Selepas dua siri interviu dengan Raja Petra disiarkan dalam
buletin utama di stesen swasta tersebut, beberapa pihak terus melabel penulis blog itu telah mengubah pendiriannya dengan 'menarik balik' dakwaan tertentu dalam akuan bersumpah (SD) yang telah difailkannya.
RPK mengaku beliau berkata "Saya rasa mustahil kot" dalam interviu dengan pengarang kumpulan TV3, Datuk Ashraf Abdullah di Australia, tetapi mendakwa ayat pertengahannya telah dipotong dalam segmen yang disiarkan pada 13 April.
"Ia adalah interviu (selama 90 minit), sedikit sebanyak daripadanya mengenai SD saya. Bolehkah anda tidak ambil (siarkan) satu ayat sahaja tetapi ambil (siarkan) keseluruhan perenggan?” soalnya dalam temuramah video Skype dengan Malaysiakini dari Bangkok Ahad lepas.
Raja Petra berada di Bangkok untuk menghadiri forum anjuran Gerakan Masyarakat Sivil Malaysia (MCLM). Beliau adalah pengerusi MCLM dan gerakan itu mendakwa laporan itu telah diputarbelit.
interviunya telah disunting oleh penyiar, menyebabkan maksud sebenarnya telah berubah.
“Mungkin TV3 patut diminta menyiarkan keseluruhan perenggan,” katanya sambil menambah tanggungjawab itu terletak di bahu penyiar berkenaan untuk menjelaskan perkara tersebut.
Raja Petra mendakwa apa yang dikatakannya dalam perenggan tersebut ialah: Apabila saya diberitahu saya tak percaya lagi, saya rasa mustahil kot, Rosmah masuk hutan panjat bukit tengah malam, jadi saya tak percaya lagi, sehingga saya mendapat pengesahan.
Malaysiakini akan menyiarkan surat-surat terakhir Yong sepanjang 12 minggu ini kepada Yetian, seorang anggota kempen Selamatkan Vui Kong pada saat-saat beliau menghadapi kematian.
Yun Leong membawa surat awak apabila dia melawat saya pada hari Isnin. Katanya, surat pertama telah disiarkan.
Terima kasih dan terima kasih juga kepada mereka yang tidak saya kenali tetapi sudi membantu saya. Terima kasih juga kepada mereka yang membaca surat saya. Saya berharap lebih ramai dapat membacanya. In sahaja cara yang dapat saya berhubung dengan dunia luar.
Yetian, awak kata hidup ini amat berharga.
Bagi saya, hidup atau nyawa adalah perkara terpenting dalam dunia. Banyak benda lain yang amat berharga bagi diri saya. Malah jika awak mempunyai wang yang banyak ataupun memiliki harta kebendaan yang tidak terkira, awak cuma mempunyai satu nyawa.
Pada masa lalu, saya tidak menghargai kehidupan saya. Kemudian, baru saya sedari mereka yang tidak menghormati kehidupan mereka sendiri tidak boleh mengharapkan orang lain bagi menghormati mereka.
Selepas mendekati ajaran Buddha, baru saya sedar saya mempunyai tanggungjawab dalam kehidupan ini.
Saya menyaksikan seorang demi seorang tahanan hilang nyawa mereka kerana mereka jahil ataupun dengan senang terpedaya. Saya sedari saya juga akan menjadi seperti mereka. Justeru, saya ingin menggunakan sisa hidup ini untuk menceritakan kisah saya kepada orang ramai.
Saya ingin gunakan falsafah Buddha untuk beritahu orang ramai supaya tidak melakukan kesalahan dan tidak tercampak menunggu hukuman mati seperti saya kerana kesalahan dadah. Saya ingin nasihatkan awak supaya jangan mengambil dadah kerana ia menjahanamkan kehidupan.
Mengimbas kembali hari Yun Leong datang melawat saya di pusat tahanan, saya menangis seperti anak kecil. Saya begitu takut. Tangan dan kaki saya menggeletar semasa saya menangis teresak-esak dan saya sedari segala keberanian dan ketabahan selama ini ranap begitu sahaja.
Saya takut menghadapi kematian. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku kepada saya selepas mati.
Dia akan digantung dalam tempoh tiga bulan kecuali diberikan pengampunan oleh presiden Singapura.
Yetian,
Yun Leong brought your letter when he came to visit me on Monday. He told me that the first letter has been published.
Thank you, and thank you to all the kind-hearted strangers who have helped me. Thank you to all those who read my letters. I hope that everyone can read them. This is the only way for me to connect with the outside world.
Yetian, you said that life is very precious.
To me, life is the most important thing in the world. There are many things that mean a lot to me. But even if you have a lot of money, or many material possessions, you still only have one life...
Namun, bagi penulis mereka yang berjaya menjalankan propaganda dengan sempurna akan memenangi peperangan minda. Inilah peperangan sebenar yang kita hadapi sekarang.
Jika BN lemah dari segi propaganda pada masa akan datang, maka pembangkang yang berjaya menggunakannya akan menang dalam peperangan minda itu.
Lihat sajalah bagaiamana pembangkang menggunakan strategi propaganda yang bertalu-talu sehingga membentuk pemikiran rakyat untuk menolak BN. Bukan kerana dasar BN yang tidak baik tetapi propaganda yang mengambarkan sebaliknya.
Awal-awal lagi, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah membuat propaganda bahawa pembangkang akan memerintah Sarawak. Malah beliau sudah menamakan Baru Bian sebagai bakal ketua menteri jika Sarawak berjaya diambialih.
Anwar dan gerombolannya menjalankan tugas menyerang kubu kuat BN di kawasan pendalaman terutama di mana ramai orang Melayu dan Melanau. Propaganda bahawa jika mereka mendapat tempat pada pilihan raya umum ke-12 di Semenanjung maka tidak ada sebab rakyat Sarawak tidak memilih mereka dalam pilihan raya negeri ke-10 ini dijalankan. Yang tidak diceritakannya ialah kegagalan pembangkang memerintah selepas diberi peluang.
'Sudah lama di tampuk'
Ditugaskan pula parti DAP untuk menggunakan strategi agresif di bandar dengan memburuk-burukkan Tan Sri Taib Mahmud dengan konotasi sudah lama dalam politik.
Hakikatnya pemimpin pembangkang yang lama dalam politik tidak menjadi kebimbangan kepada mereka untuk diserang balik. Maka ditambah pula 'sudah lama di tampuk' yang menunjukkan seolah-olah Taib terlalu lama dan tidak buat apa.
Mereka tidak sekali-kali menyebut sumbangan Taib sebaliknya melabelkan beliau sebagai orang yang sudah terlalu lama dan perlu turun. Pemimpin veteran DAP seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh pun perlu turun.
Adakah mereka hendak tunggu kapal tenggelam baru hendak terjun ke dalam air? Atau bersedia untuk memindahkan kepakaran berpolitik di dunia ke akhirat?
Propaganda DAP agar rakyat terutama orang Cina membenci Taib dijalankan hampir setiap hari. Dalam ceramah mereka, Taib diperlihatkan sebagai seorang yang rakus, tamak dan hanya memikirkan kepentingan diri.
Dalam poster mereka, apa yang dibuat oleh BN tidak betul dan merugikan rakyat. Bayangkan mereka boleh memutarkan "Satu Malaysia menjadi Sapu Malaysia" semata-mata pertama untuk memburuk-burukkan 1Malaysia itu sendiri dan kedua mengaitkan dengan tohmahan rasuah.
Apakah mereka sudah lupa 1Malaysia itu untuk mendahulukan rakyat?
Inilah propaganda pembangkang paling berjaya sehingga memikat hati pengundi di Sarawak yang selama ini banyak mendapat faedah daripada BN seperti wujudkan kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi sama ada di Kuching, Miri, Bintulu atau Sibu.
Melainkan mereka yang menyokong DAP ini adalah dari kumpulan pelupa atau tidak mahu mengenang budi pemimpin BN termasuk dari kaum mereka.
Sentimen perkauman
Pendekatan propaganda ini ditujukan kepada kumpulan di atas pagar yang belum membuat keputusan untuk memilih calon parti yang bertanding. Maka pembangkang terus mendodoikan kumpulan atas pagar ini dengan cerita buruk sehingga pengundi menterjemahkan dalam undi mereka.
Lebih malang mereka sanggup memainkan sentimen perkauman termasuk mempersoalkan mengapa Tan Sri George Chan tidak berkahwin dengan Cina sebaliknya berkahwin dengan bukan Cina semata-mata untuk menambat hati pengundi Cina.
Apa salahnya berkahwin dengan orang Bidayuh atau Iban? Apakah ini bertentangan dengan masyarakat Cina yang tidak boleh berkahwin dengan kaum lain? Sebenarnya inilah permainan DAP yang mahu menimbulkan rasa kurang senang pengundi Cina termasuk kepada pemimpin BN dari kaum Cina sekalipun.
Usaha pembangkang ini dipermudahkan lagi dengan strategi propaganda The Star yang sejak pilihan raya negeri ke-10 menulis kebaikan DAP termasuk artikel yang menampilkan calon muda yang berkelayakan.
Apa BN tiada calon yang hebat ke?
Malah mereka juga sentiasa menulis DAP akan menang banyak. Inilah bantuan tidak rasmi yang diperolehi oleh DAP daripada akhbar yang dimiliki oleh MCA sehingga apabila Awang Selamat dalam tulisan di Mingguan Malaysia menyentuh mengenai tindakan terhadap orang yang tidak mahu mengenang budi, wartawan The Star berani pula bertanya soalan kepada Datuk Seri Hishamuddin Hussein terhadap sikap akhbar berbahasa Melayu itu.
Teruskan agenda
Hairan bin ajaib bagi sesebuah akhbar yang dimiliki oleh parti komponen BN bertindak seperti akhbar penentang BN. Jika sesekali dibuat begitu boleh difahami kerana seperti kata Tun Dr Mahathir Mohamad semalam agar media menegur kerajaan tetapi jika keterlaluan menyokong pembangkang atas apa sebab sekalipun, maka timbul pula tanda tanya yang besar, apa sudah jadi dengan The Star.
Oleh itu, media arus perdana dan media elektronik perlu meneruskan agenda untuk menceritakan yang benar mengenai kerajaan BN terutama usaha yang dilakukan dalam mendahulukan rakyat. Jangan takut dan harus berani seperti yang dibuat oleh Kumpulan Utusan.
Walaupun, ada pengarang yang menyatakan bahawa ini menyebabkan akhbar mereka tidak laku, maka mulalah bertanya kepada diri sendiri apakah mendapat keuntungan adalah KPI sebagai Ketua Pengarang.
Telah terbukti sebelum ini bahawa kerajaan sentiasa membantu mereka dalam semua keadaan termasuk ketika tiada duit untuk membayar gaji kakitangan kerana sikap pengiklan yang tidak mahu membantu akhbar Melayu atau RTM atau TV3.
Tepuk dada tanyalah selera.
Haram baca Utusan, tegas Dr Haron Din..
Umat Islam di negara ini disaran tidak membeli dan membaca Akhbar Utusan Malaysia kerana media tersebut boleh dikategori sebagai “haram” dari sudut Islam, tegas ulama terkemuka tanahair, Profesor Datuk Dr Haron Din Al Hafiz.
Menurutnya, mana-mana media yang menghalalkan amalan fitnah, cubaan mengaibkan orang lain, menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah haram untuk dibeli dan dibaca.
“Islam adalah agama penyatuan, agama perpaduan, agama yang saling hormat menghormati dan agama yang memberi rahmat kepada sekelian alam.
“Islam menegah amalan menyebarkan berita yang tidak baik seperti mengaibkan orang lain. Hukum Syarak menegah segala amalan yang dibawa oleh mulut atau pun media seperti ini,” jelas beliau.
Kenyataan Haron Din itu disiar dalam akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan yang boleh diperolehi di pasaran mulai hari ini.
Menurut Dr Haron, Al-Quran juga menyatakan “Maka sesungguhnya orang-orang yang suka menyebarkan berita-berita yang keji (menjatuhkan maruah seseorang), maka bagi mereka itu azab siksa di dunia dan di akhirat.
Menurutnya lagi, berdasarkan hukum Fekah yang di sebut dalam kitab Fekah, Manhaji menyatakan, haram ke atas orang Islam menyebarkan berita keji ke atas orang Islam, tidak kira sama ada peritiwa itu benar atau sebaliknya.
“Kalau berita itu palsu ia adalah suatu fitnah jahat yang mengundang bala Allah yang segera. Kalaulah ia benar maka ia membuka ruang fitnah yang mengundang pelbagai keburukan, sedangkan sepatutnya ia menutup perkara tersebut.” jelas beliau.....
'Saya tidak kata baca Utusan haram'
'Saya tidak kata baca Utusan haram'
KUALA LUMPUR 27 April - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din hari ini menafikan sekeras-kerasnya laporan akhbar Suara Keadilan yang memetik beliau sebagai berkata, hukum membaca Utusan Malaysia adalah haram seperti disiarkan lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Menurutnya, beliau juga tidak pernah menasihatkan orang ramai supaya jangan membeli Utusan Malaysia dengan alasan ia menyebarkan fitnah seperti dilaporkan akhbar berkenaan semalam.
"Semasa dihubungi wartawan Suara Keadilan tiga hari lalu, pemberita berkenaan meminta saya mengulas hukum bagi berita berbentuk fitnah dan dia langsung tidak menyebut Utusan Malaysia, jadi saya beri pandangan umum saya terhadap fitnah dalam pemberitaan.
"Jadi, saya langsung tidak mengaitkan Utusan Malaysia dan saya anggap ia disalah lapor tetapi tidak tahu mengapa ia jadi begitu, saya enggan ulas mengenai kekhilafan itu kerana tidak mahu panjang cerita.
"Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak akan mengeluarkan kenyataan bodoh sebegitu (baca dan beli Utusan Malaysia haram) kerana saya sendiri membaca Utusan Malaysia," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Haron diminta menjelaskan laporan muka dua lidah rasmi PKR itu semalam yang kononnya memetik beliau sebagai mengeluarkan hukum membaca serta membeli akhbar Utusan Malaysia sebagai haram kerana ia mengeluarkan berita berunsur fitnah.
Dalam pada itu, beliau masih lagi memikirkan tindakan sewajarnya yang akan diambil ke atas Suara Keadilan ekoran 'kesilapan' laporan berkenaan.
"Saya dihujani panggilan dan khidmat pesanan ringkas pelbagai pihak hari ini akibat kesilapan laporan itu tetapi tengok dahulu keadaan sehingga minggu hadapan (untuk mengambil tindakan ke atas Suara Keadilan)," jelasnya.
Gempur penjaja jajan
Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
2011/04/27
Tindakan tegas pastikan matlamat kementerian kesihatan tangani obesiti pelajar dicapaiKUALA LUMPUR: Peniaga dan penjaja yang menjual makanan tidak sihat di luar sekolah wajib dibanteras habis-habisan bagi menangani masalah obesiti (kegemukan) serta diabetes di kalangan pelajar.
Tindakan tegas ini penting bagi mencapai matlamat Kementerian Kesihatan menangani masalah obesiti serta diabetes di kalangan pelajar melalui larangan penjualan 15 jenis makanan tidak sihat di semua kantin sekolah rendah dan menengah, mulai bulan depan.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, berkata hampir semua sekolah, terutama sekolah rendah menghadapi masalah penjaja makanan di luar kawasan sekolah, walaupun pengusaha kantin mematuhi garis panduan pemakanan sihat yang ditetapkan.
Beliau berkata, sebahagian besar kantin tidak menjual makanan dalam senarai larangan itu, sebaliknya dijaja secara berleluasa di luar sekolah dan sering menjadi tumpuan pelajar, walaupun tahap kebersihan serta keselamatan kandungannya tidak terjamin.
“Penjaja lazimnya tidak berlesen dan menjual makanan sesuka hati asalkan laku. Ia bukan saja menimbulkan risiko terhadap keselamatan dan kesihatan pelajar, malah menjejaskan jualan di kantin sekolah.
“Kegiatan penjaja ini harus diberi perhatian serius dan ditangani dengan tegas, bukan hanya fokus atau menyalahkan kantin. Diharap kementerian berkaitan dan PBT dapat menggempur habis-habisan kerana pihak sekolah tidak boleh mengambil tindakan terhadap penjaja di luar sekolah.
“Mekanisme perlu diwujudkan untuk menghalang penjaja menjual makanan tidak sihat di luar sekolah, walaupun mereka ada lesen berniaga,” katanya.
Hashim juga berkata, mustahil pengambilan makanan di kantin dalam tempoh rehat sesingkat 15 hingga 20 minit boleh mengakibatkan masalah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar, sebaliknya ia lebih banyak diakibatkan pemakanan di luar kawasan sekolah, termasuk ketika bersama ibu bapa.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan, berkata penjualan makanan oleh penjaja di sekolah lebih membimbangkan kerana tiada kawalan dan meminta PBT membuat pemantauan mengejut secara berkala untuk membanterasnya.
“Lebih membimbangkan, PIBGN pernah mendapat aduan ada pengusaha bas dan van sekolah mengambil kesempatan menjual makanan ringan atau jajan kepada pelajar yang menaiki kenderaan mereka,” katanya.
Beliau turut menyarankan kantin sekolah diberikan penilaian gred berdasarkan kualiti makanan dan kebersihan, selain menangani masalah obesiti pelajar dengan pendidikan jasmani tanpa sebarang pengecualian, terutama pada musim peperiksaan.
“Kementerian juga dicadang menganjurkan kem pemulihan kesihatan untuk pelajar yang mengalami obesiti dengan dihadiri ibu bapa atau penjaga mereka,” katanya.
Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N Marimuthu, pula berkata ibu bapa perlu mendidik anak-anak mengamalkan pemakanan sihat selain menyediakan bekalan makanan ke sekolah.
Sementara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Wira Chor Chee Heung, berkata kementeriannya sedia bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk menangani isu penjaja di luar pekarangan sekolah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan