Selasa, 12 April 2011

SARAWAK OH SARAWAK....LAH NI RAMAI SEDANG MEMIKAT....MENABUR JANJI2....LAH NI BANYAK HADIAH DIBERI...SYOKLAH SEKEJAP...

Taib: Saya akan berundur 'dalam beberapa tahun'
Lee Way Loon
Apr 11, 11
11:10pm

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sekali mengelak soalan mengenai bila beliau akan berundur selepas 30 tahun menerajui kepimpinan Sarawak.

Dalam ucapan ringkasnya di konsert 1Malaysia di Padang Merdeka, Kuching, Taib berharap agar generasi muda akan menyokong penggantinya nanti.

"Masa anda akan tiba. Bila saya berhenti nanti, saya ingin menyerahkan kepada generasi awaklah yang akan menyokong pemimpin (baru) yang akan terus memajukan Sarawak," katanya. Ucapan itu disampai di depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang semalam berjanji bahawa Taib akan berundur, sekaligus mencetuskan spekulasi bahawa Putrajaya cuba menyegerakan satu rancangan peralihan kepimpinan di Sarawak.

Tetapi pembangkang - yang menjadi Taib musuh nombor satu - dalam kempennya, mendakwa Najib tidak mampu untuk membuat Taib berundur dan mendakwa Taib mahu terus memegang kuasa.


Juruterbang helikopter terhempas meninggal dunia
Apr 11, 11 6:03pm

Juruterbang Kapten Sahimi Razali, yang cedera parah setelah helikopter yang dipandunya terhempas, meninggal dunia pada jam 8.30 malam ini di Hospital Sibu.

NONEKetua Polis Daerah Sibu ACP Shafie Ismail berkata jenazah Sahimi, 38, akan diuruskan keluarganya yang akan datang ke Sibu dari Kuala Lumpur malam ini.

Sahimi cedera parah apabila helikopter jenis Bell 206 milik Sabah Air yang dipandunya terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu pada jam 1.50 tengah hari tadi setelah menurunkan tiga penumpang termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang mengalami kecederaan parah di bahagian rusuk terus digegaskan ke Hospital Sibu oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

Shafie berkata helikopter yang baru tiba dari Bintangor, Sarikei merupakan sebuah daripada tiga buah helikopter, yang membawa rombongan Muhyiddin melakukan tinjauan mesra di sana.

Beliau berkata sebaik sahaja menurunkan semua penumpang, helikopter berkenaan mahu meneruskan penerbangan ke Lapangan Terbang Sibu.

"Tiba-tiba helikopter yang berada pada ketinggian kira-kira tiga meter itu dipercayai hilang kawalan dan terhuyung-hayang sebelum jatuh," katanya kepada pemberita di Sibu hari ini.

Shafie berkata juruterbang, yang bersendirian dalam helikopter itu, tersepit sebelum orang ramai membantu untuk mengeluarkannya.

"Empat orang awam menarik juruterbang keluar dari pesawat. Mangsa telah digegaskan ke Hospital Sibu oleh pasukan JPAM," katanya.

"Punca kejadian masih disiasat. Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan menghantar sebuah pasukan untuk membuat siasatan esok," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman melawat Sahimi yang menjalani pembedahan di Hospital Sibu kira-kira jam 4 petang.

Muhyiddin yang menghabiskan kira-kira 15 minit di luar dewan pembedahan telah menyaksikan proses pembedahan yang dijalankan.

"Saya rasa dukacita dengan kemalangan yang berlaku ke atas Kapten Sahimi. Saya telah menyaksikan pembedahan yang sedang dilakukan," katanya kepada pemberita di Hospital Sibu.

- Bernama




TPM minta 'jasa baik' guru di S'wak sokong BN
Regina Lee
Apr 11, 11
6:52pm

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta 'jasa baik' para guru di Sarawak supaya menyokong BN dalam pilihan raya negeri itu pada 16 April depan.

Beliau yang juga timbalan perdana menteri menggesa mereka membantu BN menang besar, dengan memangkah calon-calonnya dalam pilihan raya negeri Sabtu depan.

NONEMuhyiddn yang juga timbalan pengerusi BN berucap kepada kira-kira 400 guru yang mengikuti satu program untuk pendidik di Sibu petang ini.

Selepas ini, kata Muhyiddin, pembangkang akan mendakwa BN berkempen melalui guru-guru, tetapi tegasnya, ianya bukan hanya satu peringatan lembut, tetapi juga peringatan yang penting.

Sambil mengkritik kempen Pakatan Rakyat untuk membawa perubahan, Muhyiddin berkata, rancangan pembangunan mungkin terjejas jika berlaku perubahan tersebut.

Menurutnya, rancangan pembangunan akan terjejas jika berlaku gangguan atau perubahan mengikut cara pembangkang.

Beliau mengumpamakan kempen pembangkang untuk perubahan itu umpama 'tikus membaiki labu' - satu pepatah Melayu yang bermaksud tindakan yang akan memburukkan lagi keadaan.



Rais: SKMM akan siasat juruhebah Free S'wak radio
Apr 11, 11 10:44pm

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah diminta menjalankan siasatan sama ada juruhebah stesen Free Sarawak Radio menghasut rakyat atau menggunakan kiasan berkaitan isu-isu keselamatan.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Kementerian Dalam Negeri juga telah dimaklumkan mengenai perkara itu.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan projek Kampung Wifi Nanga Machan di bandar Nanga Machan dekat sini hari ini, Rais berkata sekiranya siasatan itu membuktikannya, kementerian akan melaporkan perkara itu kepada Pejabat Peguam Negara untuk diambil tindakan.

Stesen radio yang beroperasi secara rahsia itu dilaporkan bersiaran dari London, dikatakan menggalakkan pendirian antikerajaan di kalangan rakat Sarawak di samping mengkritik pemimpin-pemimpin negeri dalam siarannya yang disiarkan dua kali sehari.

Berang dengan siaran radio itu, Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) baru-baru ini membuat laporan polis di Kuching bagi membolehkan SKMM memulakan siasatan.

"Kami tidak boleh secara sembarangan menghentikan mana-mana isyarat daripada sumber internet atau menerusi frekuensi gelombang pendek kerana ini termaktub dalam Konvensyen Hak Asasi Manusia Geneva.

"Daripada segi kritikan, kami tidak boleh berbuat apa-apa. Kita tidak harus berasa terlalu cemas sama ada mereka berkata benar atau sebaliknya,” katanya.

Mengenai kritikan oleh pemimpin pembangkang mengenai projek Kampung WiFi adalah tidak praktikal kerana menggunakan banyak tenaga kuasa, Rais berkata perkara itu tidak benar dan ini hanya mencerminkan kejahilan mereka.

"Projek Kampung Wifi menggunakan tenaga minimal kerana ia menggunakan "Very Small Aperture Terminal" (VSAT) iaitu sistem komunikasi berasaskan satelit.

"VSAT dengan mudah boleh hantar isyarat ke komputer dan komputer riba," katanya.

Rais berkata dakwaan bahawa ia menggunakan banyak tenaga kuasa hanyalah retorik politik pemimpin pembangkang seperti setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

"Beliau mungkin dengki bahawa usaha SKMM mengagihkan komputer notebook dan pewujudan Kampung Wifi kini amat berjaya. Bukan menjadi dasar kerajaan untuk melaksanakan sesuatu yang tidak praktikal atau akan membebankan rakyat," katanya.

- Bernama



Nota 'selamat tinggal' Teoh mungkin tulen
Apr 11, 11 8:25pm

Suruhanjaya Siasatan untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock diberitahu bahawa nota 'selamat tinggal' yang dijumpai dalam beg sandang Teoh berkemungkinan merupakan hasil tulisan tangan setiausaha politik exco Selangor itu.

Pemeriksa dokumen dari Jabatan Kimia, Wong Kong Yong berkata pengesahan itu dibuat dengan membandingkan nota itu dengan tulisan tangan dan tandatangan Teoh yang diambil oleh penyiasat bebas Michael Leslie Squires dari pejabat Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah

teoh beng hock note 200910 01Wong berkata, dokumen itu kemudian diserahkan oleh Leslie kepada Wong pada Mac lalu di Jabatan Kimia Petaling Jaya dan mendapati tulisan tangan Teoh adalah sama dengan nota itu.

Teoh, 30, setiausaha politik Ean, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Wong yang sebelum ini pernah memberi keterangan dalam inkues Teoh di Mahkamah Shah Alam, mengesahkan sebahagian tulisan bahasa Malaysia pada nota yang ditemui dalam beg sandang Teoh dan tulisan di buku notanya dimiliki orang yang sama.

Pada 20 Sept 2010 pegawai penyiasat ASP Ahmad Nazri Zainal telah mengemukakan nota yang telah diterjemahkan oleh jurubahasa Mandarin dalam prosiding inkues.

Dalam prosiding hari ini, beliau menjelaskan sesuatu keadaan akan menjadi sukar sekiranya tulisan tangan seseorang terdapat pada sesuatu dokumen yang mana dibuat salinan lain.

"Kesukaran itu berlaku terutamanya dari segi garisan, tekanan dan dakwat yang digunakan pada sesuatu dokumen," katanya ketika disoal peguam Christoper Leong dari Majlis Peguam.

NONEKetika ditanya Leong berapakah karakter tulisan Cina yang dijumpai oleh Wong ketika pemeriksaan dibuat ke atas dokumen yang bertulisan Cina, Wong berkata: "Saya hanya menjumpai lima sampel karakter tulisan Cina yang sama dengan tulisan pada buku nota Teoh yang ditemui, iaitu 'yang','de','you','au' dan 'zi'."

Wong yang merupakan saksi ke-32 itu memberitahu pada kebiasaannya memerlukan sekurang-kurangnya lima huruf dalam bahasa Cina untuk dijadikan contoh, tetapi ia juga bergantung kepada situasi dalam kes-kes lain.

Wong turut memaklumkan kesemua buku nota dan nota tulisan tangan Teoh yang telah diterjemahkan itu ke bahasa Melayu adalah tulen.

Bagaimanapun, kenyataan Teoh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diterima dalam bentuk salinan kecuali buku nota, nota tulisan tangan dan kad kredit Teoh adalah tulen.

Sementara itu, ketika disoal Leong kenapa terdapat perbezaan tanda tangan pada kenyataan SPRM yang ditanda tangani oleh Teoh, Wong berkata: "Tidak semua individu dapat menghasilkan tanda tangan yang sama setiap masa kerana dipengaruhi dan bergantung kepada situasi seperti tekanan, getaran tulisan dan sebagainya."

Suruhanjaya itu dianggotai Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.S.Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik serta Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Jan lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat 'keputusan terbuka'.

Prosiding bersambung esok.

- Bernama





S'wak: Najib teliti 'surat cinta' selepas dapat undi
Jimadie Shah Othman
Apr 11, 11
1:10pm

Kongsi 179

Galeri Foto

Walaupun sebelum ini BN mengumumkan pelbagai projek dan peruntukan dalam programnya, pendekatan Datuk Seri Najib Razak hari ini agak berbeza apabila beliau berjanji meneliti aduan penduduk selepas hari mengundi.

"Hari ini saya ada tiga 'surat cinta' (permohonan). Saya akan timbangkannya selepas 16 April, boleh? Saya hendak tengok kawasan ini lebat dengan undi.

NONE"Boleh atau tidak?," kata Najib lagi sambil disambut laungan "boleh" oleh hampir 2,000 penduduk di Spaoh, dekat Betong.

Spaoh merupakan satu lokasi dalam kawasan DUN Bukit Saban – salah satu kawasan DUN luar bandar yang menjadi tumpuan Najib dalam program pertemuan ramah mesranya di Betong, Sarawak hari ini.

Bukit Saban merupakan salah satu kawasan yang dikunjungi Najib hari ini dalam program tinjauannya ke beberapa kawasan pedalaman di bahagian Betong.

Parlimen Betong merupakan kawasan majoriti Melayu dengan tiga DUN iaitu Layar, Saribas dan Bukit Saban. Selain Layar, dua kerusi lagi dikatakan tidak selamat buat BN pada masa ini.


Dalam ucapannya, Najib turut memberi jaminan bahawa isu tanah adat (NCR) akan selesai dengan peruntukan besar RM80 juta bagi menanganinya.

"Kita sudah lulus RM juta. Itu tahun sudah. Tahun ini RM30 (juta). Tahun depan lagi RM30 juta. Jadi semua RM80 juta," katanya.

Beliau juga memberikan jaminan, pada tahun depan, 90 peratus masalah keperluan asas melibatkan jalan raya, bekalan air dan elektrik akan diselesaikan kerajaan sedia ada.

Dalam pada itu, perdana menteri turut mengambil kesempatan menghentam PKR dengan pelbagai gelaran seperti "parti mata satu", "parti keluar beramai-ramai" dan "parti anak beranak."

NONE"Itu parti anak-beranak. Tetapi saja jadi perdana menteri, saya tak lantik isteri saya jadi timbalan perdana menteri," katanya yang menjelaskan bawah isterinya Datin Seri Rosmah Mansor hanya terlibat dalam hal kebajikan orang kurang upaya dan pelajar prasekolah.

Sebelum itu, kedatangan Najib turut disambut sekumpulan kira-kira 30 penyokong PKR yang turut membawa bendera parti.

Kumpulan kecil itu dilihat cuba 'mengusik' perdana menteri dengan sekali-sekala membuat bising dan melaungkan reformasi.

Bagaimanapun tiada insiden tidak diingini berlaku.

Dalam kunjungan seterusnya, Najib tiba di Lubok Antu yang menempatkan kawasan DUN Batang Ai – sebuah kawasan majoriti Iban di kawasan pedalaman Sarawak.

Penungguan lebih sejam kira-kira 300 warga Lubok Antu di majlis pertemuan itu – termasuk anggota polis dan Rela – terubat apabila perdana menteri tiba bersalaman dengan mereka.

Datuk Najib Razak bagaimanapun hanya berucap ringkas kira-kira lima minit bagi merayu sokongan diberikan pada calon BN Batang Ai Malcom Mussen.

Dalam majlis yang bermula pada kira-kira jam 5 petang itu, Najib turut menyeru kepada pengundi untuk memberikan kemenangan besar pada BN.

"Calon kita akan mendapat sokongan daripada perdana menteri Malaysia. Jangan percaya cakap hantu. Kita dalam BN, kita buat, kita laksana," katanya lagi.


Kekecohan rebut Tupperware di ceramah PM
Andrew Ong
Apr 11, 11
8:59am

Kekecohan berlaku di stadium tertutup MBKS malam tadi selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razal meninggalkan tapak perhimpunan ceramahnya kerana hadirin berebut cuba mendapatkan 'ole-ole' yang dibawanya - iaitu bekas makanan dan minuman berjenama Tupperware.

najib rally kuching 100411Ketika 2,000 orang beredar dari stadium itu, ratusan lagi mengerumuni pintu masuk untuk merebut bag 'ole-ole' yang diberikan secara percuma itu.

Bag itu mengandungi poster Najib dan sama ada sebuah bekas makanan atau minuman daripada jenama terkenal Tupperware.

Apabila keadaan menjadi tidak terkawal, beberapa pekerja terpakasa memindahkan kotak-kotak barangan itu daripada pintu masuk.

Jatuh tergolek

Sebaik sahaja kotak yang dibawa mencecah lantai, puluhan orang lagi akan menyerbu ke arah tersebut. Kebanyakan mereka adalah golongan berusia dan kanak-kanak yang terus mengoyakkan kotak itu dan merampas 'ole-ole' yang ada.

najib rally kuching 100411 tumblersDalam kekecohan itu, ramai yang jatuh. Seorang wanita tua dilihat tergolek di lantai tetapi terus berpegang erat kepada bag yang berjaya diambilnya itu.

Wartawan dan anggota polis yang berada di lokasi tercenggang melihat kejadian yang tidak disangkakan dan ada yang menasihatkan orang ramai supaya bersabar menunggu giliran mendapat hadiah daripada BN itu.

Seorang hadirin memberitahu Malaysiakini bahawa beliau datang apabila terbaca di akhbar mengenai program anjuran BN yang menjemput semua penduduk sekitar Kuching.

“Ada makanan dan hadiah percuma. Sesiapa pun akan datang,” kata lelaki pertengahan umur yang tidak mahu namanya disiarkan.

Ditanya sama ada beliau datang untuk menyokong perdana menteri dan BN, lelaki itu berkata dia hadir untuk melihat wajah Najib secara dekat.

najib rally kuching 100411 foodSeorang wanita tua pula berkata, beliau dan penghuni sebuah rumah pangsa dibawa dengan bas dari Jalan Ban Hock. Katanya, akibat kekecohan itu, dia gagal mendapat bag 'ole-ole' BN itu.

Sebelum majlis bermula, semua hadirin diberikan sehelai kemeja T 1Malaysia dan diminta menyarungkannya ketika itu juga. Hadirin juga diberikan burger dan air minuman botol.


Tiada ulasan: