Isnin, 5 September 2011

MENGATA@MENCERCA@MENGODEM ORANG MEMANG SYOK...MACAM DIRINYA BAIK2 SESANGAT2....PERIBADI PUN TAK CLEAR LAGI..NANTI ORANG GELAK.....

Kematian jurukamera: Bukan masa tuding jari, kata PM
Sep 4, 11 3:44pm
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata bukan masanya untuk menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak berhubung kematian jurukamera BernamaTV yang terkena tembakan peluru sesat Jumaat lalu.

Allahyarham Noramfaizul Md Noor terbunuh semasa menyertai misi bantuan kemanusiaan kelab Putera 1Malaysia ke Somalia, yang mana Najib adalah penaungnya.

Najib PC on Bernama cameraman"Ini merupakan sebahagian (daripada bidang kewartawanan). Kamu boleh mengambil langkah keselamatan tapi tiada jaminan sepenuhnya (mengenai keselamatan) sebaik anda berada di kawasan konflik seperti Libya, Mesir dan Gaza di mana banyak nyawa wartawan telah hilang," katanya.

Najib berkata apa yang penting sekarang ialah untuk mengambil iktibar dan cuba memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang dalam misi kemanusiaan yang disertai Malaysia pada masa depan.

Beliau sebelum itu menyertai keluarga Noramfaizul di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang bagi menunggu ketibaan jenazah Allahyarham dari Mogadishu hari ini.

somalia soldiers on truck 1Mengulas lanjut mengenai tugasan media di kawasan berisiko tinggi, Najib berkata ia biasanya melibatkan kawasan konflik.

"Kalau kita pergi bila keadaan sudah reda, tak ada lagi konflik, maknanya tak ada risiko. Tapi kalau kita hendak buat liputan terkini ketika sesuatu konflik masih tegang lagi, tentu sekali ada risiko sebab banyak pihak yang bertelagah, dia ada senjata.

"Collateral damage"

"Jadi bila ada senjata dalam tangan orang yang tak bertanggungjawab, yang tak profesional, yang ada tujuan tertentu, tentu sekali ada risiko walaupun kita tidak merupakan pihak yang menjadi sasaran," katanya.

Sehubungan itu, menurut perdana menteri, kejadian tidak diduga yang menimpa Noramfaizul boleh dikategorikan sebagai "collateral damage" (kebinasaan lingkungan).

noramfaizul mohd nor"Saya sifatkan Allahyarham sebagai seorang wira negara dan kita patut jadikan pengorbanan beliau itu sebagai satu model, cerita dan kisah yang merangsang semangat kita untuk terus memainkan peranan dalam misi kemanusiaan seterusnya," katanya.

Beliau yang merupakan penaung Kelab Putera 1Malaysia, berkata pengorbanan Allahyarham sekaligus menaikkan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang sentiasa berada di saf hadapan dalam membantu negara lain yang mengalami malapetaka atau kesengsaraan, seperti kebuluran di Somalia.

Najib berkata kerajaan juga bersetuju menanggung kos pendidikan dua anak Allahyarham -- Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3.

Allahyarham Noramfaizul ialah anak sulung daripada enam beradik dan merupakan anak lelaki tunggal.


  • Cikgu Din Sas · Pengulas Tertinggi · Friends with Ummu Aiman
    Apa khabar dengan keluarga tentera Malaysia yang terkorban seperti Allahyarham Prebet Mat Aznan, 4 okt 1993, Allahyarham Staf Sarjan Azman Mohd Tahir 19 Julai 94.lain anggota Allahyarham Koperal Abd Kadir, Lans Koperal Azhar Suib. Adakah keluarga mereka dibela dan disantuni kerajaan.Mereka bertugas atas nama Kerajaan Malaysia. Bukannya atas nama Kelab Putera 1 Malaysia(UMNO).
  • Firdaus Fathurahman · Pengulas Tertinggi · Sekolah atap rembia
    Mati dlm Putera terus dapat wira negara....askar yg mati dan cacat dalam pejuangan untuk negara selama ni mengapa tak bagi wira negara? PM 1Malaysia bagi statment hati2 cikit..dulu pemain badminton menang wira negara..dapat tanah mcm2 dapat tentera yang cacat hilang anggota tubuh badan pun tak dapat tanah...apa2 pun saya doakan arwah d tempatkan d sisi orang2 beriman ~amin~.
  • King Jason · Pengulas Tertinggi · Programmer/Analyst di Apple Inc.
    KAT MALAYSIA NIH..TAK DER SORANG PON ORG SUSAH MCM KAT SOMALIA,

    KAT MALAYSIA NIH.SEMUA ORG SENANG LENAG.TAK PERLU BANTUAN.

    SO TAK KIRA SESIAPA PUN..MARI KITA BANTU MONYET KAT HUTAN..

    KITA TAK ADA ANAK MALAYSIA YG KELAPARAN!

    MARI KITA BANTU ANK SOMALIA..

    DATO AZEEZ, ORG MELAYU TULEN, AHLI umDOG KEBANGKAAN RAKYAT!

    PARTI umDOG YG SERAKAH MEMJAJA NAMA KAT SOMALIA.

    MARI KITA BANTU RAKYAT SOMALIA...

    ANAK MALAYSIA SEMUA MATI KEKENYANGAN.

    KAH KAH KAH KAH!
    • Ratu Aida Syawal · Pengulas Tertinggi · Bangkok, Thailand
      Memang bukan mase tuding jari,kau da kenyang bersenang lenang cuti2 kat Perth dan2 nk lari tajuk......sudah la NAJIB
    • King Jason · Pengulas Tertinggi · Programmer/Analyst di Apple Inc.
      dato Azeez ...aka mamak kimma umDOG..lepas ni team korang p uganda,zimbabwe,dan banyak lagi negara2 luar yg lain..tunjukkan yg negara kita ni tak ada rakyat yg susah..tersepit,laung2kan yg rakyat kita ni semua mewah2 belakja ya...kikiki
    • Ibrahim Tompang · Pengulas Tertinggi
      king jason,knapa laa berfikir macam ni?apa kerajaan skrg tak pernah tlong rakyat mlaysia ker?semua rakyat malaysia secara langsung atau tidak,dapat kemudahan dari krajaan laa..cuba fikir baik2....cuba fikir kita sekampung,walau pun kita susah,tapi tak kan kita tak bole langsung tlong org yg lebih susah dlm kampong kita tuu...begitu jugak kerajaan malaysia...faham???kalau tk faham nanti anak saya akan terangkan lagi....
  • Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
    Kejadian ini bukan tak diduga wahai najib. Sejak Kelab Putera 1malaysia ini inigin ke sanapun kami ini dah menduga pasti akan berlaku kejadian yg tidak diingini kerana sudah terang lagi bersuluh tempat itu adalah kawasan peperangan. Kalau iapun nak pergi sana sediakanlah keselamatan terbaik. Kita tahu tempat itu semua org bersenjata kenapa tak sediakan baju kalis peluru utk petugas2 yg terlibat. Datuk T yg pergi masjid iaitu tempat paling aman di dunia, korang sanggup sediakan baju kalis peluru...Apa punya otak..Patutlah digelar United Malay No Otak.
    • Marcus Teh · Pengulas Tertinggi
      United Malay knock out ..
    • Adnan Yasin · Pengulas Tertinggi · SMK Seri Sendayan
      AKU SETUJU DENGAN KAU NGAPA PM KAU NI BANGANG SANGAT,HEBOH NAK NAIKKAN IMEJ NEGARA KUNUN.BANGANG ....PUTERA 1MALAYSIA TU SATU HAL ESOK MAMAK TONGKANG TU YANG DAPAT NAMA.
    • Zain Sulaiman · Pengulas Tertinggi
      Apa jadi Rempit yang di taja kerajaan ke Kutut Utara buang duit kerajaan je. Yang buat duit mamak ni. Nyawa yang terkorban tak kira dapat wira je. Berapa banyak lagi mamak di negara ini nak muncul jadi wira macham mamak ni. Kat Penang banyak mamak yang menunggu.(Naina Muhamad)
  • Mohd Amy Azmi · Sek men keb majidi baru
    yang terbaik tolong la dulu sedara2 dlm negara yg ramai lg susah baru la menyibuk tolong yg luar negara..buat kerja tu biar ikhlas jgn kejar nama saje..
    • Abd Rahim · Pengulas Tertinggi
      tapi bkn salah wartawan tu pun. yg nak dapat nama siapa? yg pertaruh nyawa pulak sapa? takkan baju kalis peluru hanya dibekalkan waktu nak angkat sumpah je?
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
      Nak tolong rakyat somalia x ada masalah. Tapi kena seimbang la. Rakyat kat dlm Malaysia ni nak kena jaga juga kebajikannya! Brg2 jgn la naik harga. Gaji2 penjawat awam kena la naik, jgn la asyik dok takuk sama aja. Pastu, klau nak bntu rakyat somalia pun, kenalah ikhlas, & jgn gunakannya sbagai platform utk popularkan diri kita. Dan x perlu la bawak wartawan ramai2, kan mcm ada udang disebalik mee tu! Klau kita buat ssuatu kje tu ikhlas, disitulah akan ada keberkatan. Sebaliknya klau x ikhlas & ada agenda lain, 'udang sebalik mee' pun x dpt, pahala '0'!...
    • Linda Hasanah · Pengulas Tertinggi
      sekurang-kurangnya kite dah melakukan 1 effort utk org Islam.. dan aku bangga dgr rakyat kite disanjung tggi disana.. sebbkan usaha kite.. bukan takat ckp kosong je.. konon jaguh.. tp habuk pun tarak..
  • Hanisya Abdul Hamid · Top Commenter · S/u Pegawai Khas Ahli Parlimen Kapar at Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kapar
    "BUKAN MASA TUDING JARI" kata Najib..wah sedapnya bagi stetmen ekk...sebab juru kamera tu asyik duk cover kemana Azeez Rahim pergi dan berada....cuba kalau juru kamera tu cover pemimpin2 Pakatan Rakyat...jangan kata 1 jari...20 jari termasuk jari kaki la asyik duk kena tuding terhenti2 oleh media2 penjilat kerajaan.....
  • Seligi Alpha · Top Commenter · Friends with Ezzy Freeman
    wira umngook.....memang tak diduga ,,,, tiap kali berlaku baru nak ambil iktibar lembabnya umngoook ni...
  • Zaman Bujang · Top Commenter
    Kalau nak tuding jari, pastikan jari tu ada cincin baik punya...... kalau stakat cincin suasa, tak payahlah tuding.......
    • Mat Mamat · Top Commenter
      PUAK KO AJE YG SUKA MENUDING JARI, TAK SEDAR CARI KELINGKING TU MENGHALA KE MANA....
  • Bicara Che Wan · Top Commenter · TOK SIAK, MASJID KAYU, PULAU PINANG at Masjid Kayu
    MEMANG BENAR JODOH PERTEMUAN, AJAL MAUT DI TANGAN TUHAN.. KITA SEBAGAI HAMBA TIDAK PERLU MEMPERTIKAIKAN QADA DAN GADAR YANG TELAH DITETAPKAN ALLAH...

    HANYA SAHAJA, TERKADANG RAKYAT BERFIKIR APA PERLUNYA DIWUJUDKAN PELBAGAI PROGRAM KEMANUSIAAN ATAS NAMA UMNO/BN? MASING2 BERLUMBA-LUMBA UNTUK MENYEDIAKAN MISI ANTARABANGSA ATAS NAMA UMNO (PEMUDA UMNO/ PUTERA UMNO)?
    JIKALAU ATAS NAMA UNTUK MEMBANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN, DI NEGARA KIT SENDIRI KEMSIKINAN SUDAH BERJAYA DIATASIKAH?

    APA SUMBANGAN WARTAWAN INI KEPADA NEGARA SEHINGGA KERAJAAN BERSEDIA MENGAMBIL TANGGUNGJAWAB MEMBELA KEBAJIKAN ANGGOTA KELUARGANYA? BERAPA RAMAI ASKAR2 DANN PASUKAN KESELAMATAN @ RAKYAT MALAYSIA YANG TERBUNUH DI LUAR NEGARA.. ADAKAH KELUARGA MEREKA DILAYAN SAMA RATA OLEH KERAJAAN..

    SEANDAINYA KEMATIAN JURUKAMERA INI ATAS PEMERGIANNYA KE SOMALIA BUKAN ATAS NAAMA KELAB 1PUTERA.. BERSEDIAKAH KERAJAAN UNTUK MENGAMBIL TANGGUNGJAWAB INI? BERSEDIAKAH NAJIB MENGANGGAP JURUKAMERA INI SEBAGAI WIRA NEGARA JIKA DITAKDIRKAN ARWAH PERGI ATAS NAMA MISI KEMANUSIAAN PAKATAN RAKYAT?
    • Halimi Mohamad Said · UTM
      SETUJU SGT-SGT
    • Zain Sulaiman · Top Commenter
      TV3 ada program BERSAMAMU ada banyak fakir miskin yang di tayangkan kenapa Dato Azeez ini nak juga pegi ke Somalia tolong orang miskin di sana. Membazirkan duit rakyat Malaysia. Kenapalah kita UMNO meyokong orang macham ini. Peminpin berjiwa publicity bukan rakyat di dulukan. Banyak orang kat Baling perlu petolongan kenapa tak tolong orang tempat sendiri.
    • Dinns Kamar · Pulau Pinang
      kat BALING dah x laku..........ni semua hanya lakonan kepentingan diri

Kesederhanaan Islam: Najib tak ikhlas, kata Wikileaks
Sep 4, 11 10:08am

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ketika cuba menggambarkan Malaysia sebagai suara Islam yang sederhana, tetapi melakukan sebaliknya dalam percubaan untuk menarik sokongan orang Melayu, kata kabel diplomatik Kedutaan Amerika Syarikat yang bocor.

NONEMengulas cubaan pentadbiran Najib yang mengendalikan kontroversial penggunaan kalimah Allah dan beberapa isu agama yang lain, kedutaan itu curiga sejauh mana perdana menteri sanggup membuktikan Malaysia sememangnya bertoleransi terhadap kebebasan beragama.

"Sudah lama konflik antara komitmen parti pemerintah dengan prinsip kebebasan agama berbanding toleransi terhadap agama lain wujud,” kata kabel Kedutaan Amerika yang dihantar ke Jabatan Negara di Washington DC bertarikh 12 Januari tahun lalu.

"Usaha perhubungan awam Najib bagi tidak memperbesar-besarkan perbezaan antara kaum dan agama serta menggalakkan konsep toleransi dan kesederhanaan tidak dapat dipertahankan. Beliau mula memihak kepada pandangann pelampau berbanding pandangan popular berikutan pendirian keras pelampau dalam parti itu yang cuba dipaksa ke atas rakan-rakan ahli Umno yang lain.”

Pendedahan itu dimuat-naikkan dalam portal pembocor maklumat Wikileaks minggu lalu.

NONEIa menyebut isu kalimah Allah, Kartika dan insiden kepala lembu serta beberapa yang lain berkaitan dengan amalan kebebasan beragama yang telah menimbulkan keraguan berhubung keikhlasan Najib menangani isu berkenaan.

"Di sebalik pelbagai usaha bagi meyakinkan penonton ekspatriat dan bangsa asing, kerajaan Malaysia sebenarnya hanya memberi tumpuan melindungi harta dan keselamatan mereka yang berkenaan tetapi melepaskan peluang membuat kenyataan yang jelas untuk menegakkan kebebasan agama di negara ini," petik kabel itu.

Menurut kabel itu lagi, dipercayai Najib berusaha keras untuk menawan sokongan pengundi Melayu sehingga sanggup mengorbankan untuk mewujudkan persekitaran sebenar kebebasan beragama.

PM Najib Razak speaks to the press outside the gutted administrative block of Metro Tabernacle church 1Ini, katanya, terbukti dengan cara kerajaan mempergunakan badan kehakiman untuk campur tangan dalam isu Allah. Ini juga membabitkan bagaimana BN memanipulasi kenyataan umum termasuk daripada Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor, untuk menghantar mesej bahawa BN tidak akan tunduk terhadap larangan penggunaan Allah kepada orang bukan Islam.

Tindakan itu, jauh berbeza dengan kenyataan Najib di luar negara. Contohnya semasa kuliah di Oxford pada Mei lalu yang bertajuk 'Gabungan sederhana dan Persefahaman Antara Budaya', perdana menteri mendakwa Malaysia sebagai sebuah negara sederhana yang meraikan kepelbagaian masyarakatnya yang berbeza bangsa dan agama.

"Rakyat Malaysia menerima kepelbagaian mereka. Kami tidak hanya bertolak ansur antara satu sama lain tetapi juga menerima dan meraikannya bersama, " kata Najib semasa lawatan ke United Kingdom, atas undangan Pusat Pengajian Islam Oxford (Oxcis).

  • Ilham Najah · Pengulas Tertinggi · Friends with Mohd Salimon
    Amalkan Islam yang betul ikut Quran dan Hadis lebih memberi keadilan kepada bukan islam...mana ada islam sederhana..
    • Kopi O Kaw · UTM
      Islam sederhana tu ambik sebahagian tolak sebahagian. Hakikatnya sama juga dgn tolak semua...
    • Muneer Hasan · Ikm kl
      sokong Ilham Najah. islam sederhana!! kalau sahabat2 r.anhum dengar kalimah ni..mau dipancungnya kepala penuturnya..
    • Sin Taq · Pengulas Tertinggi · Lyon, France
      segalanya sederhana...jgn bongkak,tamak,sombong,...9 Julai tak menggambarkan kesederhanaan....malah seangkatan dgn zionis..apakah itu sederhana paluan najib..?? kemewahan pemimpin negara ...bercuti jutaan belanjanya...kediaman jutaan maintenance...dimana yg sederhananya....rakan fb yg lain mungkin benar...najib "sederhana" mengamalkan Islam..."berlebihan" dlm menidakkan Islam..
  • Hafiz Roslan · Pengulas Tertinggi · Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
    ak dh x sanggop lg berada dlm pemerintahan najib....tlg la jatohkn bn masa PRU-13.....
    • Hairul Azman Adlan · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Mary Kay Spouse.
      kalau dah tak sanggup sgt, skrg pon boleh pindah ke negara lain... tak payah tunggu PRU13. Somalia amacam bro!
    • Mohd Ejat · Pengulas Tertinggi
      cit...itulah masalah penyokong BN..macam negara ini dia yang punya. patutlah khazanah ditibai cukup2..duit 24 juta dan duit rakyat ditelan bulat..negara MALAYSIA bukan najib atau hairul azman yang punya.. ...Malaysia adalah milik rakyat...klu BN tak memerintah..ko nak pindah gak ke..aku sediakan tiket khas hntr ke somalia gak..ada berani?
    • Mohd Saufi · Pengulas Tertinggi · IAIN SULTHAN THAHA SAIFUDDIN JAMBI,INDONESIA
      HR: kite pakat same2 kempen org melayu kmpg yg masih taksub ngan umngok ni.
  • Wan Hafizam · Pengulas Tertinggi
    Selagi kau pinggirkan Islam semakin berbelit kehidupan kau, semakin bercelaru politik MalaysiaTunggu saat kau jatuh nanti Najis......Semua konco2 kau termasuk bini puaka kau tidak akan di lepaskan
  • Mohammad Annuar · Pengulas Tertinggi · Friends with Yana Zulkifli
    sy dan puluhan juta rakyat Malaysia mendoakan agar Najib xkn d golongkn di kalangan org2 munafik di akhirat kelak...semoga beruk ini terjaga dari mimpi nya...
  • Ahmad Mohd · Pengulas Tertinggi
    cakap banyak xguna..kalau PRU 13 korang masih undi BN..jom UBAH!
  • Tajul Muluk · Top Commenter · SMK Batang Berjuntai
    Biasalah pemimpin style msia talam dua muka, pergi ke kaum sendiri cakap lain pergi ke kaum lain cakap lain..tapi sekarang rakyat dah pandai, mereka dah boleh tahu mana yg betul mana yg auta...
    kita hormat agama org maka org pun hormat agama kita...kita berlakun hormat merekapun berlakun hormat agama kita...

    manusia bila dah 'download' agama otak akan mereng sanggup membunuh dan di bunuh kerana agamanya walaupun kehidupan sebenarnya penuh dgn onar dan noda yg menyimpang dari suruhan agamanya.

    macam mana nak hormat agama lain kalau sejak kecik lagi di ajar kristian, yahudi dan agama lain tu musuh di sekolah, di tv dan paper hari2..tak pernah pulak tenguk ada agama lain yg hari2 merujuk penganut agama lain sebagai musuh, yg biasa dengar ahli agama mereka bersyarah semua manusia sama, hormat sesama manusia, hormat alam, kasih sesama mahluk walau binatang jauhi perbuatan menyakiti manusia lain, jauhi perbuatan dosa, buat banyak amal kebaikan, berkorban untuk kebaikan tapi kita pagi2 di tv rancangan kanak2 lagi dah sibuk kristian musuh, yahudi musuh , sana musuh , sini musuh, jadi macam mana nak hormat manusia agama lain dah dididik sejak kecil begitu sampailah tua...tak percaya cuba buat kajian sendiri, hanya hati yg ikhlas yg akan jumpa.
    • David Anthony · Top Commenter · Klang
      Tak pernah pulak mak ajar Cina itu Komunis, Islam itu terrorist.
      Hmmm..... di sana macam mana pulak?
  • King Jason · Top Commenter · Programmer/Analyst at Apple Inc.
    ANUGERAH BAPAK SEGALA BAPAK KPD IKHLAS JATUH KEPADA NAJIB RAZAK...

    ANUGERAH PERDANA MENTERI PALING BERSIH DI DUNIA JUGA JATUH KPD NAJIB RAZAK.

    BAK KATA...TAK ADA PERDANA MENTERI DALAM DUNIA INI YG MAMPU MENGATASI KETULUSAN DAN KEIKHLASAN NAJIB RAZAK.....HIDOP umDOG! HIDOP umDOG! HIDOP umDOG!
  • Romy Izrilsyairi · Top Commenter · Johor Bahru
    Dulu xde pulak isu-isu cmni. Sejak satu puak tu rasa kuasa lebih sikit, dh mula la bawak isu perkauman dan agama. Dulu satu puak ni cukup sensitif pasal isu agama. Mcm agama tu dia punya sorang. Sekarang ni berubah terus. Bungkus le puak tu lepas ni.
    • Mak Tuk
      puak yg suka pecah belah ...benci sungguhlah....
    • Hassan Hussin · Top Commenter
      puak mana yg bungkus tu, confirmnya utusan meloya orang buat bungkus nasi lemak keesokan harinya, itu pun beralaskan pelastik atau daun pisang, betapa hinanya..
  • Basir Parto · Top Commenter · Un. Putra Malaysia
    INILAH TANDA2 CAKAP N KENYATAAN ORG MUNAFIK....LAIN CAKAP , LAIN YG DI LAKUKAN, HARI INI CAKAP LAIN, ESOK CAKAP LAIN...KAT OXCIS CAKAP LAIN KAT MALAYSIA KELAKUANNYA LAIN.....CAKAP ORG MUNAFIK TIDAK BOLH DIPERCAYAI...
  • Pakai Otak · Top Commenter · Dgn Kawan 2
    Najib ni Talam Dua Muka. Hipokrit atau berpura-pura. Boleh lihat segala ucapannya di TV semuanya seolah2 dibuat2 dan tak ikhlas.
Jenazah Noramfaizul tiba di Pangkalan TUDM Subang
Sep 4, 11 11:06am

Jenazah jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor yang maut akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Mogadishu, Somalia, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang, pada jam 10 pagi tadi.

Suasana hiba menyelubungi perkarangan pangkalan itu sebaik jenazah Allahyarham dibawa keluar daripada pesawat C-130 TUDM yang turut membawa pulang anggota misi bantuan Malaysia itu.

Jenazah Allahyarham yang diiringi Pengerusi Putera Umno merangkap ketua misi bantuan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, disambut anggota keluarga termasuk ayah Mohd Nor Mat Yassin, 66, dan ibu Naemah Abd Majid, 63.

Selain anggota keluarga, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut menyambut ketibaan jenazah Allahyarham Noramfaizul dan kumpulan misi bantuan kemanusiaan bertujuan membantu mangsa kebuluran di Somalia.

noramfaizul mohd norTurut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Jurugambar dan jurukamera mewakili pelbagai organisasi media kelihatan berkerumun di bahagian belakang pesawat ketika keranda dilitupi "Jalur Gemilang" yang membawa jenazah Allahyarham dibawa keluar untuk dibawa ke Masjid TUDM.

Dalam kejadian pada Jumaat itu, kenderaan yang dinaiki Noramfaizul, 39, dan petugas media Malaysia lain yang diiringi tentera kerajaan Somalia, ditembak ketika mereka dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan.

Insiden itu turut menyebabkan jurukamera TV3 Aji Saregar Mazlan, cedera di lengan.

Perdana Menteri memberitahu sidang media kemudian bahawa beliau kagum dengan semangat dan kecekalan Allahyarham dalam membuat liputan beberapa misi bantuan kemanusiaan Malaysia di luar negara.

"Saya anggap Allahyarham Noramfaizul sebagai wira negara yang harus dijadikan model bagi merangsang semangat kita untuk terus membantu mereka yang kurang bernasib baik," kata Najib.

Beliau juga secara peribadi dan bagi pihak isterinya yang juga penaung misi itu, merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham kerana kehilangan orang tersayang.

Turut hadir di Subang ialah Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Abdul Rahman Sulaiman, Pengurus Besar Datuk Hasnul Hassan, Ketua Pengarang Datuk Yong Soo Heong dan Ketua Editor BernamaTV Abdul Rahman Ahmad selain warga BernamaTV dan agensi berita itu.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid TUDM sebelum dibawa pulang ke rumah keluarga arwah di Taman Serdang Raya untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.

- Bernama
KJ: 'Pentas Patriot' akan dedah tembelang Mat Sabu
Sep 4, 11 10:44am

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengumumkan rancangan pergerakan itu untuk menganjurkan siri jelajah ceramah bagi menentang "penghinaan" kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

NONESambil menamakan siri jelajah itu 'Pentas Patriot' Khairy pada laman mikro-blog popular Twitter berkata siri ceramah itu akan membabitkan tokoh sejarah dan generasi mereka yang dibunuh semasa PKM mengganas di negara ini.

"Pemuda Umno akan anjurkan siri jelajah ceramah 'Pentas Patriot' siri dengan bekas kommando, askar dan polis bagi menentang penghinaan Mat Sabu itu," katanya.

Sejak Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu, menyiarkan ceramah Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu yang didakwa berkata pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah sebagai hero sebenar, beliau telah dibidas dan kecam hebat oleh pelbagai pihak khususnya, Umno dan BN.

Mat Sabu pada satu sidang medianya minggu lalu berkata laporan itu adalah "satu putar belit dan tokok tambah cerita untuk memfitnahnya dan PAS".

NONEUtusan juga menyiarkan kenyataan Mat Sabu mendakwa Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis Bukit Kepong itu.

Blog-blog pro- pembangkang kemudian menyiarkan semula video ceramah Mat Sabu Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, 21 Ogos lalu bagi membuktikan perkara itu seganja diputar belit bagi memfitnah Mat sabu dan PAS.

Berikut petikan itu.

“… Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya Mat Indra, Melayu.

bukit kepong the movie 060905 jins shamsuddin with bren gun“Tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu Umno, cerita Bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis itu polis British.

“Sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Inda ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping.

“Begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak... nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengisytiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila isytihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah Tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan.

“Semua sejarah negara kita bohong….” kata Mat Sabu.


Tiada ulasan: