Jumaat, 15 April 2011

KENAPA PERKARA NI DIBERI SEMASA PILIHARAYA...ADAKAH INI BUKAN RASUAH ATAU MEMANCING UNDI...

Rasuah Menurut Islam

Rasuah adalah harta yang diperolehi kerana terselesainya suatu kepentingan manusia
(baik untuk memperolehi keuntungan mahupun untuk menghindari kemudharatan) yang
sepatutnya wajib diselesaikan tanpa imbalan.
Di dalam sesetengah keadaan, rasuah ini hampir sama dengan upah sehingga ada orang
yang cuba menyatakan bahawa ‘ini bukan rasuah, tapi upah'.
Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis. Allah Subhanahu wa
Ta'ala berfirman,


Ertinya : " Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." ( Al- Baqarah : 188 )
Disebutkan dalam hadith :-


Ertinya : "Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah
dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)"
( Riwayat At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)
Takrif Rasuah dan Sogokan

1) Wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan
mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa
manfaat seumpama itu yang lain;
2) Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan
apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas
apa-apa sifat;
3) Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi
atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;



4) Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan
atau peratusan;
5) apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau
benda berharga;

6) apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-
apa penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-
apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau
tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada
menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan
Bagi sesiapa yang bekerja di sektor perniagaan dan politik terutamanya, saya kira tidak

sukar untuk menemui atau mendapati salah satu antara empat kategori tadi berlaku.
Ingatlah sekali lagi beberapa penekanan Islam berikut :-
1) Nabi Muhammad s.a.w bersabda : " Barangsiapa yang telah kami ambil untuk
melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau
upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan) "
( Riwayat Abu Daud, no 2943, Albani : Hadith Sohih ; Ma'alim as-Sunan, Al-Khattabi,
3/8 cet Dar Kutub Ilmiah)

2) Nabi bersabda kepada seorang gabenornya yang telah ditugaskan mengutip zakat kabilah Azad, maka apabila ia selesai kerjanya dan kembali berjumpa Nabi, lalu ia menyimpan sebahagian dari wang yang dikutip sambil berkata :

"ini untukmu (bahagian untuk Islam) dan ini untukku yang diberikan sebagai
hadiah (oleh orang ramai), maka jatuh murka Baginda sambil bersabda :"
Ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah bapamu atau ibumu, sehingga datang
kepadamu hadiahmu, jika kamu benar-benar betul (layak mendapat hadiah)" (Al-
Bukhari & Muslim )

3) Di dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam
mengutus Abdullah bin Rawahah berangkat ke Khaibar (daerah Yahudi yang tunduk
kepada kekuasaan Islam) untuk menilai hasil buah kurma di daerah itu kerana Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memutuskan bahawa hasil bumi Khaibar dibahagi dua;
separuh untuk kaum Yahudi sendiri, dan yang separuh lagi diserahkan kepada kaum
Muslimin.
Ketika Abdullah bin Rawahah sedang menjalankan tugasnya, orang-orang Yahudi datang
kepadanya membawa berbagai perhiasan dan berkata kepada Abdullah:


"Perhiasan ini untuk anda, ringankanlah kami dan berilah kepada kami lebih dari
separuh," Abdullah menjawab, "Wahai kaum Yahudi! Demi Allah kalian memang
makhluk Allah yang paling aku benci. Apa yang kalian lakukan ini justeru membuatkan
diriku lebih membenci kalian. Rasuah yang kalian tawarkan itu adalah barang haram, dan
kami kaum Muslimin tidak memakannya!" Mendengar jawaban tersebut mereka (Yahudi)
berkata, "Kerana (sikap) inilah langit dan bumi tetap tegak!" [Imam Malik, Al
Muwattha':1450].
4) Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda :
"Hadiah yang diberikan kepada para penguasa adalah suht (haram) dan rasuah yang
diterima hakim adalah kufur" [Riwayat Ahmad].

Oleh yang demikian, tidak kira samada itu adalah rasuah mahupun hadiah, kedua-duanya
adalah jelas-jelas haram di dalam Islam. Semua harta yang diperolehi dari jalan rasuah
adalah haram, menyimpannya adalah haram, membelanjakannya adalah haram.
Justeru, setiap penerima, pemberi dan perantara yang terlibat di dalam keharaman ini
wajib dihukum, dan hukuman ke atas mereka adalah ta'zir.

Ta'zir yang berat perlu dikenakan kepada pesalah-pesalah ini agar ia benar-benar menjadi
pengajaran bagi mereka dan menjadi pencegah kepada umat Islam lainnya. Dengan tidak
diterapkannya sistem uqubat Islam pada hari ini, kita menyaksikan mereka yang terlibat
dengan kes rasuah masih mampu senyum dan kelihatan tenang semasa menghadapi
perbicaraan di mahkamah dan langsung tidak kelihatan rasa kesal dan takut pada wajah-
wajah mereka dengan kekejian yang mereka lakukan. (http://www.mykhilafah.com/
)
Isu Melapor Bagi Yang Mengetahui

Menurut hukum Islam, individu yang mengetahui wajib ke atasnya untuk melaporkan
kepada pihak berkuasa. Jika tidak, ia dikira bersubahat dan turut mendapat dosa hasil
menyembunyikannya. Penyembunyian atau membiarkan gejala ini berterusan di
sekeliling kita akan memberikan kesan buruk kepada Islam, syarikat, organisasi dan
Negara. Akhirnay, semuanya akan terkesan dan merudum jatuh.
Malangnya, saya pasti senarai sebab-sebab berikut merupakan antara halangan utama
seseorang yang mengetahui atau punyai maklumat dari melaporkannya :-
1) Tidak punyai bukti bertulis atau jika ia miliknya sekalipun ia tergolong dalam
katergori dokumen rahsia rasmi. Jika didedahkan si pelapor pula yang akan ditangkap di
bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Masalah ini mestilah diselesaikan oleh pihak berkuasa jika benar-benar serius dalam
usaha membanteras rasuah


2) Tidak sampai hati untuk melapor kerana mereka yang terlibat adalah rakan dan
kenalan rapat.
Bagi sesiapa yang terlibat dalam kategori ini, sedarialh anda turut berdosa kerana
bersubahat.
3) Bersikap tidak peduli yang berpegang dengan falsafah ‘lantak hang la, asalkan tidak
libat aku, sudah'.
Ini juga dikira berdosa di dalam Islam.
4) Malas untuk terlibat dan ulang alik ke mahkamah untuk keterangan di sana dan di
sini.
Sepatutnya, tiada malas dalam menjalankan tugas memerangi mungkar dan kemaksiatan.
Malas begini menandakan hati yang semakin ‘mati' dari iman.
5) Takut diri sendiri terjerat apabila kerahsiaan dirinya sebagai pelapor tidak di jamin
selamat.
Ini juga perlu di selesaikan oleh pihak berkuasa. Tanpanya, semua hanya akan berdiam
diri.
6) Kurang yakin kepada pihak berkuasa. Bimbang pihak berkuasa juga akan
dirasuah hingga akhirnya si pelapor pula yang dibuang kerja atau di ambil tindakan.

Pihak berkuasa perlu berusaha meningkatkan keyakinan masyarakat kepada mereka.
Keyakinan tidak boleh dipaksa-paksa, ia akan dating dengan pembuktian tahap
kesungguhan mereka.
7) Takut kerana individu yang terlibat rasuah itu punyai ‘cable', jawatan tinggi , hebat
dan besar.
Bagi keadaan ini, ia adalah tanda kehancuran sedang menanti bagi Negara yang punyai

keadaan ini.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
"Sesungguhnya kebinasaan umat-umat sebelum kalian adalah jika orang yang

terhormat dari mereka mencuri, mereka membiarkannya, tetapi jika orang
bawahan mereka mencuri, mereka potong tangannya. Demi Zat yang jiwaku ada di
tanganNya, seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya akan aku
potong tangannya!"


Fakta Kajian

Kajian yang dilakukan oleh Transparency International Malaysia yang mengatakan
bahawa golongan berpendapatan tinggi di Malaysia lebih cenderung memberi rasuah
kepada pihak berkuasa. Menurut kajian itu, golongan berpendapatan bulanan RM5,000
ke atas didapati paling ramai memberi rasuah iaitu 52%, diikuti kumpulan berpendapatan
bulanan RM3,001 hingga RM5,000 (40%), RM1,501 - RM3,000 (31%) dan kurang
RM1,500 (18%) (Berita Harian 6 Mac 07).

Suatu kajian yang dikeluarkan oleh Transparency International mendedahkan bahawa
terdapat perkaitan yang rapat di antara gejala rasuah dan kemiskinan, iaitu gejala rasuah
berlaku kerana didorongi oleh faktor kemiskinan [laporan Corruption Perception Index
2006 (CPI 2006)].

Tiga per-empat (3/4) dari negara-negara yang mempunyai indeks kurang dari 5 adalah terdiri dari negara-negara miskin di mana rakyatnya berpendapatan kurang dari 1USD sehari (0 adalah paling dicemari oleh rasuah, dan 10 adalah paling bersih dari rasuah).
Piawaian Rasuah di Malaysia

Laporan rasuah oleh Transparency International pada 2005 melaporkan bahawa Malaysia
telah jatuh 16 tangga dalam tempoh 10 tahun ini dari tempat ke-23 pada tahun 1995 ke
tempat 39 pada tahun 2004.

Kajian pada tahun 2006 pula telah mencatatkan Malaysia dengan index CPI 5.0, jatuh ke
tangga 44, dari sejumlah 163 buah Negara dan pada tahun 2007, Malaysia hanya mampu
memperbaiki sedikit kedudukannya kepada tangga 43 dari ranking terbawah iaitu 180,
berkongsi kedudukan dengan Korea Selatan dan Afrika Selatan. Index CPi Malaysia bagi
tahun 2007 adalah 5.1 dengan tahap kebersihan dan keyakinan bebas rasuah pada
lingkungan 3.4 - 6.8 dari 10 tahap terbaik.

Lebih menyedihkan saya, negara yang dipimpin orang Islam yang paling bersih dari
rasuah adalah Qatar yang berada di tangga 32 sahaja. Sejahat-jahat Yahudi pun, negara
mereka berada di tangga 30. Jiran kita, Singapura pula berada di tempat keempat terbaik
di dunia.!
Rujuk senarai keputusan negara-negara seperti berikut :-
( Ia menggunakan skala 1- 10, dengan 0 menunjukkan tahap rasuah yang dicatat dan
dikenalpasti adalah paling tinggi dan 10 menunjukkan tahap terendah.)


Rumah panjang S'wak dapat set televisyen, Astro
Apr 15, 11 2:08pm

Kira-kira 2,000 unit dekoder Astro dan set televisyen akan diagihkan ke rumah-rumah panjang di pedalaman Sarawak tahun ini.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum berkata pegawai daerah di kawasan terbabit akan mengenal pasti penerima set berkenaan.

NONE"Setiap rumah panjang akan mendapat satu unit yang akan ditempatkan di bawah jagaan tuai rumah panjang.

"Semua unit itu akan diagihkan selepas pilihan raya negeri," katanya selepas mengunjungi Rh. Kilau, sebuah daripada lima rumah panjang di kawasan penempatan Sungai Tunoh di pedalaman Baleh, kira-kira sehari perjalanan menaiki bot panjang dan kenderaan pacuan empat roda dari Kapit.

Salang, yang menaiki penerbangan ke kawasan itu, berkata rumah panjang terbabit terletak di kawasan yang tidak dapat menerima siaran televisyen Radio Televisyen Malaysia atau TV3.

Beliau berkata pengagihan peralatan itu adalah sebahagian daripada program kerajaan untuk membantu penduduk luar bandar bukan sahaja bertujuan meluaskan pengetahuan mereka tetapi memperoleh maklumat tepat masa mengenai peristiwa yang berlaku di dalam negara, malah di seluruh dunia.

Terdahulu, ketika mengunjungi rumah panjang Rh. Kubu anak Sandom di Nanga Tada dekat Sibu, beliau berkata kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sangat mengambil berat tentang kebajikan penduduk luar bandar di negara ini.

"Atas alasan ini, beliau berhak mendapat sokongan padu kita untuk membolehkan beliau meneruskan usaha murni ini.

NONE"Di Sarawak kita dapat melihat beliau mengumumkan banyak projek infrastruktur dan kemudahan asas luar bandar sejak akhir-akhir ini. Ini merupakan satu daripada petunjuk yang besar," katanya.

Mengenai permohonan mendapatkan lebih banyak projek kampung Wi-Fi, Salang berkata beliau akan mengemukakan perkara itu untuk perhatian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMK).

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, ketika melancarkan projek kampung Wi-Fi Nanga Machan di Kanowit pada Isnin lalu, berkata kerajaan merancang untuk mewujudkan 600 kampung seumpama itu di seluruh negeri dalam tempoh setahun mulai sekarang.

- Bernama


Polis siasat insiden tembakan libatkan calon BN
Jimadie Shah Othman & Kuek Ser Kuang Keng
Apr 15, 11
1:03pm

Polis Daerah Sri Aman hari ini mengesahkan menerima laporan satu insiden melibatkan tembakan senjata api yang dilepaskan oleh seorang calon BN.

Calon BN bagi DUN Bukit Begunan itu, Mong Dagang didakwa melepaskan tembakan yang mengenai seorang individu, dipercayai seorang pegawainya.


Bagaimanapun, setakat ini masih belum jelas sama ada tembakan yang dilepaskan itu dibuat dengan sengaja ataupun tidak kerana siasatan polis masih berjalan.

"Kita siasat bawah Akta Senjata Api. Lepas siasat, kita akan serah laporan pada pihak atasan," kata Ketua Polis Daerah Sri Aman ASP Mat Jusoh Muhamad kepada Malaysiakini.

"Jika dibuat secara sengaja, ada unsur jenayahlah. Tetapi perkara ini masih dalam siasatan dan saksi-saksi akan dipanggil (membantu siasatan)."

Menurut Mat Jusoh, pihaknya menerima aduan berhubung insiden tersebut yang berlaku pada minggu lalu.

Usaha Malaysiakini menghubungi Mong setakat ini belum berhasil.

Pagi ini, wakil rakyat DAP Jeff Oii menghebahkan perkara itu melalui Twitter dan meminta pengesahan daripada pengikutnya di laman sosial itu.

"Dengar-dengar calon BN (bagi kerusi) N26 Bukit Begunan lepaskan tembakan dan cederakan setiausahanya. Boleh sahkan perkara ini? (Ada) risiko dikeluarkan kelayakan (bertanding)," tulisan anggota parlimen Jelotong itu dipetik.

Kempen: Ada laporan, 'bukan serius'

Ketika ditanya kenapa DAP mahu menjadikan perkara itu isu dalam tempoh berkempen, Jeff menjelaskan, oleh kerana ia didakwa melibatkan pihak bertanding dalam pilihan raya, rakyat mestilah dimaklumkan.

"Calon mestilah bebas daripada sebarang dakwaan jenayah. Polis mestilah mengesahkan sama tembakan yang dilepaskan itu bebas daripada unsur jenayah kerana ia melibatkan pihak yang bertanding (dalam pilihan raya).

"SPR juga mesti dimaklumkan secepat mungkin dan perkara ini mesti dihebahkan kepada pemilih sebelum hari pengundian. Jika beliau didapati bersih, ia mesti diumumkan," katanya kepada Malaysiakini.

Bukit Begunan, kawasan majoriti Iban antara kubu kuat BN dalam pilihan raya negeri kali ini. Mong sebagai penyandang menghadapi persaingan tiga penjuru dengan calon PKR dan SNAP.

Sementara itu, mengulas tentang perjalanan kempen yang tinggal tidak sampai 24 jam lagi, Mat Jusoh berkata ia masih berjalan dengan aman tanpa sebarang insiden.

Ditanya tentang laporan yang diterimanya setakat ini, beliau mengakui ada menerima beberapa laporan tetapi bukan melibatkan perkara yang serius.



PM umum RM90 juta bina jalan Song ke Kapit
Apr 15, 11 1:49pm

Setelah lebih separuh abad hanya dihubungi dengan jalan sungai sejauh kira-kira 40km, penduduk di Pekan Song dan Kapit kini boleh menarik nafas lega apabila perdana menteri mengumumkan peruntukan RM90 juta untuk mengubungkan kawasan pedalaman Sarawak itu.

NONEDalam tinjauan mesranya ke pelosok pedalaman Sarawak, Datuk Seri Najib Razak hari ini ke Pekan Song dan Kapit di ulu Rajang, sungai terpanjang di Malaysia.

Sebaik tiba dengan helikopter di padang daerah Song pada pukul 9.30 pagi, Perdana Menteri terus menuju ke tengah pekan Song dengan 5,000 penduduk kebanyakannya masyarakat Iban melaungkan "1Malaysia" dan "Hidup Barisan Nasional".

Bernama melaporkan Najib menjadi Perdana Menteri pertama tiba di pekan kecil itu dan diberi sambutan persembahan kebudayaan tradisional pelbagai kaum oleh pelajar dari sekolah menengah di pekan itu.

Dalam ucapannya, Najib mengumumkan peruntukan RM90 juta untuk pembinaan jalan dari Song ke Kapit itu.

NONEKatanya tender bagi projek itu akan dipanggil tidak lama lagi untuk membolehkan kerja pembinaan dimulakan.

Pengumuman Perdana Menteri itu mencerahkan harapan penduduk di pedalaman Rajang untuk menikmati kemudahan jalan raya Sibu-Kanowit-Song-Kapit yang ketika ini hanya menggunakan bot ekspres Sungai Rajang.

Perjalanan bot ekspres dari Sibu ke Song mengambil masa lebih satu jam melalui pekan Kanowit manakala perjalanan dari Song ke Kapit mengambil masa tiga jam.

Najib juga membidas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat janji kepada penduduk pedalaman sekarang tetapi tidak membantu mereka semasa beliau (Anwar) menjadi Menteri Kewangan suatu ketika dahulu.

NONEKatanya pembangkang hanya datang semasa pilihan raya, sebaliknya BN akan terus membawa pembangunan selepas pilihan raya.

Perdana Menteri berkata kini semua orang termasuk di penduduk Sarawak tahu kisah Anwar.

"Semua orang dah tahu. Sebut jam tangan Omega sahaja orang Song pun tahu. Tahu tak cerita jam Omega?" tanya Najib, disambut orang ramai yang menjawab

"Tahu".

Selepas tinjauan mesra itu, Najib menaiki helikopter untuk meneruskan perjalanan ke Kapit. Semalam Perdana Menteri menjelajah hingga ke kawasan tanah tinggi Bario untuk bertemui masyarakat Kelabit di bahagian timur-laut Sarawak.



Harakahdaily pula diserang DDOS
Abdul Rahim Sabri
Apr 15, 11
12:03pm

Selepas dua portal berita altenatif - Sarawak Report dan Malaysiakini diserang penafian perkhidmatan (Distributed Denial of Service) beberapa hari lalu, kini Harakahdaily pula menerima serangan yang sama malam tadi.

harakah zulkifli pasHarakahdaily adalah portal online yang dimiliki oleh PAS dan membuat pelbagai liputan berita termasuk pilihan raya Sarawak di mana lima calon mereka bertanding di negeri itu.

"Jam 10 malam tadi, rangkaian pembekal khidmat DNS kami telah mengalami serangan DDoS (Distributed Denial of Service), lantas menyebabkan capaian ke atas laman-laman HarakahDaily dan PAS telah terjejas," petik kenyataan oleh Pasukan Teknikal IT Harakahdaily.

Sehubungan itu, menurut kenyataan itu lagi, pasukan teknikal portal berkenaan masih bertungkus lumus menangani serangan tersebut dan berjaya mengurangkan kerosakannya. Harakahdaily masih boleh dilayari hingga hari ini.

Menurut laporan portal itu lagi, sebagai langkah menghadapi serangan, pasukan teknikal IT telah menyediakan beberapa laman alternatif untuk melayari Harakahdaily dan PAS menjelang pilihan raya Sarawak ini jika serangan tersebut berterusan.

Untuk Harakahdaily:-
1. harakahdaily.net
2. myharakah.net
3. harakah.net.my

Bagi laman PAS:-
1. pas.org.my
2. parti-pas.org
3. parti-islam.org

"Segala kesulitan amat dikesali. Kami sedang mengambil langkah seterusnya untuk menangani masalah ini," petik kenyataaan Pasukan Teknikal IT Harakahdaily.

Sementara itu, ketua pengarang Harakahdaily Zulkifli Sulong memberitahu Malaysiakini setakat ini pihaknya tidak menghadapi masalah walaupun serangan itu masih berterusan.

"Jadi kita memantau 24 jam. Selepas apa yang berlaku kepada Sarawak Report dan Malaysiakini, cepat-cepat kita ambil perhatian dengan perkara ini," katanya.









Tiada ulasan: