Khamis, 28 April 2011

BILA ISLAM...HUKUM ALLAH...AMALAN2 ISLAM DIABAI...DUNIA DIKEJAR...AKHIRAT SERTA MAJLIS ILMU TIDAK DIAMBIK PUSING...SUKA PADA KEMEWAHAN..TAKUT MATI....

RM5.2 juta cat semula pangsapuri PKNS
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 28 April: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM5.2 juta bagi mengecat semula pangsapuri-pangsapuri kos rendah yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sepanjang tahun ini.

Kerja-kerja tersebut mula dilaksanakan April ini dengan membabitkan seluruh pangsapuri kos rendah PKNS berumur lebih 15 tahun di seluruh Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad menjelaskan, perlaksanaan program tersebut adalah selari dengan program Kerajaan Pakatan Negeri Selangor untuk membantu penduduk membaikpulih pangsapuri-pangsapuri kos rendah di negeri itu.

Menurut beliau, matlamat dan objektif program itu antara lain adalah untuk memberikan nilai tambah kepada skim pemajuan-pemajuan PKNS.

"Di samping itu, ia juga bertujuan untuk mewujudkan persekitaran dan pangsapuri yang lebih ceria, indah dan harmoni," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Program tersebut, menurut beliau, membabitkan 131 blok pangsapuri, manakala unit-unit rumah terbabit berjumlah 8,180 unit kesemuanya.

Daripada jumlah tersebut, 6 blok atau 560 unit terletak di Ampang khususnya di sekitar kawasan Ulu Kelang, 19 blok atau 864 unit terletak di kawasan Petaling Jaya.

Manakala 35 blok atau 2,442 unit terletak di kawasan Shah Alam, 47 blok atau 1,942 unit terletak di kawasan Bangi dan 24 blok atau 2,300 unit terletak di kawasan Kota Damansara.

Beliau yang juga Adun Chempaka menjelaskan, program tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan akan dilaksanakan sepenuhnya dalam masa satu tahun.

"Sebagai permulaan, program mengecat akan dimulakan di pangsapuri kos rendah Seksyen 20 dan Seksyen 24, Shah Alam," jelasnya.

Seks: PIBG, NGO diseru bantah media keterlaluan
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 28 April: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyeru persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) seluruh negara, persatuan guru-guru, pertubuhan-pertubuhan pendidikan, badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan yang memperjuangkan nilai budaya timur bangkit membantah cara pendedahan isu-isu seks secara bebas dalam media.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat berkata, mereka perlu bersatu untuk membantahnya.

“Semoga dengan bantahan ini boleh menyelamatkan remaja kita daripada terjebak dalam kegiatan tidak bermoral,” ujarnya.

Ini, katanya kerana menyedari perkara itu bakal mendedahkan nilai negatif kepada masyarakat terutamanya pelajar-pelajar dan anak-anak sekolah.

Menurutnya, pendedahan isu-isu seks seperti liwat, video lucah, bersekedudukan, rumah urut, ubat kuat dan lain-lain melalui media cetak, media elektronik dan media baru dilihat tidak terkawal dan boleh memberi kesan negatif kepada remaja khususnya pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.

Beliau berkata, media arus perdana dilihat sangat gemar menayangkan sedutan VCD seks, gambar hubungan seks dan menceritakan isu-isu hubungan seks yang sangat memalukan.

Sebelum ini, katanya pihak sekolah telah berperang dengan masalah gejala sosial yang semakin serius setiap tahun.

“Isu-isu seks yang disiarkan oleh media sejak akhir-akhir ini dijangka akan merangsang mereka untuk mencari, merasa dan mencuba. Remaja adalah mereka yang suka meneroka sesuatu yang baru,”ujarnya.

Katanya, kerajaan dan masyarakat seharusnya menyediakan persekitaran yang kondusif merangsang minda mereka menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan tanah air.

Beliau menambah, lebih menyedihkan lagi apabila pihak bertanggungjawab seperti tidak ambil peduli masalah moral dan hanya mendedahkan keburukan seseorang dengan mengabaikan kesannya kepada remaja.

Semalam, katanya episod pendedahan yang memualkan diteruskan melalui siri video seks kedua.

“Keadaan ini umpama mendapat lesen dan lampu hijau dari pihak berkuasa, tidak ada sebarang amaran atau larangan yang ditegaskan berhubung penyebaran video ini. Lebih serius lagi video tersebut mendedahkan bahagian-bahagian badan pelakon yang sulit,” ujarnya.

Dan tidak mustahil selepas ini, tambahnya babak yang lebih memalukan akan didedah dan disebarkan sekiranya tidak ada penegasan dan amaran daripada kerajaan untuk melayari video itu dan tidak segera menyiasat dan menghukum penyebar video berkenaan.

“Sekiranya isu yang meloyakan ini, dibiarkan dan dianggap remeh, Dewan Pemuda PAS Pusat percaya ini akan menjadi satu lagi episod buruk kepada masalah moral dalam masyarakat kita yang sememangnya sedang kritikal pada masa ini,” ujarnya.

Beliauberkata, lebih menakutkan ia mungkin akan menjadi suatu kebiasaan dan budaya di dalam negara kita.

“Anak-anak kita yang sekarang ini telah terdedah dengan dunia IT tanpa sempadan tidak mustahil akan terjebak dan melayari gambar-gambar dan video-video lucah selain fitnah-fitnah yang telah di sebarkan di dalam internet.

“Semua ini bertentangan dengan agama Islam dan budaya masyarakat timur,” ujarnya.

Anwar dakwa Najib guna pornografi pertahan kuasa
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 28 April: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin pihak polis terlibat 'memberi perlindungan' kepada penyebar video lucah yang mengaitkan dirinya.

Bercakap kepada media selepas disoal siasat di IPD Dang Wangi hari ini beliau berkata, agak mustahil video itu boleh disebar termasuk bahagian kedua semalam dalam Youtube.

"Mana ada dlm negara ini orang boleh terang-terangan sebar video tanpa sebarang tindakan kalau polis tak lindungi," katanya.

Tambahnya, dalam kes 'mata lebam' dahulu juga, bekas ketua pegawai penyiasat kes tersebut, Datuk Mat Zain Ibrahim dalam tulisannya kepada Ketua Polis Negara, mengakui beberapa video lucah yang dikaitkan adalah melibatkan sumber polis.

Selain polis, beliau juga mendakwa Umno turut terlibat di sebalik penyebaran video tersebut.Ternyata pemimpin Umno terdesak. Datuk Seri Najib harus menjawab kenapa jenayah ponografi itu menjadi strategi terpenting beliau mempertahankan kuasa beliau dan Rosmah dalam negara ini,"

"Peras ugut saya dan Azizah meletak jawtan. Motif politik Umno itu jelas ada.

"Ternyata pemimpin Umno terdesak. Datuk Seri Najib harus menjawab kenapa jenayah ponografi itu menjadi strategi terpenting beliau mempertahankan kuasa beliau dan Rosmah dalam negara ini," katanya lagi.

Diatanya desakan pihak tertentu agar beliau bersumpah, beliau berkata perkara itu perlu dirujuk kepada Mahkamah Syariah.

Pada masa sama beliau turut menyelar Utusan dan TV3 dan AgendaDaily yang dakwanya menjadi perkakas Umno BN menyuburkan fitnah.

Terdahulu, Anwar Ibrahim hadir ke IPD Dang Wangi untuk dirakam kenyataan berhubung laporan polisnya berkaitan video seks yang ditayangkan di Hotel Carcosa Seri Negara, bulan lalu.

Beliau yang berbaju kameja biru berkot kelabu cair dilihat tiba kira-kira jam 2.50 petang.

Turut menemani beliau hari ini adalah isteri dan anaknya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah serta peguamnya, R.Sivarasa Rasiah.

Ini adalah kali kedua Anwar akan memberi kenyataan berhubung perkara tersebut selepas kali pertama 22 Mac lalu apabila beliau membuat laporan polis selepas video yang memaparkan aksi seks seorang lelaki, ditayangkan di hotel mewah itu pada 21 Mac lalu.

Anwar telah pun menafikan lelaki itu dalam video tersebut adalah beliau.

Beliau berkata, penayangan video berkenaan merupakan konspirasi yang pasti melibatkan golongan atasan.

Beliau juga mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengetahui mengenai video lucah itu.

Selain peguam, turut mengiringi beliau adalah Naib Presiden PKR N Surendran, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Penerangan PKR Lateefa Koya.

Sumpah: Penjelasan PGSM berhubung mubahalah
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 28 April: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyatakan bahawa sumpah di dalam Islam memadai dengan melafazkan lafaz sumpah dengan nama Allah iaitu Wallahi, Wabillahi dan Watallahi serta tidak perlu memegang atau mengangkat al-Quran.

Presiden PGSM, Mohamad Isa Abd Ralip berkata, ini adalah kerana perbuatan tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan budaya tersebut adalah budaya orang Kristian bersumpah dan mereka bersumpah memegang bible.

Jelasnya, mubahalah memerlukan kehadiran kedua-dua pihak yang bertentangan berada di dalam satu majlis.

Katanya, seorang individu akan melafazkan sumpah dengan nama Allah dan menyatakan bahawa beliau akan dilaknat oleh Allah di dunia dan akhirat sekiranya dia tidak bercakap benar.

”Sumpah ini kemudiannya akan diikuti oleh satu pihak yang satu lagi yang akan bersumpah dengan nama Allah dan sekiranya beliau tidak berkata benar maka laknat Allat akan turun padanya di dunia dan di akhirat. ”Dengan kata lain dengan sumpah ini, kedua-dua pihak akan saling sumpah menyumpah dan cabar mencabar supaya diturunkan laknat kepada sesiapa yang berbohong,” jelasnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berikut adalah penjelasan beliau.

Persatuan Peguam Syarie Malaysia menyatakan bahawa sumpah di dalam Islam memadai dengan melafazkan lafaz sumpah dengan nama Allah iaitu Wallahi, Wabillahi dan Watallahi serta tidak perlu memegang atau mengangkat al-Quran.

Ini adalah kerana perbuatan tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan budaya tersebut adalah budaya orang Kristian bersumpah dan mereka bersumpah memegang bible. Mubahalah memerlukan kehadiran kedua-dua pihak yang bertentangan berada di dalam satu majlis.

Seorang individu akan melafazkan sumpah dengan nama Allah dan menyatakan bahawa beliau akan dilaknat oleh Allah di dunia dan akhirat sekiranya dia tidak bercakap benar. Sumpah ini kemudiannya akan diikuti oleh satu pihak yang satu lagi yang akan bersumpah dengan nama Allah dan sekiranya beliau tidak berkata benar maka laknat Allat akan turun padanya di dunia dan di akhirat.

Dengan kata lain dengan sumpah ini, kedua-dua pihak akan saling sumpah menyumpah dan cabar mencabar supaya diturunkan laknat kepada sesiapa yang berbohong.

Di dalam Islam sumpah seperti ini dibenarkan bagi tujuan untuk membersihkan diri seseorang itu daripada sesuatu tuduhan (tohmah) dan sumpah tersebut dipanggil sumpah tohmah. Sumpah ini sangat besar kesannya kerana dibuat atas nama Allah dan laknat Allah akan menimpa pembuat sumpah tersebut di dunia dan akhirat. Walaubagaimanapun sumpah seperti ini adalah bertujuan semata-mata bagi membersihkan nama seseorang dari sebarang tohmah dan ianya bukan suatu kaedah untuk menuduh orang lain atau mensabitkan seseorang itu bersalah.

Ini adalah kerana di dalam Islam serta perundangan negara kita ada kaedah serta undang-undang yang telah digariskan bagi mendakwa seseorang itu melakukan sesuatu kesalahan. Di dalam undang-undang Jenayah Syariah, kaedah yang ditetapkan bagi menyatakan seseorang yang dituduh itu melakukan sesuatu kesalahan adalah dengan pihak pendakwa atau orang yang membuat tuduhan mengemukakan bukti ke Mahkamah. Oleh itu, beban untuk membuktikan suatu dakwaan itu adalah terletak kepada orang yang mengemukakan dakwaan, dan mengkehendaki Mahkamah percaya akan kewujudan perkara di dalam dakwaan tersebut. Ini selaras dengan peruntukan seksyen 73 (1) Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan – ”Sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana Mahkamah memberikan penghakiman tentang apa-apa hak atau tanggungan di sisi undang-undang yang bergantung kepada kewujudan fakta yang ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan fakta itu wujud.”

Selanjutnya Akta yang sama menyatakan cara memberikan keterangan di dalam kes-kes jenayah syariah, keterangan hendaklah diberikan oleh pendakwa dan tertuduh, melainkan jika tertuduh mengaku salah. Seksyen 87 (3) Akta Keterangan memperuntukkan bahawa – ”Dalam kes jenayah, keterangan hendaklah diberikan bagi pendakwa dan bagi tertuduh melainkan jika tertuduh mengaku salah.”

Oleh yang demikian, sesuatu dakwaan terhadap sesuatu kes itu hendaklah dibuktikan ke Mahkamah melalui proses pendakwaan oleh pihak yang mendakwa. Adalah menjadi beban kepada pihak yang mendakwa untuk membuktikan segala dakwaan atau tuduhan di Mahkamah. Sesuatu dakwaan atau pertuduhan tersebut hendaklah dibuat di Mahkamah dan bukannya di tempat-tempat awam atau di Masjid. Ini adalah kerana masjid adalah tempat yang suci untuk umat Islam beribadat dan bukannya menjadi tempat atau gelanggang bagi menyatakan kebenarannya sesuatu dakwaannya itu adalah benar.

Orang mendakwa perlu mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaannya samada bukti tersebut adalah berbentuk saksi yang memberikan keterangan atau dokumen sebagai contoh laporan perubatan. Ini adalah penting bagi menyokong dakwaannya dan bukannya hanya bersumpah. Di dalam prinsip keterangan Islam sumpah sebenarnya terletak kepada pihak yang kena dakwa dan bukannya orang yang mendakwa selari dengan prinsip Islam iaitu ”Keterangan pada pihak yang mendakwa dan sumpah kepada pihak yang mengingkarinya.

Di dalam jenayah Islam kes-kes yang melibatkan qisos seperti membunuh para fuqaha masih tidak sepakat dalam menerima sumpah sebagai dalil mensabitkan jenayah. Imam Malik, Syafie dan Ahmad berpendapat, sumpah diterima oleh Islam sebagai dalil atau bukti jenayah ke atas tertuduh jika tiada bukti lain, atau bukti tidak cukup. Sedangkan Imam Abu Hanifah berpendapat sumpah bukan suatu bukti atau dalil mensabitkan jenayah, tetapi satu cara bagi menafikan tuduhan yang dibuat oleh pendakwa ke atas tertuduh. Jenayah qisos yang dibolehkan bersumpah dalam mensabitkan jenayah hanyalah dalam jenayah membunuh sahaja.

Dalam kes-kes yang melibatkan hudud (zina, qazaf (menuduh zina), minum arak, mencuri, samun, memberontak dan murtad), sumpah hanya diterima sebahagian kecil ulama’ dalam kes-kes tertentu seperti qazaf dan mencuri sahaja.

Manakala di dalam kes qazaf (menuduh zina), menurut Mazhab Shafie, sekiranya pendakwa tidak mempunyai apa-apa keterangan atau tidak cukup bukti, maka tertuduh boleh diminta bersumpah menafikan dakwaan itu. Jika tertuduh bersumpah, maka gugurlah dakwaan itu. Walaubagaimanapun, Imam Malik dan Ahmad tidak menerima langsung sumpah sebagai satu bukti mensabitkan kesalahan qazaf.

Di dalam kes melibatkan curi, menurut Mazhab Shafie, sekiranya kesalahan mencuri tidak dapat dibuktikan maka pihak tertuduh boleh diminta bersumpah. Jika tertuduh enggan, pihak yang kena curi boleh bersumpah al-yamin al-mardudah. Tetapi pandangan ini tidak diterima oleh mazhab-mazhab yang lain. Imam Malik, Abu Hanifah dan Ahmad berpendapat sumpah hanya boleh diterima dalam kes-kes mal atau sivil sahaja.

Dalam kes-kes mal atau sivil, yakni yang melibatkan yakni yang melibatkan pertikaian suami isteri atau rumahtangga, atau perebutan harta, sumpah perlu dilakukan dalam Mahkamah setelah diperintahkan oleh Hakim untuk berbuat demikian. Seksyen 87 (1) dan (2) Akta Keterangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 memperuntukkan:- Dalam kes mal, keterangan hendaklah diberikan oleh Plaintif dan Defendan, dan jika Defendan menafikan tuntutan terhadapnya, dia hendaklah dikehendaki mengangkat sumpah mengikut Hukum Syarak.”

”Jika Defendan mengangkat sumpah di bawah subseksyen (1), tuntutan yang dibuat oleh Plaintif hendaklah ditolak.”

”Jika Defendan enggan mengangkat sumpah, maka Mahkamah bolehlah meminta Plaintif mengangkat sumpah dan dengan sumpah itu tuntutannya hendaklah diterima.”

PGSM berpendirian bahawa di dalam kes-kes yang melibatkan jenayah syariah seperti liwat, khalwat serta persetubuhan luar nikah hendaklah dibuktikan oleh pihak pendakwa di Mahkamah dan pihak yang dituduh boleh untuk menafikan tuduhan tersebut melalui keterangan dan boleh bersumpah sekiranya diperintah oleh Hakim berbuat demikian. Namun demikian sumpah tersebut tidak mengikat hakim di dalam membuat keputusan sabitan kesnya.

Video seks: Polis soal siasat Anwar kali ke-2
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 28 April: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini hadir ke IPD Dang Wangi untuk dirakam kenyataan berhubung laporan polisnya berkaitan video seks yang ditayangkan di Hotel Carcosa Seri Negara, bulan lalu.

Beliau yang berbaju kameja biru berkot kelabu cair dilihat tiba di sini kira-kira jam 2.50 petang.

Turut menemani beliau hari ini adalah isteri dan anaknya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah serta peguamnya, R.Sivarasa Rasiah.

Ini adalah kali kedua Anwar akan memberi kenyataan berhubung perkara tersebut selepas kali pertama 22 Mac lalu apabila beliau membuat laporan polis selepas video yang memaparkan aksi seks seorang lelaki, ditayangkan di hotel mewah itu pada 21 Mac lalu.

Anwar telah pun menafikan lelaki itu dalam video tersebut adalah beliau.

Beliau berkata, penayangan video berkenaan merupakan konspirasi yang pasti melibatkan golongan atasan.

Beliau juga mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengetahui mengenai video lucah itu.

Selain peguam, turut mengiringi beliau adalah Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Sementara itu lebih 30 petugas media menunggu di sini sejak jam 2.00 petang tadi.

Difahamkan satu sidang media akan diadakan sejurus selepas soal siasat selesai.


GADIS MUSLIM MUKA DEPAN PLAYBOY

sumber : cari sendiri

Seorang pelakon wanita muslim telah menimbulkan kemarahan kumpulan fanatik Islam apabila beraksi bogel untuk majalah Playboy. Wanita tersebut dicap sebagai "pelacur" setelah tampil dengan aksi ghairah di muka depan majalah Playboy edisi Jerman.

Dan kumpulan fanatik Islam telah mengeluarkan mesej ancaman di internet.

Dibesarkan di Jerman oleh orang tua Turki konservatif, mengatakan bahawa dia takut "diaibkan" golongan tertentu pada masa akan datang. Sila, 25 - bintang iklan sabun di Jerman - mendakwa sesi fotografi itu merupakan reaksi terhadap "perhambaan" dari zaman silamnya.

Dia menambah: "Yang ingin saya katakan dengan foto-foto ini adalah, kita tidak harus hidup dengan peraturan yang ditujukan ke atas kami (para gadis)".

Namun laman web Islam sedang dipantau oleh badan perisikan Jerman - selepas mengeluarkan ancaman tentang "memalukan perempuan muslim" dan "melacurkan diri untuk wang".

Salah satu poster di laman Watch Jihad menulis: "Dia harus sangat berhati-hati ..." Lain-lain hanya mengatakan: "Dia perlu membayar."

Sebuah pemilik kedai kebab, ketika ditanya di TV Jerman apa yang akan dia lakukan jika Sila adalah putrinya, menjawab: "Aku akan membunuhnya, itu tidak sesuai dengan budaya kami ..."

Komuniti Islam Jerman telah menyeru untuk memboikot Sila.

Tiada ulasan: