Khamis, 14 April 2011

AKHIR2 SEMUA PERKARA2 INI AKAN TERJAWAB JUGA....YANG BATIL AKAN TERKELUAR...DAN TAK BOLEH DITUTUP LAGI

Najib mengaku BN berdepan laluan sukar, paling sengit dalam sejarah politik Sarawak

WarkahDaily – Perdana Menteri yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) pusat, Datuk Seri Najib Razak kelihatan mula resah dan bimbang dengan tentangan sengit yang diberikan oleh Pakatan Rakyat dalam pilihanraya negeri Sarawak kali ini.


Najib merayu petugas BN bekerja kuat kerana parti itu berhadapan tugas berat untuk majoriti dua pertiga. | foto The Malaysian Insider
Menurutnya, BN menyedari pilihan raya Sarawak kali ini adalah paling sengit dalam sejarah politik negeri ini, terutama di kawasan bandar.

Berdasarkan kepada perkembangan semasa, para pengundi dari kawasan bandar kelihatan memberi perhatian terhadap Pakatan Rakyat (PR) dan mula memberi sambutan menggalakkan terhadap program yang dianjurkan PR.

Sambil menyedapkan hati, Najib berkata, meskipun BN bakal menerima tentangan sengit terutama di kerusi kawasan bandar, BN mampu kekal menerajui bagi mewujudkan kerajaan negeri yang kuat dan stabil.

Padahal, kata-kata itu dilihat seolah-olah membuat rayuan kepada pengundi agar memberi undi kepada BN konon untuk mewujudkan kerajaan yang stabil.

"Kemenangan dua pertiga adalah satu sasaran yang mampu dicapai. Jika kita capainya dua pertiga itu satu markah bonus untuk wujud kerajaan yang kuat dan stabil," katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Mesra Rakyat di Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya, dekat Samarahan hari ini.

Jelas Najib seolah-olah tidak yakin kemampuan BN untuk kemenangan dua pertiga di Dun Sarawak.

Najib turut meminta petugas BN agar bekerja kuat lebih daripada biasa kerana BN berhadapan tentangan sengit dan merasakan parti itu mendapat laluan sukar di kawasan bandar.

“(BN) kena kerja lebih daripada biasa, ” rayu Najib sambil menyifatkan kemampuan BN untuk memenangi kerusi di kawasan bandar merupakan ujian yang berat.

Dalam pada itu, Najib kelihatan turut merayu para pengundi agar memberi sokongan kepada BN selepas melihat calon-calon BN medapat sambutan yang hambar di kalangan pengundi kawasan bandar.

Dalam sidang media di Sadong Jaya hari ini, Najib sempat merayu pengundi di bandar agar memberi kepercayaan kepada BN, konon untuk masa depan mereka sambil mengumpan retorik gagasan 1Malaysia untuk semua kaum walaupun pada hakikatnya ia adalah umpan politik semata-mata.

Najib juga kelihatan tidak yakin dan percaya dengan prestasi pengerusi BN negeri, Tan Sri Taib Mahmud, sehingga dikhabarkan beliau akan berada di Sarawak selama empat hari sehingga Jumaat ini menjelang hari pembuangan undi hari Sabtu berikutnya pada 16 April.

Source: http://warkahdaily.blogspot.com/2011/04/najib-mengaku-bn-berdepan-laluan-sukar.html#ixzz1JVjk2qXn


Akhirnya Murugiah tersingkir

Kedudukan Datuk T. Murugiah sebagai anggota Dewan Negara yang akan berakhir Isnin ini tidak disambung, sekali gus akan digugurkan sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, demikian menurut sumber-sumber MIC dan pembantunya.

Seorang menteri atau timbalan menteri lazimnya merupakan anggota Parlimen sama ada ahli Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan seorang boleh memegang jawatan senator maksimum dua penggal atau selama enam tahun.

Perkembangan itu juga dijangka membawa kepada rombakan kecil Kabinet minggu depan, sejurus selepas pilihan raya negeri Sarawak Sabtu ini.

The Malaysian Insider difahamkan Murugiah (gambar), bekas pemimpin Parti Progresif Penduduk (PPP) yang menyertai MIC Ogos lalu, telah dimaklumkan secara rasmi mengenai kedudukannya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Satu lagi sumber berkata, Murugiah telah dimaklumkan mengenai keputusan itu minggu lalu tetapi surat rasmi hanya keluar semalam.

“Surat berkaitan juga sudah dikeluarkan hari ini (semalam),” kata satu sumber itu kepada The Malaysian Insider.

Tempat beliau akan digantikan oleh Pengerusi MIC Pulau Pinang Datuk P. K. Suppiah, tetapi sama ada akan dilantik sebagai timbalan menteri tidak pasti.

“Berdasarkan maklumat saya terima, Datuk Suppiah hanya akan dilantik sebagai senator, bukan timbalan menteri,” kata sumber itu.

Satu sumber yang melihat kandungan surat kepada Murugiah berkata, Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) telah memaklumkan bahawa penggal perkhidmatan sebagai senator tidak disambung dan beliau mengucapakan terima kasih kepada timbalan menteri itu.

Murugiah tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen beliau dan difahamkan berada di Sarawak berkempen untuk BN.

Empat bulan sebelum Datu Seri S. Samy Vellu melepaskan jawatan presiden MIC, Murugiah diterima secara rasmi menyertai parti itu dan menjadi ahli biasa cawangan Batu Matang di Bukit Gantang, Perak.

Murugiah, ketua Pemuda PPP yang dipecat telah dilantik sebagai senator dan diberikan jawatan timbalan menteri ketika masih menganggotai parti itu.

Kelmarin, Presiden MIC Datuk G Palanivel berkata, MIC ingin mengehadkan tempoh bagi anggotanya memegang jawatan senator kepada satu penggal atau tiga tahun sahaja bagi membolehkan parti itu ‘memberi kuasa’ kepada pemimpinnya di negeri yang BN tewas pada pilihan raya umum 2008.

Palanivel, yang juga bertaraf senator berkata, selepas BN kehilangan negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kedah pada pilihan raya umum 2008, kebanyakan senator MIC adalah dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Palanivel yang juga Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi enggan memberi butiran lanjut sama ada nama Murugiah turut disenaraikan untuk dilantik semula.

‘Terpulang kepada perdana menteri untuk memutuskan... ia hak mutlaknya. Saya hanya mempunyai hak untuk membuat cadangan tetapi keputusan muktamad terletak di tangan perdana menteri,” katanya.

Ia kali pertama tindakan sedemikian - tidak disambung senator, sekali gus digugurkan jawatan timbalan menteri diputuskan oleh Palanivel sejak mengetuai MIC Disember lalu. -The Malaysian Insider


Source: http://warkahdaily.blogspot.com/2011/04/akhirnya-murugiah-tersingkir.html#ixzz1JVkfZfpn


Polis dah tahu siapa yang ’beromen’ dalam video seks

Polis telah mengenal pasti lelaki dalam aksi seks rakaman video yang didedahkan oleh “Datuk T” bulan lalu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini.


Tengok 'video cut' tu pun semacam dah tahu, dua orang pelakon sedang merancang sesuatu. Tak kanlah nak 'berjimak' pun kena ajak org lain masuk bilik..
Bagaimanapun Ismail berkata pihaknya tidak akan mendedahkan identiti individu berkenaan.

Justeru tambah Ismail, kertas siasatan berkaitan video seks itu akan selesai minggu depan.

Video seks itu dipertontonkan kepada sekumpulan wartawan oleh “Datuk T” di hotel Carcosa Seri Negara di sini pada 21 Mac lalu, mendakwa lelaki dalam aksi seks adalah pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Kata Ismail, polis kini dalam proses mengenal pasti pemilik tangan Omega yang menurut “Datuk T” adalah milik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kami sedang mengenal pasti siapa pemilik jam tangan (Omega) yang diserahkan kepada polis,” kata beliau kepada pemberita.

Apabila ditanya mengenai wanita tidak dikenali dalam aksi seks itu juga telah disoal siasat, Ismail berkata, “polis telah bercakap dengan setiap orang yang terlibat dalam video seks.”

Tiga “Datuk T” iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Agung Perkasa Datuk Shuaib Lazim yang disoal siasat polis dilaporkan telah menyerahkan jam tangan Omega kepada polis.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR telah tampil membuat penafian beliau adalah individu dalam video tersebut dan membuat laporan polis berhubung perkara itu. -The Malaysian Insider

Source: http://warkahdaily.blogspot.com/2011/04/polis-dah-tahu-siapa-yang-beromen-dalam.html#ixzz1JVlpaRYm


Hahaha…cemas gila!

WarkahDaily – Tak kiralah salah ke tak, asalkan dapat kerahkan segala bentuk jentera yang dimiliki kerajaan digunakan untuk berhadapan Pakatan Rakyat (PR) di pilihanraya negeri (PRN) Sarawak kali ini.

Terang-terangan, kali ini pemimpin BN tidak menghiraukan salah guna kuasa yang dilakukan. Asalkan kuasa dapat dikekal.

Presiden Barisan Nasional (BN) pusat, Datuk Seri Najib Razak sudah pun memberi amaran kepada jentera BN, ini adalah pilihanraya negeri tersengit pernah dihadapi BN dalam sejarah pilihanraya negeri itu.

Sambil mengaku, BN berhadapan laluan sukar berikutan sambutan luar biasa yang diberi para pengundi kepada PR dalam setiap program.

Berikutan perkembangan yang menakutkan BN itu, segala kerahan tenaga dan jentera digunakan BN demi mengekal kuasanya di Sarawak.

Dilaporkan dalam Buletin Online hari ini, kelihatan tiga buah pesawat rasmi kerajaan Malaysia (celaka pemimpin BN, guna kemudahan kerajaan untuk kempen politik mereka – kalau di luar negara, dah lama dah kena balun, bantai oleh rakyat mereka…) di Lapangan Terbang Kuching membayangkan betapa 'seriusnya' perasaan cemas pemimpin Barisan Nasional menghadapi pilihanraya negeri (PRN) Sarawak ke-10.

Kehadiran sebuah pesawat ACJ 319 keluaran Airbus, bernilai antara USD 55-60 juta diletakkan di terminal utama, manakala sebuah lagi jenis Bombardier Global Express, ketika dirakam gambarnya semalam Rabu 13 April, sedang menghampiri terminal yang sama.

Sementara itu sebuah lagi pesawat jenis Falcon 900A diletakkan di 'hangar' TUDM di lapangan terbang terbabit.

Pesawat rasmi tersebut dilaporkan adalah untuk kegunaan dua pemimpin utama kerajaan Malaysia iaiu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri

Kedua-dua pemimpin kanan BN yang juga adalah pemimpin Umno dilaporkan layak menggunakan pesawat khas rasmi kerajaan Malaysia untuk tujuan urusan rasmi sahaja.

Namun begitu, adakah menghadiri kempen pilihanraya negeri Sarawak merupakan urusan rasmi kerajaan?

Dan persoalan yang timbul adalah, siapa pula yang menggunakan pesawat rasmi yang ketiga?

Garis panduan penggunaan pesawat udara adalah berdasarkan kepada Surat Pekeliling Am Sulit Bil. 1 Tahun 1987 Peraturan-Peraturan Penggunaan Jet Eksekutif Kerajaan dan Pesawat-Pesawat TUDM yang memperuntukkan pesawat-pesawat jet eksekutif kerajaan adalah untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Kedudukan BN Sarawak dalam PRN Sarawak dalam keadaan genting sebagaiamana dilaporkan Harakahdaily, sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak didakwa sudah dalam genggaman Pakatan Rakyat.

Menurut akhbar rasmi internet PAS itu lagi, 11 kerusi lagi boleh jatuh bila-bila masa kepada Pakatan.

Dari 71 kerusi yang dipertandingkan, BN pula setakat ini didakwa hanya selesa di 43 kerusi, kata Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media PAS di Pejabat Badan Perhubungan PAS, di Matang Jaya di sini.

Menurut Malaysiakini pula, kerusi selamat untuk BN hanya 28 sahaja manakala 19 sudah dimenangi pembangkang manakala 24 kerusi lagi sedang menjadi rebutan.

Sehubungan itu, Presiden Umno, Najib Razak, pada sidang media selepas menghadiri Program Mesra Rakyat di Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya, semalam, mengakui BN menghadapi tentangan hebat di kawasan bandar, dan cabaran yang dihadapi kali ini "mungkin yang paling sukar dalam sejarah politik Sarawak".

Sumber asal: Buletin Online

Source: http://warkahdaily.blogspot.com/2011/04/hahahacemas-gila.html#ixzz1JVmTp1Mc



Setiausaha politik menteri dicekup, RM750,000 ditemui, RM5 juta dalam akaun?

Tengah hari tadi seorang anak butir Umno Malaysia yang sudah tidak mempercayai kepada Umno menelefon saya mengkhabarkan sesuatu berita mengejutkan. Bersungguh benar dia memberi tahu saya. Sebenarnya saya tahu berita ini beberapa minggu lalu, tetapi tidak mengambil serius. Pada saya perkara itu biasa kalau menimpa orang Umno!

Mulanya saya kira ia hanya gossip saja. Berita ini tidak banyak disiarkan dalam blog, baik pro pembangkang atau blog upahan Umno. Mungkin ada bloger UBN yang mengetahuinya tetapi tidak berminat untuk menyiarkannya. Mereka lebih suka kepada isu atau berita porno. Umno!

"Sheikh you di mana?" tanya putera Umno yang terbiar dan dilupakan itu.

"Kuching!" jawab saya. Dia selalu menelefon saya untuk mendapat apa-apa maklumat dan juga mengesahkan maklumat. Banyak juga hal-hal pelik dan aneh dalam partinya dibukakan kepada saya.

"Ini I nak bagi tahu satu cerita besar," katanya.

"Apa dia?" tanya saya suspen. Saat itu saya dalam perjalanan ke Telaga Air. Mungkin ia besar kalau tidak masakan dia akan mencari dan sedia bercakap walaupun saya di Kuching. Bil telefonnya tentu meningkat. Ini penting, begitu fikir saya.

"Dua minggu lepas seorang setiausaha politik kepada ******* ** telah dicekup oleh SPRM di sebuah hotel di Bukit Bintang. Bersamanya ditemui wang tunai sebanyak RM750,000 cash (tunai). Selepas disiasat di dalam akaunnya ada sebanyak RM5 juta....di rumahnya pula ada lima buah kereta mewah!"


Saya hanya mendengar. Kebetulan semasa sembang di sebuah hotel berhampiran sungai Sarawak (waterfront) semalam saya terdengar cerita seorang menteri sedang mencari setiausaha politik barunya. Katanya calon sudah ada. Sekali lagi kebetulan calon berkenaan ada sama di hotel berkenaan jadi saya langsung bertanya kepada tuan tubuh.

"Kata nak jadi setiausaha politik pulak, tahniah!" kata saya tumpang bangga sebab dia anak butir Kelantan.

Calon ini keberatan untuk menjelaskan. Tetapi reaksi mukanya menunjukkan dia setuju atau suka kalau dilantik. "Mana ada..." balasnya tawar...tetapi dengan senyuman memanjang.

Sungguh saya tidak tahu kalau desas desus itu ada sangkutan dengan berita yang baru disampaikan oleh putera Umno itu tadi. Oh...

"Tetapi apa yang hendak saya sebutkan kat you, setiausaha politik berkenaan dibebaskan. SPRM tidak charge dia... sebab apa you tahu, sebab ada kompromi. Katanya beliau didesak letak jawatan kalau tidak dia dichargekan. Beliau dibebaskan kerana nak jaga menteri berkenaan...

"You jangan tulis dulu nama setiausaha politik ini. Cukup kalau you sebut dia adalah setiausaha politik kepada menteri dari Selatan, tulis menteri kanan..cukup!" pesan dan ajar putra berkenaan panjang lebar.

Saya akan ikut dan tidak akan menulis nama putra Umno berkenaan kerana berpegang kepada amanahnya. Etika dalam penulisan kalau kita mendedahkan sumber atau tidak berpegang kepada janji, lama kelamaan dia tidak akan sanggup menyampai apa-apa berita lagi. Sumber harus dijaga sebagai mungkin.

"Kejadian ini memalukan Umno. SPRM juga terlibat, bila mana kalau ia menimpa orang Umno ia akan dilindungi dan cari sejuta helah untuk tidak didakwa, tetapi kalau kena ke batang tubuh pembangkang, cepat-cepat dichargekan...." jelasnya lagi tersempuk-sempuk kerana benci dan geram dengan apa yang berlaku.

"Bila you balik? tanya.

"Kenapa?" soal saya dan menjawab mungkin Selasa atau Rabu.

"Saya nak you ambil gambar hotel berkenaan dan masukkan dalam blog you!" katanya. Iya... nantilah bila balik saya akan pukul gambar hotel berkenaan dan pamerkan dalam blog. Kalau tidak menjadi masalah saya akan masukkan muka penyangak negara itu sekali. Bila orang tengok betapa besarnya hotel tempat setiausaha politik itu sering melaram orang boleh agak berapa banyak wang yang dia punya.

Sehingga saat ini belum ada apa-apa komen dari bos setiausaha politik berkenaan. Sebalik nampaknya dia masih bercakap perihal buruk orang lain tetapi menyembunyikan perangai buruk anak buahnya sendiri. Atau pun soal rasuah ini bukan mengejutkan lagi Umno kerana kebanyakan mereka begitu. Elok juga statistik dikeluarkan untuk melihat ahli parti mana yang banyak terjebak dengan rasuah, apakah Umno, Pas, PKR ataupun DAP.

Dan dalam kes di atas tadi Umno tidak akan boleh menyembunyikan nama setiausaha politik berkenaan. Ia akan diketahui juga nanti. Tindakan Umno menyembunyikan kes dan penama itu samalah dengan tindakan kangaroo menyembunyikan anaknya dalam poket di bawah perutnya. Tindakan itu sia-sia saja kerana ia akan diketahui juga. Samalah dengan anak kangaroo itu betapa disusuk (disembunyi) tetapi kadang-kadang si anak akan jenguk dan menunjukkan kepalanya. –MSO

Source: http://warkahdaily.blogspot.com/2011/04/setiausaha-politik-menteri-dicekup.html#ixzz1JVoA0leN


Video seks: Khairi gelabah?

Oleh edyesdotcom

Tanpa membaca kenyataan penuh Chegubard yang dipublish pada 7 April lalu, Khairy mungkin saja panik dan mungkin juga dengan gelabah puyuh mengarahkan budak-budak suruhannya membuat laporan polis ke atas Chegubard.


Khairi Jamaluddin
Kenyataan Chegubard menyentuh perihal video seks yang dikatakan milik khairy. Namun chegubard menegaskan sekerasnya betapa politik lucah harus dihentikan segera, merujuk kepada tindakan chegubard memusnahkan seberapa banyak vcd yang ada ketika kempen PRU2008.

Jika hari ini politik UMNO membenarkan penayangan video seks di beberapa hotel terkemuka sekitar ibu negara walaupun video itu fitnah kepada DSAI, Chegubard pernah memilih untuk tidak menggunakan bahan serupa untuk kempennya menentang khairy. Tindakan chegubard pada tahun 2008 adalah hujah penting beliau bagi menyeru politik selak kain dihentikan. Beliau juga dilihat konsisten dalam isu ini termasuk ketika berdepan dengan kes video Chua Soi Lek yang boleh ke blog beliau dan rujuk kenyataan beliau ketika itu yang tersiar dalam blognya.

Tetapi malangnya kenyataan Chegubard telah disalah tafsir oleh seorang Yang Berhormat lepasan Oxford. Secara terus Khairy menuduh Chegubard mengedar video seks tersebut ketika kempen PRU2008 dalam laman twitter miliknya.

Di bawah adalah twitter KhairyKJ yang menuduh Chegubard mengedar Video lucah miliknya pada tahun 2008 di Paroi;

@chegubard Kamu yang edar video palsu tu di Paroi masa PRU2008 hari ni pula nak tolak politik lucah. Tolong la Barrrd... Hipokrit betul.


Apa yang menjadi persoalan di sini, mengapa Khairy tidak membuat sebarang laporan polis ke atas Chegubard apabila mengetahui 'kononnya' Chegubard mengedarkan video seks yang pelakonnya iras-iras Khairy.

Sedangkan ketika PRU lepas jentera Bn telah membuat beberapa laporan polis ke atas cheGuBard khususnya apabila ada mahasiswa turut menyertai jentera menentang Khairy di Rembau.

Telah ditegaskan, video seks tersebut asalnya adalah dari kumpulan UMNO yang amat membenci Khairy. Jangan kita lupa bagaimana Khairy di 'boo' beberapa kali ketika diangkat sebagai ketua pemuda suatu masa dulu. Kumpulan ini sanggup membekalkan beberapa bahan untuk kempen chegubard termasuklah video yang dimaksudkan. Tetapi di atas prinsip menolak politik selak kain, Chegubard mengarahkan jenteranya memusnahkan bahan tersebut.

Sememangnya puak-puak UMNO memang gemar mengedar bahan-bahan lucah bagi membunuh karier politik seseorang pemimpin yang dirasakan mengancam kepentingan mereka waima pemimpin di dalam parti sendiri.

Beberapa jam selepas chegubard keluar kenyataan di blognya yang bertajuk "SAMM : Hentikan Politik Lucah Segera!!", satu laporan polis telah dibuat oleh pemuda UMNO umpama ketua pemudanya seperti cacing kepanasan.

Sekali lagi saya timbulkan persoalan, mengapa tidak buat laporan polis pada tahun 2008 jika benar chegubard mengedar video tersebut sebagai bahan kempen? Laporan polis hanya dibuat di atas kenyataan chegubard yang tajuknya menggesa politik lucah dihentikan!

Seraya itu juga, dengan pantas setiausaha PKR Rembau iaitu Norazizi telah dihubungi oleh seorang pegawai penyiasat polis yang bernama Omar. Difahamkan pihak penyiasat sebenarnya belum lagi membaca kenyataan penuh Chegubard, tetapi oleh kerana pihak pemuda UMNO yang membuat report maka pihak polis begitu melulu dalam menjalankan tugasnya. Gelagat pihak polis tidak ubah seperti telah diperkudakan untuk kepentingan seseorang.

Beberapa tweet yang mempersoal 'mengapa KJ tidak membuat laporan polis pada 2008' tidak dijawab oleh Khairy. Apakah maknanya diam membisu walaupun sebelumnya beberapa kali mengicau tweet dalam isu yang sama?

Perlu diingat, melalui twitter Khairy yang tertera di atas, ia menunjukkan Khairy juga sedar video itu wujud apabila membuat tuduhan terhadap Chegubard bahawa pengedaran video itu kononnya berlaku.

Khairy dinasihatkan jangan terlalu angkuh dalam isu video lucah ini dan jangan tersalah langkah dalam mengatur gerak. Chegubard mungkin saja telah memusnahkan semua kepingan vcd tersebut pada tahun 2008, namun tidak mustahil 'jika' masih ada satu salinan buat kenang-kenangan.

Apa yang salahnya menyimpan video lucah apatahlagi menayangkan di dalam bilik hotel untuk tontonan wartawan terpilih. Asalkan ia tidak bertujuan mengaut keuntungan, ia boleh sahaja berlaku dalam negara Islam Malaysia kita ini. Terima kasih kepada Nazri!

Buat Khairy, gambar kamu 'bergembira' di Kelab Malam disebar oleh kawan-kawan kamu, gambar kamu beraksi 'maknyah' juga disebar oleh kawan-kawan kamu... Apa lagi yang kawan-kawan kamu miliki yang akan disebarkan... Cuma ketika gambar-gambar tersebut tersebar tiada pemimpin PR yang ambil jadi modal politik.

Source: http://warkahdaily.blogspot.com/2011/04/video-seks-khairi-gelabah.html#ixzz1JVp8xWI6

Kes rasuah pembelian Scorpean: Perancis dedah Kerajaan BN bayar komisyen

Berdasarkan perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpean yang dibeli oleh kerajaan BN Malaysia yang sedang berjalan di Perancis sekarang, sebuah laman web di Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar Sdn Bhd sebanyak RM493 juta sebagaimana didakwa tetapi ia sebenarnya dibayar oleh kerajaan Malaysia, lapor Harakahdaily.

Sebelum itu, dalam Dewan Rakyat , Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin berkata, komisyen itu tidak dibayar oleh kerajaan tetapi sebaliknya dibayar oleh sebuah syarikat Perancis.

Ia dibayar secara sukarela untuk kerja-kerja koordinasi dan perkhidmatan sokongan, kata Zainal dalam Dewan Rakyat.

"Kami (kerajaan) tidak membayar komisyen kepada mana-mana pihak sebagaimana yang didakwa Lim (Kit Siang), tetapi dibayar secara sukarela oleh Perancis," kata Zainal Abidin sebagaimana dilaporkan media pada 7 Disember 2006.

Kementerian Pertahanan juga berkata, syarikat tempatan yang dilantik kerajaan hanya untuk kerja-kerja perkhidmatan sokongan dan koordinasi.

Dengan pendedahan yang dibuat Rue89 itu, jelas Timbalan Menteri Pertahanan itu terlah berbohong kepada Dewan Rakyat dan rakyat Malaysia.

Seperti yang dilaporkan Harakahdaily, Perimekar adalah syarikat yang dikaitkan dengan rakan Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda yang terlepas dari kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Pemegang saham majoriti Perimekar adalah isteri Razak, Mazlinda.

Altantuya Shaariibuu, wanita Monggolia yang menjadi penterjemah antara pihak Malaysia dan Perancis kemudiannya mati dibunuh dan badannya diletupkan dengan peledak C4 di Puncak Alam.

Abdul Razak dan dua anggota polis yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di pejabat Perdana Menteri telah didakwa terlibat dengan kes ini.

Namun mahkamah kemudiannya telah membebaskan Abdul Razak dan hanya dua pegawai polis ini sahaja yang didapati bersalah dan kini menunggu hukuman mati.

Altantuya dikatakan datang ke Malaysia untuk menuntut bahagiannya dalam perniagaan antara Malaysia dan Perancis kerana dia adalah penterjemah yang dijanjikan bayaran untuk khidmatnya itu.

Namun ia berakhir dengan cerita yang menyayat hati apabila beliau dibunuh dan badannya dileburkan dengan peledak C4 itu.

Kerajaan telah membayar sebanyak satu bilion Euro kepada Armaris untuk dua buah Scorpean dan sebuah kapal selama Agosta di mana Perimekar menerima 11 peratus komisyen daripada kontraktor Perancis.

Bagaimanapun, Rue89 melaporkan kerajaan Malaysia yang membuat kesemua bayaran komisyen itu dengan satu tujuan iaitu mencegah rasuah dari pegawai awam asing dalam Transaksi Perniagaan Antarabangsa (on combating bribery of foreign public officials in International Business Transactions).






Jutaan ringgit wang dalam akaun pegawai Kastam Diraja Malaysia - SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan berjaya mengesan beberapa juta wang dalam akaun pegawai-pegawai Kastam Diraja Malaysia yang ditahan dalam Operasi 3B, termasuk lebih RM2 juta dalam akaun salah seorang bekas pengarah jabatan itu.

Akhbar The Star dan Utusan Malaysia melaporkan bahawa pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kes itu secara terperinci telah mengesan pembabitan sebuah syarikat yang dipercayai berperanan memasukkan wang-wang tersebut ke dalam akaun pengarah berkenaan.

“Tindakan itu dibuat atas arahan pengarah itu ketika beliau masih berkhidmat.

“Pasukan itu turut mengenal pasti beberapa pegawai kastam yang memiliki kemewahan di luar kemampuan berbanding pendapatan mereka sebagai penjawat awam,” kata sumber itu.

Menurutnya, pasukan khas tersebut tidak berputus asa untuk meneruskan siasatan walaupun ada cubaan untuk menghalang tindakan itu berikutan kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed pada Rabu lalu.

“Usaha sedang dijalankan untuk membekukan akaun pegawai-pegawai berkenaan.

“Siasatan SPRM tidak terjejas malah masih giat diteruskan dan mengikut maklumat, ada berbilion ringgit lagi masih berada di luar negara. Siasatan turut melibatkan pegawai-pegawai yang sudah bersara,” katanya.

Seramai 62 pegawai Kastam pelbagai pangkat termasuk seorang wanita ditahan manakala berjuta-juta wang, akaun dan barangan berharga termasuk rumah dan kereta disita dalam operasi besar-besaran SPRM di Pelabuhan Klang, Kuantan, Johor dan Pulau Pinang sejak Isnin minggu lalu.

SPRM menganggarkan lebih RM10 bilion wang rasuah itu telah dipindahkan secara haram ke luar negara, manakala negara kerugian akibat kehilangan pendapatan sebanyak RM108 bilion akibat tindakan tangan-tangan kotor tersebut.

Dalam operasi baru-baru ini, ada di antara yang ditahan memiliki akaun simpanan berjumlah setengah juta dan kereta mewah, simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) berjumlah RM200,000 dan jam tangan mewah diperbuat daripada emas.

Bagaimanapun kesatuan dan persatuan pegawai kastam mempertikaikan operasi dan siasatan SPRM. -The Malaysian Insider


Source: http://warkahdaily.blogspot.com/2011/04/jutaan-ringgit-wang-dalam-akaun-pegawai.html#ixzz1JVv7emAf



Kesatuan Kastam mahu penjelasan Najib, bersihkan nama Sarbani dari ‘bunuh diri’

Kesatuan Kastam memutuskan untuk mendapatkan penjelasan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mahu nama agensi itu dibersihkan selepas seorang penolong pengarahnya, yang disoal siasat di bawah Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM.


Ibrahim Ahmad menjawab soalan pemberita selepas pertemuan dua jam di Kelana Jaya petang tadi. | foto The Malaysian Insider
Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung juga mahu SPRM membuat penjelasan mengenai kematian Ahmad Sarbani Mohamed di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane kelmarin dan membersihkan namanya daripada dilabel “kes bunuh diri.”

“Kami berharap nama Sarbani akan dibersihkan daripada perkataan bunuh diri,” kata presidennya Ibrahim Ahmad kepada pemberita selepas pertemuan kira-kira dua jam dengan Cuepacs, badan induk kesatuan sekerja awam itu di Kelana Jaya.

Turut hadir pada majlis hari ini ialah Persatuan Pengawai-pegawai Kanan Kastam, Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Sarawak

“Kami mahu mengadakan pertemuan dengan perdana menteri untuk dapatkan penjelasan dan membersihkan nama Kastam,” kata beliau.

“Kami juga mahu bertemu dengan ketua SPRM dan dapatkan penjelasan dan apa yang SPRM mahu lakukan selepas ini,” kata Ibrahim.

Beliau juga meminta SPRM supaya bertindak profesional dalam proses soal siasat mereka dan tidak menyebabkan sebarang kecederaan ke atas saksi dan suspek.

Ibrahim juga berkata, adalah tidak adil bagi SPRM menyasarkan pegawai-pegawai Kastam berhubung laporan kehilangan hasil cukai negara, didakwa RM108 bilion setiap tahun.

“Kami secara konsisten mengemukakan laporan hasil kami dan setiap tahun kami memperoleh sekitar RM28 bilion, jadi adalah tidak logik untuk kami bertanggungjawab bagi (kehilangan) RM108 bilion,” kata beliau.

Ahmad Sarbani ditemui mati di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan.

Dia merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B, yang merujuk kepada kehilangan sumber cukai RM3 bilion.

Ia kejadian kedua dalam dua tahun ini. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, pada Julai 2009 masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.

Semalam, Najib mengarahkan polis dan SPRM menjalankan siasatan menyeluruh dan telus berhubung kematian Ahmad Sarbani.

Sehubungan itu, Perdana Menteri menegaskan, pentadbirannya tiada rancangan untuk mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes tersebut.

Pelbagai pihak meminta agar Putrajaya mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes terbaru ini. -The Malaysian Insider

SPRM disyaki berlaku khianat – rakan Sarbani

SHAH ALAM: Beberapa orang rakan Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed yang ditemui hari ini mengesyaki berlakunya unsur khianat dalam kes kematian pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) itu.

Salah seorang rakannya sekerja Allahyarham, yang enggan dinamakan, berkata Ahmad Sarbani berdepan dengan tuduhan menerima rasuah.

Namun, beliau menjelaskan bahawa Allahyarham merupakan pegawai yang “paling bersih” dan paling disukai di kalangan kakitangan beliau di pejabat JKDM Selangor itu.

Katanya, kakitangan berkenaan mengetahui siapakah yang sebenarnya menerima rasuah dan Allahyarham setentunya tidak berbuat demikian.

Mengikut Malaysiakini, sumber berkenaan turut mendakwa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memaksa Allahyarham supaya mengakui dakwaan berkenaan.

SPRM turut mengugut untuk memenjarakan pegawai kastam berkenaan sekiranya tidak mengakui dakwaan tersebut, dakwa sumber itu lagi.

Tiada ulasan: