Isnin, 4 April 2011

JIKA NAK DISUKAI RAKYAT....MUDAH SAJA.....ADIL...TELUS SERTA SANGAT BERKEBAJIKAN KEPADA...YG BERSALAH DIHUKUM BUKAN DILINDUNGI.....

'Apa kesalahan adik saya?'
Salhan K Ahmad
Apr 4, 11

Keluarga kepada Kadir Hashim hari ini menuntut supaya tahanan ISA itu segera dibebaskan atau didakwa di mahkamah.

Salah seorang abangnya, Muda, 46, berkata polis juga perlu menjelaskan kesalahan yang dilakukan oleh Kadir.

"Saya dimaklumkan adik saya ditahan bawah ISA, tapi saya tak puas hati sebab saya tak tahu kenapa dia ditangkap.

"Kalau dia ada lakukan kesalahan, tolong bawa dia ke mahkamah.

"Kalau dia ditahan tanpa apa-apa sebab bermakna pemerintahan kita cukup zalim," kata Muda dalam satu sidang media hari ini.

Kadir, 42, ditahan oleh sekumpulan lebih 10 anggota polis berpakaian preman di rumah keluarganya pada petang Jumaat lalu.

Muda berkata, anggota keluarganya kini masih belum mengetahui di manakah adiknya itu ditahan.

Kegiatan subversif

"Saya juga tidak dibenarkan masuk ke rumah ketika beliau ditahan," katanya lagi sambil mengetap bibir menahan kemarahannya.

NONESeorang lagi abang kepada Kadir berkata, penahanan lelaki kelainan upaya itu merupakan "kebiadapan" kerajaan yang menjalankan penahanan sewenang-wenang.

"Ini bukan soal politik, tapi kebiadapan (kerajaan)," kata Hisham, 43.

Jelasnya, polis hanya menyatakan bahawa Kadir ditahan kerana terlibat dalam kegiatan subversif.

"Sebab itu terlalu umum," kata Hisham lagi.

Dalam sidang media sama, peguam N Surendran turut membuat panggilan kepada seorang pegawai di ibu pejabat polis Bukit Aman.

Namun, pegawai itu juga enggan menjelaskan sebab penahanan berkenaan ketika ditanya Surendran.

Pegawai atasan

Pegawai itu sebaliknya meminta Surendran menghantar surat bagi mendapatkan penjelasan serta membuat permohonan untuk berjumpa Kadir.

Perbualan telefon yang disalurkan ke pembesar suara dalam bilik sidang media itu dapat didengar oleh wartawan.

Pegawai polis yang memperkenalkan dirinya sebagai ACP Normah Ishak itu juga berkata, beliau hanyalah pegawai yang bertanggungjawab menjaga Kadir.

Katanya, sebab penahanan Kadir hanya dapat dijelaskan oleh pegawai atasannya.

Ketika diasak untuk memberikan nama pegawai tersebut, Normah berkata peguam perlu menulis kepada Bukit Aman terlebih dahulu.

Setelah beberapa kali ditanya, Normah berkata Kadir kini sedang ditahan di salah sebuah premis Bukit Aman.

Ketika didesak supaya memberitahu lokasi sebenar Kadir ditahan, Normah sekadar berkata: "Saya tak boleh beritahu."

Surendran ketika mengulas perkembangan itu berkata, beliau akan memfailkan notis habeas corpus sekiranya Kadir tidak dibebaskan segera.


Isu Injil belum selesai, PEMBELA akan ke mahkamah
Apr 4, 11 1:54pm


Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang merupakan gabungan persatuan Islam utama di Malaysia sedang mempertimbangkan bagi mencabar kesahihan 'Formula Idris Jala' di mahkamah kerana didakwa mencabuli undang-undang dan perlembagaan persekutuan.

Ini termasuk Perkara 3, 11(4) dan Enakmen-enakmen Kawalan dan Sekatan Penyebaran Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam dan Seksyen 298, 298A Kanun Keseksaan 1936.

malaysia law conference 301007 yusri mohamad“Oleh itu edaran Bible Bahasa Melayu bukannya suatu keputusan yang boleh dibenarkan begitu sahaja atas tekanan mana-mana pihak.

“Formula Idris Jala ini jelas merupakan suatu keputusan mengalah dan menunduk kepada strategi konfrontasi, manipulasi dan mendesak yang digunakan oleh kumpulan-kumpulan Kristian untuk mencapai tujuan mereka dalam isu ini.

“Pendekatan formula Idris Jala ini adalah satu trend yang tidak sihat serta akan menggalakkan berulangnya pendekatan konfrontasi dan manipulasi digunakan bagi menuntut sesuatu yang hakikatnya bercanggah dengan perlembagaan, undang-undang, sejarah dan budaya negara,” kata jurucakap PEMBELA, Yusri Mohamad (atas, kanan).

Kabur dan tak jelas

Beliau merujuk kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, Sabtu lalu yang mendedahkan penyelesaian 10 perkara berhubung kontroversi kitab Injil.

Antaranya, kumpulan Kristian di negara ini, kini dibenarkan mengimport kitab Injil dalam sebarang bahasa, termasuk bahasa Melayu/Indonesia tanpa sebarang halangan.

azlan“Kitab Injil juga kini boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak,” katanya.

Bagi, kitab Injil di Sabah dan Sarawak, tiada cap mohor atau nombor siri perlu dikenakan tetapi bagi kitab seumpama itu di Semenanjung, ia mesti tertera perkataan “Penerbitan Agama Kristian” dan lambang salib dicetak di kulit depan.

“Saya berharap penyelesaian 10 perkara ini akan disambut positif oleh kumpulan Kristian kerana ia adil dan berpatutan. Kita mesti mencari penyelesaian bagi menangani isu Injil dan juga masalah lain yang ditimbulkan oleh kumpulan Kristian,” kata Idris.

Bagaimanapun formula itu ditentang PEMBELA yang mendakwa status keputusan itu adalah kabur dan tidak jelas.

“Kita diberi gambaran bahawa di pihak kerajaan, Datuk Seri Idris Jala dan Peguam Negara diberi peranan utama sedangkan isu ini juga melibatkan kepentingan Islam dan umat Islam.

Suara Islam tak diwakili

idris jala interview 4“Perbincangan juga hanya diadakan dengan pihak Christian Federation of Malaysia sedangkan pihak-pihak yang mewakili suara umat Islam baik di pihak kerajaan mahupun pertubuhan-pertubuhan Islam langsung tidak diambil kira.

“Kami ingin bertanya adakah ini pendekatan baru yang akan diambil oleh pihak kerajaan dalam menangani isu-isu agama?” soal Yusri.

Katanya penyelesaian 10 perkara itu juga langsung tidak mengambil pandangan Jawatankuasa Kerja Mempromosi Persefahaman Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKAPA) yang diwujudkan sendiri oleh kabinet.

Malah menurut PEMBELA, keputusan Idris itu seolah-olah mendahului menteri yang bertanggungjawab iaitu Datuk Seri Jamil Khir dan Tan Sri Koh Tsu Koon.

Kaji semula

“Justeru, PEMBELA menuntut agar formula Idris Jala ini dikaji semula dan diselaraskan kembali dengan peruntukan undang-undang dan persefahaman antara agama dan kaum yang sedia ada.

masjid jamek mosque“Oleh kerana isu ini boleh ada kaitannya dengan kedudukan Islam dan umat Islam, pandangan wakil-wakil Islam hendaklah diambil-kira dengan saksama dalam mencari formula yang lebih tepat.

“Jika tuntutan ini tidak diberi perhatian, PEMBELA mempertimbangkan untuk mencabar kesahihan formula Idris Jala ini di mahkamah,” kata Yusri lagi.

Sehubungan itu, PEMBELA menyeru semua pemimpin masyarakat di negara untuk kembali menghormati persefahaman tentang kedudukan Islam dan hubungan antara agama di negara ini demi memelihara kesejahteraan dan keharmonian bersama.

Redzuan Mujari · Sekolah Menengah Mahmud Raubwahai tuan2 sekalian..kenapalah hendak didebatkan pasal kitab injil bahasa melayu ini..sepatutnya kita fikirkan tentang amanat Allah pada diri kita diatas muka bumi ini...Tugas kita diatas bumi ini adalah untuk beriman kepada Allah...kalau...nak beriman kita kena kenal Allah..pernah dengar ini.. "Awaludin ma'rifatullah"( Awal2 agama mengenal Allah)...berapa ramaikah kita disini yang betul2 mengenal Allah? kalau kita betul2 mengenal Allah, InsyaAllah kita tidak akan terpesong...saya pun mengakui kurang mengenal Allah..tapi apa yang saya tahu Allah itu tuhan saya..Allah itu Esa..adalah tidak wajib bagi saya menyembah selain daripada Allah...sebenarnya kita sendiri yang secara tidak sedar telahpun memperolehi ilmu bibile bila kita cuba berdebat mengenainya..marilah kita mencontohi cili...Allah taala telah mengamanatkan bahawa cili itu harus pedas...jadi cili itu telah memegang tanggungjwbnya dan ia akan terus kekal pedas sampai hari kiamat....apa yang ingin saya sampaikan ini adalah...kita kena kekal dan yakin seyakinnya dengan Al-quran,... dengan Islam..dan tidak ada apa perlu kita takutkan pada Injil ini... cuba tuan2 pikir...tuan2 sendiri sedia maklum bahawa tahi itu adalah najis...mahukah tuan memakannya? pernahkah terlintas difikiran tuan untuk memakannya? tidak bukan? begitulah kita...jika kita kuat mempercayai dan beriman dengan Allah dan Al-Quran..saya yakin bahawa diri kita tidak akan terpengaruh dengan kitab lain..dan tidak terlintas difikiran kita untuk mempercayainya..walaupun kita telah membacanya..Wassalam.



'Video seks mesti ditanda eksibit parlimen'
Apr 4, 11 3:03pm


Karpal Singh hari mengulangi permintaannya kepada Speaker Deawn Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi membenarkan semua ahli parlimen menonton video yang ditayangkan di hotel Carcosa Seri Negara.

Namun, kali ini beliau mahu video itu ditandakan sebagai eksibit dan semua ahli parlimen dibenarkan mengundi mengikut firasat mereka.

NONEKarpal juga menekankan bahawa Anwar mesti dibenarkan hadir untuk tayangan itu meskipun bgeliau kini digantung enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan.

“Saya mahu jaminan dari Pandikar bahawa... sebelum tayangannya (video itu) ia mesti ditandakan sebagai eksibit dan menjadi sebahagian daripada prosiding Dewan dan juga sebahagian daripada Hansard sebagai eksibit,” kata Karpal dalam satu kenyataan.

“Tanpa jaminan ini, tidak boleh diadakan tayangan yang efektif di Dewan. Pra-syarat ini tidak boleh diabaikan.

“Saya tidak mahu apa yang berlaku pada 1992 berulang,” katanya.

Pada 1992, Karpal menyerahkan pita video seks yang dikatakan membabitkan timbalan speaker ketika itu, Datuk DP Vijandran tetapi tiada tindakan yang diambil.Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keputusan sama ada klip video seks yang dikaitkan dengan Anwar akan ditayangkan di parlimen atau tidak, bergantung kepada pertimbangan speaker.

Bagaimanapun, katanya, keputusan itu perlu diperhalusi sebaik mungkin kerana ia tertakluk kepada pertimbangan bidang kuasa undang-undang, walaupun ahli parlimen dilindungi imuniti.



Mansor: Angin perubahaan beralih ke Sarawak
Apr 4, 11 8:29am


Walaupun menafikan menunjukkan minat secara langsung untuk menawan kembali Pulau Pinang, namun kenyataan Perdana Menteri bahawa sambutan masyarakat di Pulau Mutiara itu begitu memberangsangkan terhadapnya, begitu melucukan.

NONEIni kerana kata Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, kehadiran Datuk Seri Najib Razak seringkali disambut hambar penduduk walaupun acara sambutannya meriah.

“2,000 orang yang datang tapi tumbangkan kerbau lembu 10 ekor, ayam beratus-ratus ekor... itu pun bawa budak MRSM, politeknik, penuntut USM datang denganbas.

“Penduduk tempatan tak sampai banyak itu.. orang-orang yang datang ini adakah dengan kehadiran seorang perdana menteri?

“Dan yang keduanya orang yang hadir itu adalah orang yang dibawa... bukan orang yang duduk di situ. Kalau begitu, ia adalah sambutan yang tidak seberapa seperti yang didakwa oleh BN,” kata Mansor.

Sabtu lalu, Najib dipetik Bernama sebagai berkata, beliau yakin BN dapat merampas semula Pulau Pinang ekoran sambutan baik yang diterimanya dari rakyat Pulau Pinang ketika turun ke negeri itu.

Angin perubahan beralih ke Sarawak

"Suasana memihak kepada perasaan inginkan perubahan dan walaupun ia di peringkat sentimen, kita mahukan sentimen itu diterjemahkan dalam bentuk sokongan," kata Najib yang dipetik laporan Bernama.

najib trip to penang 020411 02Walau bagaimanapun, semalam, tanpa diduga presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon menafikan kenyataan Najib itu sambil menjelaskan pemimpin nombor satu negara itu tidak pernah mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

Katanya, Najib sendiri menafikan laporan yang dipetik dari Bernama itu.

Mansor berkata angin perubahaan yang sebenar sedang bertiup di timur, khususnya di Sarawak, di mana sokongan terhadap Pakatan semalin meningkat.

Mansor, yang juga pengerusi PKR Pulau Pinang berkata partinya yakin mampu menawan sekurang-kurangnya 14 kerusi pada pilihan raya negeri itu pada 16 April ini, manakala DAP pula dipercayai boleh merebut 15 kerusi.

Beliau juga menafikan bahawa rundingan agihan kerusi parti itu dengan Snap telah tumbang dan berkata “ kita akan selesaikannya”.

"Saya jangka tambahan sokongan kepada Pakatan berbanding 2001 (pilihan raya negeri). Ketika itu, hanya segelintir yan sokong kita, ada kalanya hanya 10 orang di ceramah kita tetapi sekarang ribuan yang hadir,” katanya kepada wartawan di Bayan Baru, malam semalam.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, Pakatan Rakyat tidak ambil peduli dengan kenyataan Najib itu. Sebaliknya, Lim berkata Pakatan bertekad untuk melipatgandakan usaha membawa perubahan di negeri berkenaan.

NONE“Pulau Pinang (pimpinan) Pakatan Rakayat akan (adakan) siri pertemuan di seluruh negeri untuk memperbaiki prestasi dengan menggandakan usaha kami demi (memberi) perkhidmatan lebih baik bagi rakyat dan (menjamin) urus tadbir baik untuk berhadapan dengan tekad Datuk Seri Najib Razak mahu menawan balik Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.


“Sama ada ada perubahan angin di Pulau Pinang yang akan membolehkan BN menang balik Pulau Pinang, itu tidak penting,” kata Lim dalam satu kenyataan media.


Pakatan saji filem 'Hitler' di ceramah
Abdul Rahim Sabri
Apr 4, 11
2:15pm


Walaupun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat hadir pada ceramah Pakatan Rakyat malam semalam, kerana berkempen di Sarawak, namun kira-kira 3,500 hadirin tetap hadir memenuhi ruang stadium mini bola sepak di seksyen 13 Subang Jaya.

NONEMalah, sebelum ceramah anjuran Pakatan Rakyat Kelana Jaya dimulakan pada jam 9 malam, hadirin dihiburkan dengan sedutan beberapa minit filem yang memaparkan watak Hitler yang sedang berbincang dengan menteri dan pegawainya dalam sebuah bilik ketika ambang kejatuhan mereka.

Sedutan filem tanpa suara itu jelas menghiburkan hadirin yang mengikuti jalan cerita berdasarkan sarikata yang diubah suai mengikut perkembangan politik semasa tanah air.

Antaranya filem itu menyentuh perbicangan situasi dan strategi pilihan raya negeri Sarawak setelah pihak lawan mendapati sokongan di beberapa kawasan di negeri itu menyebelahi Pakatan. Hitler digambarkan mahu menyebar video seks sebagai modal berkempen di negeri itu.

NONEBagaimanapun seorang pegawai memberitahu Hitler – yang dipanggil Dato' Seri seperti dalam sari kata – berkenaan video seks yang gagal dijadikan sebagai modal berkempen pilihan raya di Sarawak.

Ia berikutan video seks itu “sudah tidak boleh pakai, kantoi” dan rakyat tidak mempercayai ketulenan video tersebut serta mulai terus menyokong Anwar.

Berikutan itu, dengan tangan terketar-ketar Hiltler menanggalkan cermin matanya dan mengarah semua menteri dan pegawai meninggalkan bilik mesyuarat kecuali tiga individu - berdasarkan sari kata - iaitu “Thamby Chik”, “Datuk Eskay” dan “Datuk Shuib”.

Melepaskan kemarahan

Selepas itu, Hitler melepaskan kemarahannya terhadap tiga individu tersebut dalam filem itu ekoran kegagalan rancangan video seks mereka termasuklah menggunakan filem hitam putih dan menggunakan pelakon lelaki berperut boroi.

NONESemakan Malaysiakini mendapati filem tersebut telah dimuatnaik dalam laman Youtube dan menggunakan bahasa Jerman. Sarikatanya dalam bahasa Melayu yang diterjemahkan berdasarkan kepada lenggok bahasa badan dan dikaitkan dengan isu semasa yang berlaku di Malaysia.

Tinjauan Malaysiakini mendapat ramai hadirin yang melihat sedutan tersebut terpaku dan tekun menonton sedutan filem tersebut.

Malah ada dikalangan mereka yang ketawa kecil terhadap tayangan itu yang dilihat sebagai sindiran berhubung pendedahan video seks di mana ada pihak yang mendakwa lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan pelacur adalah mirip kepada Anwar.

Malah selepas tamat ceramah, penganjur turut mengulangi sedutan filem tersebut.

Selepas pendedahan video seks tersebut dan penjelasan yang dibuat oleh Pakatan, dipercayai inilah pertama kali Pakatan Rakyat menayangkan video tersebut dalam ceramah mereka kepada hadirin melalui tayangan khas layar besar yang di pasang di belakang pentas.

NONESelepas itu, bagi menarik lebih ramai hadirin memasuki padang bolah sepak, penganjur menayangkan kembali sedutan video ceramah perdana di Stadium Malawati minggu lalu yang disampaikan oleh Anwar dan ahli parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul yang menjelaskan berhubung isu video seks itu.

Tinjauan Malaysiakini ketika itu, orang ramai semakin memenuhi padang bola sepak sehingga ceramah itu bermula.

Ceramah

Kira-kira 20 minit selepas itu, pengajur memberhentikan tayangan dan meneruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh beberapa pimpinan Pakatan Rakyat.

Antara mereka, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, ADUN Sekinchan dari DAP Ng Suee Lim dan ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohamad Sabu.

NONEDalam ucapannya, Nik Nazmi mendakwa segala fitnah dan adu domba kepada Pakatan Rakyat termasuk isu video seks adalah sebagai usaha BN untuk memaling fokus rakyat.

Menurutnya ia disebabkan Pakatan Rakyat membawa dasar dan janji mereka seperti yang termaktub dalam Buku Jingga.

“Mereka tidak membicangkan isu besar, tidak bincang isu dasar dan masa depan rakyat di negara ini,” katanya yang juga ADUN Seri Setia.

Menurutnya ekoran kegagalan berhubung isu seks tersebut, Nik Nazmi mendakwa BN cuba memainkan sentimen perkauman berkaitan novel interlok dan isu kitab Injil bagi menaikkan kemarahan rakyat.

NONEBagaimanapun, katanya, BN terlupa bahawa rakyat kini semakin pandai untuk menilai perkara tersebut.

Sehubungan itu, beliau mengajak hadirin yang terdiri dari pelbagai kaum melakukan perubahan sekaligus dapat menguburkan BN dan Umno.

Dengan memberi contoh situasi yang berlaku di Mesir sewaktu berlakunya revolusi apabila umat Islam dan masyarakat Kristian bersatu melawan provokasi yang dilakukan oleh regim bekas presiden Hosni Mubarak.

Telor Jawa

Selepas itu, Ng pula berucap dengan kefasihan beliau bertutur dalam bahasa Melayu dan sesekali bercakap dalam telor Jawa yang mencuit hati penonton.

Dalam ucapannya, beliau menyindir BN yang didakwanya bercita-cita mahu merampas negeri itu dari Pakatan Rakyat dengan mempersoal dari sudut mana mereka mahu berbuat demikian.

NONE“Sebelum ini (Datuk Seri) Najib kata Pakatan Rakyat nak tawan Putrajayajaya tapi tidak ada kabinet bayangan. (Sebenarnya) setiap kementerian, kita ada tiga orang calon yang menanti.

“(Kalau nak rampas Selangor) saya cabar (BN) di mana calon menteri besar dan exco bayang, mana? Tak ada. Jadi apa senjata (nak rampas Selangor),” katanya.

Susulan itu, beliau merayu supaya rakyat memberi mandat Pakatan untuk terus mentadbir negeri kerana kerajaan yang baru dibentuk berusia tiga tahun seperti anak kecil.

“Kerajaan baru berusia tiga tahun, baru belajar... (Tapi) dah tiga tahun Umno tak sabar-sabar nak rampas,” katanya.

Manakala Mohamad pula berkata beliau kesal dengan politik di negara ini berhubung penayangan video seks yang mana lelaki yang dikatakan dalam video tersebut adalah mirip kepada seorang pemimpin pembangkang.

“Orang bertanya kepada saya, adakah saya sudah melihat video tersebut. Saya kata, saya tak tengok, saya tak mahu tengok dan saya tak akan tengok.

NONE“Ini politik di Malaysia, saya kesal... Isu mengenai dasar negara (dan) keselamatan sudah tenggelam dengan benda lucah ini,” katanya.

Mohmad juga mendakwa BN kini sudah “kehilangan senjata” untuk menyerang Pakatan Rakyat untuk terus memerintah termasuklah isu pembangunan.

Ini kerana, katanya, berdasarkan laporan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Indutri, rekod kemasukan pelaburan asing yang tertinggi di Malaysia dicatatkan oleh tiga negeri Pakatan iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.








Tiada ulasan: