Di dalam rumah itu, menurut pihak berkuasa dihuni seorang lelaki yang mengancam keselamatan negara.
Pada 1 April lalu, beberapa anggota polis menyerbu rumah kecil itu dan mengheret seseorang yang dipercayai mereka seorang pembuat bom - iaitu seorang lelaki kurang upaya - Kadir Hashim yang berusia 43 tahun.
Dan menurut lelaki yang kudung pergelangan tangan kirinya dan tidak membunyai ibu jari kanan sejak hari tersebut beliau ditahan dan disoal siasat selama 21 hari di mengikut Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA).
“Saya memang bersedia untuk pergi (dipenjarakan) selama dua tahun atau lebih. Saya tahu saya tidak buat apa-apa kesalahan dan akhirnya saya mesti dibebaskan. Dan selepas dua tahun itu saya bersedia untuk menjawap untuk dua tahun lagi.
“Tetapi sudah tentu saya terfikirkan keluarga saya. Perkara paling saya benci jika dipenjarakan selama dua tahun jika tidak dapat menyertai kebangkitan rakyat di Malaysia seperti di Timur tengah... jika ia berlaku,” katanya.
Kadir yang ditemui ketika dikunjungi oleh pemuda PKR semalam berkata soalan-soalan yang dilemparkan kepadanya oleh polis seolah-olah satu bentuk jenaka,
“Mereka tuduh saya hendak bom Suruhanjaya Pilihan raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, polis, sistem maklumat mereka... Saya rasa ini agak lucu dan mereka yang mengenali saya juga akan berpendapat yang sama.
“Saya cacat. Macam mana nak buat bom?” soalnya di rumah yang dikongsinya bersama ibunya yang uzur.Main mercun
Malah, beberapa rakannya bergurau paling hampir Kadir yang bersaiz kecil itu mendekati bahan letupan ialah ketika berumur lapan tahun, apabila beliau hilang tangan dan separuh ibu jarinya akibat bermain mercun.
Meskipun menafikan beliau tahu sebab polis menangkapnya, Kadir membayangkan kemungkinan ia ada kaitan dengan tulisannya di Facebook yang sesetengahnya menyokong perang gerila.
Antaranya, Kadir yang bekerja secara penuh masa mengendalikan sebuah warung tomyam secara berjenaka menulis bahawa kerja beliau adalah 'gerila sambilan'. Namun dakwanya beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan berhubung senjata api.
“(Semasa disoal) polis membawa tiga kotak senjata api dan minta saya kenalpasti jenisnya dan jenis peluru yang diperlukan oleh setiap satu senjata itu. Saya hanya pernah tengok senjata api di televisyen,” katanya.
Menurut Kadir, matanya ditutup apabila dibawa dari satu balai polis ke satu balai polis yang lain. Pakaiannya juga ditanggalkan bagi pemeriksaan sebelum beliau dibawa ke pusat tahanan yang tidak diketahui lokasinya.
“Tak ada tilam atau bantal, kena tidur di lantai saja. Apabila dibawa untuk mandi, mata saya juga ditutup. Saya juga naik empat tingkat tangga ke bilik pegawai penyiasat (IO) untuk disoal setiap hari.
“Kemudian, mereka pindahkan saya ke sel di bangunan yang sama dengan pejabat IO. Di situ ada tilam dan bantal.
“Mata saya juga tidak lagi ditutup apabila meninggalkan bangunan itu, saya diberi makan di pejabat IO... makan baik, biryani dan macam-macam. Tetapi saya tidak ada selera,” katanya sambil menambah beliau tidak dicederakan secara fizikal.
Timbalan ketua publisiti MCA, Loh Seng Kok berkata konsep 1Melayu, 1Bumi yang diilhamkan oleh akhbar milik Umno itu bertujuan menghukum masyarakat Cina kerana melaksanakan hak demokrasi mereka membuat pilihan semasa pilihan raya.
Dalam kenyataan medianya dalam bahasa Mandarin, lewat petang semalam, Loh berkata semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras perlu memulaukan alhbar berkenaan dan mempercepatkan lagi edaran Utusan Malaysia yang terus menjunam.
"Pendirian akhbar itu mempersendakan konsep pentadbiran Najib berhubung 1Malaysia dan cuba menyemai benih jahat di minda orang ramai. Konsep lapuk itu pasti dibidas oleh masyarakat antarabangsa.
"Adakah Utusan Malaysia mahu meneladani Afrika Selatan dan Amerika Syarikat (yang satu ketika dulu) mengamalkan dasar apartheid dan pengasingan kaum?” soalnya.
Loh berkata Utusan Malaysia wajar diingatkan bahawa BN terdiri daripada 13 parti komponen yang mewakili pelbagai masyarakat berbilang kaum, justeru '1Melayu, 1Bumi' tidak baik bagi perikatan itu.
Paling penting katanya jika akhbar Melayu itu mahu dihormati setiap rakyat, ia harus komited terhadap konsep 1Malaysia dan membantu membina jambatan di kalangan rakyat pelbagai bangsa.
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mencabar presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya mengenakan tekanan ke atas Umno supaya 'menegur' Utusan Malaysia berhubung artikel itu.
"Lakukannya Chua! Bagi tahu Umno supaya arahkan akhbarnya untuk menarik balik cadangan penubuhan '1Melayu, 1Bumi' ataupun MCA sepatutnya berundur dari BN,” kata Lim (kiri) dalam satu kenyataan.
Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Zaini Hassan dalam ruangan Cuit tiga hari lalu, berkata DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina.
Zaini berkata pada pandangannya Umno harus melancarkan gelombang perpaduan bangsa "1Melayu, 1Bumi".
Azmin, yang juga ahli parlimen Gombak mendedahkan bahawa Najib pula bergelut dengan dilema sama ada untuk membubarkan parlimen ataupun terus menunggu sehingga tahun 2013.
Justeru, katanya, penyokong Pakatan rakyat perlu bersiap sedia sama ada pilihan raya umum ke-13 negara diadakan tahun ini ataupun tidak.
"Sama ada awak adalah rakyat Malaysia, ahli parti, ADUN ataupun ahli parlimen, bersiap-sedialah,” katanya kepada kira-kira 500 hadirin pada majlis makan malam bagi mengutip derma di cawangan PKR Bukit Gelugor di Pulau Pinang, malam semalam.
Azmin berkata beliau yakin jika rakyat bersiap sedia, maka menjelang pilihan raya umum akan datang, Pakatan Rakyat akan menguasai Putrajaya yang kini diduduki oleh BN.
"Ada orang kata pilihan raya umum akan ditangguhkan... tetapi ramai pula kata jika tangguhkan keputusannya mungkin lebih teruk kepada BN,” katanya.
"Sebab itu Najib dalam dilema dan Rosmah pula tidak lena tidur malam,” katanya.
Azmin berada di Pulau Pinang bagi mewakili Anwar yang tidak dapat menghadiri lawatan dua harinya ke negeri itu kerana masalah kesihatan.
Beliau kemudiannya bergegas ke ceramah perdana 'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia' bertempat di Dewan Sungai Tiram, Batu Maung.
Antara yang berucap selain Azmin adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Isu yang disentuh ialah pembaziran emel 1Malaysia yang menelan kos RM50 juta, muslihat slogan 1Melayu, 1Bumi' yang dibangkitkan Utusan Malaysia, sebuah akhbar milik Umno-BN dan banyak lagi.
Dalam ucapannya, Azmin menyelar sikap sikap hipokrit Najib dalam isu 1Melayu, 1 Bumiputera yang dicanangkan Utusan Malaysia yang konon untuk menyatukan semua Melayu sedangkan akhbar itu sebenarnya memecah belahkan perpaduan Melayu.
Azmin berkata Najib secara tiba-tiba semalam menafikan hubung kait antara Utusan Malaysia dan pimpinan Umno BN yang selama ini menjadi lidah rasmi parti itu.
“Inilah hipokrit Barisan Nasional pimpinan Najib. Najib kata: 1Melayu, 1Bumiputera pandangan editor Utusan Malaysia.
“Wahai Najib dan Rosmah, kita tahu Utusan Malaysia disokong Umno. Kita tahu Utusan Malaysia surat khabar milik Umno. Kita juga tahu Utusan Malaysia hidup kerana Umno yang memainkan politik perkauman,” kata Azmin.
Laporan yang bakal disiarkan di Buletin Utama itu akan menyaksikan S Nallakarupan (kiri) membuat pelbagai dakwaan terhadap Anwar, sumber-sumber yang rapat dengan bekas pemimpin MIC itu mengesahkan.
“Kemungkinan besar dakwaan-dakwaan Nallakarupan itu akan disiarkan dalam tempoh terdekat untuk memberikan lebih tekanan kepada Anwar,” kata sumber itu memberitahu penulis tanpa mengulas lanjut.
Kebanyakan dakwaan-dakwaan Nallakarupan itu “bukan perkara baru,” cuma disadurkan dengan butir-butir terperinci dalam usaha meyakinkan rakyat terutama pengundi Melayu, bahawa kononnya Anwar pemimpin tidak bermoral.
Rasanya tidak perlu dihuraikan rekod Nallakarupan, seorang rakan karib Anwar yang kemudian merajuk dan berpaling tadah apabila tidak dipilih menjadi calon untuk pilihan raya kecil Ijok pada tahun 2006.
Hakikatnya adalah, dakwaan dan tuduhan terhadap Anwar akan diperhebatkan di TV3 dan media arus perdana kawalan Umno selepas pilihan raya Sarawak.
Walaupun pilihan raya negeri itu sudah berlalu, namun serangan terhadap Anwar tetap dipanjangkan dan menimbulkan persepsi BN, khususnya Umno, sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi pilihan raya umum dalam tempoh terdekat.
Awal minggu ini, PKR memberi amaran kepada rakyat bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tetap akan mencari ikhtiar untuk mendakwa Anwar bersabit video lucah Datuk T.
Terbukti benar
Ramalan itu terbukti benar apabila pejabat Peguam Negara memulangkan kertas siasatan kepada polis kerana tidak berpuas hati dengan rumusan yang dibuat oleh badan itu.
Justeru arahan diberi kepada polis untuk menyiasat lagi kes video lucah tanpa terikat kepada sebarang tarikh untuk menyiapkan siasatan.
Pada masa sama, Berita Harian, sebuah lagi akhbar kawalan Umno memetik sumber-sumber sebagai mendakwa sebuah agensi penyiaran Korea Selatan kononnya mengesahkan pelaku dalam video Datuk T sepadan dengan badan Anwar menerusi ujian bio-metrik.
Semua “fakta-fakta” ini adalah untuk mempengaruhi rakyat, khususnya pengundi Melayu supaya menolak Anwar dan pada masa sama merencatkan hubungan PKR pimpinan Anwar dengan PAS dan DAP.
Perkembangan terbaru memberi petanda jelas bahawa rakyat Malaysia harus bersedia untuk disajikan dengan pelbagai fitnah terhadap Anwar bersabit video Datuk T.
Pada masa sama, individu-individu seperti Nalla dan Umi Hafilda dipergunakan untuk menabur tuduhan-tuduhan lain terhadap Anwar.
Kenapa begitu banyak tumpuan diberikan oleh kerajaan pimpinan Umno, polis dan pejabat Peguam Negara terhadap kes Anwar?
Jawapannya berkait dengan pilihan raya umum ke-13 dan pemilihan Umno yang akan datang. Kedua-duanya mempunyai impak besar ke atas kelangsungan jangka hayat politik Datuk Seri Najib Razak.
Para strategis Umno menjangka peluang parti itu menguasai pengundi Melayu atas pagar akan cerah jika ia berjaya memusnahkan kredibiliti Anwar sebagai pemimpin Islam dan menampilkan beliau sebagai peliwat dan kaki perempuan.
Analisis yang dijalankan oleh Biro Tata Negara menunjukkan pengundi Melayu amat menitik-beratkan soal agama dan moral – justeru Anwar menjadi sasaran tuduhan seks bertalu-talu dalam hasrat Umno untuk memberi isi kepada persepsi itu.
Saingan Muhyiddin
Justeru tidak sukar memahami kenapa video lucah Datuk T dimainkan di kem-kem BTN sebagaimana yang didedahkan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman.
Pengundi atas pagar kaum Melayu memegang kunci untuk memastikan sama ada Najib akan dapat merebut balik majoriti dua pertiga di Parlimen atau kecundang terus di medan pilihanraya kepada Pakatan Rakyat pimpinan Anwar.
Jika Najib tewas atau gagal menawan balik majoriti dua pertiga BN, usia remaja beliau sebagai PM dan presiden Umno akan mendapat saingan hebat daripada gandingan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Walaupun pemilihan Umno masih dilihat sebagai jauh lagi, garisan-garisan pertempuran (battlelines) sedang pun dilakar dan kem-kem tertentu dibentuk dan dipupuk.
Kunci kepada siapa sokong siapa dan siapa lawan siapa akan berpaksi kepada pencapaian Najib pada PRU 13 – jika BN menang majoriti dua pertiga – Najib akan dijulang sebagai penyelamat maruah Umno.
Jika tidak, beliau dan gagasan 1Malaysia akan dikritik sebagai penyebab maruah Melayu tergadai di bumi sendiri.
Berasaskan sifir politik ini, bukanlah menjadi misteri kenapa Anwar harus ditumbangkan dalam apa cara sekalipun sebelum Najib mengadakan pilihanraya umum.
Hanya apabila yakin cabaran Anwar sudah ditumpulkan, kredibiliti dan maruah beliau sudah musnah di mata rakyat, maka hanya pada masa itu , Najib akan mendapat “ilham” untuk memanggil pilihanraya umum.
Sementara menunggu detik, itu, rakyat khususnya pengundi Melayu harus melazimkan diri dengan membaca “cerita bukan-bukan” mengenai Anwar di muka depan Utusan Malaysia, Berita Harian dan menonton topik yang sama menerusi RTM serta TV3.
Wira Arjuna pernah menerajui beberapa media arus perdana dan cukup masak dengan mainan Umno-BN mempengaruhi persepsi orang ramai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan