Video Tulen ? .. Pelakonnya ? | |
Nasrudin Hassan |
1. Ketua Polis Negara berkata bahawa pakar tempatan telah meneliti video seks yang menjadi bahan fitnah ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim baru - baru adalah tulen bukannya palsu. Persoalannya , apakah manafaatnya membuat pengesahan demikian ? Tulen atau tidak video itu bukan asas dan pokok dalam isu ini. Kerana jika ia disahkan tulen sekalipun, ia kekal sebagai bahan yang tidak menepati piawai untuk membuat tuduhan zina malah ia turut terdedah kepada ruang manipulasi yang ketara. 2. Tuduhan zina mestilah [sama hukumnya terhadap tuduhan liwat] melibatkan 4 orang saksi. وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik Surah An-Nur : Ayat 4 Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi. 3. Datuk T yang kononnya dikatakan saksi hanya melibatkan 3 orang, ertinya belum mencukupi bilangan 4 orang saksi yang dikehendaki oleh Islam. Tambahan pula syarat saksi itu, selain dari mereka mestilah saksi yang adil [ tidak pernah melakukan dosa besar dan tidak mengekalkan dosa kecil ], mereka juga mestilah menyaksikan perlakuan zina itu sebagaimana masuknya batang celak ke dalam botol celak. 4. Jika hanya menyaksikan melalui rakaman video, ia tidak menepati kehendak syariat dalam membuat tuduhan. Sekalipun videonya disahkan tulen tetapi pelakunya [watak pelakunnya] masih terdedah kepada manipulasi dan kepalsuan. Justeru dunia moden hari ini, tidak hairan video sedemikian boleh dihasilkan tambahan pula dalam bentuk filem hitam putih. 5. Saya masih ingat sebuah filem yang pernah saya saksikan di atas kapal terbang dalam perjalanan saya ke Mesir pada satu ketika dahulu, iaitu filem lakonan John Travolta dan Nicholas Cage yang berjudul Face Off. Saya tidak mengingati keseluruhan jalan cerita filem ini, tetapi apa yang saya masih ingat ialah bagaimana mereka menukar wajah antara dua watak [John Travolta menjadi Nicholas Cage dan Nicholas Cage pula berwajah John Travolta] sehingga isteri mereka sendiri tidak dapat membezakan antara keduanya. Walaupun itu hanyalah watak dalam sebuah lakonan tetapi apa yang saya mahu sebut bahawa filem dan lakonan boleh menghasilkan apa saja yang dikehendaki oleh skripnya. Filem yang saya tonton itu pula adalah filem original \ tulen dan sharp pula gambarnya. [Kecanggihan teknologi di dalam industri perfilem hari ini memungkinkan directornya menghasilkan apa sahaja bentuk filem dan lakonan yang ia mahukan. Bukan sahaja mahu menjadikan seorang pelakon itu berupa Anwar, malah untuk berupa seekor serigala juga boleh, pontianak pun boleh sehingga kita bisa sahaja menganggap pelakon itu benar - benar telah menjadi serigala atau pontianak seperti dalam filem Van Hestling, Under World, Wolf dan lain - lain dan semua filem itu di cop original.] 6. Justeru itu, saya tegaskan di sini, isunya bukan pada ketulenan video tersebut tetapi kepada kaedah membuat tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah. [Saya bimbang berlaku sebagaimana yang pernah saya alami seketika dulu. Apabila saya membuat report polis mengenai kecurian harta awam yang dilakukan oleh seorang manusia yang saya kenal malah saya namakannya kepada pihak berkuasa, malangnya, saya yang membuat report terpaksa terperok di dalam balai polis hampir 6 jam kerana di soal siasat oleh pihak polis sementara pihak pencuri iitu sehingga hari ini lepas dan bebas.] 7. Sepatutnya pihak polis segera bertindak ke atas mereka yang memiliki dan menyebarkan video lucah tersebut. Bukan hanya berusaha meneliti ketulenan videonya sahaja. Kalaupun benar video itu tulen, pelakun tidak semestinya sama dengan individu yang difitnah. Boleh jadi dua serupa, boleh jadi ia mengenakan topeng berteknologi tinggi, atau ... atau ... 1001 kekeliruan dan kemungkinan yang mencetus kesangsian. Pastinya kita tidak boleh menuduh seseorang dalam keadaan tidak pasti, keliru dan sangsi. 8. Ummat Islam sewajar menjadikan kaedah dan format Islam sebagai asas untuk proceed sesuatu tuduhan dan menerima prosuder tersebut. Jelas Islam adalah agama yang sangat memelihara maruah manusia agar tidak mudah dieksploit untuk menjayakan misi fitnah pihak yang tidak bertanggungjawab. Apabila tuduhan itu tidak menepati piawaian Islam, maka tuduhan itu mesti digugurkan jika tidak ia menjadi fitnah. 9. Saya juga teringat satu kisah yang berlaku kepada seorang tokoh pejuang Islam sewaktu saya belajar di Syria sekitar tahun awal 90an. Ia bermula apabila pihak Special Branch [SB] cuba meletakkan dadah dalam handbag tokoh pejuang Islam tersebut yang telah ditahan lebih 10 jam di Airport Damascus. Percubaan itu adalah menghasilkan bukti bagi menjayakan misi mereka menangkap tokoh pejuang Islam tersebut setelah segala soal siasat awalnya gagal untuk mensabitkan beliau bersalah bagi membolehkan beliau ditahan. Alhamdulillah, percubaan itu digagalkan oleh Allah swt apabila ada hamba Allah ternampak perbuatan jahat pihak SB tersebut. 10. Ada orang tanya saya, ustaz ! kenapa ada manusia tergamak berbuat demikian ? tiada hati perutkah mereka ? bagaimana kalau ayah mereka atau ibu, isteri dan anak mereka difitnah sedemikian rupa, apa perasaan mereka ? kenapa mereka tergamak ? Apa yang boleh saya jawab ? melainkan saya hanya berkata : " kalau manusia ini tidak ada gamak, nescaya aman lah dunia ini. Lantaran mereka ada gamak lah, macam - macam berlaku di atas muka bumi ini yang kadangkala terkeluar dari rasional aqal yang waras." Pengertian dan Hukum ZinaPENGERTIAN ZINA Ialah persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syarak (bukan pasangan suami isteri) dan kedua-duanya orang yang mukallaf, dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam takrif (persetubuhan yang meragukan). Jika seorang lelaki melakukan persetubuhan dengan seorang perempuan, dan lelaki itu menyangka bahawa perempuan yang disetubuhinya itu ialah isterinya, sedangkan perempuan itu bukan isterinya atau lelaki tadi menyangka bahawa perkahwinannya dengan perempuan yang disetubuhinya itu sah mengikut hukum syarak, sedangkan sebenarnya perkahwinan mereka itu tidak sah, maka dalam kes ini kedua-dua orang itu tidak boleh didakwa dibawah kes zina dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud, kerana persetubuhan mereka itu adalah termasuk dalam wati’ subhah iaitu persetubuhan yang meragukan. Mengikut peruntukan hukuman syarak yang disebutkan di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith yang dikuatkuasakan dalam undang-undang Qanun Jinayah Syar’iyyah bahawa orang yang melakukan perzinaan itu apabila sabit kesalahan di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak 100 kali sebat. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang bermaksud : “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”. (Surah An- Nur ayat 2) ZINA TERBAHAGI KEPADA DUA : 1. ZINA MUHSAN 2. ZINA BUKAN MUHSAN ZINA MUHSAN Iaitu lelaki atau perempuan yang telah pernah melakukan persetubuhan yang halal (sudah pernah berkahwin) ZINA BUKAN MUHSAN Iaitu lelaki atau perempuan yang belum pernah melakukan persetubuhan yang halal (belum pernah berkahwin). Perzinaan yang boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan Zina Muhsan ialah lelaki atau perempuan yang telah baligh, berakal, merdeka dan telah pernah berkahwin, iaitu telah merasai kenikmatan persetubuhan secara halal. Penzinaan yang tidak cukup syarat-syarat yang disebutkan bagi perkara diatas tidak boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan zina muhsan, tetapi mereka itu boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan zina bukan muhsan mengikut syarat-syarat yang dikehendaki oleh hukum syarak. HUKUMAN YANG DIKENAKAN KEATAS ORANG YANG ZINA MUHSAN DAN BUKAN MUHSAN Seseorang yang melakukan zina Muhsan, sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan keatas mereka hukuman had (rejam) iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya hingga mati. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab I’anah Al- Thalibin juzuk 2 muka surat 146 yang bermaksud : ”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina muhsan wajib dikenakan keatas mereka had (rejam), iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati”. Seseorang yang melakukan zina bukan muhsan sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan ke atas mereka hukuman sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun sebagaimana terdapat di dalam kitab Kifayatul Ahyar juzuk 2 muka surat 178 yang bermaksud : ”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina bukan muhsin wajib dikenakan keatas mereka sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun”. PEREMPUAN YANG DI ROGOL DAN DI PERKOSA Perempuan-perempuan yang dirogol atau diperkosa oleh lelaki yang melakukan perzinaan dan telah disabit dengan bukti –bukti yang diperlukan oleh syarak dan tidak menimbulkan sebarang keraguan dipihak hakim bahawa perempuan itu dirogol dan diperkosa, maka dalam kes ini perempuan itu tidak boleh dijatuhkan dan dikenakan hukuman hudud,dan ia tidak berdosa dengan sebab perzinaan itu. Lelaki yang merogol atau memperkosa perempuan melakukan perzinaan dan telah sabit kesalahannya dengan bukti – bukti dan keterangan yang dikehendaki oleh syarak tanpa sebarang keraguan dipihak hakim, maka hakim hendaklah menjatuhkan hukuman hudud keatas lelaki yang merogol perempuan itu, iaitu wajib dijatuhkan dan dikenakan ke atas lelaki itu hukuman rejam dan sebat. Perempuan-perempuan yang telah disabitkan oleh hakim bahawa ia adalah dirogol dan diperkosa oleh lelaki melakukan perzinaan, maka hakim hendaklah membebaskan perempuan itu dari hukuman hudud (tidak boleh direjam dan disebat) dan Allah mengampunkan dosa perempuan itu di atas perzinaan secara paksa itu. Hukum Menuduh Orang Berzina Menurut Al-Qur'an Kemarin saya sudah menulis artikel tentang hukum berbuat zina yang di sertai ayat al-qur'an sebagai bukti bahwa yang mengharamkan ini adalah dari sang pencipta. lebih lengkapnya baca:ayat al-qur'an tentang hukum berzina. Dan dalam artikel kali ini saya akan memberikan ayat al-qur'an tentang hukum orang yang memfitnah seseorang berzina atau penzina, padahal orang tersebut baik-baik. simak ayat-ayat di bawah ini Berdasarkan ayat di atas sudah jelas apabila kita menuduh orang baik-baik berbuat zina, allah akan melaknat kita di dunia dan akhirat serta adzab yang yang besar. Menurut diatas kalau kita mau menyatakan suatu kejadian, setidaknya ada 4 orang saksi. dan jangan percaya kalau saksinya kurang dari empat orang. Intinya berzina ataupun menuduh orang baik-baik melakukan zina dosanya sangat besar. semoga kita tidak termasuk dari kedua kategori di atas... amiiinnn.... Selengkapnya tentang : Hukum Menuduh Orang Berzina Menurut Al-Qur'an | Satriacell http://www.satriacell.com/2011/03/hukum-menuduh-orang-berzina-menurut-al.html#ixzz1IRJAZBAh Untuk Artikel Aslinya |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan