Selasa, 26 April 2011

YANG UNTUNG PEMAJU...DAN PIHAK YANG BERI PINJAM...YANG TERTINDAS SERTA TERNIAYA IALAH PEMBELI...

Semua kaum, bukan Cina saja beralih ke Pakatan
Jimadie Shah Othman
Apr 26, 11
1:40pm

PKR mendakwa keputusan dalam pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April lalu menunjukkan bukan hanya masyarakat Cina tetapi semua kaum mula beralih kepada Pakatan Rakyat.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, berdasarkan statistik, di 26 kerusi pelbagai kaum yang ditandingi mereka menunjukkan peralihan sokongan yang besar.
NONE
"Di Meluan, kawasan majoriti Iban contohnya, peralihan sokongan daripada BN kepada PKR sebanyak 31.4 peratus.

"Ini lebih tinggi daripada kawasan yang ditandingi DAP yang peralihan sokongannya kira-kira 4 peratus," kata Rafizi (kiri).

Tambahnya, di 26 kawasan itu, berlaku peralihan daripada BN kepada PKR dari serendah 0.1 peratus (di Machan) kepada Meluan yang tertinggi.

Selain Meluan, peralihan sokongan tertinggi dilihat di Kaku (25.9 peratus), Senadin (24.6 peratus) dan Krian (24 peratus).

Bagaimanapun, di banyak tempat, walapun peningkatan sokongan agak tinggi masih belum mampu menumbangkan penguasaan sedia ada BN.

Polo sokongan Iban berbeza

Dalam pilihan raya Sarawak sebelum ini, DAP menang di 12 daripada 15 DUN yang ditandinginya. Hampir kesemua DUN yang direbutnya terletak di kawasan bandar dengan peratusan pengundi Cina yang tinggi.

NONEDalam masa yang sama, PKR dan PAS yang bertanding di kawasan Melayu/Melanau dan Dayak kalah teruk, menyebabkan terdapat anggapan bahawa hanya masyakat Cina yang beralih kepada parti pembangkang.

Sementara itu, menyentuh soal sokongan pada Pakatan berdasarkan kaum, Rafizi memberitahu, msyarakat Iban menunjukkan pola sokongan yang berbeza apabila terdapat julat sokongan yang besar antara satu-satu DUN.

Menurut statistik yang diedarkan dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya itu, Iban memberikan sokongan kepada PKR antara 3 hingga 60 peratus di pelbagai kawasan.

"Ini menunjukkan mereka mengundi berdasarkan pelbagai isu," katanya.

Liwat II: Keputusan Anwar bela diri - 16 Mei
Hafiz Yatim
Apr 26, 11
10:03am

Pihak pendakwaan selesai menggulung penghujahannya di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini yang membicarakan kes kontroversial liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONESelepas mendengar hujah daripada Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan hujah balas daripada peguambela Karpal Singh dan Sankara Nair, Hakim Zabidin kemudiannya menetapkan 16 Mei ini untuk memberikan keputusannya.

Ia sama ada Anwar perlu membela dirinya ataupun beliau akan membuang kes berkenaan.

Zabidin turut mengarahkan kedua-dua pihak menghantar hujah bertulis pada Jumaat minggu ini.

Sejumlah 27 saksi pendakwaan memberi keterangan yang masuk bagi hari ke-59 hari ini.

Jika Anwar diarahkan membela diri, beliau mempunyai tiga pilihan iaitu memberi keterangan di kandang tertuduh, memberi keterangan dari 'dock' tanpa boleh disoal oleh pihak pendakwaan ataupun memilih untuk berdiam diri.

Semalam pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa profil DNA milik seseorang dikenali "lelaki Y" yang ditemui di dubur pengadu, Mohd Saiful adalah kepunyaan Anwar.

Semalam dan awal pagi ini,kedua-dua pihak peguam bela dan pendakwaraya telah menggulung hujah masing-masing.

Pada hujahnya pagi ini Mohd Yusof berkata keterangan Dr Muhammad Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi tidak boleh diterima.

azlanIni kerana katanya, Dr Osman tidak menjalankan ujian forensik ke atas pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Malah, Dr Osman juga minta Saiful pergi ke hospital kerajaan. Dokumen laporan perubatan (Dr Osman) tidak boleh diterima sebagai bukti,” katanya.

Hujah Yusof lagi, sebahagian apa yang diperkatakan oleh Dr Osman adalah tidak benar (aduan bahawa plastik disumbat ke dubur Saiful).

Peguambela utama, Karpal Singh sebelum ini mahu Dr Osman dipanggil sebagai saksi kerana katanya ketidak-hadirannya menyebabkan ada kelopongan yang serius dalam kes pendakwaan itu.

Yusof berkata hanya fakta relevan yang boleh diterima sebagai bukti dan Saiful memang mengadu kepada Dr Osman tetapi hakikatnya beliau tidak membuat laporan polis ketika itu.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.


'Tiada bukti exco S'gor salah guna dana negeri'
S Pathmawathy
Apr 26, 11
1:32pm

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal mencari bukti bagi mendakwa salah guna dana kerajaan negeri Selangor oleh exco Ean Yong Hian Wah.

NONEPemangku penguasa kanan SPRM, Ahmad Shafik Abdul Rahman, berkata beliau mengambil alih kes berkenaan pada 27 Ogos 2009 daripada pejabat Selangor selepas kematian pembantu politik Ean Yong - Teoh Beng Hock.

Ahmad Shafik memberi keterangan kepada Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh.

Katanya, berdasarkan siasatannya “tidak bukti untuk mengaitkan Ean Yong (kanan) dengan sebarang kesalahan di bawah Seksyen 18, Akta SPRM.”

Sebelum kematian Teoh, siasatan dikendalikan oleh Mohd Anuar Ismail dari pejabat SPRM Selangor.

Mayat Teoh dijumpai di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai 2009. Beliau disoal-siasat semalaman di pejabat SPRM Selangor yang terlelatk pada tingkat 14 bangunan berkenaan.

Dalam reaksi segeranya, Ean Yong dalam laman Facebook menulis, "Selepas menunggu lebih dua tahun, keadilan akhirnya tiba jua.”

Syed Husin: PKR terus siar lidah parti tanpa permit

Salhan K Ahmad
Apr 26, 11
3:17pm

PKR akan terus menerbitkan lidah rasmi parti itu tanpa permit memandangkan usaha untuk mengadakan perbincangan dengan kementerian dalam negeri masih tidak membuahkan hasil, kata senator Syed Husin Ali.

Katanya, langkah itu diambil memandangkan parti itu telah berusaha untuk mengadakan perbincangan dengan menterinya Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung isu permit penerbitan lidah parti itu.

suara keadilan cover 11 july 2010"Tapi sampai sekarang temujanji itu masih belum berlaku," kata Syed Husin dalam satu sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Naib presiden parti itu, Tian Chua telah menghantar surat untuk mengadakan pertemuan itu pada Oktober dan seterusnya pada November tahun lalu.

"Kami ingin tahu apakah kementerian mengambil sikap politik terhadap PKR," katanya lagi.

Tambahnya, PKR kini tidak mempunyai pilihan selain menerbitkan akhbarnya tanpa permit.

"(Nampaknya) pemerintah sengaja hendak galakkan satu benda haram dari segi undang-undang," katanya lagi.

Katanya, permit bagi penerbitan Suara Keadilan tidak lagi diperbaharui oleh kementerian sejak Jun 2010.

Bagaimanapun, Suara Keadilan tetap diterbitkan dengan menggunakan judul berbeza selepas permit penerbitan akhbar berkenaan berakhir pada 7 Julai 2010.


Suara Keadilan mula berdepan masalah dengan KDN sejak akhbar itu memuatkan satu laporan kontroversi berhubung status kewangan Felda pada Jun tahun lalu.

Siri laporan khas berhubung status kewangan Felda itu disiarkan dalam edisi Suara Keadilan bertarikh 22 - 29 Jun.

Ekoran itu juga, akhbar berkenaan disiasat bawah Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984 kerana didakwa menyiarkan satu dokumen sulit kerajaan dalam satu edisi susulannya.

Lim: Undi Bumi bantu DAP menang 6 kerusi lagi
Kuek Ser Kuang Keng
Apr 26, 11
3:25pm

Perangkaan yang diterima menunjukkan bahawa kejayaan DAP di Sarawak pada pilihan raya 16 April lalu tidak akan dicapai dengan hanya sokongan masyarakat Cina.

NONESetiausaha agungnya, Lim Guan Eng berkata tanpa sokongan masyarakat lain, mereka akan hanya memenangi enam kerusi sahaja dan tidak mungkin mendapatkan 12 kerusi.

Katanya data dari pusat pengundian menunjukkan bahawa parti itu menang sekurang-kurangnya 30 peratus di kerusi-kerusi di mana pengundi bumiputera adalah minoriti.

"Di sesetengah kerusi, peratus pengundi bukan Cina yang menyokong DAP jauh lebih tinggi daripada 30 peratus,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.

Pada pilihan raya ke-10 yang lalu, DAP menyapu semua kerusi-kerusi di kawasan bandar dan menggandakan jumlah kerusinya di dewan undangan negeri Sarawak.

azlanBerikutan itu, sesetengah parti komponen BN mendakwa DAP berkempen menggunakan strategi pro-Cina yang dinafikan parti tersebut.

Akhbar milik Umno - Utusan Malaysia juga mendakwa kejayaan DAP adalah petunjuk bahawa masyarakat Cina cuba menghakis kuasa politik orang Melayu.

Analisis awal DAP menunjukkan beberapa kerusi tidak akan dimenangi tanpa sokongan pengundi bukan Cina.

Di Kidurong sebagai contoh, hampir separuh daripada pengundinya adalah bumiputera, DAP menganggarkan parti itu membolot kitra-kira 63 peratus undi bumiputera.

Dalam kes kerusi Meradong pula, 43 peratus pengundinya adalah bumiputera dan parti itu menganggarkan mereka berjaya mendapatkan 46 peratus undi mereka.


Rumah mampu milik RM220 ribu 'masih terlalu mahal'
Salhan K Ahmad
Apr 26, 11
3:02pm

Ahli Dewan Negara PKR hari ini menuntut supaya kerajaan menyatakan kriteria yang lebih jelas untuk rumah mampu milik bagi mengelakkan lebih ramai anak muda terlibat dalam kebankrapan.

Senator Zamri Yusof berkata, kriteria harga rumah tidak lebih dari RM220,000 itu "masih terlalu mahal" dan tidak mampu dibeli oleh golongan berkenaan.

"Pendekatan sekarang tidak berjaya. Walau ada (dasar supaya tidak perlu bayar) wang pendahuluan 10 peratus, mereka masih tidak mampu bayar secara berterusan," katanya.

Katanya lagi, pinjaman perumahan merupakan antara penyumbang utama kepada kadar kebankrapan di kalangan golongan muda yang berpendapatan sekitar RM2,000 hingga RM3,000 sebulan.

Pada 2010 sahaja, kadar kebankrapan itu meningkat tiga kali ganda sehingga melibatkan lebih 3,000 orang peminjam.

Dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, jumlah peminjam yang muflis ialah seramai 1,022 orang, katanya lagi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas langkah kerajaan yang memperkenalkan skim pinjaman perumahan 100 peratus pada tahun lalu.

Skim yang diumumkan perdana menteri ketika pembentangan Bajet 2011 itu menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.



Kerajaan diminta jelaskan kadar inflasi yang tinggi
Kuek Ser Kuang Keng
Apr 26, 11
5:39pm

Kerajaan diminta menjelaskan perangkaan inflasi negara yang tenat di sebalik pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, yang juga seorang bekas akauntan bertauliah berkata perkara itu bercanggahan dengan norma ekonomi.

NONEHujah Lim, pengukuhan matawang negara lazimnya membawa kesan kepada dua perkara - mengurangkan daya saing industri eksport negara dan mengurangkan inflasi kerana barangan import telah menjadi lebih murah.

Namun, yang anih apabila ringgit semakin kukuh, tiada tanda-tanda bahawa kadar inflasi akan berkurangan.

Lim berkata berdasarkan perangkaan kerajaan, kadar inflasi sejak tiga bulan lalu dicatatkan pada kadar 2.8 peratus.

"Kenapa kita tidak lihat harga barangan turun tetapi tetap BN atau barang naik? Adakah awak lihat harga tepung susu turun. Semua ini diimport.

inflation"Kita adalah rakyat yang bertolak ansur. Kita beri sebulan lagi untuk harga barangan turun. Jika tidakj kerajaan mesti berikan jawapannya,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur.

"Entah mana silapnya, ke mana wang untuk pergi?”

Semalam, ringgit ditutup pada paras tertinggi dalam 13 tahun iaitu RM2.995 berbanding dolar Amerika yang turut merudum berbading matawang antarabangsa yang lain.

Tiada ulasan: