| Harakahdaily | ||||||||||||||||||||
| KUALA LUMPUR, 29 April: Mungkin MCA sudah tiada idea lain yang lebih bernas untuk menarik sokongan masyarakat Cina ekoran kekalahan rakan sekutunya SUPP di Sarawak. Justeru, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memberi pengakuan akan mengundi PKR jika parti tersebut menggugurkan hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia. Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat berkata mengekalkan hak istimewa orang Melayu yang terangkum dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia telah menjadi persetujuan bersama dalam Pakatan Rakyat (PR) semasa konvensyen di Shah Alam tahun 2009. Tambahnya, tidak mungkin disebabkan seorang tokong kontroversi Soi Lek maka PR akan berubah sikap. “Sebagai pemimpin senior dalam Barisan Nasional (BN), Soi Lek sewajarnya mendidik masyarakat memahami mengapa adanya hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia,” katanya. Jelasnya, hak istimewa orang Melayu bukan menjadi halangan orang bukan Melayu untuk hidup selesa di negara ini. Katanya, hak istimewa orang Melayu dilihat tempang kerana pengkhianatan Umno yang berlindung di balik dasar ini untuk mengumpul kekayaan kroni-kroni mereka. “Bermaksud jika tiada penghianatan Umno dan negara diurus dengan adil dan saksama maka hak istimewa orang Melayu tidak menjadi perkara yang dipertikai. Tambahnya, tanpa pengkhianatan Umno, orang Melayu sudah lama maju di negara ini. “Jika orang Melayu sudah maju dan kedudukan ekonominya sudah seimbang dengan kaum-kaum lain, maka saya percaya orang Melayu sudah tidak perlukan lagi tongkat hak istimewa orang Melayu lagi,” ujarnya. Buat waktu ini, katanya hak istimewa orang Melayu masih diperlukan. Beliau sangat khuatir permainan politik Dr Chua Soi Lek mengenai hak istimewa orang Melayu akan menambah parah lagi salah faham antara kaum dalam negara ini. Menurutnya, ada banyak perkara lain yang boleh menarik perhatian masyarakat bukan Melayu untuk mengundi MCA selain sentimen perkauman. “Tetapi Dr Chua Soi Lek sengaja mencari populariti membangkitkan isu yang sensitif bagi menarik perhatian masyarakat Cina khususnya untuk menyokong MCA,” katanya. Baginya, betapa murahnya harga perjuangan politik Dr Chua Soi Lek sehingga sanggup menjolok sarang tabuan demi mendapat secupak keuntungan politik. Katanya, keceluparan Chua Soi Lek ini juga melambangkan kegagalan Umno mengawalnya. Baginya, Dr Chua Soi Lek umpama harimau yang sudah terlepas dalam kandang Barisan Nasional (BN). Menurutnya, hak istimewa orang Melayu adalah maruah Umno di mana memberi perakuan untuk mengundi PKR jika parti tersebut menggugurkan hak istimewa orang Melayu adalah umpama melelong maruah Umno di pasar Batu Pahat. “Di mana Pemuda Umno? Di mana Pemuda BN? Di mana Khairy Jamaluddin?” “Saya cabar Umno dan Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, Pengerusi BN bertindak tegas terhadap keceluparan Chua Soi Lek,” katanya.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Sabtu, 30 April 2011
HARU...NASI LEMAK DISEKAT...ARAK DAN ROKOK CAMNE...SEBAR@TAYANG VIDEO LUCAH TAK SALAH...BUDAK2 MULA HEBUH HAL SEX...KERANA DIPAPAR DI MEDIA2...
Soi Lek sedang lelong maruah Umno
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
KUALA LUMPUR, 29 April: PAS kesal dengan tindakan pihak Kerajaan BN yang sengaja meninggalkan beberapa nama nelayan dari menerima sumbangan RM200 sebulan seperti yang telah diputuskan dalam persidangan Parlimen tahun lalu.
Sebaliknya, langkah tersebut dilihat akan mendatangkan pelbagai masalah lain kepada pelbagai pihak termasuk para pengusaha kantin, pengusaha makanan, pihak sekolah, para pelajar dan ibu bapa.
Bercakap kepada media di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul hari ini, beliau berkata jabatan agama itu sepatutnya menghalang dan bukan merestui perbuatan itu.
Bagaimanapun, dalam kekecohan itu AMK mendakwa ternampak pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali berada di sebelah mimbar.
Kekecohan yang berlaku diruang solat uatama masjid itu berlarutan hampir 45 minit dengan pelbagai aksi tolak menolak dan berbalas laungan.
Dalam kekecohan itu juga, penyokong Pakatan Rakyat sempat mengadakan solat hajat dan berdoa beramai-ramai memohon pemfitnah diberi pembalasan.
KUALA TERENGGANU, 29 April: Alangkah bagusnya pada akhir sesi lawatan kerja Datuk Seri Mohd Najib Razak ke negeri ini mengumumkan bahawa royalti adalah hak rakyat Terengganu dan rakyat seharusnya menikmati hak mereka dengan sebaik mungkin.
Untuk makluman perdana menteri, katanya pada 13 Disember 2010 lalu, dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan bahawa Mac 2011 adalah tarikh yang diberikan kerajaan pusat untuk membayar kembali royalti sepenuhnya setelah perundingan dilaksanakan olehnya.
KUALA LUMPUR, 29 April: PAS kesal terhadap media perdana yang dikuasai oleh Umno BN yang tidak beretika dan bermoral kerana menyiarkan gambar lucah di dalam akhbar mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan