TLDM tidak mahu ulas dakwaan penjualan dokumen sulit
Tentera
Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak mahu mengulas dakwaan bahawa dokumen
sulit yang dikaitkan dengan tempahan untuk membeli dua kapal selam kelas
Scorpene, telah dijual kepada sebuah syarikat asing.Ketika dihubungi Malaysiakini, pengarah media dan web TLDM, Komander Ismail Othman berkata, pihaknya tidak ada sebarang komen mengenainya buat masa ini.
Ismail juga enggan mengulas lanjut apabila ditanya sebab pihaknya tidak mahu mengulas tentang isu tersebut.
Pada 31 Mei lalu, NGO hak asasi manusia, Suaram mendakwa dokumen sulit telah dibeli DCNS - firma pembuat kapal yang berpangkalan di Paris - yang kemudiannya menjual kapal selam tersebut kepada Malaysia.
Siasatan berhubung dakwaan rasuah terhadap DCNS yang difailkan di
Perancis DCNS telah mendedahkan dakwaan bahawa pembayaran telah dibuat kepada sebuah syarikat berpangkalan di Hong Kong, Terasasi.
Pengarahnya, Abdul Razak Baginda (kanan), merupakan rakan rapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang semakin didesak supaya menjelaskan penglibatan beliau dalam skandal tersebut.
Wang tersebut didakwa adalah sebahagian daripada beberapa urusniaga antara syarikat-syarikat berkenaan, yang menyaksikan Terasasi didakwa menerima kira-kira 36 juta euro (RM142 juta) dari DCNS.
Strain baru flu dijangka merebak ke Australia
Strain baru flu dari hemisfera utara berkemungkinan merebak ke Australia pada musim sejuk ini.
Pengarah Pusat Perlindungan Kesihatan di Sydney Dr Jeremy McAnulty berkata strain dikenali H3N2 itu akan menjadi strain dominan menggantikan H1N1 yang muncul pada 2009.
Wanita hamil, warga emas dan pesakit kronik harus diberi suntikan vaksin.
"Ini mungkin bermakna kumpulan warga emas mungkin lebih terdedah kepada risiko itu pada musim sejuk ini," kata Dr McAnulty dalam satu kenyataan.
Beliau turut menasihati ibu bapa agar memastikan anak mereka yang berusiaenam bulan ke atas diberi vaksin mencegah flu.
- Bernama

Padang PKNS, Datuk Bandar PJ akan putuskan, kata MB
Menteri
Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Datuk Bandar
Petaling Jaya Datuk Mohamad Roslan Sakiman akan membuat keputusan
berhubung permohonan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk
membangunkan Padang Kompleks Sukan PKNS di Kelana Jaya.
"Perkara ini mesti dilakukan oleh Datuk Bandar Petaling Jaya kerana permohonan itu dihantar kepada Datuk Bandar PJ," katanya kepada pemberita selepas bermesyuarat dengan wakil Pihak Berkuasa Tempatan di Shah Alam hari ini.
Beliau berkata Mohamad Roslan akan mengemukakan keputusan itu kepada PKNS, dan PKNS boleh membuat rayuan jika permohonannya ditolak.
"Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan membuat keputusan jika PKNS merayu," katanya.
Mohamad Roslan sebelum ini dilaporkan sebagai berkata MBPJ tidak akan meluluskan sebarang permohonan untuk membangunkan projek komersial di padang yang terletak di SS7 Kelana Jaya.
Cadangan pembangunan itu mendapat bantahan penduduk setempat yang mahu mengekalkannya sebagai kawasan hijau tempat mereka beriadah.
Mereka khuatir pembangunan baharu akan meningkatkan lagi aliran lalulintas di kawasan itu.

Noh: Diskaun cukai pintu 'gula-gula politik'
Timbalan
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar mempersoal
tindakan kerajaan Selangor mengumumkan pemberian diskaun 20 hingga 25
peratus bayaran cukai pintu kepada semua penghuni rumah pangsa kos
rendah, hanya selepas empat tahun memerintah negeri itu.
Beliau berkata pemberian diskaun itu jelas hanya sebagai 'gula-gula politik' pembangkang menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.
"PRU dah dekat, kenapa sekarang baru terfikir nak laksanakan janji yang dibuat empat tahun lalu berbanding dengan perkara yang dijanjikan Perdana Menteri, contohnya pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia yang dilaksanakan sebaik pengumuman mengenainya dibuat," katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2012 kawasan Parlimen Tanjong Karang semalam.
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mengulas pengumuman Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kelmarin, berhubung pemberian diskaun cukai pintu kepada pemilik kediaman flat kos rendah di negeri itu.
Abdul Khalid bagaimanapun berkata diskaun itu hanya layak diterima oleh pemilik yang menghuni rumah flat masing-masing dan mendaftar dengan Badan Pengurusan Bersama (JMB).
Noh turut mempersoal tindakan kerajaan negeri yang tidak menurunkan cukai pintu bagi semua jenis kediaman di negeri itu seperti yang dijanjikan dalam manifesto PRU 2008.
"Ini hanya beri pada rumah kos rendah sedangkan berapa sangat diskaun cukai pintu rumah kos rendah jika dibandingkan dengan kediaman lain," katanya.
Mengenai tindakan kerajaan negeri memperuntukkan 50 lori kompaktor sampah kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Noh berkata tindakan itu dilihat sebagai cubaan untuk menutup kelemahan pembangkang menyelesaikan isu kutipan sampah di Selangor.
Beliau berkata sekiranya kerajaan negeri serius ingin menyelesaikan masalah itu, mereka sepatutnya menawarkan kemudahan lori kompaktor sampah tersebut kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor.
"Masalah sampah bukan sahaja di Shah Alam dan Petaling Jaya tetapi di seluruh Selangor," katanya.
Semalam, kerajaan negeri melalui anak syarikatnya, Kumpulan Darul Ehsan Berhad membeli 50 buah lori kompaktor sampah bernilai RM14.5 juta untuk diperuntukkan kepada dua PBT di Selangor sebagai langkah menyelesaikan masalah kutipan sampah di dua kawasan PBT itu.
Sementara itu, bercakap kepada pemberita di Shah Alam, Noh membidas kerajaan negeri Selangor yang menurutnya lebih menumpukan kepada isu kewujudan 300,000 pengundi baru dalam daftar pemilih, dan tidak mengambil berat tentang sejumlah 600,000 rakyat yang layak mengundi tetapi belum mendaftar sebagai pemilih.
Beliau berkata jika kerajaan negeri boleh memperuntukkan RM1 juta untuk kajiselidik daftar pengundi dari rumah ke rumah, mengapa ia tidak membantu mendaftarkan rakyat Selangor sebagai pemilih.
Noh mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam bahawa Selangor merupakan negeri yang mempunyai jumlah tertinggi daripada 3.2 juta rakyat yang layak mengundi tetapi belum mendaftar sebagai pemilih.
"Yang menghairankan, mengapa kerajaan negeri tidak melakukan bantahan sebelum tamat tempoh bantahan daftar pemilih, tetapi memilih untuk melakukan kaji selidik itu, yang tidak mempunyai kuasa daripada segi undang-undang untuk melakukannya," katanya kepada pemberi selepas menutup Konvensyen Media Sosial
1Malaysia Selangor anjuran Jabatan Penerangan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas Selangor semalam.
Noh mendakwa ia adalah cara pembangkang mengelirukan rakyat dan kerajaan negeri sepatutnya membantu SPR mendaftarkan mereka yang layak mengundi sebagai pemilih, dan bukan mencari salah suruhanjaya itu dengan melakukan kajiselidik ke atas daftar pemilih.
"Mereka sedang bina perspektif negatif terhadap SPR... mereka yakin mereka akan kalah, dan akan terus menyalahkan SPR kerana pilihan raya umum kononnya tidak bersih," katanya.
- Bernama
Seorang pegawai PTPTN ketika dihubungi melalui talian pertanyaan badan tersebut mengesahkan bahawa perkara itu dimaklumkan secara dalaman melalui emel.
Katanya lagi, tiada pekeliling secara hitam putih dikeluarkan berkenaan langkah tersebut.
Tinjauan Malaysiakini di satu laman forum PTPTN hari ini turut mendapati bahawa pinjaman kepada pelajar baru Unisel "ditangguhkan buat sementara waktu."
Ruangan forum berhubung syarat permohonan pinjaman kendalian Kementerian Pengajian Tinggi itu turut menyatakan bahawa PTPTN tidak lagi memberi pinjaman kepada pelajar Unisel.
Perkara itu dinyatakan salah seorang moderator laman forum berkenaan yang menggunakan nama "ptptn1" ketika menjawab satu soalan berhubung pinjaman PTPTN untuk pelajar Unisel pada 8 Mei lalu.
Pinjaman 'ditangguhkan'
Dalam satu lagi jawapannya pada 31 Mei berhubung isu sama, moderator berkenaan menyatakan bahawa "pinjaman bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian di Unisel ditangguhkan buat sementara waktu."
Mengulas tindakan itu, naib canselor Unisel Prof Dr Anuar Ahmad berkata perkara itu mula disedari apabila pelajarnya cuba memohon pinjaman tersebut melalui sistem dalam talian sejak April lalu.Katanya, permohonan pinjaman untuk siswa kampus tersebut buat masa ini dibekukan.
Katanya, Unisel kemudiannya mengadakan perbincangan dengan PTPTN berhubung keputusan tersebut sejak minggu lalu.
Bagaimanapun, sebab pembekuan itu tidak dapat didedahkan kerana perbincangan masih berjalan, katanya lagi.
"Kita sedang berbincang dengan PTPTN jadi tidak banyak yang boleh didedahkan. Jika hujung minggu ini tiada makluman dari PTPTN kita akan hubungi mereka semula," katanya.
'Mangsa politik'
Tambahnya, tindakan tersebut mungkin menjejaskan pengajian lebih seribu pelajar yang baru mendaftar di Unisel.
"Jadi mereka ini kita benarkan meneruskan pengajian dan kita cuma minta bayar yuran pendaftaran RM500 sahaja," katanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sewaktu dihubungi berkata beliau tidak dapat memberikan sebarang ulasan mengenai perkembangan tersebut.
"Saya sukar hendak komen hal ini. Minta maaf," katanya.
Exco pendidikan Selangor, Dr Halimah Ali pula dalam satu kenyataan berkata PTPTN seharusnya bersikap profesional dan tidak menjadikan siswa berkenaan sebagai "mangsa politik pihak tertentu."
Katanya, PTPTN tiada sebab untuk mendiskriminasi pelajar dari IPT tertentu yang memohon pembiayaan.
"Namapun Satu Malaysia, tetapi mengapa wujud sikap pilih kasih terhadap pelajar Unisel," kata anggota lembaga pengarah Unisel itu lagi seperti dipetik laman TV Selangor.

PTPTN 'beku' pinjaman untuk siswa baru Unisel
Permohonan
siswa baru Universiti Selangor untuk mendapatkan pijaman melalui
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah dibekukan,
menurut perbadanan tersebut.Seorang pegawai PTPTN ketika dihubungi melalui talian pertanyaan badan tersebut mengesahkan bahawa perkara itu dimaklumkan secara dalaman melalui emel.
Katanya lagi, tiada pekeliling secara hitam putih dikeluarkan berkenaan langkah tersebut.
Tinjauan Malaysiakini di satu laman forum PTPTN hari ini turut mendapati bahawa pinjaman kepada pelajar baru Unisel "ditangguhkan buat sementara waktu."
Ruangan forum berhubung syarat permohonan pinjaman kendalian Kementerian Pengajian Tinggi itu turut menyatakan bahawa PTPTN tidak lagi memberi pinjaman kepada pelajar Unisel.
Perkara itu dinyatakan salah seorang moderator laman forum berkenaan yang menggunakan nama "ptptn1" ketika menjawab satu soalan berhubung pinjaman PTPTN untuk pelajar Unisel pada 8 Mei lalu.
Pinjaman 'ditangguhkan'
Dalam satu lagi jawapannya pada 31 Mei berhubung isu sama, moderator berkenaan menyatakan bahawa "pinjaman bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian di Unisel ditangguhkan buat sementara waktu."
Mengulas tindakan itu, naib canselor Unisel Prof Dr Anuar Ahmad berkata perkara itu mula disedari apabila pelajarnya cuba memohon pinjaman tersebut melalui sistem dalam talian sejak April lalu.Katanya, permohonan pinjaman untuk siswa kampus tersebut buat masa ini dibekukan.
Katanya, Unisel kemudiannya mengadakan perbincangan dengan PTPTN berhubung keputusan tersebut sejak minggu lalu.
Bagaimanapun, sebab pembekuan itu tidak dapat didedahkan kerana perbincangan masih berjalan, katanya lagi.
"Kita sedang berbincang dengan PTPTN jadi tidak banyak yang boleh didedahkan. Jika hujung minggu ini tiada makluman dari PTPTN kita akan hubungi mereka semula," katanya.
'Mangsa politik'
Tambahnya, tindakan tersebut mungkin menjejaskan pengajian lebih seribu pelajar yang baru mendaftar di Unisel.
"Jadi mereka ini kita benarkan meneruskan pengajian dan kita cuma minta bayar yuran pendaftaran RM500 sahaja," katanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sewaktu dihubungi berkata beliau tidak dapat memberikan sebarang ulasan mengenai perkembangan tersebut.
"Saya sukar hendak komen hal ini. Minta maaf," katanya.
Exco pendidikan Selangor, Dr Halimah Ali pula dalam satu kenyataan berkata PTPTN seharusnya bersikap profesional dan tidak menjadikan siswa berkenaan sebagai "mangsa politik pihak tertentu."
Katanya, PTPTN tiada sebab untuk mendiskriminasi pelajar dari IPT tertentu yang memohon pembiayaan.
"Namapun Satu Malaysia, tetapi mengapa wujud sikap pilih kasih terhadap pelajar Unisel," kata anggota lembaga pengarah Unisel itu lagi seperti dipetik laman TV Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan