Khamis, 14 April 2011

KEBENARAN AKAN TERSELAH JUA....LEWAT2 PUN DIAKHIRAT...APA NAK BUAT...PADA SEMUA KES2...ALLAH PENENTU SEGALANYA...

Empat kali terjun

Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my

JATUH...aksi pelakon lagak ngeri profesional bagi membantu siasatan kes kematian Ahmad Sarbani.
JATUH...aksi pelakon lagak ngeri profesional bagi membantu siasatan kes kematian Ahmad Sarbani.
pix_topright

KUALA LUMPUR: Seorang pelakon lagak ngeri profesional melakukan empat kali terjunan dalam pelbagai posisi dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di sini, semalam, bagi mendapatkan gambaran tepat kemungkinan punca kematian Penolong Pengarah Kastam Cawangan Import Eksport Pelabuhan Utara, Klang, Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56.

Pelakon itu memulakan aksinya dengan terjun dari tingkap bilik pantri di tingkat tiga iaitu tempat terakhir mangsa berada pada hari kejadian.


Persiapan bagi melakukan aksi terjunan semula itu bermula kira-kira jam 10 pagi membabitkan seorang pelakon lagak ngeri yang ukuran badan serta pakaiannya, sama seperti dipakai Allahyarham Ahmad Sarbani. Selain itu, beberapa kru penggambaran termasuk jurukamera turut ditempatkan bagi merakamkan aksi berkenaan.

Menurut sumber yang ditemui di lokasi, empat kamera digunakan termasuk satu menggunakan jentera 'Turn Table Ladder' (tangga cakera putar) milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur (JBPMKL) selain beberapa monitor (skrin) bagi memudahkan pasukan penyiasat termasuk doktor dan forensik menyaksikan terjunan itu.


“Aksi lakonan semula itu bertujuan mendapatkan gambaran kejadian sebenar berdasarkan bukti serta kesan ditemui di lokasi pada hari kejadian.


“Pelakon lagak ngeri juga bersaiz tubuh sama dengan mangsa dan berpakaian sepertinya ketika kejadian berlaku. Kos menggunakan khidmat kru penggambaran serta pelakon lagak ngeri profesional itu melebihi RM15,000,” katanya.

Sumber itu berkata, pelakon berkenaan melakukan empat terjunan dengan pelbagai gaya pada paras ketinggian melebihi sembilan meter dan bagi tujuan keselamatan beg udara berukuran 20x30 meter persegi digunakan.


Difahamkan, terjunan yang dilakonkan itu bagi memudahkan polis mendapatkan gambaran sebenar pada hari kejadian sekali gus mengetahui bagaimana cara jatuhan dan kesan kecederaan yang dihadapi mangsa selepas terjatuh dari tingkat tiga.

Proses siasatan dan lakonan semula itu dihentikan kira-kira jam 2 petang berikutan hujan lebat.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, yang turut menyaksikan proses siasatan itu berkata, ia dijalankan dengan bantuan beberapa jabatan seperti JBPMKL, St John Ambulans serta turut disaksikan wakil SPRM dan KDRM. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai proses siasatan itu dan menasihatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi serta memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan. Allahyarham Ahmad Sarbani terbunuh selepas dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan SPRM ketika hadir bertemu seorang pegawai penyiasat bagi mengubah percakapan yang dibuatnya dua hari sebelum hari kejadian iaitu 6 April lalu.


Laporan bedah siasat dilakukan terhadap arwah mendapati ia konsisten dengan kecederaan seperti orang jatuh dari bangunan.


Sehingga kini, 40 saksi terdiri daripada pegawai SPRM, KDRM dan ahli keluarga mangsa sudah dipanggil bagi membantu siasatan selain pemeriksaan ke atas telefon bimbit milik mangsa.


'Habuan untuk burukkan SPRM'


Oleh Norhashimah Mohd Radzali
norhashimah@bharian.com.my
2011/04/14

Keterangan saksi kes Beng Hock bercanggah

KUALA LUMPUR: Seorang saksi yang mendakwa dirinya didera secara fizikal oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ketika disoal siasat pada 2008, dituduh berbohong kepada Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock semalam, apabila keterangannya didapati bercanggah dengan laporan polis dibuatnya dan inkues.
Peguam SPRM, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa, T Sivanesan, 24, berbohong apabila memberitahu Suruhanjaya kelmarin, kedua-dua pergelangan tangannya digari ke belakang ketika cuba membuang paket ais di bahagian depan seluar dalam dipakainya, selain pengsan beberapa jam selepas teruk dibelasah pegawai SPRM.
Muhammad Shafee kemudian mempersoalkan Sivanesan, mengapakah dalam inkues sebelum ini dia menyatakan tangannya tidak bergari, malah laporan polisnya pada 11 September 2008, juga menyatakan dia hampir pengsan dan bukannya pengsan.

Muhammad Shafee: “Adakah kamu berbohong?”

Sivanesan: “Itu mungkin silap. Mungkin saya tertinggal untuk masukkan keterangan ketika inkues. Saya demam dan sakit ketika membuat laporan polis.”

Muhammad Shafee: “Mengapa ketika inkues cakap begitu?”
Sivanesan: “Sebab ikut laporan polis (keterangan dibuatnya dalam laporan polis).”

Muhammad Shafee: “Saya katakan kamu berbohong walaupun sudah diingatkan berkali-kali Suruhanjaya supaya bercakap benar dan kamu bagi pernyataan bohong ketika inkues dengan mereka-reka cerita bagi menyokong dakwaan Beng Hock didera pegawai SPRM. Jika benar kamu dibelasah teruk sehingga seluar dalam koyak di depan dan belakang, sudah pasti kamu mati.”

Sivanesan: “Tidak setuju.”

Muhammad Shafee mendakwa, Sivanesan turut dijanjikan habuan apabila hadir memberikan keterangan memburukkan SPRM dalam inkues, iaitu dengan diberikan peluang pekerjaan sebagai pegawai pemasaran di syarikat pengorek pasir, Semesta Sdn Bhd, yang mempunyai kaitan dengan Kerajaan Selangor.

Malah katanya, Sivanesan ahli DAP dan ditawarkan bekerja di syarikat dikawal parti itu.

Bagaimanapun, dia menafikan dakwaan dan menjelaskan dia ahli DAP dan Barisan Nasional (BN).

Jawapan Sivanesan itu menyebabkan Muhammad Shafee menyifatkannya sebagai agen talam dua muka, tidak boleh dipercayai dan tidak setia kepada sesiapa.

Disoal Muhammad Shafee, Sivanesan mengakui membuat laporan polis pada 17 Februari lalu dan kepada SPRM, selepas diugut bunuh dengan panggilan telefon supaya tidak mengganggu majikannya, Wong Swee Leong.

Bagaimanapun, Sivanesan tidak setuju, dia mengganggu Swee Leong kerana majikannya dan orang DAP tidak menunaikan janji selepas dia memberikan keterangan dalam inkues.

Prosiding bersambung hari ini.


Tiada ulasan: