Sabtu, 16 April 2011

KETIKA INI RAKYAT DISANJUNG KERANA INGINKAN UNDINYA...KAN ELOK RAKYAT DIJAGA SETIAP MASA MACAM KETIKA INGIN UNDIANYA...

P'raya S'wak: 1,038 pusat pengundi telah ditutup
Apr 16, 11 8:42am


[GALERI FOTO]

Setelah melalui tempoh kempen memeritkan sejak 10 hari lalu, pengundi akan membuat keputusan di peti undi dalam pilihan raya negeri ke-10.

Seramai 979,796 pemilih berdaftar di Sarawak akan mengundi memilih 213 calon untuk mengisi 71 kerusi DUN.

NONESejumlah 1,749 pusat pengundian dibuka di sekolah, dewan orang ramai, rumah panjang dan dewan serbaguna - mulai jam 8 pagi hingga 5 petang ini.

Pertandingan kali ini dilihat sebagai pertembungan antara BN dan Pakatan Rakyat walau terdapat parti lain dan calon bebas yang turut bertanding.

Kempen sebelum ini menyaksikan ketua menterinya Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang memegang jawatan itu sejak tiga dekad lalu, menjadi sasaran utama Pakatan manakala BN terus menggunakan isu pembangunan dalam kempennya.

Pemerhati menjangkakan Pakatan akan berjaya mendapat sokongan lebih besar kali ini, berdasarkan faktor anti-Taib.

Taib Mahmud yang bertanding bagi penggal ketiganya mengetuai BN yang bertanding di kesemua kerusi.

NONEParti PBB yang diketuai Taib bertanding di 35 kerusi, manakala parti komponen BN yang lain masing-masing SUPP (19), PRS (9) dan SPDP pula bertanding di lapan kerusi.

Sementara itu, PKR bertanding di 49 kerusi, Snap (26), DAP (15), PCM (6), PAS (5).

Sebelum dibubarkan, BN menguasai 63 daripada 71 kerusi di DUN Sarawak, iaitu PBB (35), SUPP (12), PRS (8) dan SPDP (8). Manakala DAP mewakili enam kerusi dan PKR satu kerusi. Satu lagi kerusi diwakili oleh PCM.

Dalam pilihan raya negeri kali ini, secara keseluruhannya 41 orang calon lagi bertanding sebagai calon bebas.

Daripada jumlah itu, berlaku pertandingan satu lawan satu di 27 kerusi, pertandingan tiga penjuru di 23 kerusi, 17 (empat penjuru) , dua (lima penjuru dan dua kerusi berdepan pertandingan enam penjuru.

azlanPerhatian ditumpukan kepada 28 kerusi yang telah dikenalpasi
berlaku persaingan sengit di antara BN dan Pakatan yang meletakkan sasaran untuk menghalang peluang BN meraih majoriti dua pertiga.

Pakatan mensasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 24 kerusi.

Kawasan DUN yang mempunyai jumlah pengundi paling besar ialah Pending (29,498 pengundi) manakal jumlah yang paling kecil di Ba' Kelalan (6,958)

Pusat pengundian dibuka pada 8 pagi dan akan ditutup pada 5.30
petang. Keputusan tidak rasmi dijangka akan dapat diketahui bermula 6 petang.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, keputusan rasmi akan dapat diketahui menjelang jam 8 malam.

Bagaimanapun pusat pengundian di luar bandar dengan jumlah pengundi yang kecil dijangka akan ditutup menjelang 11.30 pagi. Keputusan tidak rasmi bagi kawasan ini dijangka akan diketahui lebih awal.


LAPORAN LANGSUNG

3.40pm: Dalam satu tweet, Lim Kit Siang berkata beliau terbang ke Kuching dari Sibu. Katanya, bukan sahaja calon tetapi semua pemimpin politik dalam kebimbangan kerana keputusan terbuka luas”.

3pm: Calon Sibu DAP bagi Pelawan, David Wong mendakwa berlaku kejadian membeli undi di Bahagia Jaya - kawasan pinggir bandar berpenduduk Iban dan Melayu - di mana ribuan pemilih akan mengundi hari ini.

“Saya telah diberitahu bahawa orang ramai beratur untuk mendapatkan wang, tetapi saya tidak panggil polis,” katanya, sambil menambah, usaha itu hanya sia-sia kerana perkara itu sukar hendak dibuktikan.

Pelawan merupakan kawasan bandar berpenduduk majoriti Cina dengan pengundinya terdiri daripada 89 peratus Cina ,7 peratus Melayu dan 4 peratus Iban.

Calon BN, Vincent Goh Chung Siong dari BN-SUPP menang dengan majoriti besar 8, 445 undi pada 2001, tetapi ia kemudiannya menjunam kepada 263 undi pada 2006.

Dalam pilihan raya kecil parlimen Sibu tahun lalu, calon BN SUPP kalah dengan 5,600 undi.

Ramai yang meramalkan BN mungkin kalah kerusi tersebut.

2.50pm Seorang petugas PAS, Mohammad Izan Yaakob, telah meninggal dunia secara mengejut di bilik gerakan induk PAS, dekat Pusa di Beting Maro tengahari tadi.

Ia berlaku, ketika Mohammad Izan dari Machang, Kelantan, sedang berbual di bilik gerakan tersebut.

2.45pm: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata hampir dua pertiga atau 1,038 pusat pengundi telahpun ditutup setakat jam 1 tengah hari ini dan kebanyakannya adalah di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Menurutnya walaupun kawasan terbabit telah ditutup awal iaitu seawal jam 9 pagi namun proses pengiraan undi hanya boleh dilakukan bermula jam 12.30 tengah hari ini.

SPR juga, katanya, yakin jumlah yang keluar mengundi selepas waktu tengah hari ini bagi semua 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dijangka melepasi 50 peratus.

2.20pm: Sarikei Penyandang kerusi Meradong dari DAP, Ting Tze Fui memberitahu Malaysiakini bahawa DAP telah membuat laporan polis berhubung dakwaan berlaku beli undi di sebuah restoran dekat bandar Bintangor.

“Kami menerima aduan bahawa 40 hingga 50 orang telah berkumpul di tingkat dua sebuah restoran, untuk mengutip RM100,” katanya.

Ting membuat laporan polis itu pada 1 tengahari tadi di balai polis Bintangor.

“Polis itu telah memulakan siasatan,” katanya.

Meradong, yang terletak kira-kira 45 minit memandu dari Sibu, menyaksikan pertandingan sengit antara Ting dengan Ling Kie Ting dari BN-SUPP.

Ling, seorang anak kelahiran tempatan, ialah seorang ahli perniagaan alat ganti yang telah lama meninggalkan Meradong.

Ting memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,578 undi dalam pertandingan lima penjuru pada 2006.

Khabar angin tersebar mengenai SPDP dan seorang jutawan Miri, menyokong Ling , dan DAP menyifatkan mereka sebagai “buaya”.

Ling telah menafikan semua dakwaan tersebut, Bagaimanapun , dia mengakui merancang untuk membawa pelaburan dari Miri.

Para pengundi di Meradong terdiri daripada kira-kira 60 peratus Cina dan 30 peratus Iban.

DAP Meradong sebelum ini mendakwa komposisi pengundi Cina telah merosot dari 57.3 peratus untuk 38.59 peratus.

1.56pm: Kuching (Batu Lintang) Satu palam elektrik di pusat mengundi Maksab berasap, menyebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menutup sementara pusat itu. Sebuah kereta bomba dilihat beredar dari pusat tersebut yang mempunyai 559 pengundi. Pusat itu dijangka dibuka semula setengah jam lagi. Ejen pengundian menganggarkan separuh daripada pengundi sudah keluar mengundi.

1.40pm: Miri. Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke, mengesahkan secara tidak rasminya, jumlah pengundi muda yang keluar mengundi di dua kerusi yang ditandingi DAP - Pujut dan Piasau - hanya 40 peratus sehingga jam 12 tengahari, lebih rendah berbanding dengan pengundi dewasa.

“Kami telah menghantar SMS meminta mereka keluar mengundi," katanya dalam SMS kepada Malaysiakini.

1.20pm Stesen radio berbahasa Cina milik kerajaan - Ai FM - melaporkan kira-kira 40 peratus telah keluar mengundi.

1.15pm Pengiraan undi di kerusi yang ditutup awal, menunjukkan PKR mendahului di Layar, Meluan, kakus, Tamim, Jepak, tasik biru, dan Ba'Kelalan. BN mendahului di Saribas.

1pm: Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sejumlah 21.71 peratus atau 233,134 pengundi telah keluar mengundi setakat pukul 12 tengah ini.

12.54am: PKR kata mereka juga mendahului dalam awal pengiraan undi di Layar and Meluan.

Bagaimanapun, di Saribas, BN mendahului dengan 343 undi dari enam pusat pengundi yang telah dikira. Ia merupakan kira-kira 10 peratus jumlah undian.

Saribas dianggap sebagai salah satu kerusi yang PKR berpeluang tertinggi untuk menang. Majoriti BN dalam pilihan raya negeri lepas hanya 94 undi.

12.49am: Keputusan tidak rasmi dari ibupejabat PKR:

Kakus

PKR - 122
BN - 70
PCM - 1
Bebas - 5, rosak 1

Tamin


PKR - 113
BN - 38

Kedua-dua kawasan majoriti Iban itu, nampaknya undi beralih kepada Pakatan. Tetapi ia adalah keputusan awal tidak rasmi.

12.25pm: Satok (Kuching): Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat Satok dengan diiringi penyandang kerusi tersebut, Datuk Abang Johari Abang Openg. Turut mengiringi beliau ialah kira-kira 20 orang, termasuk mereka yang sebelum itu memberitahu ejen PKR supaya "balik kampung".

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula mengunjungi kawasan majoriti Melayu-Melanau pada sebelah paginya,.

Pada 2006, Abang Johari memenangi kerusi tersebut bagi kali ketujuh dengan majoriti di bawah 3,000 undi.

12.30pm: Ba'Kelalan - Ketua PKR Sarawak, Baru Bian, yang juga calon bagi kerusi Ba'Kelalan, memberitahu Malaysiakini bahawa proses pengundian bagi kerusi tersebut sedang berjalan lancar.

NONEMenurutnya, semua pusat mengundi di kawasan itu akan ditutup pada jam 1 tengahari. Kerusi itu mempunyai 6,958 pengundi. Keputusan tidak rasmi akan diketahui selepas jam 2 petang.

Pengiraan undi telahpun bermula di pusat mengundi yang telah ditutup.

Keputusan tidak rasmi setakat ini:

PKR - 245 undi
BN - 223 undi

12.10pm: Bukit Saban - 29 daripada 34 pusat mengundi bagi kerusi Majoriti Iban ini telah ditutup pada jam 12 tengahari

Semua pusat mengundi itu, yang terletak di rumah panjang, ditutup antara jam 11 dan 12 tengahari. Proses pengiraan undi sedang berjalan.

Bukit Saban, sebuah kerusi luar bandar di bawah kawasan parlimen Betong, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandangnya, Robert Lawson Chuat (BN-PBB), Dayrell Walter Entrie (SNAP) dan Edward Jerah (PKR).

Di pusat mengundi di SK Suri, yang hanya mempunyai 265 pengundi, "BN" paling kerap kedengaran di bilik kiraan undi, manakala "PKR" kedengaran sekali-sekala, dan hampir kedengaran 'SNAP".

Peratusan keluar mengundi ialah 79 peratus dengan 210 pengundi.

11.54am: Piasau (Miri) - Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin bermesra dengan para pengundi di SJK(C) Chung Hua Lutong yang merupakan salah sebuah pusat pengundian bagi kerusi Miri.

Pusat pengundian itu terletak berhadapan dengan pejabat Petronas, yang mempunyai kakitangan yang ramai di bandar tersebut.

Ketika ditemui, ahli parlimen Miri dari SUPP itu berkata, beliau masih tidak pasti tentang sentimen para pengundi.

"Mungkin ia akan lebih jelas pada sebelah petang ini."

11.35pm: Satok (Kuching) - Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengundi di SK Merpati Jepang, beberapa minit selepas
pertengkaran antara pemimpin PBB dan ejen PKR berakhir.

NONEBeliau tiba dengan menaiki kereta Rolls Royce warna perak dan berkata beliau optimistik tentang peluang BN hari ini.

Ditanya mengenai ramalan yang BN mungkin kehilangan 30 kerusi, Taib kata: "Saya akan membuktikan mereka silap."

Beliau juga menolak tanggapan bahawa beliau percaya perkara
tahyul, tetapi berkata pilihan raya negeri diadakan pada masa yang tepat.

Ketika hendak Taib beredar, dengan diiringi calon BN Satok dan timbalan presiden PBB, Datuk Abang Johari Abang Openg, sekumpulan ejen PKR smelaungkan "Reformasi!"

NONESementara itu, Datuk Fadillah Yusof berkata ejen PKR tidak faham bahawa orang ramai menggunakan pintu masuk yang berbeza kerana mengundi di saluran yang berlainan di kompleks tersebut - setengahnya di sekolah rendah, manakala yang lain di sekolah menengah.

Penyokong PBB memberitahu ejen-ejen PKR supaya "balik semenanjung". Polis meminta hadirin yang telah semakin, mencecah kira-kira 50, supaya beredar keluar dari lingkungan 50 meter dari pusat pengundian.

Kecuali insiden tersebut, hari pengundian adalah tenang di Satok.

11.34am: Beting Maro - Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata, beliau yakin PAS berpotensi besar menang di Beting Maro dan dua lagi DUN.

"Kalau tak menang, paling kurang pun undi akan meningkat (pada kita)," katanya ketika ditemui di Kampung Hilir, Pusa.

Turut ditemui ialah calon PAS Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus yang mengunjungi SJKC Chung Hua - pusat pengundian terbesar di DUN ini dengan lebih 1,000 pengundi di DUN ini.

Ketika ditemui pemberita, beliau kelihatan yakin selepas menemui sebahagian penduduk di Beladin – daerah mengundi terbesar dalam Beting Maro.

"Tidak kisahlah berapa majoriti, asal menang sudah," kata nya yang sering disapa isyarat "peace" (nombor 2).

Abang Ahmad merupakan calon nombor dua di kertas undi.

11.29am: Satok (Kuching) - Perbalahan berlaku di SK Merpati Jepang apabila ejen-ejen PKR masuk ke pusat pengundian untuk mengadu kepada SPR bahawa ada yang masuk ke pusat tersebut menerusi laluan yang tidak dibenarkan.

Mereka juga bertanya kepada pegawai polis di situ mengapa seorang lelaki yang memakai Kemeja-T BN, dibenarkan masuk ke dalam pusat pengundian.

Mereka bagaimanapun dihalang oleh timbalan menteri BN, Datuk Fadillah Yusof, yang cuba menarik mereka dari situ, menyebabkan seorang ejen PKR memintanya jangan mengasarinya.

"Berhenti tolak saya, menghormati undang-undang!" kata lelaki itu.

Fadillah kemudiannya menarik pas SPR dari lelaki itu, yang kemudian meminta pihak media mengambil gambar kad tersebut.

Insiden jerit-menjerit berlaku, menyebabkan seorang penyokong BN tampil memberitahu lelaki itu "Awak tidak menghormati YB!"

Dia dihalang oleh orang lain yang memberitahunya: "Ini pusat pengundian, bukan gelanggang bergaduh."

11.30am -Sibu - Calon DAP bagi kerusi Bawang Assan, Alice Lau mengadu bahawa pegawai pengurus pilihan raya Wong See Meng, melihat bagaimana pengundi memangkah kertas undi mereka.

Beliau mendakwa, insiden tersebut berlaku di SJK Chung Hua - pusat pengundian terbesar dengan seramai 6,000 pengundi.

"Pengundi mengadu kepada ejen pengundian DAP, bahawa Wong See Meng berbuat demikian,"katanya.

NONE"Saya juga menerima aduan ada yang tidak dapat kertas undi mereka dan seorang lelaki membawa enam kad pengenalan, dengan mendakwa dia membantu warga emas untuk mendaftar," katanya kepada Malaysiakini.

Wong See Men kemudian menafikan yang beliau melihat bagaimana orang ramai memangkah kertas undi mereka.

"Sebab saya (buat begitu)... adalah untuk menjaga kebajikan pengundi yang berusia, mana tahu mereka mungkin terjatuh," katanya kepada Malaysiakini.

"Tidak, saya tidak ada sebarang kepentingan," katanya dengan mengangkat kedua-dua belah tangannya.

Alice Lau juga mengadu kepada Wong See Meng bahawa penyokong SUPP bertugas dalam lingkungan jarak 50 meter.

11.25am: Padungan (Kuching) - Kontroversi kecil berlaku di Sekolah Rendah Song Kheng Hai apabila pengundi mendakwa terdapat tandatangan di kertas undi. Mereka bimbang ini akan dianggap sebagai undi rosak.

NONEPetugas DAP, Johnny Ng berkata isu berkenaan telah diselesaikan dengan pegawai pilihan raya silap menandatangani di kertas undi berkenaan.

"Dia ikut peraturan lama. Peraturan baru sekarang tidak perlu sebarang tandatangan,” kata Ng.

Menurutnya, pegawai berkenaan juga memberi jaminan bahawa sebarang bantahan berhubung perkara itu semasa pengiraan undi akan ditolak.

NONESekolah ini adalah pusat pengundian bagi kerusi Padungan yang menyaksikan pertandingan antara penyandangnya Dominique Ng (Bebas), Wong King Wei (DAP) dan Sim Kiang Chion (BN).

11.05am: Beting Maro - Kebanyakan pusat pengundian sibuk sejak awal pagi ini kerana ramai menjangkakan hujan pada sebelah petang.

Tiada kakitangan atau pekerja parti yang kelihatan berkempen. Keadaan dilaporkan tenang dan lancar.

10.56am: Simanggang - DAP membuat laporan kepada polis dan SPR bahawa BN terus mendirikan 'pondok panas' di dalam kawasan pusat pengundian di SK Sri Aman Kampung Muhibbah manakala kain rentang BN juga dipasang dalam lingkungan 50km.

NONEPemimpin DAP, Teresa Kok yang membuat aduan itu berkata selepas mereka membantah BN bersetuju memindahkan 'pondok panas' mereka di luar kawasan larangan dan menurunkan kain rentang.

Simanggang adalah kerusi majoriti penggundi Iban yang menyaksikan pertandingan antara calon DAP Leon Donald dan calon SUPP Francis Harden. Ia dianggap kerusi kelabu bagi BN yang terletak di p[ekan kecil Sri Aman ini.

10.48am: Dudong (Sibu) - Calon DAP bagi kerusi Dudong Yap Hoi Liong mengundi di SK Bandaran Sibu No 2.

NONEBila ditanya siapa yang dia undi, secara berseloroh Yap berkata, "Undi saya adalah rahsia, anda pun tahu. Dengan bertanya demikian, anda sudah melakukan kesalahan pilihan raya."

Beberapa pengundi memakai baju merah sebagai tanda sokongan kepada DAP.

Ketika hendak keluar, Yap terserempak dengan pencabarnya dari SUPP, Tiong Thai King, yang ahli parlimen Lanang.

Ketika ditemui, Tiong enggan bercakap dengan pemberita Malaysiakini.

10.40pm: Satok (Kuching) - Di Satok, kerusi yang ditandingi pemimpin PBB Datuk Abang Johari Abang Openg, menentang muka baru dari PKR, Ahmad Nazib Johari, seorang pengundi yang hanya mahu dikenali sebagai Rowena berkata:

NONE"Saya rasa ia baiknya jika ada beberapa wakil rakyat pembangkang, jika tidak kerajaan akan buat apa saja yang mereka mahu.

"Nazib mempunyai idea-idea baru tetapi jika dia menang, dia tidak ada dana untuk membangunkan Satok, jadi undi adalah untuk Abang Johari," katanya.

Katanya, dia juga bimbang untuk mengundi Pakatan kerana dia takut tanah asal di Satok akan diambil seperti yang berlaku di Kampung Buah Pala di Pulau Pinang.

NONE"Bagaimanapun, jika kita asyik menukar kerajaan, maka kita tidak ada kesinambungan. Sarawak membangun dengan baik, dan saya tidak rasa pembangkang boleh lakukan yang lebih baik," katanya selepas mengundi di SK Merpati Jepang.

Yang lainnya, ketika ditemui, berkata mereka tidak ada persaingan bagi kerusi tersebut.

"Kami sudah tahu siapa yang akan menang," seorang seorang daripadanya, tetapi enggan mengulas lanjut.

10.05am: Sibu - Ketika proses pengundian berjalan lancar, banyak jalan utama di sekitar bandar Sibu mulai sesak dengan kenderaan.

Tetapi ketika pusat pengundian di Bawang Assan sibuk dengan kehadiran ramai pengundi, keadaan pusat pengundian di Dudong di SMK Chung Hua agak sunyi dengan hanya calon DAP Yap Hoi Liong kelihatan merayu undi.

NONEKetua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tiba tidak lama kemudian di pusat pengundian tersebut.

Bila meminta mengenai peluangnya, Yap kata "50-50". Semuanya bergantung kepada peratusan yang mengundi," katanya kepada Malaysiakini.

Di sini, Yap berdepan dengan orang kuat SUPP dan saudara kepada hartawan Rimbunan Hijau, Tiong Raja King, dalam perlawanan satu lawan satu.

Dengan majoriti pengundi Iban di sini dan strategik BN yang berkempen dari rumah ke rumah, maka DAP berdepan dengan tugas berat di kerusi tersebut.

10.02am: Saribas (dekat Kuching) - Seorang anggota polis dan pegawai SPR yang enggan dinamakan, menjelaskan bahawa pusat operasi BN yang terletak bertentangan dengan pusat mengundi di SK Datuk Bandar Debak, yang membantu pengundi memeriksa butiran diri mere, bukan satu kesalahan kerana ia di luar lingkungan jarak 50 meter.

NONE"Ia juga bukan satu 'pondok panas' kerana mereka mempunyai premis mereka sendiri," kata anggota polis tersebut.

Pusat operasi ialah dewan orang ramai. Ia juga menyediakan minuman percuma kepada semua pengundi yang datang memeriksa butiran diri mereka di sana.

Bagaimanapun, tukang kempen PKR pula mendakwa pusat operasi itu mengeluarkan keratan kertas yang tertera logo BN kepada pengundi untuk dibawa masuk ke pusat pengundian, yang menurut mereka adalah dilarang.

10.01am: Satok (Kuching): Seorang lelaki naik angin selepas diberitahu yang dia datang ke pusat pengundian yang salah.

NONESeorang lagi lelaki bertanya kepada ejen pengundian, ketika menyerahkan kad pengenalannya: "Ada cip pada kad pengenalan, jadi kenapa tak imbas saja, daripada membuatnya secara manual?"

9.55am: Melalui Twitter rasminya, PKR menggesa semua ejen pengundian supaya memprotes terhadap pengundi yang memegang kad pengenalan hijau kerana mereka adalah pemastautin tetap yang tidak mempunyai hak untuk mengundi.

9.54am: Pending (Kuching) - Pasukan kempen Dr Sim Kui Hian dilihat sedang berusaha untuk mendapat undi simpati pada saat-saat akhir, berdasarkan kemunculan mendadak poster-poster kecil "Save Kui Hian" di sekitar DUN tersebut.

9.50am: Bawang Assan (Sibu) - Penyandang kerusi Bawang Assan, Wong Soon Koh mengundi di sini.

NONEBila ditanya oleh wartawan mengenai peluangnya kali ini, Wong
berkata beliau yakin dapat menewaskan pencabarnya, Alice Lau.

Peratusan keluar mengundi di pusat tersebut adalah menggalakkan, dengan majoritinya golongan warga emas.

Tiong King Sing, 85, yang hampir tidak boleh berjalan dan rabun mata, berkeras untuk datang mengundi.

"Saya memenuhi tanggungjawab saya sebagai warganegara yang bertanggungjawab," katanya.

Disebabkan keadaannya itu, pegawai SPR membenarkan anak saudaranya, memandu membawa Tiong ke dalam perkarangan sekolah.

NONE9.45am: Miri - BN memasang papan iklan pada saat-saat akhir di
seluruh bandar lewat malam tadi, menggesa pengundi supaya "mengekalkan timbalan ketua menteri di ".

Mereka merujuk kepada Tan Sri Dr George Chan, yang mempertahankan kerusinya di Piasau untuk penggal kelapan.

9.39am: Beting Maro - PAS yakin mampu memenangi kerui Beting Maro, kata exco pertanian Kelantan, Che Abdullah Mat Nawi.

"Kini pengundi di Beting Maro tidak boleh lagi dibeli," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di sebuah pasar di sebelah SK Pusa.

beting maro votingPusa adalah daerah pengundian kedua terbesar dengan lebih 2,600 pengundi selepas Beladin.

Keyakinannya itu disokong dengan kekurangan usaha tukang kempen PBB tukang kempen, yang tidak seorang pun kelihatan di pusat pengundian. Kain rentang PAS memenuhi kawasan tersebut.

Sementara itu, ketua cawangan PBB di situ memberitahu Malaysiakini buat pertama kalinya, BN mungkin kehilangan Beting Maro.

"Saya rasa PAS akan menang besar. Setiap orang mahukan perubahan. Tidak banyak yang dapat saya lakukan (untuk mengubahnya)," katanya sambil menyuarakan rasa kecewa dengan pemilihan calon BN untuk kerusi tersebut.


NONE9.27 am: Bawang Assan (Sibu) - Orang kuat SUPP Wong Soon Koh (berbaju biru) tiba di pusat pengundian SJK Chung Hua bersama isterinya, Pauline Leong, untuk mengundi.

Wong dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bertemu dan
berbual sebentar dekat pintu masuk utama sekolah tersebut.

"Jika anda datang ke Pulau Pinang, saya belanja awak kuey teow gorang," kata Lim. Wong tersenyum sambil berjabat tangan ketua menteri Pulau Pinang itu.

9.26am: Satok (Kuching) - Calon PKR Satok Ahmad Nazib (bawah)
kelihatan sedikit gugup tetapi kemudian tersenyum lebar ketika ditemui wartawan.

NONE"Saya boleh nampak banyak kegembiraan pada hari pengundian ini. Tiga puluh tahun sudah cukup untuk seorang memerintah," katanya.

Seorang lagi pengundi Muhammad, 35, berkata KM Taib Mahmud di fikirannya ketika dia membuang undi.

"Memang benar kami mahukan perubahan," katanya ketika ditemui.

9.25am: Saribas (berhampiran Kuching) - hujan mulai reda dan digantikan dengan sinaran matahari.

Gagal daripada mengelakkan orang ramai daripda ke pusat operasi BN yang terletak bersebelah pusat mengundi, pekerja kempen PKR juga menggunakan taktik sama dengan menawarkan minuman percuma kepada pengundi.

Menurut MP PKR - Ampang Zuraida Kamaruddin, pekerja BN memberitahu pengundi bahawa pusat operasi mereka ditubuhkan oleh kerajaan dan pengundi mesti ke sana untuk menyemak butiran mereka sebelum masuk ke pusat mengundi.

"Ini tidak betul. Mengikut undang-undang pilihan raya pondok panas adalah dilarang.”

Katanya aduan telah dibuat kepada pegawai SPR yang berjanji akan bertindak tetapi sehingga kini, pondok panas BN masih beroperasi.

9.15am: Kota Sentosa (Kuching) - Di salah sebuah pusat pengundian di Kota Sentosa, pengundi mula datang dan menyemak butiran pendaftaran mereka dengan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya.

NONESesetengah pengundi memakai T - 1Malaysia dengan logo besar tertera di belakangnya.

Pembangkang sejak pilihan raya kecil di Galas Kelantan, mendakwa pengundi dibayar untuk memakai baju berkenaan. Aduan itu bagaimanapun tidak dilayan SPR.

Kota Sentosa adalah kubu kuat DAP di Kuching. Bagaimanpun penyandangnya, Chong Chieng Jen mendakwa secara tiba-tiba terdapat tambahan 1,000 pengundi pos di kerusinya itu. Beliau dicabar calon BN Alfred Yap dari SUPP.

8.52am: Satok (Kuching) – Seorang pengundi wanita menunjukkan satu slip kepada seorang petugas SPR di luar pintu pagar SK Merpati Jepang.

Slip berkenaan dicetak nama dan nombor kad pengenalannya bersama dengan satu logo BN.

Pegawai berkenaan memasukkan slip berkenaan ke dalam beg wanita tersebut dan berkata, "Jangan tunjukkan (slip ini). Kami cuma perlu tengok IC (awak)."

8.45am: Bawang Assan (Sibu) – Ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan MP Bukit Bender Liew Chin Tong bersama calon DAP Alice Lau beramah mesra dengan pengundi di SJK Chua Hua – salah sebuah pusat mengundi di Bawang Assan.

Bercakap kepada Malaysiakini, Lim berkata, beliau yakin akan dapat menang di peti undi berkenaan dan berharap DAP akan mencapai majoriti yang cukup tinggi.

Sejurus selepas itu, seorang pengundi wanita berusia 40-an meluru keluar daripada pusat pengundian berkenaan dan berjabat tangan dengan Lim dan juga Lau.

"Terima kasih banyak-banyak, sekarang tinggalkan kami," kata Wanita itu kepada pemimpin DAP berkenaan.

Bawang Assan merupakan kawasan majoriti Cina (65%) dan selebihnya Iban (30%) dan Melayu-Melanau (5%).

8.35am: Piasau (Miri) – Cuaca baik di Miri, bandar kedua terbesar di Sarawak yang menyaksikan SUPP bertanding bagi mempertahankan tiga kerusi – Piasau, Pujut dan Senadin – kesemuanya di kawasan bandar.

Pemimpin parti itu Dr George Chan membuang undi di SMK St Columba, salah satu pusat pengundian terbesar di DUN Piasau.

Beliau sempat menyatakan "Saya akan undi BN," sebelum memasuki pusat pengundian berkenaan.

Chan turut bertembung dengan lawannya, Ling Sie Keong dari DAP yang turut melawat pusat pengundian berkenaan. Ling merupakan pengundi berdaftar untuk DUN Lambir, salah satu kawasan di pinggir Miri.

Setelah membuang undi, Chan yang mewakili Piasau sejak 1983 berkata beliau akan menyerahkan kepada penduduk Miri untuk membuat keputusan.

Beliau berdepan dengan sentimen 'anti-Taib' yang kuat merebak di kebanyakan kawasan bandar Sarawak.

Piasai merupakan kerusi majoriti Cina dengan jumlah pengundi bumiputera yang agak besar (65% Cina, 19% Melayu/Melanau dan 13% Iban).

8.20am: Saribas – Beberapa orang pekerja parti PKR, termasuk ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin menggesa pengundi tidak memasuki pusat operasi BN bagi memeriksa butiran pengundi dan terus memasuki pusat mengundi di SK Datuk Bandar Gebak.

Beberapa orang pengundi bagaimanapun berkeras untuk memasuki pusat operasi BN itu yang menyediakan minuman air mineral percuma. PKR tidak memasang pondok panas mereka di pusat pengundian ini bagi mematuhi ketetapan SPR.

Berbeza dengan suasana meriah di semenanjung, aktivis parti mengambil langkah yang lebih lembut – tiada poster atau kain rentang yang dibawa, mahupun slogan yang dilaungkan di sini.

8.15am: Kuching – Hujan renyai-renyai dan awam mendung tidak menghalang pengundi yang kebanyakannya warga emas untuk memasuki pusat pengundian.

Perhatian di kawasan in ialah DUN Pending dan Padungan di kawasan bandar. Selain itu, kawasan luar bandar di Batu Kawah, Batu Lintang dan Kota Sentosa yang dipertandingkan calon PKR dan DAP.

Lawan mereka di kawasan ini ialah calon SUPP.

Di kawasan majoriti Melayu di Satok pula, orang kuat PBB, Abang Johari Abang Openg mempertahankan kerusinya dan berdepan seorang calon baru, Ahmad Nazib Johari.

PKR dijangka berpeluang mengurangkan majoriti PBB kali ini.

8.10am: Sibu – Kawasan majoriti Cina di Sibu ini menyaksikan persaingan sengit antara SUPP dan DAP untuk meraih tujuh kerusi yang dipertandingkan.

Antara yang diperhatikan ialah kawasan Nangka dijangka akan tetap berada di tangan PBB, namun PKR dijangka akan mengurangkan majoriti yang akan diperolehi PBB.

Di enam kerusi lain, SUPP yang diketuai timbalan menteri dan juga penyandang kerusi Bawang Assan Wong Soon Koh berdepan cabaran getir di empat kerusi – Bawang Assan, Dudong, Pelawan dan Repok.

8.10am: Sibu – Kawasan majoriti Cina di Sibu ini menyaksikan persaingan sengit antara SUPP dan DAP untuk meraih tujuh kerusi yang dipertandingkan.

Antara yang diperhatikan ialah kawasan Nanga dijangka akan tetap berada di tangan PBB, namun PKR dijangka akan mengurangkan majoriti yang akan diperolehi PBB.

Di enam kerusi lain, SUPP yang diketuai timbalan menteri dan juga penyandang kerusi Bawang Assan Wong Soon Koh berdepan cabaran getir di empat kerusi – Bawang Assan, Dudong, Pelawan dan Repok.

8.08am: Beting Maro – Cuaca dan keadaan trafik baik. Bagaimanapun, di sungai berdekatan - Sungai Saribas - agak sibuk apabila pengundi keluar masuk melalui bot daripada kampung seberang sungai. Di SK Pusa, pondok panas PAS mendapat sambutan hangat apabila dikerumuni orang ramai yang memeriksa saluran mengundi mereka.

Pusa merupakan pekan terbesar dalam Beting Maro dan PAS dikatakan mempunyai peluang tunggal untuk menang di kerusi ini.

Sebanyak 90 peratus pengundinya Melayu.

NONE8.01am: Betong/Sri Aman – Keadaan cuaca baik di Betong dan Sri Aman yang menempatkan majoriti penduduk Iban. Pengundi mula memasuki pusat pengundian sejak jam 7.45 pagi, 15 minit sebelum pusat pengundian dibuka secara rasmi.

Kawasan yang diperhatikan di sini ialah Saribas, Lingga dan Beting Maro (majoriti Melayu/Melanau), Layar (majoriti Iban yang dipertahankan timbalan ketua menteri Alfred Jabu), Krian, Simanggang, Batang Ai, Engkilili dan Balai Ringin (kesemuanya majoriti Iban).

8am: Semua pusat pengundian dibuka.

NONEPengundi mula membuang undi di kesemua 1,748 pusat pengundian di seluruh negeri. Proses pengundian ini dijalankan secara berperingkat-peringkat dan pusat pengundian termasuk sekolah, rumah panjang dan pusat komuniti digunakan sebagai pusat pengundian.

SPR menjangkakan jumlah keluar mengundi akan mencecah 75 peratus.



Lihat GALERI FOTO

Tiada ulasan: