Sabtu, 3 September 2011

BATAL PULAK...YANG TAK BATAL....TEMPUH PENCEN...AJAL SAMPAI...TAKDIR BURUK MENIMPA...CAKAP BERBELIT...MACAM ORANG TAK BERMARUAH SERTA BERPENDIDIKAN...

PM bercuti di luar negara pada Hari Kebangsaan?
Nigel Aw
Sep 2, 11
10:02pm

Ketika negara meraikan perayaan berkembar - Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan pada Rabu lalu, kelibat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan langsung tidak kelihatan.

Kali terakhir, Perdana Menteri dikesan ialah pada 30 Ogos lalu di Istana Negara untuk acara rumah terbuka Aidilfitri dan Rumah Terbuka Jemaah Menteri di Seri Perdana, Putrajaya. Beliau hanya mengeluarkan kenyataan Hari Kebangsaan melalui Facebook dan Twitter pada hari berikutnya.

najib private jet 020911Dalam satu emel, semalam, seorang pembaca Malaysiakini berkata beliau percaya bahawa perdana menteri berada di Perth, Australia. Andaiannya berdasarkan jet peribadi yang dikhaskan untuk kegunaan perdana menteri didapati mendarat di sana pada Rabu lalu.

Ketika dihubungi, seorang pembantu Najib enggan mendedahkan di mana secara tepatnya perdana menteri berada semasa Hari Kebangsaan, mahupun mengesahkan sama ada bosnya itu sedang berada di luar negara.

"Beliau sedang bercuti dan akan kembali minggu depan, sama seperti orang lain," kata pembantu itu yang enggan mendedahkan kedudukan perdana menteri pada Rabu lalu.

Setiausaha akhbarnya, Datuk Tengku Sariffudin Tengku Ahmad semata-mata menjawab, "Dia sedang bercuti" sebanyak tiga kali apabila ditanya mengenai lokasi perdana menteri.

Menurut pembaca, yang menghubungi Malaysiakini, beliau mengandaikan perdana menteri berada di Australia berdasarkan dua laman web yang memaparkan gambar dan mencatatkan masa ketibaan pesawat-pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth.

'November Romeo 1'

Mengikut laman web AviationWA, sebuah pesawat Airbus A319-11X yang memaparkan logo 1Malaysia di ekor pesawat berkenaan mendarat pada jam 5:04 petang hari Rabu.

najib private jet 020911Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, di Singapura dan mempunyai nombor pendaftaran 9M-NAA.

AviationWA melaporkan pesawat itu mendarat semalaman dan menggunakan 'nama panggilan' "November Romeo 1" atau NR1, yang kebetulan sama dengan pangkal nama perdana menteri.

Kedua-dua laman web AviationWA dan blog Perth Airport Spotter melaporkan bahawa ini adalah lawatan pertama kapal terbang itu ke Perth.

Pesawat itu dikenalpasti milik Jet Premier One (M) Sdn Bhd, yang dipercayai sebuah anak syarikat Penerbangan Malaysia Bhd (PMB), yang dimiliki oleh badan pelaburan kerajaan, iaitu Khazanah Nasional Bhd.

Semasa tahun 2007, perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi menafikan bahawa pentadbiran beliau membeli pesawat itu pada harga RM200 juta dan berkata keputusan tersebut adalah semata-mata keputusan PMB.

Sementara itu, seorang pembantu Najib berkata orang ramai masih boleh mengunjungi perdana menteri itu semasa majlis rumah terbuka di rumahnya Pekan, Pahang pada 18 September ini.


PAS tiada hasrat gugurkan Azizan sebagai MB
Sep 2, 11 3:32pm

PAS menafikan kepimpinan parti itu berhasrat untuk menggurkan Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai menteri besar Kedah, sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar The Star, hari ini.

“PAS tiada hasrat untuk menukarkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, dan dengan ini secara tegas menafikan berita sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar The Star, September 2 dalam satu berita bertajuk Azizan resists PAS leadership's moves to replace him tulisan Joceline Tan.

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan man“Bahkan perkara ini tidak pernah dibincang dalam mana-mana mesyuarat di peringkat tertinggi parti, samada dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian atau Mesyuarat Lujnah Politik parti,” kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (kiri) dalam satu kenyataan media.

Dalam laporan itu, akhbar milik MCA tersebut berkata presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dijadualkan menghadap Sultan Kedah berhubung langkah bagi menggantikan Azizan yang dikatakan tidak sihat akibat serangan sakit jantung, bulan lalu.

Menurut akhbar itu lagi, di sebalik tekanan daripada kepemimpinan pusat PAS, Azizan dikatakan cuba membantah dan mendakwa beliau masih sihat untuk meneruskan tugasnya sebagai menteri besar.

Antara nama-nama yang disebut-sebut oleh The Star sebagai bakal menggantikan Azizan, termasuk tiga ADUN kanan iaitu Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundor), Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) dan Datuk Mohamad Taulan Mat Rasul (Tokai). Semua mereka adalah juga ahli exco kerajaan negeri.

NONEMengulas isu berkenaan, Tuan Ibrahim berkata PAS melihat tindakan berkenaan sebagai usaha melaga-lagakan kepimpinan PAS oleh pihak-pihak tertentu kerana melihat perpaduan yang kukuh dalam PAS.

“Menjelang pilihan raya umum akan banyak isu yang sengaja ditimbulkan oleh musuh bahkan akan ada pula perisytiharan keluar parti beramai-ramai sebagai petanda pilihan raya umum bertambah hampir.

Presiden nafi dakwaan

“Sekiranya ada perkara penting sebagaimana yang dilaporkan, tentulah ia akan dibawa dalam mesyuarat penting parti,” katanya.

hadi awang pc 060609 02Sehubungan itu, Tuan Ibrahim menyeru seluruh ahli dan penyokong Pakatan Rakyat agar mendapatkan maklumat parti melalui saluran rasmi agar tidak terperangkap dengan mainan musuh.

Sementara itu di Kuala Terengganu, Harakahdaily melaporkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan beliau dan pimpinan PAS Pusat menyuruh Azizan meletakkan jawatannya.

Menurut beliau, tiada desakan baik daripada beliau atau mana-mana pimpinan PAS Pusat supaya Azizan meletakkan jawatannya.

Alasan SPR batal dakwat kekal tak menyakinkan
S Pathmawathy
Sep 2, 11
5:50pm

Alasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat pusingan U secara tiba-tiba berhubung penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum Mac 2008 adalah "tidak meyakinkan", kata kabel diplomatik Amerika Syariakt yang bocor dua hari yang lalu.

abdul rashid abdul rahman and spr and general election 130208Pada pihan raya umum lalu, SPR telah mencadangkan penggunaan dakwat kekal, tetapi tiga hari sebelum 8 Mac 2008, penggunaan itu diumumkan ditarik balik oleh bekas pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Menurut kabel itu, diplomat Amerika Syarikat difahamkan keputusan Abdul Rashid menarik balik penggunaan dakwat pada 4 Mac lalu adalah kerana tekanan daripada parti pemerintah BN.

"Pada sidang media yang terburu-buru itu, (Abdul) Rashim yang diapit oleh (bekas) Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail, tergagap-gagap membacakan satu kenyataan yang disediakan bagi mengumumkan penamatkan secara rasmi penggunaan dakwat kekal itu yang diperkenalkan oleh SPR sembilan bulan lalu,” kata kabel itu.

Alasan Abdul Rashid, dasar itu terpaksa diterbalikkan kerana terdapat laporan ada pihak yang cuba mensabotaj proses pilihan raya dengan menyeludup sejumlah besar dakwat kekal ke negara ini.

pulau ketam village head election 310711 indelible ink"Hujah SPR untuk menarik balik penggunaan dakwat kekal tidak meyakinkan. Apapun, kredibiliti SPR terjejas teruk pada malam sebelum pilihan raya yang menimbulkan kecurigaan dalam proses pilihan raya Malaysia, " kata kabel yang didedahkan oleh Wikileaks itu.

Pembatalan itu adalah dibidas oleh parti-parti pembangkang serta kumpulan pemantau pilihan raya yang mendakwa terdapat "pengundi hantu" pada daftar pemilih, yang boleh menjejaskan usaha untuk proses pengundian yang bersih dan adil.

"Meskipun kedua-dua pemimpin Umno dan PAS pernah didapati bersalah pada masa lalu kerana menggunakan pengundi hantu, pemimpin PAS mendakwa SPR membenarkan Umno mendaftarkan penyokongnya dalam daftar pemilih bagi membantu Umno menawan Kelantan dan mengekalkan kemenangan di Terengganu," katanya.

Menurut diplomat Amerika itu, kedutaannya telah menghantar pasukan pemantau pilihan raya ke enam negeri-negeri utama pada pilihan raya Mac 2008, yang menyaksikan BN kehilangan majoriti dua-pertiga di Dewan Rakyat buat kali pertama selepas tahun 1969 dan pentadbiran lima buah negeri tumbang kepada Pakatan Rakyat.


Tiada ulasan: