Selasa, 5 April 2011

BAGUS DOA..KOMEN DIBAWAH..BAGI PENZINA2..PELIWAT2....BIAR SEMUA YANG TERLIBAT KENA DOA...TAK MESTI YG DISIBUKKAN..YG TERSOROK2 DAN YANG TERLEPAS

Qazaf terhadap Anwar: AMK adu kepada JAWI
Abdul Rahim Sabri
Apr 4, 11
5:46pm


Angkatan Muda Keadilan (AMK) membuat laporan rasmi ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berhubung tuduhan zina yang didakwa telah dilakukan ke atas ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan itu dibuat ke atas trio 'Datuk T' – Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Syazril Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim ekoran kenyataan yang dibuat oleh ketiga-tiga orang individu berkenaan.

NONEKenyataan tuduhan zina itu didakwa telah diucapkan oleh trio berkenaan berhubung satu tayangan video seks kontroversi yang didakwa melibatkan seorang pemimpin utama pembangkang.

Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin membuat laporan tersebut hari ini mengikut seksyen 41 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan berhubung tuduhan qazaf.

"Susulan tayangan tersebut dan beberapa kenyataan ketiga-tiga 'trio lucah' ini yang menjurus melakukan pertuduhan kepada Datuk Seri Anwar dengan tuduhan zina.

BN jadi dalang jika tidak dakwa

"Mengikut undang-undang syariah, tuduhan zina kepada seseorang tanpa membawa empat orang saksi, maka prosiding qazaf boleh dimulakan. Peruntukan ini ada dalam akta jenayah syariah (Wilayah Persekutuan)," katanya.

Shamsul Iskandar yang juga seorang peguam berkata trio berkenaan boleh didakwa mengikut akta itu kerana wujudnya pengakuan ketiga-tiga individu tersebut berhubung penayangan video seks itu.

"Terdapat pengakuan, (oleh itu) buat siasatan dan dakwa mereka.

NONE"Kalau tidak ada tindakan (terhadap mereka) maka jelas (dalam isu) rakaman video ini, suspek yang menjadi dalangnya adalah kerajaan Umno-BN.

"Jadi untuk menafikannya, (JAWI) perlu ambil tindakan. Dan kita menggunakan ruang yang ada mengikut saluran undang-undang," katanya.

Dalam sidang media selepas membuat laporan tersebut Shamsul Iskandar berkata laporan itu secara khusus merujuk kepada satu tayangan video seks kepada sekumpulan wartawan pada 21 Mac lalu.

JAWI akan panggil 'Datuk T'

Shamsul Iskandar juga berkata, beliau turut menyertakan beberapa dokumen dan kenyataan media oleh Rahim berhubung dakwaan tuduhan zina itu.

Katanya lagi, beliau telah bertemu dengan penolong pengarah bahagian siasatan JAWI, Siti Nor Jihan Saleh ketika membuat laporan berkenaan.

Shamsul Iskandar berkata Siti Nor Jihan telah memberi jaminan untuk memanggil ketiga-tiga individu berkenaan untuk diambil mereka dan disiasat.

Tambahnya, beliau juga akan memberi kerjasama untuk memberi keterangan kepada JAWI pada 18 April ini berhubung laporannya hari ini.



Nazri: Tayang video seks perlu kelulusan speaker
Apr 4, 11 3:41pm


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini menyokong cadangan supaya rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin parti pembangkang ditayangkan di Parlimen.

Mohamed Nazri berkata ia bagaimanapun tertakluk kepada persetujuan speaker Parlimen kerana hanya beliau mempunyai kuasa menentukan sesuatu keputusan dalam dewan.

NONE"Tapi kita bimbang kalau benda ini ditayang, adakah ia akan melanggar undang-undang.

"Kalau nak tayang di Parlimen, di mana? Kalau di perkarangan Parlimen susah nak dapat imuniti, kena tanya speaker dulu sebab dia yang tentukan, tak payah buat usul, minta sahaja kepada speaker," katanya.

Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Kali Ke-5 Jabatan Peguam Negara Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura di Langkawi hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Karpal Singh yang disiarkan akhbar mencadangkan supaya rakaman video berkenaan ditayangkan di Parlimen semalam.

Karpal berkata video itu perlu ditayangkan bagi membolehkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk semua anggota Parlimen mengenal pasti identiti individu lelaki dalam rakaman terbabit.

Sementara itu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail ketika ditanya daripada sudut undang-undang mengenai penayangan video itu berkata beliau tidak dapat mengulas lanjut kerana masih belum mendapat kertas siasatan daripada Ketua Polis Negara.

"Ini sangat kontroversi, saya cadangkan baca Akta Penapisan Filem kerana ada dinyatakan betul-betul apa yang menjadi kesalahan... dalam akta itu memang ada tapi bergantung kepada jenis kes.

"Dalam kes ini tak boleh nak komen lagi sebab belum terima kertas siasatan, polis tak serahkan lagi sebab ada sedikit siasatan lagi," katanya.

- Bernama



Jamaliah Ishak
Ya Allah kamu turunkan bala kepada yang membuat fitnah dengan segera.

Tiada ulasan: