Kata-kata sinis itu menggambarkan betapa sukarnya mencari penulisan sejarah oleh manusia yang jujur, kerana majoriti penulis sejarah menulis dari perspektif di pihak mana mereka berada dan ada yang menulis di bawah kawalan ketakutan dan telunjuk golongan berkuasa.
Umum dan rata-rata sebenarnya menyedari bahawa penulisan sejarah akan menyebelahi golongan yang akhirnya mendapat kuasa atau golongan yang menang.
Manakala bagi golongan yang kalah pula, sejarah yang ditulis, terutamanya apabila bercanggah fakta dengan sejarah golongan yang menang, mereka tidak berani untuk berterus-terang untuk menyerang penulisan sejarah golongan yang berkuasa pada ketika peristiwa tersebut berlaku kerana kebesaran risiko dan tekanan yang mereka terpaksa hadapi.
Bahkan, ada mereka yang berani, namun lazimnya sejarah yang ditinggalkan mereka akan dihapuskan oleh golongan yang menang supaya generasi seterusnya hanya terus mengagungkan dan mengenangkan jasa golongan yang menang demi kepentingan masing-masing.
Akibatnya golongan yang tertewas ini lebih selesa menulis puisi, cerpen dan novel bagi meluahkan bantahan dan penentangan mereka terhadap satu-satu isu atau tohmahan yang dilemparkan kepada mereka. Maka lahirlah kata-kata sinis "yang menang tulis sejarah, yang kalah membuat puisi".
Sejarah, sifatnya ialah peninggalan untuk dinilai, difahami, dipelajari dan diambil iktibar terhadap sesuatu yang pernah berlaku, jarang sekali ia adalah untuk mencari kesalahan mana-mana pihak ketika peristiwa sejarah tersebut berlaku.
Tidak boleh dibahas
Namun, segalanya menjadi terbantut apabila fakta sejarah yang ditinggalkan tidak boleh dibahaskan, tidak boleh dicabar dan tidak boleh dibincangkan secara akademik, terutamanya apabila muncul dua-tiga versi fakta sejarah yang bercanggah mengenai sesuatu peristiwa.
Akibat penulisan sejarah yang tidak tepat itulah, timbulnya usaha untuk menilai semula, membahas, perbincangan ilmiah dan diskusi mengenai satu-satu fakta sejarah dari pelbagai sudut.
Namun, harus diingat, perkara yang paling malang dalam proses penulisan sejarah berkisar kepada mereka yang telah tiada untuk membela diri mereka terhadap penulisan yang tidak tepat terhadap mereka dalam penulisan sejarah, yang lumrahnya ditulis oleh golongan yang menang.
Kemunculan waris-waris untuk membela bagi pihak bapa, ibu atau waris mereka juga menambahkan warna-warni kepada perdebatan bahan sejarah – namun, apakah ia tepat? Sudah tentu, ia masih boleh dipertikai lagi.
Secara tidak sedar, rakyat dan negara kini sedang mencipta dan mencatitkan sejarah tersendiri.
Apakah sejarah yang sedang kita lakar kini, sebagai contoh apa yang berlaku 20 tahun yang lalu untuk generasi masa depan, akan atau telah dibuat secara jujur?
Jawapannya masih sama, ia tidak jujur kerana adanya kepentingan golongan pemerintah dalam menjaga minda generasi seterusnya pada waktu ini, dengan anggapan bahawa mereka akan kekal berkuasa.
Sebagai contoh, sejarah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekiranya dibahas pada masa hadapan, apakah versi yang bakal dicatat dalam sejarah?
Kita tidak perlu melihat jauh, untuk seseorang yang pernah menjadi timbalan presiden Umno dan timbalan perdana menteri suatu waktu dahulu, sekarang sudahpun ditulis dan digerombol oleh pihak pemerintah dalam wajah baru sebagai pengkhianat, penentang kerajaan dan selainnya sekiranya akhbar-akhbar pro-kerajaan pemerintah kini dijadikan rujukan sejarah pada masa hadapan.
Dilenyapkan dari sejarah
Mana catatan terhadap jasa beliau dalam membangunkan negara, malah memajukan Umno suatu masa dahulu? Adakah ia akan dicatat dalam sejarah kerajaan BN, atau akan dipadamkan begitu sahaja? Adakah dalam carta sejarah kepimpinan Umno, gambar timbalan Tun Dr Mahathir Mohamad ini pada 1990-an akan dihilangkan begitu sahaja dalam sejarah?
Sejarah apa pula mengenai beliau yang akan dituliskan dalam buku sejarah yang bakal diajar kepada pelajar pada masa depan?
Demikian juga dengan sejarah presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai menteri besar Terengganu yang cuba dibuang dari sejarah, sehinggakan gambar beliau sebagai menteri besar cuba dihilangkan.
Inilah realiti dalam permainan penulisan sejarah manusia oleh golongan yang menang, yang menjadi punca utama pahlawan-pahlawan negara yang bangun berjuang bermati-matian seperti Mat Kilau, Tok Gajah, Datok Bahaman di Pahang, Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Tok Janggut di Kelantan, Datuk Maharajalela dan Si Puntong di Perak, Dol Said di Negeri Sembilan/Melaka dan puluhan pimpinan yang lain yang kini lenyap dari sejarah.
Yang muncul, dicatat, dihargai malah tidak boleh dipertikaikan hari ini hanyalah pejuang yang diterima oleh Inggeris dalam sejarah penjajahan mereka terhadap Tanah Melayu.
Sesiapa yang ingin mengungkit semula jasa golongan yang tertewas, walaupun jasa mereka berharga akan terus dicop sebagai pengkhianat atau penyokong golongan tertentu dan cuba mengubah sejarah negara oleh pihak pemerintah.
Benarlah juga, mereka yang diterima sebagai pejuang oleh penjajah Inggeris ada jasa dalam usaha memerdekakan negara; namun namun pada masa yang sama benarlah juga ungkapan di atas "Yang menang tulis sejarah, yang kalah membuat puisi".
Janganlah kita lupa pula dengan pejuang rakyat yang tidak diiktiraf, malah digelar sebagai pengganas oleh pihak penjajah atau golongan pemenang, mereka juga ada jasanya yang patut dimartabatkan dalam sejarah negara.
Biarlah para pembaca sejarah menilai kedudukan tokoh-tokoh negara pra-kemerdekaan yang tercatit dalam sejarah ini secara peribadi dengan fakta sejarah yang cukup – walaupun kesudahan tafsiran mereka mungkin bercanggah dengan versi sejarah yang dihasratkan, pihak pemerintah dinasihatkan jangan pula cepat mencela mereka ini.
Kerana ini adalah fenomena yang bagus untuk negara yang menunjukkan rakyat semakin matang dalam mengkaji maklumat yang diterima mereka sebelum menerimanya bulat-bulat tanpa soal selidik seperti dulu.
|
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man adalah ketua penerangan PAS dan pesuruhjaya PAS Pahang.
ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.
"Saya tidak pernah mengesahkan atau menyokong anggota parlimen pembangkang atau Pakatan Rakyat. Pada masa itu, setahu saya, pembangkang cuba sedaya upaya untuk menawan hati anggota Parlimen dari Sabah tetapi mereka gagal untuk menarik mereka.
"Apa yang berlaku lebih pada "perang psikologi" yang dilakukan oleh pembangkang untuk tidak menstabilkan kerajaan BN," kata Salleh, bekas ketua Menteri Sabah selepas menghadiri Rumah
Terbuka Wanita Umno di Kampung Siasai di Kota Belud.
Semalam, Malaysiakini melaporkan bahawa kabel Kedutaan Amerika Syarikat mendedahkan bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa sekumpulan ahli politik dari Sabah dan Sarawak merancang untuk keluar daripada BN pada 16 Sept, 2008, berikutan kedua-dua negeri itu dipinggirkan.
Satu entri dalam kabel itu, yang disiarkan oleh Wikileaks, menyatakan bekas Ketua Menteri itu memberitahu pegawai kedutaan itu bahawa lebih separuh daripada jumlah 25 anggota parlimen Sabah bersedia untuk meninggalkan BN.
Kabel itu mendakwa bahawa pegawai kedutaan itu mendapati "tidak ada sokongan" untuk kepimpinan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di kalangan ahli politik senior yang mengadakan beberapa siri pertemuan di negeri ini dari 18 hingga 20 Jun tahun itu.
- Bernama
"Sebagai rakyat Malaysia, kami berkongsi visi yang sama untuk melihat sebuah negara Malaysia yang lebih baik.
"Kami menyeru kerajaan untuk memastikan pembaharuan dalam proses pilihan raya dengan mengambil kira pandangan semua pihak yang berkepentingan.
"Memandangkan pentingnya pembaharuan ini, proses itu perlu dimulakan dan diselesaikan sebelum pilihan raya umum yang akan datang," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Pakiam, yang juga adalah presiden Persidangan Biskop Katolik Malaysia, berkata adalah "menggembirakan" bahawa kerajaan terbuka mendengar dan mempertimbangkan cadangan daripada pelbagai sektor masyarakat mengenai isu berkenaan.
"Desakan untuk pembaharuan itu bertujuan memastikan pilihan raya yang bebas dan adil," katanya.
Bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencadangkan penubuhan jawatankuasa khas parlimen bagi pembaharuan pilihan raya, selepas menerima tekanan hebat daripada masyarakat awam, terutamanya daripada gabungan NGO BERSIH 2.0.
Namun, perdana menteri terus dibidas apabila beliau mengumumkan bahawa pilihan raya umum akan datang boleh diadakan "pada bila-bila masa" tanpa perlu menunggu kawatankuasa khas itu menyelesaikan tugas mereka.
Minggu lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut dikritik kerana berkata mereka mungkin tidak akan menerima ataupun melaksanakan semua cadangan jawatankuasa berkenaan.
- Arl Alex · Pengulas Tertinggisatu lagi yang perlu ditangani oleh kerajaan adalah jangan menggunakan isu-isu agama sebagai modal politik apatah lagi apabila isu-isu tersebut diperbesarkan semata-mata untuk mengalih perhatian kepada skandal-skandal yang didedahkan. saya lihat setipa kali ada isu penyelewengan nasional yang didedahkan, isu kaum dan agama akan dimainkan bagi menutupi kepincangan tersebut. Ini sesuatu yg amat dikesali. dan yang pelik lagi ajaib tiada apa2 tindakan mahupun sisatan dibuat berkenaan isu-isu penyelewengan nasional tersebut yang jelas merugikan rakyat dan negara.
- Anwaaru Ramadhan · Pengulas Tertinggi · Maahad qiraat shoubra
- Vincent VegaAbout time too he spoke.. The Catholics felt letdown by his recent trip to Rome with PM. If he gives up his Tan Sri he will definitely have not only the support and loyalty of all the Christians but of all the rakyat.
- Christopher Timothyadmin.. Tan Sri Pakiam adalah Uskup Agung KUala Lumpur dan bukan lagi presiden Persidangan Biskop Katolik Malaysia. jawatan itu disandang oleh Uskup Dr. Paul Tan. Harap Maklum.
Beliau dan Noramfaizul (kiri), 39 adalah antara 54 anggota Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia yang berlepas pada 28 Ogos lalu dan dijadual tiba di tanah air esok.
Kejadian tembakan itu berlaku ketika krew BernamaTV, TV3, Astro Awani dan RTM bergerak dari pusat operasi ke asrama tempat mereka tinggal kira-kira satu kilometer, selepas membuat liputan pemberian bantuan kepada mangsa kebuluran di sekitar Mogadishu.
Berikut catatannya:
Saya duduk di bahagian paling hadapan di sebelah pemandu kenderaan pacuan empat roda itu, manakala Noramfaizul duduk di bahagian paling belakang di sebelah kanan bersebelahan jurukamera TV3 Aji Saregar Mazlan yang turut cedera.
Kejadian berlaku dengan sekelip mata ketika kenderaan kami membelok ke kiri untuk masuk ke persimpangan asrama.
Saya mendengar dua das tembakan, diikuti kenderaan perisai pasukan pengaman Kesatuan Afrika melepasi kami. Beberapa detik kemudian, saya mendengar rakan media menjerit nama jurukamera saya yang tercedera.
Keadaan menjadi begitu kelam-kabut, dan saya melihat Noramfaizul yang rebah telah dibawa keluar dari kenderaan dan diberi rawatan di asrama tempat kami tinggal selama lima hari di Mogadishu.
Noramfaizul cedera di bahagian bahu sebelum diberitahu beliau turut cedera di bahagian paru-paru dan meninggal dunia kira-kira 6 petang waktu tempatan (kira-kira 1 tengah hari waktu Malaysia).
Jenazah dibawa pulang ke Malaysia pada Sabtu menaiki pesawat Charlie C-130 pada pukul 8.15 pagi waktu tempatan (kira-kira 3.15 pagi waktu Malaysia) bersama-sama anggota misi lain dan dijangka tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada pukul 9 pagi esok.
Selain Somalia, Allahyarham sebelum ini pernah mengikuti tiga misi bantuan kemanusiaan anjuran Kelab Putera 1Malaysia.
Dua misi bersama-sama saya sebagai wartawan membuat liputan mangsa kekejaman Israel di Gaza dan liputan bantuan kemanusiaan membantu mangsa banjir di Pakistan, tahun lepas serta misi kemanusiaan ke New Zealand membantu mangsa bencana gempa bumi awal tahun lalu.
Al-Fatihah buat saudaraku, Allahyarham Noramfaizul.
- Chang Jin Siongmemang tidak masuk akal membantu mereka di sana. saya bukan seorang yang kejam dan tidak perimanusia. jika di sana adalah senang dibantu dan mudah ditolong. mereka di sana lebih dekat dengan negara-negara arab dan lebih kaya berbanding dengan kita. tugas ini adalah lebih mudah dilaksinakan oleh mereka. di sini saya tidak bercakap kita tidak tolong. kita tolong orang perlu lihat kemampuan diri sendiri. kemampuan ini bukan terhad kepada wang ringgit sahaja. tetapi ada hal-hal lain juga perlu diambil perhatian dan langkah-langkah berjaga-jaga..............
.......................... .......................... .......................... ....................... - Khir Asya'arie · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Kerajaan Negeri Kelantan
- Musa Zalamuddin · Pengulas Tertinggi · SEK MEN ROYAL BATU GAJAH
- Zulkifli Mamat · Sekolah menengah chukai kemaman terengganuAL-FATIHAH. SEMOGA ROHNYA DITEMPATKAN DIKALANGAN ORG2 YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH......AMIN.
- Malik Sulaiman · Pengulas Tertinggi · Sek men semerah
- Malik Sulaiman · Pengulas Tertinggi · Sek men semerah
- Abg Zulkifli · Pengulas Tertinggi · Universiti Putra MalaysiaInalillah, salam takziah untuk kepuarga Allahyarham.
- Ashraff Kamal · UiTM Shah AlamPada pndgn saya,misi kelab putra ke somalia baru ni hanya utk mengejar glamour saje,terutama pd penaung mamak tu yg hanya nak mengejar populariti agar Najib nmpk pergerakkan beliau.skrg srg jugambar telah terkorban dek tkena peluru sesat.mmg ajal maut ditangan tuhan, bnyk lagi cara utk menghulur bantuan,di m'sia masih ramai org yg susah, gelendangan,ibu tunggal,hilang upaya dan sebagainya.kalau nak pi somalia pun,minta kerajaan hantar UN/smart ke sana.kita ada sumber dan saluran ini,gunakanlah.skrg nasi sudah mjadi bubur,kelab putra 1m'sia harus akur dan d ptggunjwbkan dalam soal ni.
- Suara Dari Bumi · Pengulas Tertinggi · Friends with Yob Tualang SekahAl Fatihah semuga rohnya diletakkan bersama para mujahid
- Putra Abdullah · Friends with Dinie AwalluddinAl-Fatihah...semoga amalan arwah membantu saudara islam yg miskin di somalia diterima dan dibalas Allah s.w.t...utk penyerang dan pembunuhnya moga Allah azabkan mereka secepat mungkin...amin.
Menteri berkenaan Abdisamad Maallin Mohamud berjanji dalang di sebalik kejadian itu dicari dan dihadapkan ke mahkamah.
Beliau meminta maaf terhadap tragedi itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan seluruh warga Malaysia berikutan kematian Noramfaizul (kanan).
"Ini (tembakan) bukannya daripada kerajaan...bukan daripada Al-Shabaab (pihak berkuasa). Ia dari tembakan pasukan lain dan kita akan menyiasat kenapa ini berlaku dan kenapa (rakyat Malaysia) diserang," kata Abdisamad.
Noramfaizul, 39, yang telah bertugas dengan BernamaTV kira-kira sembilan tahun, maut akibat terkena tembakan peluru sesat semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia.
Kejadian berlaku pada 5.40 petang waktu tempatan (Malaysia lima jam lebih awal dari Somalia) semasa kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki anggota misi seramai enam orang dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan diiringi tentera kerajaan Somalia.
Sementara itu, ketua misi bantuan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata kemalangan yang meragut nyawa Noramfaizul itu sukar diterima rakyat Malaysia.
Abdul Azeez berkata beliau menuntut siasatan menyeluruh serta penjelasan daripada kerajaan Somalia berhubung kejadian itu.
"Kenapa pasukan tentera melakukan ini kepada kita. Ini kita tidak boleh terima. Mesti ada siasatan menyeluruh. Rakyat Somalia mesti mohon maaf kepada rakyat Malaysia," Abdul Azeez berkata kepada Abdisamad.
Abdul Azeez juga berkata jenazah Noramfaizul sudah diuruskan serta persiapan dibuat untuk membawa balik jenazahnya ke Malaysia dengan pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
"Suasana pilu di sini. Semua yang lain selamat. Semalam adalah perjalanan terakhir tetapi terkena peluru sesat...tidak tahu dari mana," kata Abdul Azeez.
Menurutnya, anggota perubatan kelab itu cuba sedaya menyelamatkan Noramfaizul tetapi gagal.
Misi berkenaan yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur bertujuan membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia, dijadual pulang esok yang sepatutnya pada Isnin ini.
Manakala wartawan TV3 Aji Saregar Mazlan cedera ringan di bahu kanan terkena serpihan peluru, menurut wartawan Astro Awani Tan Su Lin yang membuat liputan langsung di Astro malam tadi.
Beliau berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 5.40 petang waktu tempatan (Malaysia lima jam lebih awal dari Somalia) semasa mereka seramai enam orang sedang menaiki pacuan empat roda dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan diiringi tentera kerajaan Somalia.
"Tiba-tiba saya terdengar dua bunyi kuat dari sebelah kanan dan ada bau asap. Saya tidak menyangka kenderaan kami terkena tembakan apabila menoleh kebelakang, Aji dalam kesakitan dan Faizul dalam keadaan pucat,” katanya.
Sementara itu, wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata tembakan peluru sesat utu mengenai bahu Noramfaizul dan menembusi paru-parunya, dan Noramfaizul (kiri) meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 6.10 petang waktu tempatan.
Noramfaizul meninggalkan seorang isteri Norazrina Jaafar, 37, dan dua orang anak lelaki Mohd. Irfan, 8, dan Mohd. Naufal, 3.
Sementara itu, Norazrina, yang sedang dalam perjalanan balik dari Johor ke rumah mertuanya di Serdang Raya dekat Kuala Lumpur, melahirkan rasa terkejut dan sedih dengan pemergian Allahyarham.
Norazrina berkata, sebelum suaminya berlepas ke Somalia, Allahyarham telah berpesan supaya menjaga diri dan anak mereka dengan baik.
"Dia turut berpesan dia pergi kerana berkhidmat untuk negara, dan jangan bimbang dengan keselamatan dirinya,” kata eksekutif perhubungan awam sebuah agensi kerajaan di Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Tan berkata, mereka pulang ke tempat penginapan untuk berkemas kerana dijangka pulang ke Malaysia pada pukul 5.30 pagi waktu tempatan esok.
Beliau berkata, ketua misi Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, yang juga Presiden Kelab Putera 1Malaysia, sedang berbincang dengan pihak pengurusan untuk membawa balik jenazah Allahyarham bersama rombongan misi esok.
Misi itu berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur dalam misi membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia.
- Najib Nordin · Pengulas Tertinggi · Tak sempat masuk UOrang UMNO nak publisiti (kelab putera 1malaysia), wartawan yg dapat peluru...al fatihah untuk Allahyarham.
- Mazwan Muhammad · Pengulas Tertinggi · Polimas
- Mazwan Muhammad · Pengulas Tertinggi · Polimas
- Shahrudin Misran · Pengulas Tertinggi · Friends with Praline HmcOrg Somalia amat benci dan berdendam dgn Amerika sejak dulu lagi.....kemungkinan besar lambang bendera Msia yg menyerupai bendera Amerika adalah penyebabnya....kerana pejuang Somalia yg melihat sekali imbas lambang tersebut akan menyangka ianya adalah bendera Amerika....
- Shahrudin Misran · Pengulas Tertinggi · Friends with Praline Hmc
- Malik Sulaiman · Pengulas Tertinggi · Sek men semerah
- Khalil Yaacob · (ABS Bis. School)Aust.At Kuala Lumpursemuga ianya jadi pengajaraan kepada kelab putera malaysia...jagan suka guna media untuk cari nama...terpaksa kemana sahaja, walau pun bahaya..demi nama..esok2 si kj dah tak jadi ketua pemuda dah,, dan time tu aku le pulak naik jadi ketua pemuda..aku kan dah banyak jasa...
- Faridah Roses · Pengulas Tertinggi · Friends with Noor RaKelab Putera 1 MALAYSIA memang tak bertanggungjawab langsung...sanggup buat apa saja demi nak mencari populariti dan nama...rakyat Malaysia masih terlalu ramai yang hidup merempat tapi langsung tak dipedulikannya... inilah yang dikatakan KERA DIHUTAN DISUSUKAN, ANAK DIKENDONG MATI KELAPARAN...Kelab Putera 1 Malaysia MESTI BERTANGGUNGJAWAB terhadap keluarga simati di dunia dan akhirat...anak-anaknya mesti dibela...sila pastikan setiap anaknya mendapat simpanan RM 1 juta seorang...untguk masa depan mereka.. Aziz Putera kan keturunan jutawan ha...ha...ha.. gelinya bulu keriak aku mendengarnya...tak sedar diri..anak pemandu teksi...
- Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2Banyak lagi rakyat malaysia yg kebulur. Pergi tolong org sana buat apa? nak mintak puji ada lah. Skrg siapa yg susah?
- Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
- Yahya Arif Ariff · Pengulas Tertinggi · Pengarah di WIBAWA ENTERPRISENiat baik dan amalan murni semuga Alahyarham ditempatkan dengan para syuhada. Tetapi itulah Somalia,manusia tak kenal untung, orang beri madu dibalas tuba.Patutlah perbalahan antara kaum tak habis2 masing2 mengakui dialah yang terbaik,yang jadi mangsa warganya.Yang anehnya siapa yang membekal senjata?.Api dan peluru mana bekalan makanan untuk mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan