Rabu, 27 April 2011

BILA PENYELEWENGAN...PENIPUAN...SOGOKKAN DLL TIDAK BOLEH TUTUP...KIAN KETARA...KAYA & MEWAH SEGERA DLL..MACAM TAK KENA AJE.MAKA RAKYAT MULA BERFIKIR

LHDN terima 207,005 borang cukai 2010 e-Filing
Apr 26, 11 7:02pm

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 207,005 borang nyata cukai pendapatan tahun taksiran 2010 melalui kaedah e-Filing sehingga 31 Mac, 2011.

Menurut kenyataan LHDN hari ini, sebanyak 147,601 daripada jumlah itu membabitkan pembayar cukai yang mempunyai amaun cukai terlebih bayar dan layak menerima bayaran balik.

Katanya proses pembayaran balik lebihan cukai pendapatan tahun semasa mengambil masa 30 hari bekerja bagi mereka yang menggunakan e-Filing manakala pembayar cukai yang menggunakan kaedah manual, proses pembayaran balik itu mengambil masa 90 hari bekerja.

"Sebagai memenuhi piagam pelanggan yang telah ditetapkan, LHDN berjaya memulangkan semula amaun baki cukai terlebih bayar bagi tahun taksiran 2010 kepada 135,777 (91.98 peratus) pembayar cukai sehingga 26 April, 2011.

Sebanyak 11,224 kes masih dalam peringkat pemprosesan dan akan diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan itu, kata LHDN.

Sehubungan itu, LHDN meminta pembayar cukai memilih e-Filing untuk mengemukakan borang nyata cukai pendapatan masing-masing.

- Bernama

'Larangan jual nasi lemak setiap hari tak muktamad'
Apr 26, 11 7:12pm

Kementerian Pelajaran belum memuktamadkan peraturan mengehadkan penjualan nasi lemak di semua kantin sekolah sebaliknya perkara itu akan dibincangkan bagi mendapatkan maklum balas semua pihak terutama pengusaha kantin, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

NONETimbalan Perdana Menteri berkata Kementerian Pelajaran belum mengadakan apa-apa perbincangan dengan pihak Kementerian Kesihatan berhubung perkara itu dan menyifatkan isu berkenaan bukan terlalu sukar untuk diselesaikan.

"Banyak kenyataan adalah daripada Kementerian Kesihatan sendiri yang mungkin berdasarkan aspek kesihatan, makanan seimbang dan sesuai supaya tidak berlaku kegemukan (di kalangan pelajar sekolah).

"Saya akan berbincang dengan pegawai di Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan untuk meneliti menu yang sebaik mungkin. Ia (isu) tidak begitu susah (diselesaikan), (makanan) yang mana sesuai, enak dimakan dan tidak membawa kesan ketara kita tidak perlu halang (penjualannya)," katanya kepada pemberita selepas menutup Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2011 di Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh di Ipoh hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika diminta mengulas langkah beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam mendesak kerajaan menarik balik peraturan mengehadkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah kerana ia memberi impak negatif kepada pengusaha kantin dan peniaga nasi lemak.

- Bernama

Gerakan tak yakin BN boleh dapat undi Cina semula
Susan Loone
Apr 26, 11
5:10pm

Meskipun Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan begitu yakin bahawa masyarakat Cina akan beralih menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang, namun Gerakan Pulau Pinang tidak bersependapat.

Sebaliknya Ahmad diberitahu jalan tunggal mendapatkan sokongan bukan Melayu, tidak kira daripada masyarakat Cina atau kumpulan minoriti yang lain adalah dengan melayan mereka dengan cara hormat.

NONEMenurut ketua biro undang-undang dan hak asasi manusia Gerakan Pulau Pinang Baljit Singh, masyarakat Cina tidak akan kembali ke BN hanya kerana kerajaan membekalkan mereka dengan 'kemudahan kelas pertama'.

"Henti labelkan kami sebagai pendatang, kaki botol, mata sepet, pelacur, tidak tahu berterima kasih dan pelbagai label yang lain.,” katanya,

"Apa yang kami perlukan adalah pemimpin yang rendah diri dan bukannya pemimpin bongkak.”

Dalam laporan Bernama semalam, Ahmad berkata Umno yakin masyarakat Cina di seluruh negara terutama di Pulau Pinang akan kembali menyokong BN dan terus mengukuhkan kedudukan parti itu sebagai parti pemerintah di Malaysia.

Katanya, walaupun sokongan daripada masyarakat Cina ketika ini dilihat merosot, beliau yakin perkara itu tidak akan berpanjangan.

"Saya percaya orang Cina adalah kumpulan masyarakat yang menghargai apa yang telah dibuat oleh kerajaan dan mereka juga antara yang menerima kemudahan kelas pertama kerana tinggal di bandar,” katanya.

Baljit juga berkata kerajaan mesti serius menangani gejala rasuah dan kronisme jika ingin mendapatkan sokongan bukan Melayu semula.

"Lakukannya dalam semangat 1Malaysia sebenar... ia tidak harus semata-mata retorik atau kata-kata manis. Dalam hal rasuah, tangkap ikan yang besar dan bukan yang kecil sahaja.”

Semua kaum, bukan Cina saja beralih ke Pakatan
Jimadie Shah Othman
Apr 26, 11
1:40pm

PKR mendakwa keputusan dalam pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April lalu menunjukkan bukan hanya masyarakat Cina tetapi semua kaum mula beralih kepada Pakatan Rakyat.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, berdasarkan statistik, di 26 kerusi pelbagai kaum yang ditandingi mereka menunjukkan peralihan sokongan yang besar.
NONE
"Di Meluan, kawasan majoriti Iban contohnya, peralihan sokongan daripada BN kepada PKR sebanyak 31.4 peratus.

"Ini lebih tinggi daripada kawasan yang ditandingi DAP yang peralihan sokongannya kira-kira 4 peratus," kata Rafizi (kiri).

Tambahnya, di 26 kawasan itu, berlaku peralihan daripada BN kepada PKR dari serendah 0.1 peratus (di Machan) kepada Meluan yang tertinggi.

Selain Meluan, peralihan sokongan tertinggi dilihat di Kakus (25.9 peratus), Senadin (24.6 peratus) dan Krian (24 peratus).

Bagaimanapun, di banyak tempat, walapun peningkatan sokongan agak tinggi masih belum mampu menumbangkan penguasaan sedia ada BN.

Pola sokongan Iban berbeza

Dalam pilihan raya Sarawak sebelum ini, DAP menang di 12 daripada 15 DUN yang ditandinginya. Hampir kesemua DUN yang direbutnya terletak di kawasan bandar dengan peratusan pengundi Cina yang tinggi.

NONEDalam masa yang sama, PKR dan PAS yang bertanding di kawasan Melayu/Melanau dan Dayak kalah teruk, menyebabkan terdapat anggapan bahawa hanya masyakat Cina yang beralih kepada parti pembangkang.

Sementara itu, menyentuh soal sokongan pada Pakatan berdasarkan kaum, Rafizi memberitahu, msyarakat Iban menunjukkan pola sokongan yang berbeza apabila terdapat julat sokongan yang besar antara satu-satu DUN.

Menurut statistik yang diedarkan dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, Iban memberikan sokongan kepada PKR antara 3 hingga 60 peratus di pelbagai kawasan.

"Ini menunjukkan mereka mengundi berdasarkan pelbagai isu," katanya.


SKMM mula siasat kebocoran video seks
Aidila Razak
Apr 26, 11
5:35pm

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kini menyiasat beberapa aduan penulis blog ekoran kebocoran video seks yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang.

Perkara itu didedahkan Naib Ketua Penerangan Pemuda PKR Rozan Azen Mat Rasip yang membuat laporan pada 5 April lalu apabila beberapa penulis blog memuatkan sebahagian video klip itu di internet.

NONERozan (kanan) memberitahu Malaysiakini, beliau turut dipanggil di ibu pejabat PKR di Cyberjaya untuk memberikan kenyataan bagi membantu siasatan esok.

Beliau sebelum ini menamakan blog mesra BN www.papagomo.com and www.pisau.net dan pengguna YouTube thepowercam dalam laporannya.

Video hitam putih kurang dua minit itu bocor pada 4 April lalu dan dikeluarkan daripada YouTube tidak lama selepas itu.

Ia bagaimanapun masih terdapat dalam laman www.papagomo.com dan dimuatkan kembali oleh beberapa pengguna Youtube yang lain.

Tiada ulasan: