Jumaat, 8 Jun 2012

PELIK HANYA MELIBAT NEGERI SERTA INSTITUT YANG DIKUASAI PEMBANGKANG...BETUL KE MEREKA PANDAI BERPOLITIK...ATAU TEKTIK AHLI POLITK BERDENDAM...PERAS-MEMERAS...SEOLAH2...WANG KELUAR DARI POKET SENDIRI...KENA ADA RASA MALU...KALAU TIDAK ...NAMPAK SANGAT KITA TAK PANDAI BERPOLITIK...ATAU MEMANG KELULUSAN KITA SANGAT RENDAH...

PTPTN tarik balik pembekuan pinjaman siswa Unisel, KUIS

  • Abdul Rahim Sabri
  • 12:17PM Jun 8 2012
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengambil keputusan untuk menarik balik pembekuan pemberian pinjamannya kepada siswa Universiti Selangor dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).
Sebelum ini, PTPTN telah membekukan pinjaman kepada Unisel dan KUIS - kedua-duanya di bawah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor - sehingga mencetuskan pelbagai reaksi bantahan pelbagai pihak terhadap tindakan tersebut.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata tindakan pembekuan pinjaman PTPTN itu dibuat untuk memberi peluang kepada kerajaan Selangor yang mahu pendidikan di negara ini, termasuk di peringkat tinggi, diberi secara percuma.
Tindakan itu juga diambil ekoran kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pelajar supaya jangan membayar balik pinjaman PTPTN dan berjanji ianya akan dimansukan jika Pakatan menawan Putrajaya dalan pilihan raya umum akan datang.
Sementara itu, seorang pegawai tinggi PTPTN ketika menjawab SMS daripada wartawan Malaysiakini, mengesahkan keputusan menarik balik pembekuan pinjaman kepada Unisel dan KUIS.
"Pejabat menteri pagi ini telah mengeluarkan surat (supaya) pinjaman PTPTN diteruskan kepada Unisel dan KUIS," katanya yang tidak mahu namanya disebut.
"Eloknya hubungi pejabat YB menteri," katanya dalam SMS tersebut.
Khaled seterusnya mengesahkan tindakan menarik balik pembekuan pinjaman siswa Unisel.
Beliau dilaporkan Utusan Online sebagai berkata, tindakan terbaru itu diambil ekoran "rayuan dan penjelasan Unisel bahawa ia tidak berniat untuk memberi pendidikan percuma kepada pelajar."
"Unisel juga mengakui bahawa PTPTN penting untuk pelajar justeru mengambil kira penjelasan dan keseriusan Unisel mengenai perkara ini saya telah meminta PTPTN menarik balik pembekuan itu pagi ini,’’ katanya seperti dipetik laman itu.

Perkara itu turut disahkan seorang pegawai kanan kerajaan Selangor yang dihubungi Malaysiakini hari ini.
Pegawai yang enggan namanya didedahkan itu berkata siswa berkenaan boleh membuat permohonan pinjaman tersebut bermula malam ini.


Beku PTPTN: Ada rancang berhenti, ada pindah IPT

  • Zulaikha Zulkifli
  • 6:43AM Jun 8 2012
Tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada mahasiswa baru Universiti Industri Selangor (Unisel) milik kerajaan Selangor menyebabkan beberapa pelajar merancang dan terpaksa berhenti belajar kerana tidak mendapat pinjaman.

Tindakan itu juga menyebabkan pelajar baru di universiti tersebut terbeban dan terpaksa bergantung dengan keluarga untuk mendapatkan wang.

NONESeorang pelajar daripada Fakulti Seni dan Rekaan yang mahu dikenali sebagai Edy berkata, beliau mengalami kesukaran untuk menyiapkan tugasan apabila tidak mendapat bantuan kewangan.

Pelajar yang berasal daripada Kuala Terengganu, Terengganu itu juga melahirkan rasa kesal dan bercadang untuk pindah ke institusi pengajian tinggi lain sekiranya masih tidak mendapat pinjaman PTPTN.

"Ada dua tiga orang kawan saya yang dah pindah belajar tempat lain sebab tak dapat PTPTN. Sekarang ni pun ada kawan-kawan lain rancang nak tukar juga.

"Macam saya pun bukan daripada keluarga senang. Saya ada tujuh orang adik beradik. Bila tak dapat PTPTN ni saya bimbanglah. Saya pun ada fikir nak pindah tempat lain kalau masih tak dapat pinjaman," kata Edy, 18, ketika ditemui Malaysiakini semalam.
'Rasa memang susah'

Semalam, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan PTPTN membekukan pinjaman kepada mahasiswa baru Unisel.

Pembekuan itu bertujuan untuk memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma di negeri itu, lapor Utusan Malaysia.

NONESelain itu,menurut seorang pelajar semester pertama Fakulti Komunikasi dan media yang mahu dikenali sebagai Bob, ketika mula memasuki Unisel, mereka ada diberi taklimat mengenai prosedur memohon PTPTN.

Bagaimanapun, beliau yang merupakan anak kepada pekerja penyelenggaraan berkata, sehingga hari ini, beliau mendengar khabar bahawa pihak Unisel tidak tahu kenapa pinjaman mereka dibekukan.

"Rasa memang susah kalau tak dapat PTPTN. Rasa macam nak berhenti belajar pun ada.

"Kami diberitahu bahawa pihak atas tak tahu kenapa dibekukan pinjaman. Saya juga difahamkan pihak Unisel juga sekarang sedang berbincang dengan PTPTN. Apa pun, saya nak tunggu apa keputusan sebelum lihat pilihan lain," kata bob, 18, yang berasal dari Johor.

Bob turut merayu kepada pihak PTPTN agar memberikan pinjaman kepada pelajar baru yang dibekukan pinjaman.
'Saya dengan sebab politik'
"Saya harap PTPTN bagi je pada kita. Memang rasa susah. Tugasan semua gunakan duit. Banyak pelajar sini sewa rumah, ada yang sampai saya dengar cerita cari kerja (sambilan)," katanya lagi.

Sementara itu, bagi Aqila, 18, yang berasal daripada Rawang pula mendapat khabar bahawa pembekuan pinjaman adalah disebabkan politik.

NONEAnak sulung dari tiga beradik ini berkata lagi, dengan kehidupannya yang tidak mewah, beliau amat memerlukan wang daripada pinjaman PTPTN.

"Saya memang perlukannya untuk biaya pelajaran saya. Sebelum tak macam ni (beku pinjaman). Saya dengar semua ni sebab politik.

"Yuran nak kata murah pun tak boleh. Keluarga saya tak kaya sangat. Duit belanja pun tak banyak, tak cukup. Saya harap PTPTN tak jadi bekukan (pinjaman)," kata pelajar semester pertama Fakulti Seni dan Rekaan itu lagi.

Seorang pelajar daripada fakulti komunikasi dan media, Kabil, 19, berkata beliau memerlukan wang daripada pinjaman PTPTN untuk membayar yuran pengajian.

NONEKatanya lagi, beliau bersama rakan lain amat terkejut dengan tindakan PTPTN yang membekukan pinjaman kepada pelajar Unisel.
"Kami semua terkejut. Dalam kelas pun dah tak tumpu perhatian bila semua cakap mengenai PTPTN... Jika tak ada duit daripada PTPTN, kami terpaksa berhenti belajar.

"Ada juga senior yang kata suruh sabar dan kata jangan bimbang dan semuanya akan baik seperti biasa... Tapi tak ada duit bagaimana nak sambung belajar.

"Dalam keluarga bapa saya seorang sahaja yang mencari nafkah dan dia bakal bersara tak lama lagi," kata Kabil yang merupakan anak  bongsu kepada seorang kakitangan TNB.
VIDEO l  5.09 min

Wawancara di atas dijalankan beberapa jam sebelum Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa UNISEL akan menggunakan asetnya untuk membantu pelajar yang menghadapi kesukaran untuk meneruskan pengajian.
PTPTN: 'RM50 pun kami terima'
3:15PM Jun 8 2012
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini berkata badan itu tidak mengkhianati atau menganiayai pelajar sebaliknya bertolak ansur dalam memungut kembali wang pinjaman itu.

NONEPengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said (kiri) berkata pihaknya sentiasa membuka pintu untuk rundingan dan menjadualkan semula bayaran kepada peminjam yang menghadapi masalah untuk membayar balik pinjaman.

"Dakwa sesetengah pihak, PTPTN mengkhianati atau menganiayai pelajar (peminjam) tidak benar sama sekali, malah jika mereka bersedia membayar RM50 sebulan pun kita terima.

"Apa yang dikesalkan mereka yang mendapat pinjaman itu terus tidak menghubungi PTPTN setelah tamat pengajian walaupun berpuluh kali dihubungi dan jalan terkakhir kami adalah terpaksa keluarkan surat melalui mahkamah," katanya kepada pemberita di Temerloh semalam.

Ismail yang juga anggota parlimen Kuala Krau turut menggesa graduan yang menghadapi masalah dalam membayar semula pinjaman segera datang berunding dengan PTPTN bagi mengatasi masalah itu.

azlanMengenai keputusan PTPTN yang mewajibkan pelajar mempunyai akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dengan simpanan minimum RM20 bagi mendapatkan pinjaman PTPTN berkuatkuasa 1 Jan lepas, katanya ia bertujuan menggalakkan budaya menabung di kalangan ibu bapa bagi pendidikan tinggi anak-anak mereka.

Dengan skim ini, katanya ibu bapa boleh merancang dana pembiayaan pendidikan anak-anak untuk melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi.

Ismail berkata skim yang dijamin kerajaan itu turut memberi pelbagai keistimewaan merangkumi pelepasan cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sebanyak RM3,000.

Katanya dari Januari hingga 31 Mac lalu, sebanyak 1.2 juta akaun SSPN dibuka oleh pendeposit membabitkan simpanan RM605.43 juta.

--Bernama

Tiada ulasan: