Selasa, 26 April 2011

BILA TIDAK BERHATI2...KITA AKAN TERTIPU...TERSALAH PILIH...MEMILIH PERKARA YANG SEPATUT KITA TIDAK BOLEH PILIH...NI SEBAB KURANG ILMU...

Tricubes kenakan caj RM0.50 setiap email
Regina Lee
Apr 26, 11
12:58pm

Projek email 1Malaysia akan diteruskan dengan sasaran 5.4 juta pengguna menjelang akhir tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes Berhad, Khairun Zainal Mokhtar, di sebalik kontroversi yang dihadapi projek itu, ia akan tetap dilancarkan pada Julai ini.

NONE"Kami akan lakukan yang terbaik dan mendapatkan sasaran demografi tersebut,” katanya.

Pada taklimat media di Kuala Lumpur hari ini, Khairun juga mengesahkan agensi kerajaan akan dikenakan bayaran RM0.50 bagi setiap email yang dihantar kepada pengguna tetapi orang ramai tidak akan dikenakan sebarang bayaran.

Sasaran Tricubes adalah mendapatkan purata 900,000 pengguna setiap bulan dan mendapatkan semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun menyertainya menjelang tahun 2015.

Menurut Khairun, pengguna dijangka akan dikenakan bayaran tambahan jika mereka mahu perkhidmatan tambah nilai lain seperti email lebih 'selamat' dengan kemudahan 'encryption'.

'Secure Sockets Layer'

"Namun setting asas adalah 'Secure Sockets Layer' (SSL) yang agak selamat.

"Malah dengan email seharian dan tanpa dikenakan bayaran semuanya adalah melalui SSL. Pengguna juga boleh menghantar email peribadi kepada rakan-rakan dan ia adalah percuma,” katanya.

NONE"Diandaikanlah saya ini pejabat pos, saya, telahpun mendapat mel dan anda juga akan dapat, tetapi jika anda mahukan keselamatan tambahan seperti menyimpan dokumen, maka di situ, akan dikenakan caj tambahan yang pengguna perlu bayar.

"Bagaimanapun, ia adalah pilihan sama ada mereka mahu dapatkan mel sulit dan selamat biasa dengan caj 50 sen atau mereka mahukan ia disimpan. Setiap satu mel itu akan dikenakan bayaran," katanya.

Khairun juga berkata untuk menggunakan email itu seseorang perlu ke mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara bagi mendaftar.

Katanya, pengguna juga boleh melakukannya sendiri dengan menggunakan alat biometrik-USB yang perlu dibeli mereka.

Pada sidang media itu, Khairun juga berkata Tricubes telah dilantik oleh kerajaan untuk menerajui projek permulaan myemail.

"Setakat hari ini, tiada lagi agensi menyertainya. Kami sedang berbincang dengan beberapa agensi dan kini berunding dengan sebuah agensi yang merupakan pelanggan sedia ada kami dan kami berharap dapat memperolehi beberapa pelanggan menjelang hujung tahun," katanya.

azlanProjek Emel 1Malaysia, inisiatif kewangan persendirian, diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai satu antara tujuh projek baharu di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Menjawab pertanyaan sama ada kerajaan akan memastikan kesemua agensi kerajaan akan melanggan perkhidmatan itu memandangkan ia merupakan projek yang dimulakan oleh kerajaan, Khairun berkata: "Saya rasa soalan itu perlu diajukan kepada agensi-agensi kerajaan dan saya fikir biarlah ia sebegitu.

"Peranan kerajaan sudah jelas dikenal pasti sebagai fasilitator."



Wikileaks dedah butiran dua rakyat M'sia di Gitmo
Apr 26, 11 11:44am

Maklumat asas dan siasatan risikan Amerika Syarikat berhubung dua tahanan rakyat Malysia di penjara Guantanamo Bay kini boleh didapati di laman sesawang WikiLeaks.

NONELaporan yang ditulis pada 2008 itu mengesyorkan supaya tahanan lanjutan dikenakan ke atas Mohamad Nazir Lep (kiri), 35 dan Mohd Farik Amin, 36. Maklumat ini sebahagian daripada hasil risikan 779 fail sulit yang didedahkan berhubung tahanan di penjara kem berkenaan.

Pendedahan pertama disiarkan pada 24 April lalu manakala selebihnya dijangka akan dimuat-naikkan dalam tempoh sebulan untuk tatapan umum.

Menurut laporan itu, Mohamad Nazir (yang juga dikenali sebagai alias 'Bashir Lap' dan 'Lilie' antara lain) dan Mohd Farik (juga dikenali sebagai 'Yazid Zubair' bersama beberapa nama lain) mengaku adalah anggota kumpulan al-Qaeda, dan mempunyai rangkaian dengan kumpulan pertubuhan militan Asia Tenggara, Jemaah Islamiyyah (JI).

NONEKedua-dua mereka ditahan kerana disyaki terbabit dengan kegiatan pengganas 2003 - Mohamad Nazir dicekup ketika di Thailand manakala Mohd Farik (kanan) pula di Kemboja. Mereka dipindahkan ke Guantanamo pada 4 September 2006.

Unit risikan Amerika Syarikat mempercayai mereka adalah sebahagian daripada kumpulan pembunuh berani mati yang terbabit merancang untuk merampas pesawat komersial selepas gelombang kedua 11 September dan kali ini dirancang di Los Angeles.

Laporan itu juga menamakan beberapa yang lain dalam 'sel pengganas' yang sama terbabit dalam plot tersebut termasuk tiga tahanan Akta Keselamatan dalam Negara.

NONEMenurut laporan yang dikeluarkan oleh Tentera Laut Amerika, Laksamana Madya DM Thomas Jr, Mohamad Nazir mengakui dirinya direkrut bersama Mohd Farik di sebuah masjid di Kuala Lumpur selepas menghadiri sebuah ceramah oleh pemimpin JI Riduan Isomuddin.

Mohamad Nazir dipetik berkata kedua-dua mereka berjumpa di sebuah firma arkitek, tempat beliau bekerja. Dia kemudiannya berjumpa Riduan di Bentong dan bersetuju menjalani latihan ketenteraan di Afghanistan. Kedua-dua mereka dianggap oleh perisik Amerika sebagai 'banduan nilai tinggi' yang boleh 'dieksploitasi lanjut' bagi maklumat berhubung plot kemungkinan keganasan yang lain.






Beban 24 kerusi: PKR bawa ke mesyuarat Pakatan
Jimadie Shah Othman
Apr 26, 11
1:14pm

Beban yang digalas oleh PKR untuk bertanding di 49 kerusi, termasuk yang sukar dimenangi pada pilihan raya Sarawak, 16 April lalu akan dibawa ke mesyuarat Pakatan Rakyat, kata pengarah strateginya, Rafizi Ramli .

Pada pilihan raya itu, PKR yang sepatutnya bertanding di 25 DUN sahaja tetapi akhirnya terpaksa bertanding di 24 kerusi tambahan bagi mengelakkan BN menang percuma pada hari penamaan calon.

NONE"Saya berpendapat beban ini sepatutnya dikongsi bersama (dengan parti lain dalam Pakatan)," katanya ketika ditanya pemberita berhubung perkara itu.

Dalam pilihan raya negeri lalu, Pakatan menang di 15 kerusi. PKR mendapat tiga daripada 49 kerusi manakala DAP pula berjaya di 12 daripada 15 kerusi yang ditandingi.

PAS gagal di semua lima kerusi yang ditandinginya. Kesemua 71 kerusi dipertandingkan.

Dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, Rafizi berkata, jika mereka memberikan laluan mudah kepada BN di 25 kerusi lagi, sudah tentu keyakinan pengundi pada Pakatan tidak diperoleh.

"Kalau kita bertegas bertanding 25 kerusi sahaja, BN memang 24 tanpa bertanding pada hari penamaan. Mereka hanya perlu 12 lagi untuk membentuk kerajaan. Jadi, semua slogan ubah yang kita laungkan tidak akan berguna lagi," katanya.

'Pengkhianatan SNAP'

Menurutnya lagi, dengan menang hanya di tiga daripada 49 kerusi yang ditandingi, ia memberi konotasi seolah-oleh parti tunjang dalam Pakatan itu lemah.

"Ini berbeza kalau kita menang tiga daripada 25 (kerusi)," katanya lagi.

snap anthony belon campaignSementara itu, menyentuh soal cadangan penggabungan DAP dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Rafizi berpendapat, berdasarkan realiti, ia tidak memberikan jalan pintas kepada DAP untuk meluaskan sayap kepada masyarakat Iban.

"Akhirnya mereka kena turun juga semula ke bawah. Samalah prosesnya," katanya sambil mendakwa pengkhianatan SNAP masih belum boleh dilupakan.

Katanya, sampai sekarang pihaknya masih belum mendapat penjelasan, antaranya berhubung dakwaan bahawa parti tertua Dayak di Sarawak itu mendapat tajaan daripada BN.

Kegagalan rundingan PKR dan SNAP sebelum ini menyebabkan Pakatan gagal bertembung satu lawan satu dengan BN.


Nik Aziz undang pengkritik ke Kelantan
Apr 26, 11 9:40am

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengundang beberapa pihak yang mempertikaikan kepimpinan kerajaan negeri itu supaya datang sendiri ke negeri itu termasuk menghadiri kuliah Jumaat bersama-sama beliau untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang pentadbirannya.

NONEMursyidul Am PAS itu dalam laman Facebook menulis, selain merasai perbezaan sistem pentadbirannya pengkritiknya boleh membandingkan sendiri sejauh mana kebenaran laporan media kawalan Umno-BN terhadap kepimpinan negeri itu.

“Di sebalik desas-desus pilihan raya umum ke-13, kami menjemput anda semua untuk datang ke Kelantan dan menyaksikan sendiri bagaimana Pakatan Rakyat melalui PAS memerintah Kelantan.

“Anda semua boleh datang dan menilainya sendiri. Dan jangan lupa untuk bandingkannya dengan negeri yang diperintah oleh BN,” tulisnya.

NONESelain itu, Nik Aziz berkata pihak yang mempertikaikan pencapaian kerajaan negeri Kelantan juga boleh menemuinya pada program Medan Ilmu di Kota Bharu, Jumaat ini.

“Anda dialu-alukan untuk datang ke Medan Ilmu pada pagi Jumaat,” katanya yang yang menerajui pentadbiran kerajaan negeri sejak 1990.

'Tidak bersih'

Kerajaan negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS telah menjadi pertikaian dan bahan cemuhan Umno-BN sejak sekian lama.

NONETerbaru Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed membidas kerajaan negeri Kelantan kerana menutup pintu rundingan dengan 415 peniaga pasar lama Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB) dan Arked Uda.

Mustapa berkata kerajaan negeri Kelantan tidak bertimbang rasa kerana enggan memberikan peluang kepada peniaga berunding dengan mereka bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi.

Selain itu, Umno Kelantan sebelum ini juga mendakwa kerajaan negeri Kelantan 'tidak bersih' ekoran pendedahan yang dibuat Utusan Malaysia mengenai loteri 'big sweep' dan juga aktiviti pelacuran yang didakwa boleh didapati di negeri itu.

azlanMalah penghujung tahun lalu, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali menggesa Nik Aziz supaya meletakkan jawatan sebagai menteri besar.

Ibrahim berkata gesaan itu berikutan keadaan kesihatan Nik Aziz yang sering terganggu dan gagal membawa sebarang perubahan biarpun telah lama mentadbir negeri itu.

Beliau berkata, sudah sampai masa Nik Aziz mengundurkan diri bagi mengelakkan rakyat di negeri ini terus ditindas dan tidak mendapat hak mereka seperti mana yang dinikmati di negeri-negeri lain.

Hati-hati 'anda telah menang hadiah percuma'
Apr 26, 11 3:49pm

Masihkah anda ingat pada peraduan 'gores dan menang' yang pernah digunakan sesetengah pihak bagi menipu orang ramai untuk membeli produk yang mereka tidak perlukan?

Kini taktik yang sama telah timbul semula, tetapi kali ini ia melalui 'sms' (khidmat pesanan ringkas).

Baru-baru ini ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, pengamal perubatan yang hanya mahu dikenali sebagai Dr Krishnan telah menerima satu sms yang menyatakan "tahniah, anda telah menang hadiah percuma. Dapatkannya dengan menghantar sms kepada nombor...".

Tidak sabar untuk mengetahui apa hadiah tersebut, Dr Krishnan terus menjawab sms tersebut dan menghantarnya kepada nombor lima digit yang disertakan dan beberapa saat kemudian beliau menerima satu mesej yang menyatakan beliau telah melanggani satu perkhidmatan.

"Saya terkejut dengan mesej yang saya terima, selepas memberi respon menyebabkan saya kehilangan kredit prabayar sebanyak RM4. Jika saya terima beberapa sms sedemikian, berapa bayaran kredit saya yang akan hilang? Saya memang tidak perlukan khidmat yang ditawarkan.

"Apa yang buat saya naik angin lagi, saya perlu menjawab jika saya mahu khidmat tersebut dihentikan dan sebanyak RM1 lagi kredit saya dipotong.

"Hanya dengan sekelip mata sahaja kerana tertipu dengan sms pertama, saya telah hilang RM5. Semuanya kerana saya ingin tahu apa hadiah yang saya menang (dapat). Sekiranya 100 pengguna prabayar yang terkena taktik ini, pihak itu dapat RM500 hanya dalam beberapa minit sahaja dan di negara ini terdapat ratusan ribu pengguna prabayar", katanya dengan nada yang geram.

Ahli perniagaan S Muthu juga terkena helah yang sama.

"Tanpa disangka saya terima satu sms mengucapkan tahniah menyatakan saya telah menang hadiah percuma. Sudah tentu saya mahu tahu apa yang saya telah menang. Jadi saya jawablah sms itu.

"Tetapi datang pula balasan mesej menyatakan saya telah melanggan satu perkhidmatan yang saya tidak perlu langsung. Kalaulah dari awal lagi saya tahu tentang taktik ini, saya tidak akan sekali-kali memberi respon dan mengabaikan sahaja mesej yang terdahulu," kata beliau.

Menurut aktivis sosial dan pengguna Gurmukh Singh, hanya pengguna telefon prabayar sahaja yang menerima sms sebegini.

"Setiap orang yang menerima sms sebegini akan memberi respon tanpa usul-periksa".


Katanya tidak salah dari segi undang-undang jika pihak yang terlibat menawarkan khidmat kepada pengguna talian prabayar kerana mereka punya pilihan untuk kata ya atau tidak terhadap perkhidmatan tersebut.

"Tetapi dengan menyatakan ada hadiah percuma merupakan satu umpan yang cukup efektif. Hampir semua penerima mesej itu mahu tahu apa hadiah yang mereka dapat", kata Gurmukh.

Kerana tidak sabar untuk mengetahui apa hadiahnya, si penerima mesej tersebut tidak akan membuang masa untuk memberikan respon tetapi kemudian diberitahu mereka telah melanggani satu perkhidmatan yang mereka sebenarnya tidak perlukan.

"Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah produk yang ada dalam pasaran atau lawatan melancong. Tetapi semuanya bukan percuma. Sebenarnya pengguna tidak perlu khidmat seperti ini kerana mereka boleh mendapatkan maklumat melalui cara lain dengan percuma.

"Memburukkan lagi keadaan, pengguna prabayar terpaksa membayar dengan harga yang tinggi bagi khidmat sms sebegini, kata beliau.

Pengguna talian akan mengalami pengurangan kredit prabayar mereka dengan banyak bila menjadi mangsa 'helah' untuk melanggani perkhidmatan tertentu.

Kata Gurmukh hanya mereka yang menggunakan talian prabayar akan menjadi mangsa kepada taktik sebegini.

"Pihak yang tidak bertanggungjawab biasanya mencari pengguna talian prabayar, mungkin kerana mereka dengan mudahnya dapat memotong jumlah kredit secara terus. Mereka biasanya menjauhi pengguna talian posbayar".

"Mereka yang terkena sepatutnya melaporkan kepada pihak berkuasa. Tetapi dalam kebanyakan kes, mangsa hanya mendiamkan diri sahaja.

"Mereka ini akan menganggap yang mereka hilang RM5 sahaja (RM4 ketika menerima mesej yang mereka telah melanggani perkhidmatan dan RM1 lagi untuk menghentikan perkhidmatan).

"Biasanya mangsa akan ditipu sekali sahaja. Mereka akan menamatkan perkhidmatan bila sedar mereka telah terpedaya. Maka tamatlah cerita dan mereka tidak akan terpedaya lagi".

Gurmukh punya satu nasihat bagi pengguna.

"Pengguna perlu mengabaikan saja apa-apa sms yang mereka terima tentang kononnya mereka dapat hadiah. Ini semua strategi untuk menperdayakan pengguna.

"Tidak ada sesiapa yang mahu memberi hadiah melainkan ada tujuan atau niat lain di sebaliknya".

- Bernama


Tiada ulasan: