Rabu, 6 Jun 2012

POLITIK BUDAK2...POLITIK TAK MATANG...TADBIR CARA BUDAK2...IKUT SUKA AJE...ENTAH SAMPAI BILA MACAM NI...TAHU SALAH...TAU TAK BETUL...BUAT MUKA TEBAL AJE....

PTPTN 'beku' pinjaman untuk siswa baru Unisel

  • Ahmad Fadli KC
  • 5:05PM Jun 5 2012
Permohonan siswa baru Universiti Selangor untuk mendapatkan pijaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah dibekukan, menurut perbadanan tersebut.
Seorang pegawai PTPTN ketika dihubungi melalui talian pertanyaan badan tersebut mengesahkan bahawa perkara itu dimaklumkan secara dalaman melalui emel.
Katanya lagi, tiada pekeliling secara hitam putih dikeluarkan berkenaan langkah tersebut.
NONETinjauan Malaysiakini di satu laman forum PTPTN hari ini turut mendapati bahawa pinjaman kepada pelajar baru Unisel "ditangguhkan buat sementara waktu."
Ruangan forum berhubung syarat permohonan pinjaman kendalian Kementerian Pengajian Tinggi itu turut menyatakan bahawa PTPTN tidak lagi memberi pinjaman kepada pelajar Unisel.
Perkara itu dinyatakan salah seorang moderator laman forum berkenaan yang menggunakan nama "ptptn1" ketika menjawab satu soalan berhubung pinjaman PTPTN untuk pelajar Unisel pada 8 Mei lalu.
Pinjaman 'ditangguhkan'

Dalam satu lagi jawapannya pada 31 Mei berhubung isu sama, moderator berkenaan menyatakan bahawa "pinjaman bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian di Unisel ditangguhkan buat sementara waktu."
Mengulas tindakan itu, naib canselor Unisel Prof Dr Anuar Ahmad berkata perkara itu mula disedari apabila pelajarnya cuba memohon pinjaman tersebut melalui sistem dalam talian sejak April lalu.Katanya, permohonan pinjaman untuk siswa kampus tersebut buat masa ini dibekukan.
Katanya, Unisel kemudiannya mengadakan perbincangan dengan PTPTN berhubung keputusan tersebut sejak minggu lalu.
Bagaimanapun, sebab pembekuan itu tidak dapat didedahkan kerana perbincangan masih berjalan, katanya lagi.
"Kita sedang berbincang dengan PTPTN jadi tidak banyak yang boleh didedahkan. Jika hujung minggu ini tiada makluman dari PTPTN kita akan hubungi mereka semula," katanya.
'Mangsa politik'
Tambahnya, tindakan tersebut mungkin menjejaskan pengajian lebih seribu pelajar yang baru mendaftar di Unisel.

"Jadi mereka ini kita benarkan meneruskan pengajian dan kita cuma minta bayar yuran pendaftaran RM500 sahaja," katanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sewaktu dihubungi berkata beliau tidak dapat memberikan sebarang ulasan mengenai perkembangan tersebut.

"Saya sukar hendak komen hal ini. Minta maaf," katanya.
Exco pendidikan Selangor, Dr Halimah Ali pula dalam satu kenyataan berkata PTPTN seharusnya bersikap profesional dan tidak menjadikan siswa berkenaan sebagai "mangsa politik pihak tertentu."
Katanya, PTPTN tiada sebab untuk mendiskriminasi pelajar dari IPT tertentu yang memohon pembiayaan.
"Namapun Satu Malaysia, tetapi mengapa wujud sikap pilih kasih terhadap pelajar Unisel," kata anggota lembaga pengarah Unisel itu lagi seperti dipetik laman TV Selangor.
Menteri: Saya kecualikan Isa dalam KPF

  • Zulaikha Zulkifli
  • 6:14PM Jun 5 2012
Menteri boleh memberi pengecualian kepada mana-mana individu daripada mematuhi kehendak undang-undang kecil bagi menjadi pengerusi atau ahli lembaga pengarah Koperasi Permodalan Felda (KPF).

NONEMenteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, terdapat dua syarat daripada undang-undang tersebut yang perlu dipatuhi sebelum perlantikan dilakukan.

"Tapi di bawah Akta Suruhanjaya Koperasi Felda, pihak menteri boleh mengecualikan sesiapa daripada mematuhi kehendak undang-undang kecil ini.

"Saya telah pun mengecualikan pematuhan undang-undang kecil tersebut kepada Tan Sri Isa (Samad) bermakna Tan Sri Isa boleh dilantik sebagai ahli lembaga oleh lembaga mereka," katanya selepas mengadakan 'walkabout' dan majlis ramah mesra warga penjaja dan peniaga kecil 1Malaysia di Jalan Petaling petang ini.

azlanMenurut Ismail, KPF mensyaratkan individu yang hendak dilantik sebagai ahli lembaga atau pengerusi mesti dalam kalangan pekerja atau keluarga Felda yang menjadi ahli lebih dua tahun.

Ismail berkata, beliau tidak berkuasa melantik pengerusinya tetapi mempunyai kuasa untuk memberi pengecualian daripada kehendak dan pematuhan undang-undang kecil.

"Jadi maknanya, Tan Sri Isa tak perlu tunggu dua tahun sebagai ahli untuk menjadi pengerusi," kata Ismail.

Sebelum ini, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengekalkan keanggotaan bekas menteri besar Negeri Sembilan itu dalam KPF.

SKM juga memutuskan tindakan KPF menerima keahlian Isa bercanggah dengan undang-undang kecilnya tetapi tiada peruntukan yang membolehkan keanggotaan yang diterima dibatalkan.
PERKASA: Inkuiri BERSIH buang masa

  • Nigel Aw
  • 3:57PM Jun 5 2012
Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali hari ini berkata, tindakan kerajaan menubuhkan panel bebas bagi menyiasat perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu membuang masa.

NONEKatanya, tiada apa lagi untuk disiasat kerana perhimpunan itu haram dan melanggar arahan mahkamah dengan cuba memecahkan penghadang untuk ke Dataran Merdeka.

Menurut Ibrahim lagi, tiada gunanya menubuhkan panel hanya untuk memuaskan hati pihak yang menuduh polis melakukan keganasan dalam perhimpunan itu.

Ekoran desakan pelbagai pihak, kerajaan pada 9 Mei lalu mengumumkan penubuhan panel bebas diketuai bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar.
Menteri elak terus terang isu no plat RM24,200

  • Nicholas Wong
  • 4:24PM Jun 5 2012
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini dilihat enggan menjawab secara langsung berhubung isu bidaan nombor pendaftaran WWW15 bernilai RM24,200 baru-baru ini walaupun diasak hebat pemberita.

Melihat perkara itu, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tampil mencelah dengan berkata, wang berkaitan hanya "dari tangan kanan kiri kepada tangan kanan" apabila semua wang yang menjadi dana kerajaan disatukan daripada semua kementerian.

NONELiow semalam mempertahankan bidaan itu dengan berkata kementeriannya mengganti kereta rasmi, sekali gus memerlukan nombor pendaftaran baru.

Bagaimanapun, awal pagi ini, Sin Chew Daily memetik seorang pegawai sebagai berkata, tiada peruntukan untuk menteri membida nombor pendaftaran untuk kereta baru.

Berikut sedutan dialog Liow dengan pemberita dalam sidang media di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur:

WARTAWAN: Siapa bayar bidaan untuk nombor plat kereta?

LIOW: Saya sudah sebut semalam, ini kereta rasmi kerajaan, dan menteri layak mendapat satu nombor pendaftaran.

Jadi prosesnya rasmi. Kita melakukannya melalui pejabat dan memohon kepada JPJ. JPJ pihak yang memproses permohonan ini.

WARTAWAN: Adakah kementerian membayar kosnya? Siapa bayar kosnya?

LIOW: Tidak, tidak. Ia semua terpulang kepada JPJ untuk mengendalikannya, kita serahkan kepada JPJ.

WARTAWAN: Tapi siapa bayar kosnya? Saya tahu prosesnya dikendalikan JPJ, tetapi siapa bayar kosnya?

LIOW: Saya kena semak dulu. Saya tidak pasti. Ia bawah JPJ.

WARTAWAN: Itu bermaksud anda tidak bayar bidaan untuk...

LIOW: Seperti yang saya katakan tadi, menteri layak mendapat satu nombor. Jadi, saya cuma tidak lakukannya sebelum ini. Jadi sejak kementerian saya tukar kereta, jadi mereka tukarkannya sekali.

WARTAWAN: Jadi maksud kamu pegawai kamu yang kendalikan?

LIOW: Ya.
PERKASA: Lapor polislah, Suaram

  • Nigel Aw
  • 5:38PM Jun 5 2012
Sekiranya Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mempunyai bukti bahawa rahsia tentera laut Malaysia dijual kepada syarikat asing, NGO hak asasi itu patut membuat laporan polis supaya siasatan dalam dijalankan.

NONEPresiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata, Suaram juga patut mengemukakan salinan dokumen berkaitan.

Suaram pada 31 Mei mendedahkan, siasatan mahkamah Perancis terhadap syarikat kapal DCNS mendapati ia membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Sdn Bhd sebagai sebahagian daripada pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.

Sebahagian daripada pembayaran itu, dakwa Suaram lagi, melibatkan jualan dokumen rahsia berhubung penilaian Malaysia berhubung purchase order.
SPR: Tak boleh tolak alamat tak lengkap

  • Kuek Ser Kuang Keng
  • 5:24PM Jun 5 2012
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya tiada kuasa untuk menolak permohonan pengundi beralamat tidak lengkap yang diragui.

Katanya, sekiranya pendaftaran itu tidak menerima bantahan daripada penduduk dan diwartakan dalam daftar pemilih utama, sebarang komen tidak berkesan kecuali pengundi sendiri tampil untuk menukarnya.

NONE"Seperti dalam kes Kampung Majidee Johor, tugas SPR mendaftarkan warganegara Malaysia yang layak sebagai pengundi berdasarkan alamat yang tertera di kad pengenalan mereka masa permohonan dibuat dan selepas semakan dengan ALIS/JPN.

"Penolong pendaftar pemilih daripada pejabat kerajaan, NGO, pejabat pos, parti politik, universiti dan sebagainya yang dilantik oleh SPR boleh mendaftarkan pemilih-pemilih kod 71 dan kod-kod lain jika mereka mohon.

"SPR tidak ada hak untuk menolak pendaftaran tersebut bila ALIS/JPN mengesahkan alamat itu sahih dan betul seperti yang direkodkan di JPN juga," katanya melalui SMS kepada Malaysiakini.

Abdul Aziz diminta mengulas dapatan terbaru penyelidik politik Ong Kian Ming baru-baru ini bahawa banyak pengundi baru yang didaftarkan agensi kerajaan (bukan SPR) mempunyai kod 71 dalam kad pengenalan tetapi tanpa nombor rumah dan jalan.

Kod 71 menunjukkan tempat lahir pengundi di luar negara.
PRU: Ibrahim Ali mahu pertahan kerusi Pasir Mas
HIDAYAH HAIROM
5 Jun 2012
Datuk Ibrahim Ali
Datuk Ibrahim Ali
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mengesahkan akan bertanding mempertahankan kerusi tersebut pada  Pilihan Raya Umum ke-13, namun enggan mengulas tiket yang akan digunakan.

Beliau berkata, ia terpulang kepada dirinya sendiri sama ada mahu menerima tawaran daripada mana-mana parti.

Pada 2008, Ibrahim bertanding atas tiket Pas.

"Bertanding di PRU ini tidak kira parti ke tidak parti ke, kalau kita mahu bertanding kita boleh bertanding, jadi tiada masalah. Saya bertanding atas tiket apa itu soal lain.
"Ia terpulang kepada saya, ini strategi saya, bila sampai masa nanti baru saya beritahu. Cuma kalau panjang umur, tubuh badan sihat, atas kehendak rakyat Pasir Mas, saya akan pertahankan posisi saya sebagai Ahli Parlimen," kata beliau  yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Beliau dalam sidang media sama turut menyatakan pendapat berhubung tarikh PRU13, yang mana katanya dijangka berlangsung bulan depan iaitu sebelum bulan Ramadan.

"Ia boleh berlaku dalam tempoh dua hingga tiga minggu dari sekarang , ada yang kata September, November malah tahun hadapan, tetapi saya kata Julai, sebelum puasa.

"Saya tidak tolak kemungkinan kerana itu kerana saya punya kiraan biasanya selepas Dewan Rakyat dibubarkan, ia mengambil masa dua minggu untuk SPR membuat persediaan sebelum PRU, tidak semestinya dibuat pada musim cuti sekolah, Jadi, saya jangka ia boleh berlangsung pada tarikh 15 atau 16 Julai," katanya tidak menolak spekulasi yang dibuat antara lain sebagai motivasi kepada semua parti yang akan bertanding.
Pakatan lapang dada terima 'layanan' BN
Jamilah Hamzah
5 Jun 2012
Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) menegaskan pihaknya tidak akan berundur atau berputus asa dalam usaha mereka menawan Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) walaupun pelbagai isu negatif dikaitkan oleh perikatan saingan mereka, Barisan Nasional (BN).

Dalam satu kenyataan disiarkan Sinar Harian hari ini, dua pemimpin Umno dengan nada menyindir berkata pembangkang dialu-alukan untuk menyerang Johor.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bagaimanapun mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) supaya mereka bersiap sedia untuk menghadapi keadaan "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran."

"Itu saja yang saya boleh kata. Mereka nak serang, seranglah... kita tak boleh larang. Tetapi saya yakin, rakyat Johor tak akan beri ruang kepada pembangkang. Tak mungkin mereka dapat terima parti yang pemimpinnya secara terang-terangan menghina sultan mereka," katanya.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan pula berkata, PR hanya mampu berangan-angan untuk merampas Johor sedangkan pemimpin parti telah mencetuskan pelbagai masalah di negeri tersebut dengan dakwaan yang dibuat oleh pemimpin DAP, Johor sebagai negeri yang banyak jenayah dan maslah sosial.

Mengulas kenyatataan kedua-dua mereka itu, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berkata, PR akan meneruskan perjuangan dan memberi yang terbaik untuk rakyat dalam menghadapi PRU akan datang walaupun isu terbaru sedang digembar-gemburkan pada masa sekarang.

"Kami tidak akan mengaku kalah, kami akan berjuang dan menghadapi situasi itu.

"Jika Khairy mengalu-alukan, kami terima dengan lapang dada tetapi jangan sifatkan kami sebagai penghasut seperti yang berlaku di negeri Pahang baru-baru ini," kata Fuziah.

Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, masyarakat tidak akan hilang kepercayaan disebabkan perkara itu, sebaliknya masyarakat akan menilai dari segi gerak kerja yang ditunjukkan oleh mereka pada masa sekarang.

Dalam pada itu, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berkata, walaupun Johor adalah kubu kuat Umno tetapi mereka tidak akan menyerah kalah dan pelbagai usaha dibuat untuk raih undi.

"Johor adalah kubu kuat Umno tapi kita belum tahu, rakyat akan memilih siapa untuk memipin mereka.

"Kami akan berikhtiar dan berusaha bersungguh-sungguh untuk meraih undi di sana," katanya.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub enggan mengulas kenyataan itu ketika dihubungi Sinar Harian.

"Isu itu buat masa sekarang, saya tak ada komen," katanya.
Rais dakwa Anwar ‘tak sayang orang Melayu’
AHMAD NORMAN ABU TALIB
5 Jun 2012
Rais dakwa Anwar ‘tak sayang orang Melayu’
Rais Yatim bersalam dengan peserta yang hadir di konvensyen tersebut.
SHAH ALAM – Orang Melayu digesa untuk bersatu dan memilih Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum akan datang dalam memastikan kepentingan mereka dibela kerana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa "tidak sayang Melayu,sistem beraja atau budaya Melayu".

Menteri Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mendakwa BN tidak mengabaikan tanggungjawabnya terhadap orang Melayu.

“Jangan ikut Anwar punya ‘sifir’ kerana dia tak sayang orang Melayu. Anwar tak pernah sebut pasal keistimewaan orang Melayu, raja-raja kita atau budaya.

“Pilih BN pemimpin-pemimpin yang sayangkan bangsa,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Politeknik Shah Alam di sini, hari ini.

Menurutnya, beliau mendakwa orang Melayu di negeri ini perlu sedar Selangor akan dikuasai kuasa asing yang ‘penghulunya’ bukan sahaja Pulau Pinang tetapi dari luar.

“Mungkin negara lain yang akan mengajar bagaimana Selangor harus ditadbir.

“Orang Melayu mesti faham siapa mereka. Malangnya, sebahagian orang Melayu tak kenal diri mereka. Mereka lebih suka Pulau Pinang diberi kepada Lim Guan Eng. Jatuhnya Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Selangor sebab orang Melayu tak kenal diri mereka,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Rais menggesa pengguna media sosial seperti Facebook dan Twitter supaya menghindarkan diri daripada memfitnah sebaliknya mengkritik dan mengemukakan pandangan berasaskan fakta.

Katanya, media sosial baru itu perlu digunakan sebaik mungkin.

“Kebanyakannya sekarang berpolitik menggunakan rejaman hujah tanpa menentukan sesuatu haluan menyebabkan pihak sana tersinggung dan keluarga pun tersinggung,

“Facebook dan Twitter mesti digunakan sebaik mungkin dengan menhindarkan diri daripada memfitnah sesama sendiri dan orang lain. Kritik dan kemukakan pandangan berasaskan fakta,” katanya.

Tiada ulasan: