Jumaat, 15 April 2011

BAHAYA BILA KITA DIAKHIRAT....KERANA KITA BERFUNGSI...MELAGA2@MENGADU DOMBA...MENGAIB ORANG..MENGIKLAN MUNGKAR2....

28 kerusi panas jadi tumpuan di Sarawak
Apr 14, 11 9:27pm



Daripada 71 kerusi yang menjadi rebutan dalam pilihan raya negeri Sarawak Sabtu ini, BN dijangka memenangi 43 kerusi, manakala 28 lagi merupakan kerusi panas, dengan Pakatan mendahului di 19 kerusi dan sembilan lagi 50-50.

azlanIa diasaskan kepada maklumat dalaman Umno, yang merupakan parti utama menunjangi jentera kempen BN dalam pilihan raya negeri Sarawak.

Pakatan memerlukan sekurang-kurangnya 24 kerusi untuk menafikan
BN majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Daripada 19 kerusi 'hitam', 16 kerusi ditandingi SUPP - lima di Kuching, empat di Sibu, tiga di Miri, dua di Sarikei, dan masing-masing satu di Sri Aman dan Bintulu.

SUPP diramal akan kehilangan kesemua 13 kerusi yang ditandinginya berdepan dengan calon DAP - Padungan, Pending, Kota Sentosa, Batu Kawah (semua di Kuching), Repok, Meradong (kedua-dua di Sarikei), Bukit Assek, Dudong, Bawang Assan, Pelawan (semua di Sibu), Kidurong (Bintulu), Piasau and Pujut (kedua-dua di Miri).

Manakala PKR pula dijangka memenangi lima kerusi. Antaranya ialah dua kerusi majoriti Cina - Batu Lintang (Kuching) dan Senadin (Miri).

Tiga kerusi lagi ialah Ba'Kelalan - kerusi majoriti Orang Ulu - sementara Lingga and Saribas merupakan kerusi majoriti Melayu-Melanau.

Keseluruhannya, DAP dijangka memenangi 13 kerusi, PKR (lima kerusi) manakala PAS boleh mencatatkan kejayaan memenangi kerusi pertamanya di Sarawak - Beting Maro.

Manakala SNAP pula tidak dijangka memenangi sebarang kerusi di 27 DUN yang ditandinginya.

SUPP mungkin kalah di 18 daripada 19 kerusi

Dengan tinggal satu hari lagi sebelum hari pengundian Sabtu ini, terdapat sembilan kerusi 'kelabu' yang dianggap 50-50.

Simanggang dan Bengoh ditandingi oleh SUPP, dan kedua-duanya mungkin masing-masing dimenangi oleh DAP dan PKR.

Oleh yang demikian, SUPP mungkin mengalami nasib yang sama menimpa Gerakan di Pulau Pinang.

Ia boleh kalah 18 daripada 19 kerusi yang ditandinginya, kecuali di DUN Opar yang merupakan kerusi majoriti Bidayuh.

Semua orang kuat parti itu, termasuk bos SUPP, Tan Sri Dr George Chan dan ketua SUPP, Wong Soon Koh, mungkin kecundang.

Sementara itu, PBB pula mungkin kehilangan tiga kerusi (Tarat, Nangka dan Bukit Kota), manakala partu komponen yang lain - SPDP - boleh hilang tiga kerusi (Ba'Kelalan, Tasik Biru dan Batu Danu) dan PRS pula mungkin kehilangan satu kerusi (Belaga).


Polis kenalpasti individu dalam video seks
Salhan K Ahmad
Apr 14, 11
4:21pm

Polis telah memperolehi bukti yang mencukupi untuk mengenalpasti individu yang dikaitkan dalam video seks, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

NONEKatanya, polis membuat kesimpulan itu berdasarkan fakta penyiasatan yang dijalankan pasukan itu.

"Berdasarkan siasatan kita, kita percaya kita tahulah siapa di dalam video itu. Ini berdasarkan fakta-fakta yang ada pada pegawai penyiasat," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Ismail bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu terlibat.

Ketika ditanya, beliau juga enggan mendedahkan sekiranya polis telah mengenalpasti sama ada video berkenaan dirakamkan di dalam atau di luar negara.

"Saya rasa yang penting ialah kesahihan video itu, maknanya ia bukanlah diadakan, (atau) superimpose. (Sama ada) buat di Malaysia ke, yang penting ialah kesahihan.

NONEDitanya lanjut, beliau turut mengesahkan bahawa siasatan polis kini masih di peringkat dalam negara.

Dalam pada itu, beliau turut diminta menjelaskan sekiranya polis berkuasa untuk bertindak sekiranya rakaman video berkenaan dijalankan di luar negara.

Beliau ditanya demikian memandangkan satu video pendek yang dikatakan sebagai sebahagian daripada video seks berkenaan mempunyai tulisan dalam bahasa Thai.

Video pendek berkenaan disebarkan di Internet oleh seseorang yang tidak dikenali sejak awal bulan ini.

Ismail berkata, perkara itu "terserah kepada kebijaksanaan polis" dalam menjalankan tugas mereka.

"Ini melibatkan keterangan. Bila melibatkan keterangan kita ada Akta Keterangan yang kita harus patuhi, kita kena menepati semua prosedur (siasatan)," katanya.

Beliau turut meminta supaya pihak media tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan.

Siasatan ke atas kes berkenaan dijangka selesai menjelang minggu depan, katanya lagi.



Perut buncit, tetek labuh…mana mungkin Anwar

WarkahDaily – Patutlah depa duk tayang sikit je video seks tu (tak sampai dua minit pun)..rupa-rupanya, bila depa tayang lagi banyak, lagi banyak kebodohan depa terpampang nanti. Lagi banyak kantoi la.


Tengoklah…perut boroi, tetek labuh.. | foto Malaysiakini
Setakat tak sampai dua minit pun…dah banyak dah kantoinya..

Selepas klip video seks 1 minit 41 saat (sebahagian daripada rakaman 21 minit yang didalangi oleh tiga budak nakal) disebarkan di internet, beberapa persoalan telah timbul seperti yang diterbitkan dalam portal Malaysikini hari ini.

Bagi mereka yang arif dalam penerbitan video (oi Kickdefella!..engkau cakap engkau hebat sangat dalam hal ini...buktikan ini tak betul!), persoalannya:

Pertama

Persoalan: Kenapa muka pelakon video seks tidak jelas?

Jawapan yang mungkin dijawab: Kerana guna kamera “night vision”. Ia biasa digunakan apabila keadaan sesuatu tempat adalah gelap.

Persoalan balas: Tapi bilik hotel yang menjadi tempat adegan lakonan seks tersangat jelas mempunyai lampu. Buktinya ada pancaran bayang kelihatan pada dinding bilik.

Ulasan: Secara logik, rakaman adegan seks menggunakan kamera ’night vision’ itu adalah disengajakan kerana kamera sedemikian akan memastikan muka pelakon dalam rakaman adalah ’soft’, dan samar-samar. Ini membolehkan pelbagai tafsiran dibuat oleh penonton terhadap identiti pelakon (tuduh-menuduh berlaku).


Dalang: Budak nakal (Datuk T) | foto Malaysiakini
Jadi, kenapa pihak yang membuat rakaman (tiga budak nakal) tidak menggunakan kamera biasa yang akan memberi imej yang jelas wajah sebenar pelaku jika tujuan rakaman itu adalah untuk mendedahkan Anwar melakukan perbuatan sumbang. Buat apa nak samar-samar kalau dah hangpa cakap itu Anwar. Kan tak banyak songehnya kalau hangpa dapat bagi imej yang jelas, itu memang Anwar.

Kedua

Persoalan: Apa signifikannya bayang-bayang pelaku yang tertera jelas pada dinding?

Mereka yang arif dalam penerbitan video akan terus menjurus kepada bayang-bayang pelaku yang dihasilkan oleh kilauan lampu di sekitar bilik hotel berkenaan. Bilik diterangi dengan lampu, menyebabkan pantulan bayangan pada dinding dan pada tubuh ketiga-tiga pelaku setiap kali mereka melintasi lampu yang dimaksudkan.

Jika bilik diterangi sebegitu rupa, agak mustahil pelaku tidak tahu tujuannya. Agak mustahil pelaku tidak tahu mereka sedang dirakamkan (hakikat ini akan diperkuatkan dengan hujah seterusnya).

Ketiga


Banyak fakta yang mencurigakan. | foto Malaysiakini
Persoalan: Rakaman video seks berkenaan menunjukkan bahawa kedua-dua pelaku, satu berseluar dan satu bertuala begitu tekun menggunakan remote control (alat kawalan jauh) berwarna hitam yang diletakkan di atas meja di mana kamera “night vision” dipasang.

Jawapan yang mungkin pihak ’sebelah sana’ akan mendakwa: ’remote contol’ itu adalah untuk penghawa dingin bilik.

(Namun jawapan itu amat disangsikan kerana kedua-dua pelaku menghalakan “remote control” itu kepada apa yang ada di atas meja berkenaan (penghawa dingin ada atas meja ke?).

Persoalan balas: Fakta kedua-dua pelaku lelaki mencapai dan menggunakan alat “remote control” dan mengajukannya pada arah sama sebelum beredar adalah petanda jelas pelaku dalam video tahu malah mendalangi rakaman berkenaan.

Kelemahan yang paling jelas

Depa ingat bila depa bikin aksi seks tu dengan menggunakan kemera ’night vision’ yang dapat mengambil visual yang samar-samar, depa harap muka pelakon sebenar video seks itu dapat dikaburkan oleh mata-mata penonton video berkenaan.

(Jadi depa dah berjaya paparkan imej muka pelakon secara samar-samar supaya pelakon sebenar yang bermirip muka Anwar tidak kantoi).

Namun mereka mungkin terlupa, kemera ’night vision’ itu punyai kelemahannya tersendiri.

Perut buncit, tetek labuh

Depa boleh sembunyikan (samar-samarkan) muka pelakon sebenar tapi susuk badan pelakon sebenar tidak boleh disamar-samarkan (tidak boleh dilindungi).

Ini membolehkan perbandingan jelas dibuat antara susuk tubuh Anwar dan pelaku dalam video itu.

Pelakon porno dalam video berkenaan kelihatan berperut buncit dan teteknya labuh.

Segala pengamatan ini diperkuatkan dengan beberapa fakta asas, video yang dimuatnaik di Youtube itu disunting dari sudut-sudut tertentu agar pelakunya kelihatan mirip iras wajah Anwar.

Kenapa 1 minit 41 saat?

Kenapa agaknya pihak berkenaan tidak memuatkan keseluruhan video berkenaan di Youtube?

Jawapannya tentu kerana jika lebih banyak sudut pelaku dalam video itu ditonjolkan, risiko adalah lebih besar dan pelbagai persoalan akan ditanya oleh rakyat dan sekali gus menghakis persepsi yang cuba ditanam oleh dalang rakaman itu di minda rakyat.

Kerjasama erat dari media arus perdana

Media arus perdana telah memainkan klip rakaman itu berulang kali di televisyen. Akhbar kawalan Umno (suara rasmi Umno) turut memuatkan gambar dari klip itu di muka depan dan di muka dalam dengan mesej yang sama – ’tak syak lagi memang Anwar dalam rakaman video mengadakan seks dengan pelacur’.

Pendedahan pakar

Namun, pengamatan yang teliti mengenai video itu oleh pakar-pakar berkaitan akan mendapati video berkenaan dihasilkan oleh seorang yang tahu menggabungkan ’kuasa’ kamera dengan penataan cahaya lampu untuk mencapai maksud yang dihajatkan oleh pihak yang mengupahnya.

Ulasan keseluruhan

Persoalan-persoalan yang dibangkitkan dalam rencana ini menguatkan hujah bahawa polis tidak sekadar boleh menyiasat ketulenan video itu semata-mata tetapi memperinci sama ada pelaku dalam rakaman itu benar-benar Datuk Seri Anwar Ibrahim atau tidak.

Biarlah siasatan itu telus setelus-telusnya dan bukan sekadar menanam tebu di bibir.

Disunting dari: Malaysiakini - Wira Arjuna

Tambahan: Kantoi lagi pasal janggut

Dengar cerita, hari ini ada pendedahan pelakon porno dalam video berkenaan yang mirip Anwar tiada janggut, tapi pada waktu video seks dirakam, Anwar ada janggut. Baca penjelasan pasal janggut di sini.

Bagaimana mungkin janggut Anwar boleh tumbuh dalam masa sehari.

Source: http://warkahdaily.blogspot.com/2011/04/perut-buncit-tetek-labuhmana-mungkin.html#ixzz1JW55YZ32


Sebar bahan lucah tidak salah di sisi undang-undang Malaysia?

WarkahDaily – Salah ke tak salah ni? Kalau salah, kenapa yang menyebar (tayang) video seks tu tak ditangkap, kemudian media tempatan yang paparkan gambar (cut video) kat dada akhbar mereka berkenaan tidak ditangkap dan didakwa?

Ini bermakna, perbuatan itu tidak menjadi kesalahan kot pada undang-undang negara ini.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Muhamad Razak Idris (Gambar) berkata, jika penyebaran bahan lucah tidak diambil tindakan, maka ia akan dianggap suatu yang sah dan tidak melanggar undang-undang negara.

“Kegiatan ini jika tidak diambil tindakan akan menjadi prisidion bahawa penyebaran bahan lucah adalah suatu yang sah dan tidak melanggar undang-undang negara,” katanya.

Tambah beliau lagi, Abim juga menilai penyiaran video itu akan meninggalkan kesan yang negatif terhadap pembentukan tatasusila serta moral masyarakat di negara ini, lapor harakahdaily semalam.

Menurutnya, perkara sedemikian rupa tidak pernah berlaku sepanjang catatan sejarah politik Malaysia.

“Ini sekaligus membangkitkan persoalan kepada kita apakah norma-norma sedemikian ingin kita tonjolkan dan hidangkan kepada generasi muda dan masyarakat dalam dan luar negara sebagai satu keperluan kepada usaha pembangunan negara ini,” katanya lagi.

Beliau berkata, secara prinsipnya Abim sangat kecewa terhadap penyebaran ini kerana menambahkan satu lagi episod duka dan hitam dalam sejarah negara ini.

“Sedang masyarakat berbicara dan berbahas usaha membenteras gejala sosial di dalam masyarakat, pada masa yang sama kita membuka ruang kepada percambahan perbincangan perkara tak bermoral dari sudut penyebarannya,” ujarnya.

Abim juga, kata beliau ingin meneegaskan kepentingan nilai, prinsip dan etika kewartawanan dan penyiaran yang harus dijunjung di kalangan pengamal media kerana mereka memikul tanggungjawab sosial yang sangat berat.

Tambahnya, keutuhan prinsip Rukun negara bagi menjaga "Kesopanan dan kesusilaan" perlu diterjemah di dalam tindakan segenap masyarakat malah ia berkait juga dengan "Kedaulatan undang-undang" sebagai elemen pembangunan negara.

Sehubungan dengan itu, Abim menggesa PDRM supaya mempercepatkan proses siasatan mengenai penyebaran video seks tersebut, di samping mengenal pasti individu yang terlibat untuk dibicarakan menerusi pengadilan yang telah ditetapkan dengan segera.

Beliau menambah, Abim ingin menegaskan menolak sebarang provokasi untuk mengaibkan peribadi seseorang memandangkan perbuatan tersebut adalah haram dan bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam.

Justeru, katanya perbuatan tersebut iaitu provokasi terhadap peribadi seseorang seharusnya tidak boleh dijadikan alat bagi mencapai sesebuah tujuan dan memenuhi kepentingan tertentu.

“Dalam kesempatan ini, Abim ingin menyeru umat Islam supaya agar menjauhi perbuatan mengaibkan peribadi seseorang di samping meningkatkan doa dan menunaikan solat hajat untuk memohon kesejateraan serta perlindungan dari sebarang malapetaka dan bencana untuk umat Islam serta seluruh pelusuk masyarakat di negara ini,” katanya.

Malaysia di bawah BN dah jadi negara tak berakhlak, tak bermoral – Mufti Perak

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata Malaysia kini seolah-olah sudah menjadi negara yang “tidak berakhlak dan tidak bermoral” apabila ada pihak (penguasa dan media) yang sanggup membenarkan rakaman dan gambar pelakuan aksi seks didedahkan kepada umum menerusi media.

Tegas Harussani, tindakan pihak tertentu termasuk media arus perdana menyiarkan gambar aksi seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang bertentangan dengan Islam.

Selain itu, tambah beliau, tindakan mengaibkan seseorang melalui pendedahan rakaman video seks adalah haram di sisi Islam.

“Buka rahsia dan aib orang adalah haram, kalau nak tuntut keadilan tuntut di mahkamah... bukan dengan dedahkannya kepada umum.

“Negara sekarang dah jadi negara yang tak berakhlak... dah jadi tidak bermoral, kenapa jadi macam ini? Kalau nak bawa ke mahkamah, tapi sekarang pun kita belum dapat pastikan lagi siapa dalam video itu,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Justeru beliau menggesa agar semua pihak berhenti daripada membangkitkan isu itu.

“Hentikan, hentikan... buat apa nak cakap benda aib orang lain ini. Buktikan di mahkamah kalau nak cakap, biar mahkamah tentukan.

“Tapi ia belum pasti boleh buktikan kerana orang yang buat pertuduhan kena bawa empat orang saksi kalau tidak dia boleh dikenakan hukuman qazaf iaitu sebat 80 kali, benda ini tidak jelas... saya dah tengok akhbar hari ini, gambar lelaki dalam video itu tidak jelas dan tiada siapa yang boleh buktikan ia adalah Anwar,” katanya.

Rakaman video seks itu dipertontonkan kali pertama kepada media di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Sejak kelmarin rakaman video seks yang didedahkan “Datuk T” tersebar dimuatkan dalam YouTube dan beberapa blog pro-Umno.

Klip itu yang panjangnya 107 saat menunjukkan dua lelaki dan seorang wanita berada di sebuah bilik sebelum aksi seks dengan pelacur berkenaan, didakwa dari China.

Rakaman asal yang dipertontonkan kepada media di hotel Carcosa Seri Negara dua minggu lalu dilaporkan panjangnya 21 minit.

Klip video hitam putih itu turut membawa jalur warna putih di bahagian bawah dengan tulisan Thailand, yang tidak terdapat pada rakaman yang didedahkan kepada media sebelum ini.

Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dilaporkan mengakui diri mereka sebagai “Datuk T” - menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks itu. -The Malaysian Insider


Source: http://warkahdaily.blogspot.com/2011/04/malaysia-di-bawah-bn-dah-jadi-negara.html#ixzz1JW6p3t5w



Haram poco-poco: Harussani tegas, sedia beri penjelasan Majlis Fatwa 20 April nanti

Tan Sri Harussani Zakaria sekali lagi menegaskan tidak akan menarik balik keputusan mengharamkan tarian poco-poco, sebaliknya bersedia untuk memberi penjelasan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan akhir bulan ini.

Mufti Perak berkata Jawatankuasa Fatwa negeri itu membuat keputusan mengharamkan tarian poco-poco selepas membuat kajian dan penelitian mendalam.

“Saya bersedia (buat penjelasan), kita haramkan tarian poco-poco sebab kita dah siasat... kita dah kaji... kita dah teliti sebab itu kita haramkan kerana ia menyimpang dari ajaran Islam.

“Keputusan ini bukan keputusan main-main, kita tahu dan sedar apa yang kita buat, jika ada sesiapa yang tidak faham saya sedia jelaskan dan bersedia memberikan sebab kenapa ia diharamkan termasuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan,” kata Harussani yang kemungkinan akan membentangkan keputusan mengharamkan tarian poco-poco pada mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan 20 April.

Lewat petang kelmarin, The Malaysian Insider melaporkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah mengambil kira sembilan asas, antaranya soal akidah dan kepercayaan umat Islam lebih penting daripada penjagaan kesihatan apabila memutuskan tarian poco-poco sebagai haram.

Justeru Harussani menegaskan, sebarang amalan dan perlakuan yang meragukan sewajarnya dibendung dan ditinggalkan.

“Adalah lebih selamat dan lebih berhati-hati dengan cara menjauhkan diri daripada menyerupai mereka, lebih-lebih lagi setelah mengetahui asal usul poco-poco yang mempunyai unsur keagamaan dan pemujaan roh, sebagai beramal dengan hadis,” kata beliau.

Harussani berkata, Islam juga telah melarang tegas sebarang penyerupaan dengan golongan kafir walaupun hanya dari segi rupa dan bentuk.

Dalam kenyataannya, Harussani juga berkata, adalah lebih menyelamatkan keadaan sekiranya umat Islam menggunakan tarian atau senaman yang jelas cocok dengan agama, budaya dan warisan bangsa sendiri daripada meniru dan memperlakukan sesuatu perbuatan yang boleh menimbulkan keraguan dan kecelaruan dengan syarat kita memelihara diri dari percampuran yang diharamkan, batasan aurat dan larangan-larangan yang telah ditetapkan oleh syarak.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) juga menggesa Harussani agar memberi penjelasan terperinci secara terbuka ekoran keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mengharamkan tarian poco-poco berkuat kuasa Januari lalu. –The Malaysian Insider


Source: http://warkahdaily.blogspot.com/2011/04/haram-poco-poco-harussani-tegas-sedia.html#ixzz1JW84o2Ld



YouTube padam aksi video seks

Video seks 1 minit 47 saat yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang ditarik penyiarannya oleh pengurusan laman video YouTube sekitar jam 11.50 malam kelmarin.

Alasan kenapa video itu ditarik balik oleh YouTube kerana dipercayai melanggar polisi laman tersebut iaitu menyiarkan video berunsurkan seks dan lucah.

Secara kebiasaannya, pengurusan laman video ini menarik balik sebarang video yang disiarkan sekiranya ada aduan daripada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan penyiaran tersebut namun tidak diketahui pihak mana yang membuat aduan ini.

Video tersebut yang dimuat naik oleh pemilik akaun yang dikenali ThePowerCam mula disedari di Internet sekitar jam 3.30 petang Isnin lalu turut disebarkan oleh beberapa blog terkenal lain.

Difahamkan, durasi asal video salah laku seks ini adalah 21 minit seperti yang telah dipertontonkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu. -SH


Source: http://warkahdaily.blogspot.com/2011/04/youtube-padam-aksi-video-seks.html#ixzz1JW8puZJq


Video seks di internet: Polis siasat individu yang memuat turun di Youtube

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis turut menyiasat sebahagian rakaman video seks yang didakwa menunjukkan aksi seorang pemimpin utama pembangkang, yang dimuatkan di Internet.

Beliau mengesahkan bahawa siasatan itu turut meliputi individu yang terlibat memuatkannya di laman video Youtube dan di laman blog.

"Kita siasat secara menyeluruh," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Dilaporkan, video pendek itu merupakan suntingan video yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan dan individu berkepentingan sejak 21 Mac lalu.

Dalam pada itu, beliau turut ditanya bagaimana video berkenaan boleh dibocorkan di Internet.

Beliau ditanya demikian memandangkan individu yang mengaku bertanggungjawab ke atas video berkenaan, telah menyatakan hanya terdapat satu salinan sahaja.

"Itu kata dia," kata Ismail lagi sambil menambah beliau tidak boleh mendedahkan kesemua siasatan polis.

Rakaman itu dilaporkan telah diserahkan kepada polis.

Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan bahawa polis belum membuat sebarang tangkapan berhubung video lucah tersebut. -Malaysiakini


Source: http://warkahdaily.blogspot.com/2011/04/video-seks-di-internet-polis-siasat.html#ixzz1JW9L7eZP



Malam ni Utusan, Kosmo dan TV3 bakal dinobatkan anugerah media lucah


Media lucah semalaysia.
WarkahDaily – Belum terlambat aku nak ucapkan ’tahniah’ buat Utusan Malaysia, Kosmo dan stesyen TV swasta, TV3 kerana bakal dinobatkan anugerah paling popular abad ini, ’Media lucah semalaysia’.

Fuhh...mana ada dalam dunia anugerah ini diadakan...cuma di negara serba boleh aje..Malaysia boleh!...

Menurut Harakahdaily, PAS Johor sebagai ‘penganjur’ anugerah akan menobatkan ketiga-tiga media terbabit (Utusan Malaysia, Kosmo dan TV3) sebagai media lucah dalam satu program malam ini.

Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berkata, majlis tersebut akan bermula jam 9.30 malam di markas PAS Taman Dahlia, Tampoi, Johor Bharu.


Mazlan Aliman
Kata beliau, semua pimpinan utama Pakatan Rakyat negeri Johor akan sama-sama dalam pengistiharan tersebut yang akan disusuli dengan pembakaran akhbar Utusan dan Kosmo sebagai protes dan mesej (bantahan) kepada media tersebut.

Katanya, tindakan itu merupakan bantahan terhadap loporan keterlaluan akhbar serta syarikat televisyen tersebut dalam melaporkan isu rakaman video seks yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

"Pendekatan membesar-besarkan isu seks ini langsung tidak menyumbang pembinaan masyarakat madani dalam negara ini. Ia hanya mendedahkan cerita-cerita kotor dan jijik kepada masyarakat yang akan didengar atau dibaca oleh semua golongan termasuk remaja," kata beliau.

Malah Mazlan turut mendakwa pihaknya hari ini menerima banyak aduan daripada rakyat yang marah dengan perkembangan tersebut.

Isu klip rakaman video seks yang cuba dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi laporan utama media-media arus perdana hari ini apabila sebahagian daripada klip itu dimuat naik dalam youtube dipercayai bermula semalam.

Tiada ulasan: