Sabtu, 3 September 2011

BETUL3...KALAU MAT SABU SOKONG KOMUNIS BUAT APA IA MASUK PAS SEJAK AWAL2 LAGI...BAIK MASUK PARTI LAIN...NI PARTI BERJUANG TUK ISLAM...

'Rampasan kuasa 16 Sept' adalah benar, kata Wikileaks
Joseph Sipalan
Sep 2, 11
3:06pm

Kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor membuktikan bahawa dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil-alih tampuk pemerintahan negara pada 16 September 2008 mempunyai asasnya.

september 16 political party jumpCatatan yang dimuat-naik oleh portal pembocor maklumat, Wikileaks menunjukkan bahawa sekumpulan ahli-ahli politik dari Sabah dan Sarawak telah merancang untuk berpaling tadah daripada BN.

Wikileaks, mendakwa bekas Ketua Menteri Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata hampir separuh daripada 25 ahli parlimen Sabah telah bersedia untuk meninggalkan BN bagi menyusul tindakan yang diambil oleh SAPP.

Menurut kabel itu, kakitangan Kedutaan Amerika Syarikat juga mendapati ahli politik kanan Sabah tidak lagi menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika itu yang mengadakan beberapa siri mesyuarat dari 18 hingga 20 Jun pada tahun itu di negeri berkenaan.

azlan"Hakikatnya, kata Salleh (kanan) antara (lapan) hingga 14 ahli parlimen (daripada 25 MP Sabah tersebut) akan meninggalkan BN. Beliau menamakan (lima) dari Umno, (empat) dari Upko, sebagai tambahan kepada (dua) dari Sapp," petik kabel, bertarikh 24 Jun, 2008 itu.

Ini kali pertama sumber di luar daripada pembangkang yang mengesahkan legitimasi Hari Malaysia seperti yang didakwa oleh Anwar itu. Walaupun berbulan lamanya Pakatan Rakyat mencanangkan bahawa mereka akan mengambil alih Putrajaya pada tarikh yang simbolik itu, namun, ia tidak menjadi kenyataan.

Walau bagaimanapun, cakap-cakap mengenai pembelotan itu diperkuatkan apabila Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) menganjurkan 'lawatan sambil belajar' ke Taiwan seminggu sebelum tarikh berkenaan. Ia dihadiri sebahagian besarnya oleh ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak.

49 mp back benchers parliament taiwan study trip klia airport 090908Ketua BNBBC yang juga ahli parlimen Bintulu Datuk Tiong King Sing, bagaimanapun menyangkal dakwaan bahawa lawatan mempunyai apa-apa objektif lain selain untuk mempelajari industri pertanian di Taiwan.

Kabel yang dilabelkan sebagai sulit itu, bagaimanapun, menegaskan walaupun ahli-ahli politik kanan Sabah berkenaan sebulat suara tidak berpuas hati dengan kepimpinan Abdullah, mereka pada masa yang sama tidak pula menyokong Anwar.

Perkara itu dikatakan ada kaitan dengan 'luka lama yang didakwa masih berdarah' apabila Anwar, yang pernah menjadi timbalan perdana menteri kepada Dr Mahathir Mohamed berperanan utama mengulingkan kerajaan negeri pimpinan PBS pada 1994.


Mat Sabu: Saya bukan penyokong komunis
Sep 2, 11 4:39pm

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menganggap serangan bertali arus media arus perdana terhadap dirinya bermula 27 Ogos lalu sebagai amat keterlaluan dan menjijikkkan.

Katanya, segala tohmahan bahawa beliau adalah penyokong komunis dan hendak mendewakan fahaman komunis sebenarnya bertujuan memburukkan dirinya dan PAS.

NONE“Isu komunis sengaja ditimbulkan oleh akhbar milik Umno untuk mengalih pandangan rakyat dari menumpukan hal pilihan raya yang bersih dan kenaikan harga barang (inflasi) yang sedang melanda negara.

“Kebebasan media (cetak, pandang, dengar) yang hampir tidak ada di Malaysia membolehkan propaganda BN berjalan tanpa dapat disanggah dengan berkesan oleh pihak yang dituduh atau difitnah,” katanya dalam satu kenyatan media.

Mohamad menjadi sasaran serangan media arus perdana apabila Utusan Malaysia pada halaman utamanya, 27 Ogos lalu mendakwa pemimpin kanan PAS tersebut berkata pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah sebagai hero sebenar.

mingguan malaysia 280811 mat sabu dikecamAkhbar milik Umno itu juga mendakwa timbalan presiden PAS itu berkata Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah wira dan bukannya 25 anggota polis serta keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Rentetan laporan itu, media-media milik Umno dan BN terus membidas Mohamad dan menuntut orang nombor dua PAS itu meminta maaf secara terbuka serta mahu beliau didakwa mengikut Akta Hasutan.Tokoh idola

Tidak terkecuali mengutuknya adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menganggap pemimpin kanan PAS itu buta sejarah serta mengkhianati perjuangan bangsa Melayu dalam menuntut kemerdekaan tanah air.

NONEDalam kenyataan medianya, hari ini, Mohamad menghuraikan alasan mengapa label penyokong komunis yang dilemparkan terhadapnya dianggap keterlaluan. Golongan komunis dikatakan tidak mempercayai kewujudan Tuhan.

“Sepanjang penglibatan saya dalam PAS, di antara tokoh idola saya ialah Jamaludin Al-Afghani, Syed Qutb, Hassan Al-Banna, Imam Khomeini, Omar Mokhtar, Dr Burhanuddin Al-Helmi dan tokoh-tokoh ulama dan cendekiawan Islam.

“Saya pernah ditahan sebanyak dua kali di bawah tahanan ISA. Antara tuduhan ialah sebagai pelampau agama,” katanya.

Menurut Mohamad, beliau memang ada menyebut nama beberapa tokoh, termasuk yang berhaluan kiri seperti Lenin, Mahatma Gandhi, Abraham Lincoln, Jamal Naser, Sukarno, Kamal Attarturk, Ho Chi Minh dan lain-lain lagi.

amin iskandar article 291008 sukarnoNamun, katanya, nama pemimpin berkenaan dirujuk sebagai sebagai contoh perbandingan sejarah perjuangan rakyat dan kejayaan mereka. Tetapi sebaliknya, beliau dituduh mendewakan fahaman komunis.

Hakikatnya, kata Mohamad, pemimpin Umno hari ini gusar dan panik apabila rakyat jelata khususnya generasi muda mulai menyedari bahawa sejarah perjuangan kemerdekaan bukan hanya dimiliki dan dipelopori oleh Umno sahaja.


  • Zurani Serikandi Ayah · Pengulas Tertinggi · Nil
    KATA KATA MOHAMAD SABU ADA BENAR-NYA, UMNO TAK USAH GUSAR, ITU CERITA DULU ZAMAN PEMERINTAAN BRITISH, KALAU BENAR KATA KATA M SABU, KITA PATUT BERTERIMA KASIH PADA M SABU KERNA MEMBUAT KITA SADAR YANG SE-BENAR-NYA. UMNO PUN JANGAN LAH SAPERTI CACING KEPANASAN, BUKAN SALAH UMNO. ITU KEJADIAN SE-BELUM UMNO DI-TUBUHKAN DAN POLIS DI-RAJA PUN BELUM DI-TUBUHKAN. MATA MATA DI-BAWAH ARAHAN KERAJAAN BRITISH.
  • Kilok Lampas Gen · Pengulas Tertinggi · SMK TAMAN MALURI
    kalau mau tengok youtube jangan tengok versi yang dah diubah2, baru u orang faham. kalau kat TV3 tu semua dah diubah2..
    • Ahmad Saiful Auctiva · Pengulas Tertinggi · Politeknik port dickson
      PAKAR PUTAR BELIT VIDEO RTM dan TV3 memerlukan masa seminggu lebih untuk mengubah sesebuah rakaman.
    • Zam Bin Idruse · Pengulas Tertinggi · OUM
      u bagi mai laversi u punya, gua mau tgk
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
      Berapa lama masa pun yg mereka ambil utk spin fakta, namun yg dok tadah dgr/tgk, set2 tu jugak la! Set2 'narrow minded' yg dok caya bulat2 dgn apa yg dihidangkan, juga set2 k_t_k bawah t_mp_r_n_, dan juga set2 yg x mau berubah, sedangkan dunia sekeliling mereka telah pun berubah! Ekekekeke....
  • Abdul Manan · Pengulas Tertinggi · UKM, Bangi, Selangor
    pejuang kemerdekaan yg melawan penjajah adalah hero tidak kira apa pegangan dan perjuangan politik dia.dlm perjuangan tentulah ada serang menyerang, pukul memukul dan bunoh membunoh....lainlah sekarang perjuangan boleh dibuat melalui perang cyber dan berdebat....dulu perjuangan guna senjata kerana bahasa senjata senang difahami pada masa tu....kalau guna suara dan pen british tak takut punya....
    • Dee Valey · Pengulas Tertinggi · Kuala Krai
      Sy sokong pendedahan yg di buat Mat Sabu, wlpun selama ini ada dikalangan rakyat yg mengentahuinya berbeza dgn sekarang, ianya hangat dipasaran, sekurang-kurangnya rakyat ambil tahu. Tentang sokongan, jgn dibimbangi krn tdk semua manusia sanggup menyokong atas kepalsuan, jgn kata ianya akan menpengaruhi undi PR krn selama ini berapa ramai dikalangan anak penyokong UMNO dan penyokong UMNO yg berpaling tadah ekoran menyakini fakta dan perjuangan yg dibawa PR. Sy diantara anak dan keluarga penyokong UMNO diera perikatan lg, tapi apabila sy bandingkan keikhlasan, dasar perjuangan, tindakan dan komitmen yg dipraktik oleh pas terutama dr segi agama lbh baik dan meyakinkan dr UMNO maka sy dan keluarga berpindah sokongan.
      Begitu jg dgn isu kemerdekaan ini, ianya InsyaAllah lebih melemaskan UMNO bila rakyat mula mencari kebenaran disebalik serangan bertali arus dr UMNO
    • Rosmi Mahmud · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Bisnes Sendiri
      bagus juga sekurang2nya org ramai mula mencari n membaca sejarah,maka dpt lah membezakan mana yg betul
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
      Pendedahan yg dibuat abg mat sabu ada hikmahnya yg tersendiri. Dgn pendedahan ni, rakyat telah mula peka & buka mata betapa mereka telah byk ditipu oleh sejarah! Abg mat sabu usah bimbang, semua rakyat tahu yg pendedahan abg mat tu bukannya nak tunjukkan yg abg mat sokong komunis. Pendedahan itu sbnarnya nak menyatakan apa yg sbnarnya berlaku pd peristiwa bukit kepong. Cayalah abg mat! Biorlah dia org nak spin camne pun, realitinya mereka dah terjerat! Semakin mereka spin, semakin la nmpak mereka nak sembunyikan fakta! Dan semakinn mereka dok spin, semakin la rakyat nmpak mereka kaki auta!!
  • Azrin Hafiz · Pengulas Tertinggi
    Prof Ramlah Adam komen kata govt-bias.
    Prof Khoo Khay Kim komen pun kata govt-bias.
    jadi harap2 lah ada tokoh akademik yang tak bias pada mana2 pihak untuk komen mengenai isu ini.

    natural justice: audi alteram partem (hear from both sides).
  • Dunia Islam Ibnu Ahmad · Damanhûr, Al Buhayrah, Egypt
    Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup. Bukit Kepong Ini berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan British dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan Bristish. Ini hakikat. Ini hakikat fakta sejarah...Jika kurang percaya sila pergi rujuk ke Colonial Office di Kew Garden London. Semua bahan sejarah ini wujud disana. Busuk busuk pun British mereka TIDAK akan mengubah fakta sejarah – mereka mungkin memberi analisa yang berbeza. Ini British - mereka main criket bukan main guli.
  • Mamluk Qalawun · PENGHUKUM PECHACAI PAS, DAP, PKR at NERAKA JAHANAM SDN BHD
    Al 121@Al wantuwan Mohd Sabu......hang dok spin apa ni....kan hang dah terbelit sendiri...mula hang kata 'SAYA X INGAT'...ni hang kata pulak Utusex spin apa yg hang cakap...aku rasa mmg hang ni specis BEBAL sbb hang lupa ada org shooting video atas apa yg hang cakap. X tahu la klu hg nak ikut apa yg anwar buat 'Muka nmpk mcm sy tp itu bukan perut saya'.....hang nak spin mcm tu ka wahai Mat Wantuwan(121)?
  • Zam Bin Zom · Top Commenter · Boss at 4D (Duduk Diam Dapat Duit)
    Komunis mmg berbahaya kpd akidah Islamiah dan gerakkan kominis mmg boleh mengancam keselamatan negara.

    Tetapi, ujud ker lagi gerakkan kominis?

    Kominis sudah mulai pudar di Rusia,
    ...See More
  • Pakai Otak · Top Commenter · Dgn Kawan 2
    Biasalah bagi pemimpin UMNO semua org lain ialah penyokong pengganas, penyokong murtad, penyokong yahudi, agen amerika, agen yahudi, pembela kristian dan semua yg tak elok adalah milik pemimpin PR. Tapi mereka upah UPCO, masuk gereja terbesar dunia, minum arak, rasuah, gubal undang2 utk membenarkan murtad dan byk lagi. Itu semua tak apa sbb UMNO yg buat..hehehe
  • Pauzi Ibrahim · Top Commenter · AHLI MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH - BUSINESS CONSULTANCE & MOTIVATOR at NOSGLOBAL SDN BHD
    amno amacm cacing kepanasan .....mengelupur....mengelepar bila isu ini ditimbulkan......TERUSKAN MEMBESAR-BESARKAN ISU INI.....biar rakyat tahu sapa amno sebenarnya ....apa kaitan amno dgn parti komunis....hahahahaha.......kali ini amno benar2 nazak.....benar2 nazak.....hahahah...
  • Sharks DuDexz
    Pendedahan yg dibuat abg mat sabu ada hikmahnya yg tersendiri. Dgn pendedahan ni, rakyat telah mula peka & buka mata betapa mereka telah byk ditipu oleh sejarah! Abg mat sabu usah bimbang, semua rakyat tahu yg pendedahan abg mat tu bukannya nak tunjukkan yg abg mat sokong komunis. Pendedahan itu sbnarnya nak menyatakan apa yg sbnarnya berlaku pd peristiwa bukit kepong. Cayalah abg mat! Biorlah dia org nak spin camne pun, realitinya mereka dah terjerat! Semakin mereka spin, semakin la nmpak mereka nak sembunyikan fakta! Dan semakinn mereka dok spin, semakin la rakyat nmpak mereka kaki auta!!
  • Prasert Chaipradit · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    Mari kita adun-adunkan, putar-putarkan dan perbesar-besarkan isu komunis-Mat Sabu agar isu inflasi yang sedang mencekik leher kita dan isu cincin RM24 juta boleh kita lupakan!
    • Hangat Sejuk
      tak mungkin terpedaya dengan helah lapuk seperti ini..sentiasa buka mata dengan keadaan di sekeliling kita.
  • Cikgu Mat Awanglah · Top Commenter · UPM Serdang
    selepas dengar kenyataan abang mat yang tidak diolah oleh talibarut penguasa koi tetap sokong abang mat... Ayuh abang mat terus gempur...
  • M S Ibrahim Al-Malbar · Top Commenter · Gopeng
    Mendalami gabungan PUTERA-AMCJA

    Untuk pengetahuan, gabungan PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) merangkumi beberapa buah parti-parti nasionalis Melayu yang berpengaruh pada masa itu yang terdiri daripada:

    1. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) merupakan parti nasionalis Melayu yang terbesar,
    ...See More
  • Sharks DuDexz
    UMNO pada bila-bila masa sahaja akan menggelar orang itu komunis jika tidak sehaluan dengannya, bukan hanya kepada Mat Sabu sahaja. Padahal corak pemerintahan mereka ada ciri-ciri kediktatoran...menindas rakyat yang tak mampu melawan dengan tangan, mereka gunakan polis, jika anda blacklist, ada CCRIS/CTOS di bank anda akan susah membuat pinjaman dimana-mana institusi kewangan. Akhirnya ada yang memilih meminjam pada Along untuk mengatasi kesulitan masalah kewangan, akhirnya rakyat akan terjerat. Jika kerajaan benar-benar nak membantu rakyat adakah begini caranya?
  • M S Ibrahim Al-Malbar · Top Commenter · Gopeng
    Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau lebih dikenali sebagai Umno sebenarnya bukan pejuang kemerdekaan negara kita yang sebenarnya. Umno telah mengkhianati perjuangan kemerdekaan sejak daripada tahun 1946 lagi.

    Setelah pentadbiran British di Malaya pulih ekoran daripada tamatnya penaklukan Jepun dan perang dunia kedua, pihak British telah bercadang untuk membentuk satu kesatuan yang menyatukan kesemua negeri-negeri Melayu yang bersekutu dan tidak bersekutu serta negeri-negeri selat di bawah satu payung pemerintahan pusat.

    Hasil daripada itu pihak British telah mengilhamkan pembentukan Malayan Union untuk menyatukan beberapa bentuk identiti negeri-negeri Melayu tersebut.
    ...See More
  • Mohamad Fauzi Abdullah · Top Commenter · Executive Director at REDHA CT MANAGEMENT SERVICES
    sbeaqnarnya xda isupun yg blh kaitkan bg mat ngan isu komunis sema ni cuma mainan umno utk kalih isu sebenar spt pr, bersih, hrga brg, konflik dlman umno, biometrik, warganegara yg djual lelong, kekalutan spr, jpn, sprm, hrga mnyak yg sepatutnya turun, isu murtad, rasuah taib, remaja yg dtembak polis, umno yg tpaksa tunduk pd tuntutan mca/mic, pdedahan wikileaks, isu yg dbawa peguam dr perancis, bigmamamaniac, isu cincin, isu mhkamah pmpinan umno, jenayah semasa yg smakin mgerunkan, tuntutan cuepac, laporan kompas, mangsa deraan semasa bersih, tuntutan suhakam dn seribu macam lagi isu yg bkait dgn rakyat.....
  • Aizat Zulkarnain · Universiti Teknologi Petronas
    bila dgr yg betul punya, yb timb mat sabu cuma nak ckp sejarah malaysia tak adil. itu je pokoknya. yg lain2 itu dia hurai, supaya org faham. yg media arus perdana ni memang agen bn, memang manipulasi abes lah. carilah kebenaran bila kamu mendapat khabar berita dari munafik(tau2 sapa lah).
  • Wali Sulam · Top Commenter · UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR
    suatu hari nanti...........MAT SABU tidak dikenali sebagai tokok politik PAS...tetapi MAT SABU akan dikenali sebagai BAPA SEJARAH MALAYSIA... malu tokoh2 sejarah MALAYSIA lepas nie.
    • Nazri Osman · Top Commenter · Works at INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA SEPANG
      ceramahnya yg dimanipulasi oleh media telah mencetuskan perbincangan ttg sejarah, dan ramai mula tau apa yg tak pernah diambil tau. teruskan wahai TV3. tunggu lah, kesudahan yg merugikan anda.
    • Chaah Jb · Top Commenter · 36 years old
      YB MaT SABU SEBENARNYA MEMANG PAKAR SEJARAH.. FAKTA SEJARAH DLM KEPALA DIA JER.. SYpernah dengar ceramahnya diaa nenghuraikn sejarah tanah air.. ingat lg kata2 beliau.. nbg sesiapa yg nk ambil peksa stpm dengar ceramah mlm ni blh lulus cemerlang...
  • Syed Saifuddin Syed Harman · Top Commenter · Union President at Marubeni Corp.
    KENYATAAN MAT SABUN BAHAWA DIA BUKAN MENYOKONG KOMUNIS SAMALAH JUGA DENGAN KENYATAANNYA PADA TAHUN 1995 YANG DIA TIDAK ADA HUBUNGAN SULIT DENGAN ISTERI ORANG YANG BERNAMA NORMA. ADAKAH ANDA FAHAM APA YANG SAYA MAKSUDKAN?
    • WiRa Angkasa-Raya · Friends with Yob Tualang Sekah
      UMN0 DIKAGUMI PARTI K0MUNIS CHINA (CPC)
    • WiRa Angkasa-Raya · Friends with Yob Tualang Sekah
      KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Kejayaan UMNO bersama-sama Barisan Nasional (BN) sebagai tunjang pentadbiran negara dikagumi pelbagai pihak termasuklah Parti Komunis China (CPC) khususnya dalam mengekalkan kesejahteraan dan keharmonian negara sejak 54 tahun merdeka.

      Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata hasil kunjungan beliau ke negara kuasa besar tersebut bahawa kerajaan dan para pemimpin China menyatakan rasa hormatnya terhadap kejayaan Malaysia..
    • WiRa Angkasa-Raya · Friends with Yob Tualang Sekah
      Sewaktu mengadakanperbincangan, menterinya memaklumkan bahawa mereka amat kagum terhadap cara UMNO menangani masalah perkauman dan ingin mempelajari daripada kita bagaimana mengatasi masalah-masalah berkaitan etnik yang wujud,” jelasnya kepada umno-online, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

      Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN baru sahaja kembali ke tanah air selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pertukaran dan kerjasama antara UMNO dan CPC di Beijing, 5 Ogos lalu

      CPC diwakili oleh Menteri Jabatan Antarabangsa dan Jawatankuasa Pusat, Mr. Wang Jiarui..
  • Alam Panji · Top Commenter
    propaganda UTUSAN.....result 4D aje yang betul
  • Azri Zulfadhli
    Kalaulah Tanah Melayu dimerdekakan oleh komunis, sudah pasti kita akan sekali menjadi negara komunis dengan Indonesia (pada masa yg sama terdapat perjuangan komunis di sana PKI). Apabila sesebuah negara itu dijajah komunis, tiada pegangan agama dibenarkan. Mereka mengikut fahaman ateisme. Contoh, Russia, Korea Utara... Adakah perjuangan kemerdekaan komunis ini mahu kita banggakan? Mahu kita kenangkan perjuangan komunis? Kena faham latar belakang komunis, organisasi dan segalanya baru boleh cerita pasal komunis. Sejarah kena baca, faham, selidik, nilai dengan akal yang waras dan baik. Jangan main semborono. Malulah pada anggota keselamatan yang terkorban, putus kaki kena jerangkap samar komunis, dll... Jangan sebab nak senang, harta, kedudukan, negara tergadai... *Tolong betulkan kalau saya salah.
    • Eddy Hashim · Top Commenter · Jalan kolam air
      Sy bersetuju dgn Azri- PKM menentang British pd ketika itu bukannya utk membebaskan Tanah Melayu dari penjajahan tapi bermatlamat melebarkan fahaman komunis d negara2 asian...itu pandangan sy...tq
    • Azri Zulfadhli
      orang tak tahu sejarah main komen. Motif komunis perlu tahu. Tengok je kat Jejak Rasul tu... Russia masa penjajahan komunis... bayangkan kalau Malaysia macam tu...
  • Hatta Nongah · Top Commenter
    UMNO pada bila-bila masa sahaja akan menggelar orang itu komunis jika tidak sehaluan dengannya, bukan hanya kepada Mat Sabu sahaja. Padahal corak pemerintahan mereka ada ciri-ciri kediktatoran...menindas rakyat yang tak mampu melawan dengan tangan, mereka gunakan polis, jika anda blacklist, ada CCRIS/CTOS di bank anda akan susah membuat pinjaman dimana-mana institusi kewangan. Akhirnya ada yang memilih meminjam pada Along untuk mengatasi kesulitan masalah kewangan, akhirnya rakyat akan terjerat. Jika kerajaan benar-benar nak membantu rakyat adakah begini caranya?
    • Ajip Syabab · Klang
      Baru ku sedar tragedi bukit kepong adalah sebelom Merdeka! Masa tuh tanah malaya masih dijajah British! Talibarut balaci british serta mata-mata(polis) adalah dibawah kawalan penjajah British, mereka dianggap HERO! Pihak haluan kiri yg menentang penjajahan termasuklah melayu yg berfahaman Komunis dianggap musuh kepada Queen British di tanah Melayu! Hakikatnya kita sehingga skrg lepas 54 merdeka masih mengamalkan undang2 lord reid hasil perjanjian kemerdekaan dgn British! * jadi siapa pengkhianat dan pahlawan negara sebenarnya?
  • Sulaiman Mohd Daud · Top Commenter
    Jangan kita sibuk dengan Isu kominis yang UMNO mainkan sekarang. Yang penting isu ini sengaja dibesarkan dan dimainkan untuk mengurangkan kesan ISU yang besar spt PENDAFTARAN PENGUNDI YANG TAK SEPATUTNYA cth pengundi nama Kg.Baru! Tak kan kesilapan kerani kok! Senang lah jadi boss begitu. Beramanahlah dan cerdikkan hujah itu! Kita semua akan ditanya tentang amanah yang telah diletakakn dibahu masing2. Hidup didunia ini sementara saja. Fikir2kan lah
  • M S Ibrahim Al-Malbar · Top Commenter · Gopeng
    Perlembagaan Rakyat PUTERA-AMCJA

    Hasil daripada usaha gigih para pemimpin PUTERA-AMCJA pada masa itu, maka termaktublah satu draf Perlembagaan Rakyat (People’s Constitution) yang telah disampaikan kepada kerajaan British pada tahun 1947, bagi memohon perkenan untuk mendapatkan kemerdekaan untuk negara Malaya.
    Umno khianati kemerdekaan
    Akan tetapi, adalah amat dukacita sekali pada masa itu, di mana Umno telah mengemukakan bantahan mereka terhadap cadangan Perlembagaan Rakyat dan Kemerdekaan Malaya yang diusahakan oleh PUTERA-AMCJA pada masa itu atas alasan ianya terlalu “kiri”.
    ...See More
  • Mohd Zamani · Top Commenter · Sekolah menengah zaaba
    bang mat bukan penyokong komunis tapi yang menjadi pegawai british sebelum merdeka tu eloklah suku sakat mereka di cela di hina kerana menjadi talibarut, dan pengkianat bangsa.....tarik semula kerakyatan siapa saja yang berkaitan dan bekerjasama dengan british sebelum merdeka dan mereka cucu cicit di hantar ke israil.....siapa yang bekerjasama dengan israil tu ada bau2 bacang penyokong british sebelum merdeka,, mari kita hapuskan mereka.....dari bumi malaysia ini.
    • Selempang Merah · Top Commenter · Cheras
      macam mana dgn tentera melayu yang berperang melawan jepun juga, dikira sebagai talibarut british... ?
    • Akik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
      Selempang Merah.bangang punya statmen? 1940an mana ada tentera melayu..tentera penjajah Britishlah?..
  • Lind Dahn
    Babi punya Umno...ingat dia ja betulkah? Umno lagi ganas dr komunis, bahalol! kejadian tahun 1950...Msia blm merdeka...masih di perintah oleh British...polis/mata2 yg bertugas di Rumah Pasong Bukit Kepong berkhidmat dgn pejajah British bukan dgn Umno...NGO2 dan individu2 yg buat laporan polis tu semua kurang waras dan penyokong penjajah British. Kemerdekaan Msia bukan dicapai oleh Umno! Pigi Mampuslah ko Umno!
  • Dedi Obi
    “Kebebasan media (cetak, pandang, dengar) yang hampir tidak ada di Malaysia membolehkan propaganda BN berjalan tanpa dapat disanggah dengan berkesan oleh pihak yang dituduh atau difitnah,” katanya dalam satu kenyatan media.= mulut capoi... badan binasa kah kah kah padan muka.
  • Munim Little Junior · Top Commenter · Ampang, Kuala Lumpur
    org melayu johor yg hidup semasa peristiwa bkt kepong tahu benar tentang rentetan peristiwa tersebut. bagi yg ikhlas mereka tahu siapa hero dlm peristiwa itu walaupun mereka ahli umno tp bg ahli umno yg hidup dgn ihsan umno mereka terpaksa menipu diri sendiri utk memadamkan kebenaran peristiwa tersebut.
  • Mohamad Shukri · Top Commenter
    Bravo Bang Mat Sabu..Sambil ceramah isu2 semasa sertakan juga cerita Sejarah Malaysia....UMNO memang kaki penipu hinggakan Patung Tugu Kebangsaan pun wajah Penjajah British....Sebab itulah kita hendak ia dibuang...
  • Kamarul Yusof · Ceo,pngurus,krani dan kuli at Janji halal sdn bhd
    berapa ramai tokoh perjuangan yang namanya tersimpan dalam lipatan sejarah, yg kadangkala dituduh penderhaka sedangkan mereka yang dijulang dan diagungkan hnya mengambil kesempatan melonjakan namanya dari perjuangan tokoh yg tidak mementingkan nama dan harta, jiwa dan raga mereka hanya untuk tanah air tercinta.

Tiada ulasan: