Hazayani Zakaria | ||||||||
KUALA LUMPUR, 20 April: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan mencadangkan kepada Pakatan Rakyat supaya memasukkan dalam manifesto mereka untuk memansuhkan hutang peneroka Felda. Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, hutang peneroka disebabkan kos tanaman semula dan elaun sara hidup amat membebankan mereka terutamanya peneroka yang terdiri daripada warga emas. Menurutnya, hutang yang ditanggung mereka dianggarkan antara RM30,000 hingga lebih RM100,000 seorang. "Anak akan cadangkan supaya dimasukkan dalam manifesto Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya ke 13 . "Hutang tanam semula ini dikenakan faedah 6.25 peratus.Ini satu malapetaka kepada pekebun kecil terutamanya orang Melayu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja laut, dekat sini hari ini. Mazlan berkata, jika Pakatan Rakyat memerintah, mereka boleh menghapuskan hutang-hutang melibatkan RM500 juta dan ini tegasnya tidak akan menyebabkan negara bankrap kerana Felda memiliki kekayaann hasil penat lelah peneroka. "Penghapusan yang akan melibatkan RM500 juta bukan satu jumlah yang besar jika dibandingkan dengan ketirisan dalam perbelajaan kerajaan. "Ini satu hadiah kerajaan kepada peneroka, bukan satu jumlah besar tapi hadiah menghargai peranan peneroka," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan wilayah PAS Pusat katanya juga, Anak telah berkali-kali meminta Felda mengemukakan penyata kepada setiap peneroka supaya mereka tahu kategori hutang yang dikenakan kepada mereka tetapi tidak dilayan. "Berkali-kali kita minta Felda kemukakan satu penyata yang lengkap bagaimana hutang itu boleh berlaku dengan jumlah yang begitu besar tapi Felda gagal mengemukakan penyata yang sepatutnya. "Felda kena nyatakan hutang sara hidup berapa, hutang baja berapa dan sebagainya.Baru mereka puas hati," katanya. Dalam pada itu, beliau turut mengulangi cabaran berdialog secara terbuka kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang dibuat beberapa bulan lalu. "Sampai sekarang kita belum menerima sebarang maklum balas daipada pihak Menteri. Anak sudag nyatakan kedesian untuk berdialog pada bila-bila masa sahaja," katanya. Sembang politik pasca pilihan raya Sarawak
Rakyat tidak dimaklum tarif air naik
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Rabu, 20 April 2011
SEPATUTNYA KITA FIKIR SECARA MATANG....TERIMA DAN SEDAR NEGERI BERKEBAJIKAN DAN YANG TIDAK...JANGAN TAKSUB BENDA TAK BETUL@MUNGKAR
Anak mahu hutang peneroka dihapus kira
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan