang yang disediakan untuk memperbaiki diri dan memajukan lagi perniagaan masing-masing.

Ustaz Azizan berkata demikian pada Majlis Perasmian Program Halal Malaysia Negeri Kedah 2011 yang diadakan di Hotel Amanpura, di sini baru-baru ini.

Turut hadir anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Pharolrazi Zawawi, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, Ustazah Siti Aishah Ghazali dan Ketua Eksekutif PKNK, Datuk Abdul Rahman Ibrahim.

Kerajaan negeri melalui PKNK dengan kerjasama Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) telah menganjurkan program tersebut yang berlangsung 2 April lalu.

Seminar selama dua hari ini dihadiri 350 peserta terdiri daripada usahawan, pengusaha makanan, pengusaha hotel, pembekal perkhidmatan halal, pembekal, jururunding, pengusaha pemprosesan produk halal, kakitangan kerajaan, ahli akademik dan pelajar serta individu yang berminat menyertai bidang perniagaan halal.

Menyedari peri pentingnya produk halal, program seumpama ini mendedahkan kepentingan dan keperluan halal serta memaksimumkan standard halal yang telah dibangunkan kerajaan untuk dimanfaatkan sepenuhnya pengguna, pengeluar, usahawan dan masyarakat terutamanya di negeri Kedah.

Melalui seminar ini juga, para peserta memperoleh maklumat terkini mengenai piawaian halal sedia ada serta memberi pengenalan tentang kosmetik halal, logistik dan farmaseutikal.

Selain itu, program ini menyediakan platform kepada peserta seminar bagi meneroka peluang perniagaan dalam industri halal dengan mewujudkan jaringan dan membuka peluang pasaran.

Para peserta berpeluang menyertai seminar, bengkel Halal Dan Toyyib serta klinik usahawan...tulisan asal dalam Harakah cetak.


Tugas imam imarahkan masjid, bukan cantik saja
Azamin Amin

JITRA, 14 April: Para Imam perlu bermuafakat dengan masyarakat untuk mengimarahkan masjid supaya dapat berfungsi dengan baik dan bukan hanya berfikir untuk mencantikkannya semata-mata.

Menteri Besar, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak berkata, tanggung jawab imam sangat besar kerana dikehendaki memantau dan menyelesaikan masalah dalam masyarakat.

(Gambar: Ustaz Azizan menyampaikan tauliah kepada salah seorang imam sambil diirngi Taulan dan Khairudin.)

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Multaqa Bersama Imam-Imam seluruh Negeri Kedah di Hotel Regency Kelab Golf Darul Aman, Jitra baru-baru ini.

Dalam ucapannya Ustaz Azizan menyeru para imam supaya mengamalkan sifat kemanusiaan dan ukhwah dengan masyarakat.

Ini katanya, boleh dicapai dengan menunjukkan Islam sebagai agama toleransi sekaligus menarik perhatian orang bukan Islam untuk mendekati dan memahami Islam.

"Kita kena berusaha, berjaya atau tidak berserah kepada Allah.

"Inilah hasrat saya, seronok jika dapat tengok masyarakat jadi masyarakat yang beriman," katanya.

Selain itu, tambah Azizan, kerajaan negeri akan membuka Pusat Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi pada masa terdekat bagi melahirkan para ulama dan imam yang dapat membantu negeri khususnya masyarakat setempat

Dalam majlis yang sama, kerajaan negeri memperuntukkan hadiah bagi dua kategori masjid iaitu Masjid Bandar dan Luar Bandar.

Hadiah disampaikan oleh Ustaz Azizan kepada para pemenang iaitu RM3500 bagi tempat pertama, RM2500 bagi tempat kedua, RM1500 bagi tempat ketiga dan 18 masjid yang terpilih mendapat saguhati RM1000.

(Gambar: Antara para imam dari seluruh Kedah yang hadir di majlis tersebut.)

Kerajaan negeri juga memberikan tauliah kepada imam-imam di setiap daerah.

Turut hadir Exco Agama Islam, Mohamad Taulan Rasul dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Datuk Khairudin Zain.

Tiada ulasan: