Khamis, 14 April 2011

MENARIK ..KENYATAAN KELUAR MASA PILIHANRAYA SARAWAK..ADA 2 KENYATAAN TENTU ADA YG BOHONG...TAK KAN DUA2 BETUL

Kes Altantuya: Saya tak pernah tuduh PM, isteri terbabit, kata RPK
Apr 13, 11 8:42pm

"Saya tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan kes Altantuya Sharibuu."

Itu pengakuan pengendali lamanweb Malaysia Today Raja Petra Kamarudin dalam temubual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3, Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini.

NONESebaliknya, Raja Petra mendakwa, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil-alih sebagai Perdana Menteri.

Berikutan adalah transkrip temubual tersebut yang disiarkan dalam lamanweb TV3.

Raja Petra berkata, akuan bersumpah yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008, hanyalah bersandarkan maklumat yang diperolehi daripada beberapa individu ini

Menurut Raja Petra, ramai orang termasuk polis, membuat tuduhan tanpa meneliti akuan bersumpahnya.

Dalam akuan bersumpah itu Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.

RAJA PETRA KAMARUDIN, PENGENDALI BLOG MALAYSIA TODAY

"Di dalam SD saya tadi saya telah bercerita bahawasanya orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita. Dan pihak berkuasa perlu siasat dan panggillah orang ini. Itu yang saya tulis dalam SD. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata saya tahu yang isteri timbalan perdana menteri semasa itu ada di tempat kejadian. Saya tidak cakap. Saya tidak buat satu tuduhan seperti berikut. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi dan untuk orang-orang ini kedepan. Dan saya sebut nama-nama orang ini. Saya sebut semasa siasatan polis."

Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat berkenaan, daripada beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka ialah Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog Din Merican.

Menurut Raja Petra seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama.

"Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil kot. Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi tempat itu kerana tempat itu kerana kawasan itu tempat hutan dan saya dok fikir dia nak panjat bukit, masuk hutan tengah tengah malam, pukul 12 malam, saya ingat mustahil kot."

Tambah Raja Petera, tujuan mereka ialah untuk memastikan Datuk Seri Najib tidak mengambil alih sebagai Perdana Menteri apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan.

Menurutnya dalam pertemuan dengan Nik Azmi, beliau bertanya kenapa beliau didesak untuk membuat akuan bersumpah itu.

"what do you hope to achieve? Dia kata pak lah akan letak jawatan, kalau kita tak block Najib, Najib akan menjadi Perdana Menteri, ganti Pak Lah"

Menurut Raja Petra, beliau kemudian meminta Din Merican untuk mendapatkan pengesahan Datuk Seri Anwar.

"Din Merican pun contact saya balik dia kata dia dah cakap dengan Anwar dan Anwar pun bagi green light. Dia kata ok, orang ini no problem, apa dia cakap kita boleh percaya. Anwar pun kenal baik dengan dia ini dan dia pun biasa jumpa Anwar…leftenan kolonel ini. Dan dia pun banyak bercerita kepada Anwar tentang isu ini…dia kata proceed. Saya pun proceed."

Beliau berkata, kesemua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau di dakwa di mahkamah.

Bahagian kedua temubual ini dalam Buletin Utama esok.


Raja Petra dedah komplot penyokong Anwar fitnah Najib




KUALA LUMPUR - Pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (gambar) mendedahkan akuan bersumpahnya yang mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu adalah berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu yang mahu menyekat Najib daripada menjadi Perdana Menteri.

Katanya, beliau sendiri tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam pembunuhan wanita Mongolia itu dan beliau kini tidak lagi mempercayai cerita individu tersebut.

Individu tersebut mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tindakan itu bagi menyekat Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi ke tempat itu, kawasan itu hutan dan saya fikir nak panjat bukit, masuk hutan tengah malam pukul 12 malam, saya ingat mustahil," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3, Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini.

Rakaman temu bual itu disiarkan Buletin Utama TV3 malam tadi.

Raja Petra berkata, dalam akuan sumpah (SD) yang dibuatnya pada 18 Jun 2008, menyatakan beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya Rosmah berada di tempat kejadian semasa Altantuya dibunuh.


‘Saya tak tuduh Najib’



NAFI...Raja Petra ketika ditemubual wakil TV3 yang disiarkan dalam Buletin Utama, semalam.
NAFI...Raja Petra ketika ditemubual wakil TV3 yang disiarkan dalam Buletin Utama, semalam.

KUCHING: “Saya tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu,” demikian pengakuan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang muncul buat kali pertama selepas lama menghilang diri.

Dalam satu temubual bersama TV3 di Perth, Australia baru-baru ini dan disiarkan stesen televisyen itu malam tadi, Raja Petra berkata, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Datuk Seri Najib Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.


Beliau berkata, akuan bersumpah (SD) dibuatnya pada 18 Jun 2008 hanya bersandarkan maklumat diperoleh daripada beberapa individu yang didakwa ada kaitan dengan beberapa tokoh politik termasuk ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kononnya isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.

“Dalam SD saya itu, saya bercerita orang ini sudah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita dan pihak berkuasa perlu siasat serta panggillah orang ini.


“Itu yang saya tulis dalam SD. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata saya tahu yang isteri Timbalan Perdana Menteri (jawatan Najib ketika itu) ada di tempat kejadian.


“Saya tidak cakap. Saya tidak buat satu tuduhan seperti itu. Yang saya kata, ada orang yang bercerita, tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi dan untuk orang ini ke depan. Saya juga sebut nama orang ini, saya sebut semasa siasatan polis,” katanya.

Raja Petra mendakwa, antara individu memberi maklumat termasuk yang bernama Nik Azmi Nik Daud, John Pang, penulis blog, Din Merican, selain seorang pegawai perisik angkatan tentera yang dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin.


“Saya tidak terima lagi cerita itu sebab saya rasa mungkin mustahil kot. Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi tempat itu kerana tempat itu kawasan tempat hutan dan saya dok fikir dia nak panjat bukit, masuk hutan tengah malam, jam 12 tengah malam, saya ingat mustahil kot,” katanya.

Raja Petra mendakwa, dalam pertemuan dengan Nik Azmi, beliau bertanya mengapa beliau didesak membuat akuan bersumpah itu.


“What do you hope to achieve? (Apa yang anda harapkan?) Dia kata, Pak Lah akan letak jawatan. Kalau kita tak ‘block’ (sekat) Najib, Najib akan menjadi Perdana Menteri ganti Pak Lah,” katanya.


Katanya, beliau juga meminta Din Merican untuk mendapatkan pengesahan daripada Anwar terlebih dulu.


“Din Merican pun contact (hubungi) saya balik. Dia kata, dia dah cakap dengan Anwar dan Anwar bagi green light (lampu hijau).


“Anwar pun kenal baik dengan dia ini dan dia pun biasa jumpa Anwar...Leftenan Kolonel ini, dan dia pun banyak bercerita kepada Anwar mengenai isu ini. Dia kata proceed (teruskan), saya pun proceed,” katanya.


Raja Petra mendakwa, semua individu itu berjanji akan menjadi saksi jika beliau didakwa di mahkamah.


Raja Petra nafi tuduh Najib, Rosmah


Temu bual eksklusif Ashraf Abdullah dengan Raja Petra di Perth, Australia, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 13 April – Pengendali laman web antikerajaan, Raja Petra Kamaruddin yang menghilangkan diri sejak sekian lama, malam ini muncul dengan pengakuan bahawa beliau tidak pernah menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Sebaliknya Raja Petra menegaskan, beliau berbuat demikian kerana didesak dan dipengaruhi oleh beberapa individu yang tidak mahu melihat Najib menerajui kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.

Dalam temu bual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3, Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini, Raja Petra turut memberitahu Akuan Bersumpah (SD) yang beliau buat pada 18 Jun 2008 hanyalah bersandarkan maklumat yang diperolehi daripada beberapa individu.

Raja Petra berkata, individu-individu itu mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Mereka termasuk seorang yang bernama Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog, Din Merican.

“Seorang pegawai perisik yang dikenali sebagai Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama,” katanya dalam temu bual itu yang disiarkan oleh Buletin Utama malam ini.

Menurut Raja Petra, ramai orang termasuk polis membuat tuduhan tanpa meneliti akuan bersumpah itu.

Katanya, beliau menerima maklumat daripada individu-individu itu kononnya isteri Perdana Menteri berada di tempat kejadian semasa Altantuya dibunuh.

“Dalam SD saya, saya bercerita bahawa orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita.

“Pihak berkuasa perlu siasat dan panggil mereka ini. Itu yang saya tulis dalam SD. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata yang saya tahu isteri Timbalan Perdana Menteri (ketika itu) ada di tempat kejadian.

“Saya tidak cakap, saya tidak buat tuduhan seperti itu. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut lagi. Saya sebut nama-nama mereka semasa siasatan polis,” tegasnya.

Dalam siri pertama temu bual dua bahagian itu, Raja Petra berkata, pada permulaannya beliau tidak dapat menerima kebenaran cerita itu.

Ini kerana katanya, adalah sesuatu yang mustahil isteri Perdana Menteri boleh pergi ke tempat kejadian yang merupakan kawasan hutan dan terpaksa memanjat bukit pada waktu tengah malam iaitu kira-kira pukul 12 tengah malam.

Bagaimanapun, kata Raja Petra, dalam pertemuannya dengan Nik Azmi, beliau telah bertanya kenapa beliau didesak untuk membuat akuan bersumpah itu.

“Nik Azmi memberi jawapan, what do you hope to achieve? Kalau kita tak blok (sekat) Najib, Najib akan menjadi Perdana Menteri ganti Pak Lah,” dakwa Raja Petra.

Pengendali laman web Malaysia Today itu kemudian meminta Din Merican untuk mendapatkan pengesahan daripada Anwar.

Raja Petra mendakwa, Din Merican kemudian menghubunginya semula dan memberitahu beliau (Din Merican) sudah bercakap dengan Anwar yang kemudian memberikan lampu hijau.

“Dia kata okey. Orang ini no problem, apa dia cakap kita boleh percaya. Anwar pun kenal baik dengan dia ini dan dia pun biasa jumpa Anwar, leftenan kolonel ini.

“Dan dia pun banyak bercerita kepada Anwar tentang isu ini, dia kata teruskan, saya pun teruskan,” katanya lagi.

Menurutnya, kesemua individu yang disebut nama itu berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau didakwa di mahkamah.

Raja Petra, 60, menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei 2009 bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah Rosmah.


Tak tuduh Najib
Oleh Zanariah Abd Mutalib
bhnews@bharian.com.my
2011/04/14

pix_gal0
Raja Petra dedah dalang akuan bersumpah

KUCHING: "Saya tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu." Demikian pengakuan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang muncul buat kali pertama selepas lama menghilangkan diri.
Dalam satu temubual bersama TV3 di Perth, Australia baru-baru ini dan disiarkan stesen televisyen itu, malam tadi, Raja Petra berkata, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Datuk Seri Najib Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Raja Petra berkata, akuan bersumpah (SD) yang dibuatnya pada 18 Jun 2008 hanya bersandarkan maklumat diperoleh daripada beberapa individu yang didakwa ada kaitan dengan beberapa tokoh politik termasuk ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kononnya isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.

“Di dalam SD saya tadi, saya telah bercerita bahawasanya orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita, dan pihak berkuasa perlu siasat dan panggillah orang ini.

“Itu yang saya tulis dalam SD. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata saya tahu yang isteri Timbalan Perdana Menteri (jawatan Najib ketika itu) ada di tempat kejadian.

“Saya tidak cakap. Saya tidak buat satu tuduhan seperti berikut. Yang saya kata, ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi dan untuk orang ini ke depan, dan saya sebut nama orang ini, saya sebut ketika siasatan polis,” katanya.
Raja Petra mendakwa, antara individu yang memberi maklumat termasuk yang bernama Nik Azmi Nik Daud, John Pang, penulis blog, Din Merican, selain seorang pegawai risik angkatan tentera yang dikenali sebagai Kolonel Azmi Zainal Abidin.

“Saya tidak terima lagi cerita itu sebab saya rasa mungkin mustahil kot. Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi tempat itu kerana tempat itu kawasan tempat hutan dan saya dok fikir dia nak panjat bukit, masuk hutan tengah malam, pukul 12 malam, saya ingat mustahil kot,” katanya.

Raja Petra mendakwa, dalam pertemuan dengan Nik Azmi, beliau bertanya mengapa beliau didesak membuat akuan bersumpah itu.

“What do you hope to achieve? (Apakah matlamat anda?) Dia kata, Pak Lah akan letak jawatan. Kalau kita tak 'block' (sekat) Najib, Najib akan menjadi Perdana Menteri, ganti Pak Lah,” katanya.

Katanya, beliau juga meminta Din Merican untuk mendapatkan pengesahan daripada Anwar terlebih dulu.

“Din Merican pun contact (hubungi) saya balik. Dia kata, dia dah cakap dengan Anwar dan Anwar bagi green light (lampu hijau). Anwar pun kenal baik dengan dia ini dan dia pun biasa jumpa Anwar... Leftenan Kolonel ini, dan dia pun banyak bercerita kepada Anwar tentang isu ini. Dia kata proceed (teruskan), saya pun proceed,” katanya.

Raja Petra mendakwa, semua individu terbabit berjanji akan menjadi saksinya jika beliau didakwa di mahkamah.



Deepak dakwa bayar RPK tarik balik tulisan
Salhan K Ahmad
Apr 13, 11
2:12am

Usahawan Deepak Jaikishan muncul lagi dengan satu dakwaan terbaru – beliau pernah membayar wang kepada penulis blog popular Raja Petra Kamaruddin untuk menarik balik satu tulisan daripada laman Malaysia Today.

Deepak berkata, beliau telah membayar RM50,000 dan turut memberi satu komputer riba kepada Raja Petra sebagai dorongan untuk menarik balik tulisan berkenaan.

"Saya boleh buktikannya," kata Deepak yang menjelaskan, beliau membayar wang itu secara tunai kepada Raja Petra dalam satu pertemuan dengan penulis blog itu di Subang Jaya kira-kira tiga tahun lalu.

Tulisan berkenaan yang antara lainnya mengaitkan beliau dengan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor telah dikeluarkan sehari selepas pertemuan tersebut, kata Deepak lagi.

Katanya lagi, beliau "terkejut" apabila mendapat tahu mengenai penyiaran tulisan berkenaan dan membuat keputusan untuk bertemu Raja Petra bagi meminta penulis blog itu mengeluarkan artikel tersebut.

Tambahnya lagi, beliau bertindak demikian kerana tidak mahu perkara mengenai dirinya disiarkan dalam blog Raja Petra yang disifatkannya sebagai "pelacur web."

Beliau juga tidak mahu "serangan peribadi" oleh Raja Petra ke atasnya itu menjejaskan reputasi diri dan perniagaannya, katanya dalam satu sidang media semalam.

Deepak berkata, tindakan Raja Petra itu tidak lebih daripada satu pemerasan untuk mendapatkan wang daripada individu yang dinamakan dalam laman blog tersebut.

"RPK telah berubah daripada seorang penulis blog nasionalis menjadi seorang pemeras ugut yang menggunakan Internet bagi mengutip wang dan komputer riba daripada orang yang takut kepadanya.

"Saya juga salah seorang daripada mangsa (Raja Petra)," katanya dan menambah, beliau juga mengetahui bahawa dua lagi individu telah membayar wang kepada Raja Petra supaya tulisan berkaitan mereka dikeluarkan daripada Malaysia Today.

Deepak berkata, seorang daripada individu berkenaan merupakan menantu kepada seorang bekas perdana menteri yang didakwa telah membayar sejumlah wang yang besar kepada Raja Petra.

Seorang lagi yang disebut oleh Deepak ialah seorang lelaki yang merupakan kawan baiknya. Keluarga lelaki tersebut juga telah membayar wang kepada Raja Petra, kata Deepak lagi.

Tambahnya, beliau juga bercadang untuk membuat laporan polis terhadap Raja Petra dan mengambil tindakan undang-undang ke atas penulis blog tersebut atas dakwaan fitnah yang dilemparkan ke atasnya.

Tindakan undang-undang itu mungkin difailkan di London atau di Australia memandangkan penulis blog itu tidak berada di dalam negara.

"Saya sedang berbincang dengan peguam. Kalau saya tidak dapat bankrapkan dia, nama saya bukan Deepak.

"Jika saya salah, dia boleh saman saya," tambah Deepak.

Sementara itu, dalam satu kenyataan balas hari ini, Raja Petra berkata beliau menafikan kesemua dakwaan yang dinyatakan Deepak.

Raja Petra juga berkata, individu lain yang dinyatakan oleh Deepak itu juga perlu mengesahkan atau menafikan dakwaan berkenaan memandangkan Usahawan berkenaan telah mengheret mereka ke dalam kemelut ini.

"Sekiranya mereka tidak dapat (menafikan atau mengesahkan) dan Deepak terus mengambil tindakan (saman) ke atas saya, maka dia berbuat demikian atas risiko sendiri," kata Raja Petra.

Raja Petra: Najib dikait kes Altantuya, bolehkan Ku Li jadi PM....M'SIAN INSIDER

Blogger kontroversial Raja Petra Raja Kamarudin hari ini mendedahkan konspirasi yang cuba mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu dengan harapan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, boleh menjadi perdana menteri.

Raja Petra membuat pendedahan ini sehari selepas sebahagian temu bual dengan stesen televisyen prokerajaan, TV3, muncul malam tadi di mana beliau menafikan pernah menuduh isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, dilihat berada di lokasi Altantuya dibunuh lima tahun lalu.

“Keseluruhan matlamat usaha ini ialah menghalang Najib daripada mengambil alih jawatan perdana menteri. Jika (Tun) Abdullah Ahmad Badawi boleh dipaksa untuk meletakkan jawatan, dan jika Najib boleh dihalang daripada mengambil alih, maka Tengku Razaleigh boleh menjadi perdana menteri,” tulis Raja Petra dalam portal Malaysia Today kendaliannya hari ini.

Raja Petra yang turut dikenali sebagai RPK berkata, pertemuan itu yang dihadiri sekitar 30 orang telah berlangsung di pejabat bekas menteri kewangan itu di mana pembantunya Nik Azmi Nik Daud adalah pengucap utama.

“Tujuan pertemuan ialah mengeksploitasi (cara) bagaimana ia (rancangan itu) boleh digerakkan supaya Tengku Razaleigh boleh mengambil alih jawatan perdana menteri,” kata Raja Petra yang kini tinggal dalam pembuangan kendiri di United Kingdom.......

Mewaspadai Berita Orang Fasik dan Adu Domba

adudomba“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” [Al Hujuraat:6]

Ayat di atas menjelaskan satu kejadian di zaman Nabi. Ketika itu Al Harits menghadap Nabi. Dan Nabi mengajaknya masuk ke dalam Islam. Al Harits pun bersyahadah masuk ke dalam Islam. Nabi mengajaknya untuk membayar zakat.

Al Harits menyanggupinya dan berkata: “Ya Rasulullah, aku akan pulang kepada kaumku dan mengajak mereka masuk Islam dan membayar zakat. Aku akan mengumpulkan zakatnya. Jika telah tiba waktunya, kirimlah utusan untuk mengambil zakat.”

Akhirnya Nabi mengutus Al Walid bin ‘Uqbah untuk mengambil zakat pada Al Harits. Namun sebelum sampai di tempat, Al Walid takut dan akhirnya pulang dan memberi laporan palsu pada Nabi. Katanya Al Harits tidak mau membayar zakat bahkan mengancam akan membunuhnya.

Kemudian Nabi mengirim utusan yang lain untuk menemui Al Harits guna memeriksa kebenaran berita itu. Di tengah perjalanan, utusan tersebut bertemu Al Harits beserta sahabatnya yang sedang pergi untuk menemui Nabi. Al Harits bertanya kepada utusan itu: “Kepada siapa kamu diutus?”

Utusan itu menjawab: “Kami diutus kepadamu.”

Al Harits bertanya: “Mengapa?”

Mereka menjawab: “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah mengutus Al Walid bin ‘Uqbah. Namun ia berkata bahwa engkau tidak mau membayar zakat dan bahkan ingin membunuhnya.”

Al Harits berkata: “Demi Allah yang telah mengutus Muhammad, aku tidak melihatnya. Tidak ada yang datang kepadaku.”

Ketika mereka sampai di hadapan Rasulullah SAW, bertanyalah beliau: “Mengapa engkau tidak mau membayar zakat dan ingin membunuh utusanku?”

Al Harits menjawab: “Demi Allah yang mengutus engkau dengan sebenar-benarnya. Aku tidak berbuat demikian.” Maka turunlah ayat Al Hujuraat:6 sebagai peringatan kepada kaum mukminin agar tidak mempercayai satu berita secara sepihak tanpa memeriksanya kepada kaum yang dituduh. (HR Ahmad).

Nah terhadap Muslim saja kita harus berhati-hati dalam menerima satu berita. Karena bisa jadi laporan itu tidak benar. Apalagi terhadap berita-berita yang disampaikan oleh orang-orang kafir atau sekuler yang membenci Islam.

Jika kita langsung mempercayai beritanya, bisa saja akhirnya kita marah dan membunuh orang yang dituduh berbuat jelek/difitnah padahal ternyata tidak benar. Kita harus memeriksanya langsung kepada orang yang dituduh/difitnah tersebut apa benar begitu.

Sebagai contoh kita sering marah kepada Malaysia yang dianggap merebut pulau Sipadan dan Ligitan dari Indonesia. Padahal kasus itu telah dibawa ke Mahkamah Internasional dan MI memutuskan Malaysia yang berhak. Selain itu, jika kedua pulau itu benar-benar milik Indonesia, kenapa tidak ada nelayan atau pun tentara Indonesia yang berjaga di situ sehingga tidak ada seorang pun yang bisa membangun tanpa izin di sana? Kita menelantarkannya, sebaliknya Malaysia justru membangunnya jadi tempat wisata yang indah. Jika Indonesia menjaganya, tak mungkin hal itu terjadi.

Jika “hilangnya” pulau Sipadan dan Ligitan ke Malaysia yang luasnya kurang dari 1 km2 kita marah besar. Sebaliknya kita adem-ayem saja terhadap Singapura yang “mengimpor” pasir pantai sehingga luas negaranya bertambah 100 km2 dan akan terus bertambah jadi 500 km2 sesuai rencana mereka. Rakyat Indonesia justru bersahabat dengan Singapura yang telah mengurangi wilayah Indonesia dan merupakan agen Yahudi di Asia Tenggara.

Indonesia juga diam terhadap negara-negara AS dan Eropa yang mengambil kekayaan alam Indonesia seperti minyak, gas, emas, perak, tembaga, batubara, dan sebagainya. Menurut PENA, pada tahun 2008 sebesar Rp 2.000 trilyun/tahun kekayaan alam Indonesia dinikmati oleh negara-negara asing tersebut.

Ummat Islam harus berpikir, kenapa mereka terhadap orang kafir begitu baik sehingga membiarkan luas negara berkurang sampai 100 km2 lebih dan Rp 2.000 trilyun/tahun lari ke kantong asing, sementara terhadap Malaysia yang sama-sama Muslim bersikap begitu garang sehingga di zaman Bung Karno pernah perang dengan Malaysia?

Lihat:

http://infoindonesia.wordpress.com/2009/06/30/selama-kekayaan-alam-dirampas-asing-indonesia-akan-terus-miskin

Karena adu-domba yang dilakukan oleh media massa kafir, akhirnya ummat Islam jadi melanggar perintah Allah dalam Al Qur’an. Ummat Islam justru jadi keras terhadap sesama Muslim dan lembut terhadap orang-orang kafir yang sebenarnya telah menzalimi mereka:

“Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir…” [Al Maa-idah:54]

Jika Allah mengatakan orang-orang beriman itu bersaudara, sebaliknya sebagian Muslim justru menganggap orang Muslim lainnya yang beda negara seperti musuh besar sementara mereka justru seperti saudara dengan orang-orang kafir:

“Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” [Al Hujuraat:10]

Ada Muslim Indonesia yang dengan lantang meneriakkan “Ganyang Malaysia” Adakah dia sudah tidak takut dengan siksa neraka karena jika dua Muslim saling bunuh, maka keduanya masuk neraka. Jangankan dibakar dengan api neraka yang mampu mendidihkan otak sehingga manusia jadi seperti orang gila ketika dibakar hingga semata kaki selama-lamanya. Dibakar api lilin yang kecil pun selama 10 menit cukup membuat kita menderita.

Jika terjadi saling bunuh antara dua orang muslim maka yang membunuh dan yang terbunuh keduanya masuk neraka. Para sahabat bertanya, “Itu untuk si pembunuh, lalu bagaimana tentang yang terbunuh?” Nabi Saw menjawab, “Yang terbunuh juga berusaha membunuh kawannya.” (HR. Bukhari)

Bayangkan seandainya 1 juta rakyat Indonesia dikerahkan menyerang Malaysia yang berpenduduk 25 juta jiwa. Menang tidak, yang jelas ribuan nyawa akan melayang. Jangankan Indonesia yang senjatanya pantas masuk musium, AS yang penduduknya lebih besar dan persenjataan paling canggih dengan dibantu sekutunya saja kewalahan menghadapi rakyat Iraq yang hanya berpenduduk 16 juta jiwa sehingga memutuskan mundur dari sana. Perang telah menelan lebih dari 4.000 tentara AS dan uang lebih dari Rp 9.000 trilyun. Kalau Indonesia yang APBNnya cuma Rp 1.037 trilyun/tahun memaksakan diri untuk berperang, dijamin langsung bangkrut dan jumlah rakyat yang mati akibat kelaparan macam di Aceh, Papua dan NTT akan bertambah banyak.

Kenapa ummat Islam miskin dan terbelakang? Ya karena mereka mudah diadu-domba untuk perang terhadap sesama. Ummat Islam tidak punya media TV Nasional yang membawa kepentingan Islam. Oleh karena itulah mereka cuma jadi obyek gosip dan adu domba.

Patut disadari oleh umat ini bahwa pihak lain akan senantiasa iri dan dengki kalau umat ini hidup bersatu dan menjadi kuat dengan agamanya. Mereka tidak akan pernah rela hingga umat itu ter-cerabut dari agamanya dan mengikuti cara hidup mereka.

Berikut Asbabun Nuzul (Sebab Turunnya) surat Ali ‘Imran:103:

Sejarah para sahabat Rasulullah SAW. di kota Madinah, bahkan masih di masa Baginda Rasulullah SAW masih hidup mengajarkan hal itu. Ketika masyarakat dan negara Islam baru tumbuh di kota Madinah. Dan kedudukan politik dan kekuatan ekonomi mereka menggeser kepentingan dan posisi kaum Yahudi, maka Yahudi membuat makar. Salah seorang tokoh Yahudi yang bernama Syas bin Qais yang sangat benci dengan bersatunya dua suku besar penghuni kota Madinah Aus dan Khazraj dalam ikatan Islam, membuat makar dengan mengirim seorang penyair agar mem-bacakan syair-syair Arab Jahiliyah yang biasa mereka pakai dalam perang Buats. Perang Buats adalah perang yang terjadi selama 120 tahun (Ibnu Ishaq dalam Tafsir Al Mawardi) antara kaum Aus dan Khazraj. Dan selama musim perang tersebut, pihak Yahudilah yang meng-ambil keuntungan politik maupun ekonominya.

Penyair suruhan Syas berhasil mempengaruhi jiwa sekumpulan kaum Anshar dari kalangan Aus dan Khazraj di suatu tempat di kota Madinah. Syair jahiliyah tersebut mengantarkan mereka kepada perasaan kebanggaan dan kepahlawanan mereka di masa jahiliyah dalam medan perang Buats. Perasaan kebangsaan dan kepahlawanan kaum Aus maupun Khaz-raj itu memuncak hingga mereka lupa bahwa mereka sesama muslim. Yang Aus merasa Aus dan yang Khazraj merasa Khazraj. Dalam puncak emosi perang itu mereka akhirnya berteriak-teriak histeris : ”Senjata-senjata!”.

Dalam situasi kritis itulah, Rasulullah datang bersama pasukan kaum muslimin untuk melerai mereka. Rasulullah SAW bersabda:

“Wahai kaum muslimin, apakah karena seruan jahiliyah ini (kalian hendak berperang) padahal aku ada di tengah-tengah kalian. Setelah Allah memberikan hidayah Islam kepada kalian. Dan dengan Islam itu Allah muliakan kalian dan dengan Islam Allah putuskan urusan kalian pada masa jahiliyyah. Dan dengan Islam itu Allah selamatkan kalian dari kekufuran. Dan dengan Islam itu Allah pertautkan hati-hati kalian. Maka kaum Anshar itu segera menyadari bahwa perpecahan mereka itu adalah dari syaithan dan tipuan kaum kafir sehingga mereka menangis dan berpelukan satu sama lain. Lalu mereka berpaling kepada Rasulullah SAW. dengan senantiasa siap mendengar dan taat…” (Sirah Ibnu Hisyam Juz 1/555).

http://suara-islam.com/index.php/Ibrah/Menjaga-Kesatuan-Umat.html

Karena itulah Allah menurunkan surat Ali ‘Imran ayat 103:

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali agama Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu masa Jahiliyah bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya…” [Ali ‘Imran:103]

Ada pun surat Ali ‘Imran ayat 99 turun berkenaan dengan tokoh Yahudi, Qais, yang gemar mengadu-domba ummat Islam:

“Katakanlah: “Hai Ahli Kitab, mengapa kamu menghalang-halangi dari jalan Allah orang-orang yang telah beriman, kamu menghendakinya menjadi bengkok, padahal kamu menyaksikan?.” Allah sekali-kali tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan.” [Ali ‘Imran 99]

Rasulullah SAW juga melarang keras sikap ashabiyah (Nasionalisme dan tribalisme) seperti itu. Sebagaimana yang tercermin dalam sabdanya:

“Bukan termasuk Ummatku orang yang mengajak pada Ashabiyah, dan bukan termasuk ummatku orang yang berperang atas dasar Ashabiyah, dan bukan termasuk ummatku orang yang mati atas dasar Ashabiyah” (HR Abu Dawud).

http://suarapembaca.detik.com/read/2009/09/02/173923/1195126/471/merangkul-malaysia

Silahkan kunjungi:

http://kabarislam.wordpress.com

http://islamicbroadcasting.wordpress.com



ADAB-ADAB PERGAULAN , JANGAN PERCAYA BERITA DARI ORANG-ORANG YANG FASIK!



يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ (6) وَاعْلَمُوا أَنَّ فِيكُمْ رَسُولَ اللَّهِ لَوْ يُطِيعُكُمْ فِي كَثِيرٍ مِنَ الْأَمْرِ لَعَنِتُّمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ الْإِيمَانَ وَزَيَّنَهُ فِي قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ أُولَئِكَ هُمُ الرَّاشِدُونَ (7) فَضْلًا مِنَ اللَّهِ وَنِعْمَةً وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ (8
Surah Hujurat: Ayat 6-8

Terjemahan:

6. Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

7. Dan ketahuilah olehmu bahawa dikalangan kamu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti (kemahuan) kamu dalam beberapa urusan, benar benarlah kamu akan mendapat kesusahan tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah didalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus

8. Sebagai kurnia dan nikmat dari Allah. Dia Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana.

Sebab-Sebab Turun Ayat:

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Al Harith Bin Abi Dirar Al Khaza'iy RA memohon kepada Rasulullah SAW agar dia ditugaskan untuk mengumpul zakat dari kaumnya Bani Mushtalaq. Kemudian dia juga memohon kepada Rasul SAW agar baginda mengirim seorang utusan kepadanya untuk mengambil zakat yang sudah dikumpulnya itu untuk selanjutnya diserahkan kepada baginda Rasul SAW.

Rasulullah SAW menyetujui permohonan tersebut lalu kemudiannya mengirim Al Walid Bin 'Uqbah supaya menemui Al Haris untuk mengambil zakat yang terkumpul dan selanjutnya menyerahkannya kepada Rasulullah SAW. Begitu terdengar oleh Al Harits berita tentang kedatangan utusan Rasul SAW itu maka kerana sangat gembiranya maka diajaknyalah kaumnya keluar beramai ramai untuk mengalu alukan kedatangan Al Walid Bin 'Uqbah.

Ketika Al Walid melihat kaum Al Harith (Bani Mushtalaq) begitu ramai menunggunya maka syaitanpun memainkan peranannya iaitu dengan memasukkan perasaan buruk sangka pada jiwa Al Walid kononnya kaum tersebut akan membunuhnya. Lalu Al Walid segera berpatah balik. Diceritakannya kepada Rasulullah bahawa Al Harish enggan menyerahkan zakat kepadanya, malahan kaumnya bermaksud ingin membunuhnya.

Mendengar berita tersebut Rasul SAW dan kaum muslimin lainnya sangat marah kapada Al Harith dan kaumnya. Dan dalam kisah yang lain pula diriwayatkan bahawa Rasul SAW mengirim Khalid Bin Al Walid untuk menyelidiki perkara yang sebenarnya. Khalid mendapati kisah yang sebenarnya tidaklah sebagaimana yang diceritakan oleh Al Walid Bin 'Uqbah. Lalu turunlah ayat di atas.

Tafsiran Ayat:

(6) Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Dalam ayat diatas Allah SWT mengajar hamba-hambaNya yang beriman dengan beberapa adab (etika) yang berguna bagi mereka samada dalam urusan agama mereka ataupun urusan dunia mereka. Iaitu agar mereka waspada selalu kalau menerima suatu berita kerana sifat setiap berita pasti mengandungi dua kemungkinan iaitu sidq (benar) atau kizb (dusta). Kadang kadang betul dan kadang kadang hanya rekaan saja.

Oleh sebab itu, sesiapa yang menerima suatu berita maka wajib keatasnya supaya terlebih dahulu Tabayyun atau Tathabbut yang ertinya: Menyelidiki sampai di mana kesahihan berita itu. Sekiranya ada bukti kebenarannya barulah dia boleh percaya. Dan kalau ternyata dusta maka dia mesti menolak dan tidak boleh mempercayainya.

(7) Dan ketahuilah olehmu bahawa dikalangan kamu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti (kemahuan) kamu dalam beberapa urusan, benar benarlah kamu akan mendapat kesusahan tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah didalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus

Ketahuilah bahawa dikalanqan kamu ada Rasulullah SAW. Oleh sebab itu sanjunglah beliau, hormatilah beliau, dan bersopanlah kamu kepada beliau serta laksanakanlah anjuran beliau. Sesungguhnya dia lebih arif tentang kemaslahatan dan kebaikan kamu, malahan beliau lebih sayang kepadamu daripada sayangmu terhadap dirimu sendiri. Pandangan dan bimbingan beliau adalah lebih sempurna jika dibandingkan dengan pandangan kamu sendiri.

Kalaulah beliau menuruti saja semua kemahuan kamu nescaya kamu kelak pasti mendapat kesusahan. Baginda adalah pembimbing kamu kearah kesejahteraan dunia dan akhirat kamu.

Allah pula menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah di dalam hatimu sehingga hatimu terasa suka kepada kebenaran dan sanggup berjuang demi menegakkannya. Dia jugalah yang menjadikan kamu benci kepada kekufuran, kefasikan dan kedurhakaan sehingga hatimu terasa benci kepada segala jenis keburukan.

Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus.

Yang dimaksudkan dengan mereka disini ialah orang-orang yang telah Allah hiasi hati mereka dengan iman dan mereka cinta kepada keimanan. Dan Allah juga telah memasukkan perasaan benci dalam hati mereka daripada kekufuran , kefasikan dan kedurhakaan. Mereka inilah orang-orang yang telah mendapat bimbingan Allah. Ilmu dan amalan mereka menjadi baik dan mereka istiqamah berada diatas jalan yang lurus.

Sedangkan lawan daripada golongan diatas " raashiduun " ialah golongan " ghaawuun " iaitu mereka yang suka kepada kekufuran, kefasikan dan kedurhakaan. Mereka benci kepada keimanan.

(8) Sebagai kurnia dan nikmat dari Allah. Dia Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana.

Yang demikian itu sebagai " kurnia " dan " ni’mat " dari Allah:

Maksudnya: Segala kebaikan yang mereka perolehi diatas iaitu suka kepada keimanan dan benci kepada kekufuran, kefasikan dan kedurhakaan adalah kurnia dan ni’mat yang Allah berikan kepada mereka bukan usaha dan kekuatan mereka semata mata.

Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana:

Allah Maha Mengetahui siapakah diantara hamba-Nya yang berhak dan layak mendapat hidayah dan siapa pula yang tidak berhak mendapatkan-nya. Siapa yang pandai bersyukur kepada-Nya akan diberi-Nya taufiq dalam hidupnya, dan sebaliknya siapa yang tidak bersyukur kepada-Nya nescaya tidak diberi-Nya hidayah dalam hidupnya.

" Allah Maha Bijaksana ", maksudnya Allah Maha Bijak dalam segala hal, samada dalam perkataan-Nya, perbuatan-Nya, syai'at-Nya (suruhan dan larangan) dan ketetapan-Nya.

Pengajaran Ayat:

1. Diantara cara syaitan memecahbelahkan umat Islam ialah dengan memasukkan perasaan buruk sangka ketika menerima sesuatu berita yang belum pasti kebenarannya. Lalu dengan bersikap demikian akan mudahlah persaudaraan berubah menjadi permusuhan.

2. Jika suatu berita disampaikan kepada kita oleh seorang fasik maka cara yang betul dan sesuai dengan etika Islam, kita mestilah " tawaqquf " yakni berhenti sejenak atau jangan secara terus diambil dan dipercayai, sehingga terlebih dahulu Tabayyun dan Tathabbut yakni memastikan kebenarannya. Sekiranya ada bukti kebenaran berita itu maka kita terima dan boleh mengamalkannya. Dan sekiranya hanya rekaan saja maka kita mesti tolak dan jangan diamalkan.

3. Kalau perkara diatas pernah terjadi pada sahabat Nabi SAW. Mengapa perkara ini tidak boleh terjadi di kalangan kita sekarang ini? Malahan mengingat keimanan kita pada akhiur zaman jauh lebih tipis, maka sangat memungkinkan perkara yang sama akan terjadi di kalangan kita.

4. Mengapa umat Islam pada akhir zaman sukar bersatu? Malahan dikalangan mereka yang mendakwa menegakkan " sunnah " pun sering dilanda oleh perpecahan. Sikap kurang berhati hati dalam menerima suatu berita adalah diantara penyebab utamanya. Padahal merekalah orang yang paling faham dan sadar betapa pentingnya perpaduan dan ukhuwah islamiyah.

5. Dalam pandangan Islam setiap manusia pada asalnya adalah tidak bersalah sehingga dapat dibuktikan bahawa ia adalah bersalah. Menurut Islam ada dua cara untuk menetukan kesalahan seseorang iaitu:
  • Dengan saksi yang cukup,
  • Dengan pengakuan dari orang yang berkenaan.
6. Mempercayai berita angin tentang salah laku seorang Muslim tanpa usul periksa dapat membawa kepada penyesalan yang tidak berkesudahan kerana kadang kadang tertanya keadaan yang sebenarnya tidak sebagaimana yang didengar.

7. Dalam hal ini bagus juga kita ketahui bahawa di antara kaedah undang undang di dalam Islam, iaitu: " Membebaskan orang yang bersalah yang diragukan kesalahannya adalah lebih baik daripada menghukumnya di dalam keraguan ". Dan sekiranya ia memang benar benar bersalah, hanya saja tidak cukup bukti kesalahannya umpamanya tidak cukup buktinya atau ia tidak mengaku bersalah sehingga ia tidak dihukum di dunia, semoga Allah akan menghukumnya di akhirat nanti.

Wasallam.

Dari Penulis:
Dalam kes video lucah DSAI. Siapakah orang-orang yang menyampaikan cerita tsb?? Orang alim atau orang yang fasik? Jawapan tentu anda pembaca sudah tahu! Tapi sungguh menyedihkan kerana ada sesetengah dari orang politik yang pura-pura percaya kerana kepentingan politik mereka walaupun sudah tahu semua itu dusta belaka terutama kaki lompat dari Utara yang suka berkopiah kononnya warak.


Read more: http://www.resepirahsiaku.com/2011/03/adab-adab-pergaulan-jangan-percaya.html#ixzz1JSWRvAGP

Siasat Dulu Kesahihan Berita, Mufti Senada

Dari Malaysiakini

Dalam menghadapi keadaan politik yang mengeksploitasi isu peribadi, seperti isu video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, umat Islam dinasihatkan menyiasat dahulu kesahihan dakwaan itu.

Perkara itu disepakati beberapa mufti negara ini, termasuklah Dr Juanda Jaya (Perlis), Datuk Tamyes Abd Wahid (Selangor) dan Datuk Mohammad Shukri Mohammad (Kelantan).

Menurut Dr Juanda, Allah berfirman dalam surah al-Hujurat, apabila datang berita daripada orang fasik, perkara itu hendaklah diselidiki terlebih dahulu.

“Dan kalau tidak cukup empat orang saksi, sepatutnya penuduh dikenakan hukuman Qazaf. Hukum orang fasik ini, dia tak layak lagi jadi saksi untuk sebarang kes kerana sudah hilang kredibeliti.”

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Juanda (kanan) berpendapat isu melibatkan keaiban peribadi tidak boleh dijadikan modal politik, apatah lagi jika perkara berkaitan seks yang amat memalukan.

“(Kalau betul pun), kita tak tahu, mungkin dia sudah bertaubat. Kenapa perlu dedahkan perkara itu? Siapa tak ada aib di masa lalu?” soal Dr Juanda lagi.

Katanya, rakaman video sahaja tidak mencukupi jika tidak disokong oleh empat saksi yang adil kerana kesalahan zina amat berat dan hukuman yang dijatuhkan hendaklah bebas daripada sebarang prasangka.

“Kalau ada (hanya) tiga orang saksi yang melihat perkara itu, lebih elok mereka tutup mulut sahaja daripada mendedahkannya. Kesan tindakan itu melibatkan banyak pihak, termasuk anggota keluarga yang terlibat,” katanya.

‘Jangan terpalit, terikut-ikut’

Semalam, ulama terkenal Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, para mufti wajar menyatakan pendirian berhubung isu “politik selak kain” susulan tayangan video kontroversi minggu lalu.

Sementara itu, Tamyes (kiri) pula menyifatkan apa yang berlaku sekarang ini berjalan secara tidak betul.

“Untuk menuduh, mestilah mendatangkan bukti, iaitu empat saksi untuk mensabitkan kesalahan. Jika tidak, pihak itu boleh dikenakan hukum Qazaf.

“Hukum ini tidak pernah berubah dari dulu sampai sekarang. Kepada yang dituduh, boleh bersumpah untuk menafikan apa yang dituduh. Tetapi sekarang, yang menuduh bersumpah, yang dituduh diminta mencari bukti. Ini terbalik dan tidak betul,” katanya.

Tamyes juga menasihatkan orang awam yang tidak tahu menahu tidak masuk campur, walaupun sekadar bersembang-sembang mengenaninya di kedai kopi.

“Biarlah diselesaikan oleh pihak yang berkenaan. Janganlah terpalit sama, terikut-ikut buat tuduhan,” katanya lagi.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas berhubung gejala “politik selak kain” yang dibangkitkan Dr Mohd Asri sebelum ini.

“Bagaimanapun, saya minta kembalilah ke jalan Allah. Sekiranya tidak ada asas sesuatu tuduhan itu, eloklah kita sorot kembali (kesasihan dakwaan itu),” katanya.

Kod etika dalam Islam

Sementara itu, Mufti Kelantan Datuk Mohammad Shukri Mohammad pula berkata, Islam menetapkan kod etika untuk pelbagai pihak, sama ada ada penuduh atau orang awam dalam menghadapi isu pendedahan aib orang.

Katanya, pendedahan perkara buruk melibatkan orang lain boleh dibuat bagi tujuan pengadilan dan penghakiman sahaja dan tidak boleh didedahkan secara terbuka.

“Kalau dengan niat hendak aibkan orang memang dilarang. Kalau dengan tujuan mencari kebenaran atau mendapat pengadilan yang adil, perlulah dedahkan.

“Tetapi cara mendedahkannya biasanya dedah pada qadi, hakim atau mufti, tidak kepada orang awam,” katanya kepada Malaysiakini.

Bagi orang awam pula, Mohammad Shukri sependapat dengan Dr Juanda bahawa sesuatu berita yang disampaikan mestilah diselidik dahulu dan tidak terus menerimanya bulat-bulat.

“Jabatan mufti sepatunya jadi sumber rujukan. kalau pihak berkenaan rujuk dulu, barangkali ada cara lebih sopan untuk nyatakan kebenaran dan mendapatkan pengadilan.

“Sebabnya menonton video lucah, undang-undang negara pun tak boleh,” katanya.


Siasat dulu berita si fasik- Mufti Perlis

KUALA LUMPUR: Umat Islam dinasihatkan menyiasat dahulu kesahihan sesuatu dakwaan terhadap seseorang individu, apatah lagi sekiranya berita itu disampaikan oleh golongan fasik, kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.

“Nasihat saya, dalam al-Quran, Allah berfirman dalam surah al-Hujurat, apabila datang berita daripada orang fasik, hendaklah kamu selidik dahulu berita itu.

“Dan kalau tidak cukup empat orang saksi, sepatutnya penuduh dikenakan hukuman Qazaf. Hukum orang fasik ini, dia tak layak lagi jadi saksi untuk sebarang kes kerana sudah hilang kredibeliti.” katanya seperti di lapor Malaysiakini.

Katanya, rakaman video sahaja tidak mencukupi jika tidak disokong empat saksi yang adil kerana jenayah bagi kesalahan berzina amat berat.

“(Jadi), kalau ada tiga orang saksi yang melihat perkara itu, lebih elok mereka tutup mulut sahaja daripada mendedahkannya. Kesan tindakan itu melibatkan banyak pihak, termasuk anggota keluarga yang terlibat,” katanya.

Setakat ini, Dr Juanda adalah mufti terawal di Malaysia yang tampil menyatakan pendiriannya berhubung isu video seks palsu yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abd Wahid dan Mufti Kelantan, Datuk Mohammad Shukri Mohammad turut mengikut jejak langkah yang sama.

Tiada ulasan: