Selasa, 19 April 2011

PE BEZA..RASIS...PERKAUMAN DAN ASOBIYYAH..TU TAK BOLEH...IA BOLEH...DIA PERKAUMAN@RASIS ...MEREKA TIDAK...CAKAP BERCABANG2@BERPUSING2...CAMNI BERAT...

Dr M: Politik rasis DAP kini menular di S'wak
Apr 18, 11 7:28pm

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan pilihan raya negeri Sarawak membuktikan bahawa DAP berjaya membawa 'jenama politik perkauman' ke negeri terbesar di Malaysia itu.

Dalam blognya, Dr Mahathir mendakwa sebelum ini, semua kaum berkerjasama dengan satu sama lain demi pembangunan Sarawak.

“Saya ucapkan tahniah kepada DAP kerana membawa politik perkauman ke Sarawak. Sekarang kita dengan jelas melihat masyarakat Cina menolak hubungan pelbagai kaum. Mereka kini dijangkiti virus perkauman yang menjadi asas perjuangan DAP,” tulisnya.

“Malaysia menghadapi bahaya terbahagi kepada dua parti - satu Melayu yan didominasi daripada 'default' dan satu lagi Cina melalui pilihan.Sistem dua parti yang berasaskan perkauman tidak akan menyumbang kepada kestabilan, apa lagi perpaduan negara.”

NONEPada pilihan raya ke-10, Sabtu lalu, Pakatan Rakyat yang diterajui DAP memenangi 15 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan.

Mengenai pilihan raya umum ke-13 akan datang, mantan perdana menteri itu berkata beliau berharap dan berdoa corak di Sarawak tidak akan diulang di seluruh Malaysia.

“Biar kita berfikir secara berhati-hati sama ada kita mahu memecahkan negara ini atau bersedia berkorban sesuatu bagi mengekalkan kestabilan dan pembangunan menerusi gabungan BN,” katanya.


Pakar: Lynas jauh lebih teruk dari Bukit Merah
Joseph Sipalan
Apr 18, 11
7:10pm

Projek memproses nadir bumi yang sedang dibina di Gebeng oleh firma Australia, Lynas akan menghasilkan 20,000 tan sisa radioaktif setahun apabila beroperasi kelak.

Ini adalah 10 kali lebih kontroversial daripada kilang nadir bumi Asia di Bukit Merah yang ditutup 20 tahun lalu, kata pakar kesihatan awam Dr T Jayabalan.

Katanya, sisa radioaktif yang terhasil itu akan membawa nahas alam sekitar dan kesihatan kerana tahap radioaktif yang terhasil akan memberi kesan buruk.

Jelasnya, pendedahan langsung terhadap jumlah thorium yang besar, meskipun dibuktikan oleh Lynas dan Badan Perlesenanan Tenaga Atom (AELB) mempunyai tahap radiasi yang rendah, adalah bahaya apabila jumlah yang banyak mula terkumpul.

Kedua-dua Lynas dan AELB berkata pusat berkenaan akan menghasilkan thorium - elemen radioaktif yang bakal terhasil dan mendakwa bahan itu mempunyai tahap radiasi yang rendah serta tidak mendatangkan bahaya kepada manusia dan persekitarannya.

Jayabalan sebaliknya berkata sebarang pendedahan berterusan tidak kira sekecil mana sekalipun adalah bahaya kepada kesihatan.

"Mungkin AELB dan Lynas adalah betul, bahawa nadir bumi bukan radioaktif kerana ia telah disingkirkan. Apa yang mereka akan berikan kepada kita di Gebeng adalah sisa radioaktif yang dinamakan thorium," katanya kepada kira-kira 500 orang di ceramahnya di Kuantan pada malam Ahad lalu.

"Dan mungkin juga pihak berkuasa adalah betul kerana thorium adalah sisa tahap rendah (radioactive) dan mereka dakwa ini adalah selamat.

"Ini adalah istilah yang digunakan oleh industri untuk menggelirukan anda... ingat tidak ada tahap selamat bagi radioaktif,” katanya.


Video seks: Trio 'Datuk T' mungkin didakwa
Apr 18, 11 4:44pm

Trio Datuk T mungkin dikenakan tindakan kerana kesalahan mengedar dan menayang video seks melibatkan pelaku yang dikatakan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata polis.

azlanTimbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata kemungkinan itu wujud berikutan siasatan mengikut Sekyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah itu menjurus kepada mereka, pihak yang menayangkan video.

Beliau berkata kertas siasatan kes itu dijangka dihantar ke Pejabat Peguam Negara Khamis ini.

"Ada kemungkinan mereka akan didakwa mengikut Sekyen 292 itu kerana ia menjurus kepada mereka, pihak penayang."

"Namun bukan polis yang menentukan keputusan itu sebaliknya pejabat Peguam Negara. Kami akan adakan sidang akhbar nanti bila segalanya selesai," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Ketika ditanya mengenai perkembangan kertas siasatan, beliau berkata masih terdapat dua lagi perkara yang perlu dikemaskini dan dilengkapkan dalam siasatan itu, sebelum dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan.

"Kalau boleh bagi pihak kita seawalnya hantar (kertas) itu pada Khamis ini...sementara itu kami tunggu respon daripada pihak yang menyediakan dua perkara itu.

"Dua perkara ini tidak boleh didedahkan dahulu ketika ini kerana ia lebih kepada pendakwaan dan menganggu tugas pejabat Peguam Negara," katanya.

Ditanya mengenai sama ada polis mempunyai kuasa untuk menahan pelaku dalam video seks itu, Acryl berkata: "Kami (polis) tiada peruntukan undang-undang untuk menahan mereka dan mengambil keterangan.

"Kita kena rujuk kepada pejabat Peguam Negara untuk sebarang penelitian dan semakan. Mungkin mereka ada peruntukan undang-undang terhadap si pelaku," katanya.

Pada 21 Mac lalu, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai "Datuk T" di Carcosa Seri Negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan.

- Bernama


Penganalisis: Keputusan S'wak tamparan bagi PM
Apr 18, 11 3:36pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka tidak akan membubarkan Dewan Rakyat dalam masa terdekat bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan berikutan pencapaian lesu pada pilihan raya Sarawak, Sabtu lalu kata penganalisis.

NONEAFP melaporkan meskipun BN menguasai dua pertiga daripada kerusi yang dipertandingkan, tetapi pembangkang berjaya mendapat keputusan terbaik dalam sejarah pilihan raya negeri itu.

Pilihan raya Sarawak dikatakan petunjuk bagi mengukur kepopularan Najib yang didakwa banyak menabur wang bagi pembangunan luar bandar ketika berkempen.

Menurut sesetengah pemerhati, pilihan raya Sabtu lalu adalah ujian getir kepada BN sejak pilihan raya umum 2008 apabila pembangkang berjaya merampas satu pertiga daripada kerusi parlimen.

NONEPada pilihan raya itu, BN menang 55 kerusi manakala Pakatan Rakyat berjaya mendapat 15 kerusi, manakala seorang calon Bebas berjaya memenangi satu kerusi.

Bagagaimanapun bagi seorang penganalisis politik Khoo Kai Peng, Najib nyata mengalami kemerosotan ketara dari segi undi popular berbanding prestasi BN pada pilihan raya negeri 2006.

"Undi popular BN jatuh lapan peratus kepada 55 peratus. Ini adalah jumlah yang besar memandangkan negeri ini adalah secara tradisionalnya kubu kuat BN,” katanya kepada AFP.

NONEKhoo berkata keputusan itu menunjukkan kerusi parlimen Sarawak dan juga jirannya Sabah juga menghadapi risiko jika BN mahu terus merintah di peringkat pusat.

Terdapat 31 kerusi parlimen di Sarawak dan BN memiliki 29. Di BN memboloti 24 daripada 25 kerusi. Pembangkang hanya mempunyai tiga kerusi di kedua-dua buah negeri itu.





Video seks: AG akan heret Anwar, kata PKR
Apr 18, 11 6:07pm

Meskipun siasatan berhubung video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang difokuskan terhadap pengedaran bahan lucah, PKR percaya peguam negra akan menggunakan peluang itu untuk mengheret ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita yakin bahawa Peguam Negara di bawah arahan rejim BN akan tetap mencari jalan untuk mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah,” kata setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution.

“Ini kerana seluruh episod konspirasi ini direka bertujuan menghancurkan kerjaya politik Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Semalam, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata siasatan videos seks lengkap dari setiap sudut dan ia menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Acryl berkata hasil siasatan itu akan diserah segara kepada Peguam Negara.

Saifuddin berkata pendirian terbaru polis itu menunjukkan tidak ada sebarang asas undang-undang untuk mengaitkan Anwar di dalam video kerana jelas beliau tidak ada kena mengena dalam isu berkenaan.

“Ini selari dengan penafian Datuk Seri Anwar Ibrahim yang konsisten mengenainya,” katanya.

Bagaimanapun Saifuddin berkata PKR percaya peguam negra, Tan Sri Abdul Gani Patail akan “tetap mencari jalan untuk mendakwa Anwar.”

“Ini tidaklah mustahil kerana sebelum ini situasi sama berlaku di mana Anwar dihadapkan ke mahkamah dan difitnah atas dua tuduhan liwat, walau pun beliau tidak melakukannya.

“PKR kesal kerana BN terus menggunakan politik kotor, jijik malah menginjak batas agama dan peradaban kemanusian demi mengekalkan kuasa politik,” katanya.

Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Chik, ahli perniagaan Datuk Sharzyl Eskay dan bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim mengaku mereka sebagai gandingan 'Datuk T' yang menayangkan video itu kepada media tertentu di Hotel Carcosa 21 Mac lalu.

Mereka mendakwa rakaman itu menunjukkan seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang gadis di sebuah bilik di Kuala Lumpur pada 21 Februari lalu.

Anwar sebelum ini menafikan bahawa beliau adalah lelaki dan video berkenaan dan membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Ketua Pembangkang itu berkata, beliau berada di rumah pada malam rakaman itu dibuat dan beriinteraksi menerusi Twitter dengan jaringannya.



SUPP tolak perletakan jawatan presiden, s/u
Ang Ngan Toh & Andrew Ong
Apr 18, 11
12:53pm

Jawatankuasa pusat (CWC) Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) hari ini menolak perletakkan jawatan oleh presidennya, Tan Sri Dr George Chan dan setiausaha agungnya, Datuk Sim Kheng Hui.

Kedua-dua pemimpin utama itu menyerahkan surat perletakkan jawatan mereka semalam berikutan kekalahan teruk SUPP pada pilihan raya negeri Sarawak pada Sabtu lalu.

CWC dalam perjumpaan mereka hari ini memutuskan kedua-dua pemimpin SUPP berkenaan akan terus memegang jawatan mereka sehingga pemilihan pimpinan pada kongres parti itu akhir tahun ini.

Chan, adalah antara pemimpin parti itu yang tumbang di tangan pembangkang pada 16 April lalu. Beliau telah menerajui SUPP selama lebih 15 tahun.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat CWC selama hampir sejam itu, bendahari SUPP, David Teng berkata Chan dan Sim bersetuju menjalankan tanggungjawap mereka sehingga tempoh mereka berakhir.

SUPP pada Sabtu lalu kecundang di 13 daripada 19 kerusi yang ditandinginya - 12 kepada DAP dan satu di tangan PKR.


Ketua cawangan Umno bidas kepimpinan negeri
Susan Loone
Apr 18, 11
4:54pm

Umno cawangan Kg Mutiara yang mengadakan mesyuarat agung tahunannya di sebuah kedai kopi di Pulau Pinang semalam dengan kehadiran 22 daripada 357 anggotanya membidas kepimpinan negeri kerana mengabaikan ahli-ahlinya serta melayan mereka sebagai “anak tiri”.

Ketua cawangan itu, Rose Akhmar Ahmed dalam ucapannya penangguhannya berkata beliau kecewa dengan cara ahli parti dilayan sejak 2008. Dakwanya, cawangan itu juga tidak dijemput menghadiri sebarang program dan aktiviti anjuran Umno sejak tahun berkenaan.

Katanya pemimpin Umno cawangan Kg Mutiara termasuk dirinya tidak juga diumaklumkan mengenai lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Pulau Pinang baru-baru ini, termasuk berucap kepada orang ramai di Balik Pulau.

"Kami rasa terpinggir dan tidak dihargai; tiada sesiapa yang menghubungi kami atau minta membincangkan isu dengan kami, walaupun kami telah menulis beberapa pucuk surat kepada mereka dan membuat salinan kepada perdana menteri,” kata Rose Akhmar.

"Jika pun mereka terlalu sibuk untuk baca surat-surat itu, mereka boleh serahkan tugas tersebut kepada pegawai-pegawai... kenapa tidak hiraukan kami seperti ini?” katanaya.

Ditanya sama ada beliau menyedari sebab tertentu ahli cawangan berkenaan dilayan sedemikian, Rose Akhmar berkata kemungkinannya adalah kerana beliau agak krtikal terhadap bekas ketua bahagian Bukit Bendera, Ahmad Ismail (atas, berbaju merah). Cawangan Kg Mutiara terletak di bahagian itu.

Rose Akhmar menjadi tumpuan pada Ogos lalu apabila beliau membuat laporan polis di Butterworth mendakwa kepimpinan Umno Pulau Pinang gagal memaklumkan ahlinya mengenai AGM bahagian Bukit Bendera.


Hadi: PAS muhasabah pugar gerombolan lawan
Apr 18, 11 12:32pm

Keputusan pilihan raya negeri Sarawak dianggap satu muhasabah terhadap langkah dan strategi parti itu dalam memugar gerombolan lawan, kata presidennya, Datuk Seri Hadi Awang.

“Tentunya masih banyak yang perlu ditambah baik oleh kita semua supaya pendekatan kita akan menjadi lebih efektif, dan mampu untuk merobohkan tembok besar yang masih berlegar dalam ruang pemikiran pengundi yang ada di depan kita.

“Apapun, sekali-kali setiap anggota jentera parti tidak seharusnya merasa lemah dan kecewa dengan keputusan pilihan raya yang sama-sama kita ketahui itu,” katanya dalam satu kenyataan.

PAS pada pilihan raya negeri Sarawak Sabutu lalu bertanding di lima kerusi - Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro.

Namun mereka tumbang di kelima-lima kerusi yang semuanya kawasan majoriti Melayu-Melanau.

Pencapaian terbaik bagi PAS adalah di Beting Maro yang calon mereka tewas tipis dengan majoriti 436 undi kepada calon BN.

Calon PAS, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus mendapat 2,578 undi manakala calon BN, Razaili Gapor, yang memperolehi 3,014 undi.

Penat lelah

“Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh jentera pilihan raya PAS dari pelbagai peringkat serta orang perseorangan yang bertungkus-lumus dan menyumbang tenaga, masa dan wang ringgit dalam menghadapi pilihan raya negeri Sarawak yang baru sahaja berakhir.

“Tahniah juga kepada semua calon PAS yang mampu berhadapan dengan segala bentuk cabaran dan rintangan tanpa penat dan lelah sepanjang tempoh berkempen itu,” kata Hadi.

Sehubungan itu, presiden PAS itu menasihatkan semua calon mereka supaya terus berkhidmat kepada masyarakat dengan membawa mesej yang jelas tanpa mengira waktu dan ketika.

“PAS juga ingin menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pengundi yang memilih PAS dalam pilihan raya ini. Kami semua tidak akan mengecewakan tuan-puan sekalian, insya-Allah kami akan terus berkhidmat kepada semua menerusi calon dan jawatankuasa PAS di peringkat masing-masing,” katanya.

Menurut Hadi, beliau juga telah mengarahkan Pesuruhjaya PAS Sarawak bagi menentukan masa, kaedah dan tempat yang sesuai untuk meraikan calon dan seluruh petugas pilihanraya PAS di Sarawak menerusi satu majlis khusus yang akan diadakan nanti.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohamad Izan Yaakob, yang juga merupakan petugas PAS dari Kelantan yang telah kembali ke rahmatullah di bilik gerakan DUN Beting Maro pada hari pengundian dijalankan.

“Semoga Allah merahmati roh beliau dan ditempatkan di kalangan para solihin,” katanya.


Tujuh kes pembalakan haram dikesan di Pahang
Apr 18, 11 1:23pm

Sebanyak tujuh kes kesalahan hutan membabitkan tindakan mahkamah oleh Jabatan Perhutanan termasuk dua kes pembalakan haram dikesan dari tahun 2006 hingga tahun lalu.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata kes pembalakan haram itu dilakukan mengikut Seksyen 15 Akta Perhutanan Negara 1984, pindaan 1993 (Akta 313).

Katanya lima kes lain membabitkan kesalahan seperti memasuki Hutan Simpan Kekal (HSK) tanpa kebenaran, memindah hasil hutan dari tanah milik tanpa lesen, membuang sampah di HSK dan memiliki hasil hutan secara menyalahi undang-undang.

"Jabatan Perhutanan sebagai agensi terunggul dalam pengurusan hutan tropika secara berkekalan memandang serius mengenai isu pencerobohan hutan dan pembalakan haram.

"Ini kerana kegiatan terbabit memberi kesan negatif terhadap biodiversiti, kualiti hutan dan alam sekitar," katanya ketika menjawab soalan Datuk Dr Ng Keong Chye (BN-Ketari) yang ingin tahu hasil pembalakan yang diperolehi kerajaan negeri dari 2006 hingga 2010 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Kuantan hari ini.

Adnan berkata Jabatan Perhutanan negeri memberi perhatian dan komited terhadap usaha penguatkuasaan yang berterusan untuk membanteras kegiatan pembalakan haram yang tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata dalam kes terbabit, individu, syarikat dan pelesen yang terbabit dalam kes berkenaan akan didakwa di mahkamah.

Mengenai hasil pembalakan yang diperolehi, beliau berkata hasil pada 2006 adalah RM90.1 juta, diikuti RM74.6 juta (2007), RM89.6 juta (2008), RM79.9 juta (2009) dan RM96.8 juta (2010).

"Keluasan hutan yang diluluskan untuk pembalakan bagi tempoh berkenaan pula 27,950.26 hektar pada 2006, 21,579.08 hektar (2007), 29,671.42 hektar (2008), 30,211.14 hektar (2009) dan 30,880.98 hektar (2010)," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Pahang Datuk Fong Foong Kuee berkata jumlah penganggur di negeri itu berjumlah 17,217 orang berdasarkan statistik yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja Pahang.

Daripada jumlah itu katanya, dua orang memegang Ijazah Kedoktoran, Ijazah Sarjana (161), Ijazah Pertama (463) dan Diploma (4,196).

Beliau berkata jumlah selebihnya adalah lepasan Matrikulasi, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, Sijil Kemahiran, Sijil Pelajaran Malaysia, Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran, Tingkatan 1 hingga 3 dan sekolah rendah.

- Bernama

Tiada ulasan: