Isnin, 4 April 2011

PERKARA VIDEO MENGIMBAS SKANDAL2 SEX YANG SUDAH LEPAS....TU YANG TERJERAT@DAPAT...YANG LEPAS ALLAH SAJA TAU...AKHIRAT MEREKA NI TAK LEPAS...

Polis ganggu lagi ceramah Anwar
Kuek Ser Kuang Keng
Apr 3, 11
11:16pm


Polis mengganggu ceramah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kali ketiga berturut-turut - malam ini di ceramah terbesar parti itu di Betong - yang merupakan kubu kuat Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Alfred Jabu.

anwar ceramah disrupted by cops swakMajlis makan malam dan ceramah itu - yang diadakan di medan selera
terbuka di Betong, sebuah pekan kecil yang terletak 70km di utara Sri Aman - bermula dengan lancar dengan pemimpin PKR tempatan, termasuk empat calon, menyampaikan ucapan kira-kira lebih sejam tanpa sebarang gangguan.

Anwar tiba pada jam 9.30 malam dengan disambut oleh hampir 1,000 penduduk pelbagai kaum berserta laungan "Reformasi".

Bagaimanapun, apabila Anwar bercakap kira-kira 10 minit, seorang anggota polis beruniform mendekati ketua pembangkang itu dan memintanya berhentikan berucap, menyebabkan timbul ketegangan di kalangan hadirin.

Selepas rundingan ringkas, Anwar bersetuju memendekkan ucapannya.Beliau kemudian meneruskan ucapannya selama 20 minit lagi sebelum polis mengganggunya lagi.

Malaysiakini difahamkan oleh pihak penganjur bahawa pihak polis telah mengeluarkan permit kepada PKR untuk mengadakan 'mesyuarat luar biasa' dan bukannya ceramah politik atas alasan tempoh kempen belum bermula.

Sebelum berhenti berucap, Anwar mendakwa pihak polis tidak akan mengambil sebarang tindakan jika ceramah gagal menarik ramai hadirin.

"Jika hanya ada 10 orang, polis tidak akan ganggu. Tetapi bila terdapat ramai orang seperti malam ini, mereka akan mengganggu," katanya.

Menurut timbalan ketua Wanita PKR Sarawak, Cecilia Siti Una, kehadiran malam ini adalah yang terbesar dalam sejarah Betong.

"Bukan mudah untuk meminta penduduk Betong menghadiri ceramah politik," katanya kepada Malaysiakini.



Tayang video seks Carcosa di Parlimen, kata Karpal
Apr 3, 11 7:00pm


Karpal Singh menyeru pihak berkuasa menayangkan video seks Carcosa di Parlimen kerana ia mempunyai imuniti untuk melindungi ahli parlimen daripada sebarang liabiliti jenayah.

Ahli parlimen Bukit Gelugor itu berkata, mendedahkan video itu untuk tatapan umum merupakan kesalahan mengikut Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, katanya, jika ditayangkan di dalam Parlimen akan memberi imuniti kepada ahli parlimen daripada sebarang liabiliti jenayah atau lain-lainnya.

Karpal berkata, ia pernah dilakukan pada 1992 berhubung video seks DP Vijandran.


COPY PASTE DARI BLOG2 LAIN...

Isu Skandal Seks DVD Chua Soi Lek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Isu Skandal Seks DVD adalah satu isu skandal seks yang terdapat di dalam DVD yang tersebar luas di Johor terutamanya Batu Pahat. Ia melibatkan Dato' Seri Dr. Chua Soi Lek pada akhirnya beliau meletakkan semua jawatan samada menjadi Ahli Parlimen Labis, Menteri Kesihatan, Naib Presiden MCA, Ketua MCA Negeri Johor dan Pengerusi MCA Bahagian Batu Pahat

Isu ini tersebar luas apabila DVD ini dilaporkan dimasukkan ke dalam kotak-kotak pos dan rumah, kedai yang dipilih di Muar dan Batu Pahat. Nama beliau dikatakan ditulis di atas tmpat tutup DVD.

Pada 1 Januari, 2008 di pejabat MCA Labis, Dr. Chua Soi Lek mengaku bahawa beliau merupakan lelaki dalam DVD lucah yang diedarkan di Johor, Malaysia. Wanita berkenaan merupakan kawan peribadinya - penjual bunga. Beliau tidak merakam sendiri aksi tersebut tetapi pihak lain menggunakan televisyen litar tertutup (CCTV).

Beliau telah memberi penjelasan kepada Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya pada 31 Disember 2007. Beliau turut menemui Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan Presiden MCA, Ong Ka Ting. Akibat kontroversi tersebut, di atas nasihat kabinet, Dr. Chua terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Kesihatan, Naib Presiden MCA, Ketua MCA Negeri Johor, Pengerusi MCA Bahagian Batu Pahat serta Ahli Parlimen bagi Labis.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ibrahim Mohd Aris menggesa sesiapa yang memiliki DVD lucah tersebut menyerahkannya kepada pihak polis. Sesiapa yang memiliki DVD itu ataupun membuat salinan serta mengedarnya boleh didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan denda atau keduaduanya sekali. [1]



Chua Soi Lek, Rahim Thamby Chik insaf dari skandal seks, ajak Anwar bersara

0
0
Share
0
New
Share

Chua Soi Lek, Rahim Thamby Chik insaf dari skandal seks, ajak Anwar bersara

WarkahDaily, 28 Mac – Kedua-dua ibu ketam yang bertindak mengajar anaknya berjalan betul tapi sebaliknya dia berjalan tak betul.

Cuba bayangkan, kalau seekor monyet jika boleh bercakap, nescaya depa akan kata, hodohnya muka manusia…tak sama macam kita yang ‘hensem’ ni lah..cakap monyet tu kat kawan-kawan depa yang juga monyet.

Hahahaha..sungguh naif dunia sekarang. Patutlah Malaysia pun diletak dalam berjaga-jaga daripada jangkaan terkena gempa bumi yang tidak pernah di negara ini sebelum ini.

Bumi ini pun dah semakin tak keruan dek bersedih dengan perangai penghuninya yang kotor dan hina.

Kelmarin, pemimpin tertinggi MCA telah mencabar Anwar yang dituduh terlibat dalam skandal video seks yang ditayangkan tiga sekawan minggu lepas untuk meletak jawatan dan berhenti daripada terlibat dalam arena politik.

Chua Soi Lek mula berani bercakap mengenai moral walaupun rekodnya penuh kotor dengan skandal seks.

Sebelum itu, ramai rakyat Malaysia ketawa apabila Tan Sri Rahim Thamby Chik yang terpalit dengan kes rogol kanak-kanak bawah umur, muncul bercakap pasal moral kononnya untuk memastikan bakal pemimpin negara mempunyai moral.

Hangpa cerminlah diri hangpa dulu. Hangpa tanya diri hangpa tu, apakah hangpa tu bersih kalau nak cakap pasal moral.

Dalam pada itu, Naib Presiden PKR Chua Tian Chang telah bertindak mendesak agar Dr Chua meletakkan semua jawatan politik dan bersara terus sebagai tanda beliau insaf selepas skandal seksnya tersebar luas manakala Abdul Rahim melepaskan semua kedudukan dalam kerajaan terutamanya sebagai Pengerusi Risda kerana penglibatannya dengan kes rogol kanak-kanak bawah umur masih kekal dalam ingatan rakyat sehingga kini.

“Jika Datuk Seri Chua tidak sanggup menunjukkan teladan yang baik, dia tidak wajar campur tangan dalam skandal video seks yang didalangi Umno ini kerana rekod moralnya sangat memualkan,” kata Chua Tian.


VCD Video Skandal Seks Chua Soi Lek

VCD Lucah Chua Soi Lek ini menayangkan rakaman dari 4 penjuru menggunakan kamera CCTV. Pelik juga bagaimana rakaman ini boleh dilakukan tanpa sebarang motif.

Continued...

Inginkan VCD Seks Chua Soi Lek ? Kenapa perlu bersusah payah untuk mendapatkan VCD Seks Chua Soi Lek ? Perlu ke anda menonton VCD Lucah Chua Soi Lek ini?

VCD Lucah Chua Soi Lek ini menayangkan rakaman dari 4 penjuru menggunakan kamera CCTV. Pelik juga bagaimana rakaman ini boleh dilakukan tanpa sebarang motif. Takkan VCD Seks Chua Soi Lek ini hanya sekadar VCD lucah murahan di pasar malam. Tentu ada udang di sebalik batu yang mendalangi VCD Seks Chua Soi Lek dan penyebarannya.

Memiliki VCD Lucah Chua Soi Lek adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.Jadi kenapa perlu kita mencari dan memiliki VCD Lucah Chua Soi Lek ini

Apalah malangnya nasib Menteri seorang nie, semalam kata tak akan resign disebabkan oleh video atau DVD atau VCD seks yang disebarkan di Muar dan beberapa tempat lain tetapi akhirnya meletakkan jawatan hari ini.

“Saya pasti rakyat Malaysia turut sama berkongsi rasa mual apabila seorang ahli politik yang mempunyai rekod kurang moral yang diketahui umum cuba membuat komen mengenai moral dan integriti.
“Seluruh rakyat Malaysia arif tentang skandal seks yang melibatkan Datuk Seri Chua dan dia sendiri mengakui bahawa dia menjalin hubungan seks di luar perkahwinan dengan seorang wanita dan dirakam melakukannya,” tambah Chua Tian lagi.

Tetapi apa yang menimpa Anwar tidak seperti dialami Chua Soi Lek yang mengaku beliau terlibat dengan skandal seks. Anwar dengan jelas telah difitnah oleh barua-barua Umno yang mahu beliau berundur dari lapangan politik tanahair.

Kredit tο: http://warkahdaily.blogspot.com/2011/03/chua-soi-lek-rahim-thamby-chik-insaf.html

Artikel Berkaitan:




“Skandal Seks Chua Soi Lek – LETAK JAWATAN BELUM MEMADAI – Presiden PAS”

29 01 2008

… ASSALAMUA’LAIKUM dan SALAM SEJAHTERA…

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS memandang serius isu pembabitan seorang Menteri Kabinet dalam perlakuan seks luar nikah yang dirakamkan dan diedarkan kepada orang ramai dalam bentuk DVD.

“Sungguhpun Dato’ Dr. Chua Soi Lek mengumumkan perletakan jawatannya dan perletakan jawatan itu diterima oleh Perdana Menteri, namun PAS merasakan tindakan tersebut sekadar suatu tindakan politik demi memelihara imej BN dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang,” ujarnya dalam satu kenyataannya pada 3 Januari lalu.

Menurut Ustaz Abdul Hadi, sesungguhnya perlakuan seks luar nikah bukan hanya bertentangan dengan Islam tetapi ia juga bercanggah dengan mana-mana anutan, kepercayaan, amalan dan budaya serta nilai moral yang dipegang oleh rakyat Malaysia.

Pemimpin negara ini perlulah memiliki akhlak dan keperibadian yang baik dan sempurna sehingga boleh menjadi contoh dan ikutan rakyat jelata, katanya.

PAS merasakan sepatutnya Perdana Menteri selaku Pengerusi BN mengarahkan parti MCA agar mengambil tindakan disiplin terhadap Dr Chua.

“Perletakan jawatannya yang lebih merupakan tindakan menyelamatkan imej dan kedudukan BN itu tidak beerti tanpa sebarang tindakan disiplin diambil terhadap seorang pemimpin bertaraf menteri kabinet seperti beliau. Ini bermakna Perdana Menteri dan BN bersekongkol dengan pemimpinnya yang memiliki masalah akhlak,” ujarnya.

PAS juga memandang serius kenyataan Dr Chua bahawa bukan semua duduk dalam kerajaan itu bersih, kata Presiden PAS.

Kenyataan itu mencerminkan kepimpinan kerajaan BN menghadapi krisis moral dan akhlak yang serius yang perlu diberi perhatian oleh rakyat khasnya apabila mereka membuat pemilihan dalam pilihan raya umum akan datang, katanya.




Luahan Hati Nenek Pendek Terhadap Rahim ‘Perogol Budak Bawah Umur’

Posted on the March 24th, 2011 under Politik by Kak Ros Mah

Berikut kenyataan Sabri bin Mohamed Yasin bagi pihak ibunya Pendek binti Ahmad, nenek kepada Noryati binti Mohamad Yusop, mangsa rogol yang terlibat dengan kekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik di Hotel Belmount, Melaka ada 3hb November 1999:

Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim
Cucu saya, telah membuat satu kenyataan pada 2hb November 1999 menafikan keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29hb Oktober 1999 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pada tahun 1994.

Saya amat terkejut dengan kenyataan cucu saya ini kerana sepanjang 5 tahun ini, cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim semasa cucu saya masih berumur 15 tahun. Cucu saya juga memberitahu ahli keluarga dan saya bahawa Tan Sri Rahim merupakan orang lelaki pertama yang melakukan hubungan sulit dengannya.

Oleh kerana cucu terlibat dengan Tan Sri Rahim, dia ditahan oleh pihak polis pada akhir bulan Ogos 1994 sehingga saya sebagai nenek yang membesarkannya tidak dapat berjumpa dengannya. Saya hairan mengapa pihak polis dan kerajaan BN boleh membenarkan seorang mangsa rogol ditahan sedangkan mereka yang merogolnya bebas tanpa dipenjarakan. Ini boleh dilihat selepas 14 lelaki, kecuali Tan Sri Rahim, mengakui merogol gadis bawah umur di mahkamah tetapi tidak dipenjarakan sebaliknya dibebaskan. Akibat peristiwa hitam itu, cucu saya telah melahirkan seorang anak perempuan pada 1995.

Oleh kerana tidak dapat menjumpai cucu saya, saya telah meminta bantuan daripada Ahli Parlimen Kawasan Kota Melaka YB Lim Guan Eng yang berjaya memaksa pihak polis membenarkan saya melawat cucu saya. Saya amat kesal dan sedih bahawa YB Lim dalam usaha membantu mendapat keadilan untuk cucu saya telahpun dipenjarakan di Penjara Kajang pada 25hb Ogos 1998 dan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen.

Dalam kes mahkamah Lim Guan Eng yang mulai pada 20hb Jun 1995, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Mok Siew Hoong menyatakan bahawa cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Pada 27hb Februari 1997, cucu saya pula memberikan keterangan sebagai seorang saksi kepada hakim Mahkamah Tinggi dalam kes YB Lim Guan Eng bahawa Tan Sri Rahim mempunyai hubungan sulit dengannya.

Selepas itu cucu saya, semasa berjumpa dengan saya, masih mengakui bahawa Tan Sri Rahim ada hubungan sulit dengannya. Malah, cucu saya telah membuat satu ucapan di depan kami di Hotel Federal, Kuala Lumpur pada 27hb Januari 1999 menyokong YB Lim Guan Eng yang dipenjarakan seperti berikut:-

“Saya merasa sungguh kesal atas apa yang telah berlaku di masa lampau, dan merasa sungguh sedih sekali kerana YB Lim Guan Eng kini telah dipenjarakan. Apa yang beliau cuba lakukan hanyalah untuk membantu saya. Tetapi beliau sendiri pula menjadi mangsa. Semua ini sungguh tidak adil. Saya berdoa semoga keadilan akan dikembalikan kepada YB. Malam ini, saya telah membawa dua surat rayuan, satu kepada Yang Di Pertuan Agong dan satu lagi kepada Yang Di Pertua Negeri Melaka, meminta supaya YB Lim Guan Eng diampunkan dan dibebaskan segera supaya meneruskan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen sejati Malaysia. Saya meminta supaya YB Lim Kit Siang selaku Ketua Pembangkang Parlimen boleh membantu sampaikan surat-surat rayuan saya ini kepada kedua-dua pihak itu.”

Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.

Saya berasa hampa, malu dan marah atas kejadian rogol yang menimpa cucu saya. Tetapi saya berasa lebih hampa, malu dan marah bila cucu saya boleh membelakangkan kebenaran dan keadilan dengan melupai jasa baik YB Lim sehingga bersedia bohong dengan menafikan dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Nyata sekali, ini adalah satu lagi konspirasi kerajaan BN menutup kebenaran demi kepentingan politik.

Saya masih mengingati cucu saya begitu tersiksa semasa ditahan di Pusat Pemulihan Rembau sehingga cuba melarikan diri banyak kali. Dia memberikan keterangan di mahkamah bahawa dia berjaya melarikan diri daripada tahanan sekali sebelum ditangkap balik. Jelas, kasih sayang keluarga kami kepadanya tidak dibalas.

Lim Guan Eng ditangkap kerana membantu mangsa yang dirogol olih Rahim Thamby Chik.lge_rahim

Apa yang dilakukan oleh cucu saya adalah tidak adil kepada YB Lim Guan Eng yang telah kehilangan begitu banyak, termasuk dipenjarakan kerana cuba mempertahankan hak cucu saya ini. Saya tidak boleh lupa betapa susah anak-anak dan isterinya yang sering menangis merindui bapa mereka semasa dipenjara. Oleh itu, saya ingin meminta maaf kepada YB Lim atas apa yang cucu saya telah lakukan.

Saya juga berhasrat memberikan jaminan kepada YB Lim bahawa keluarga kami sentiasa mengenang pengorbanan beliau dan mengingati kesediaan beliau menanggung segala penderitaan dan kerugian kewangan demi membantu sebuah keluarga Melayu miskin yang dianiayai oleh kezaliman kerajaan BN. Kami tidak akan lupai YB Lim adalah satu-satunya orang yang bersedia menegakkan keadilan untuk kami bila tidak ada seorang pun yang berani tolong sama kami.

Semoga Allah S.W.T boleh memaafkan cucu saya.

Pendek binti Ahmad
Sabri bin Mohamad Yasin
Alamat: Batu 13, Kampung Sungai Petai, 78000 Alor Gajah, Melaka




Incoming search terms:

Related News:



Video seks: Peguam Negara tolak dakwaan Rahim akan terlepas dakwaan

Posted on the March 30th, 2011 under Berita Tempatan by Pinvader

Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik

KUALA LUMPUR, 30 Mac — Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengetepikan tanggapan seorang bekas pegawai kanan polis bahawa Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik akan terlepas daripada dakwaan berkaitan pendedahan skandal video seks.

Gani berkata beliau belum lagi melihat kertas siasatan.

“Saya belum lagi melihat kertas siasatan,” kata Gani kepada The Malaysian Insider.

Incoming search terms:

Video seks: Rahim Thamby Chik tindak kerana balas dendam, kata Anwar

Posted on the March 25th, 2011 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa balas dendam sebagai punca sebab Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik sanggup mahu mendedahkan skandal video seks yang didakwa mengaitkan beliau, yang rakamannya didedahkan Isnin lalu.

“Pembabitan Tamby Chik mengingatkan saya dengan kes lama, berkaitan dengan tuduhan rogol dan kes di mana kertas siasatan ditandatangani oleh (Peguam Negara Tan Sri) Gani Patail bahawa beliau terlibat dalam satu kes rasuah,” kata Anwar.

“Beliau melakukan ini kerana mahu membalas dendam,” kata Ketua Umum Pakatan Rakyat ini.

Incoming search terms:

Pita video Lucah Vijandran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar

Pita video lucah Vijandran muncul setelah rumah Timbalan Speaker Dewan Rakyat, D.P Vinjandran dimasuki pencuri pada 8 Ogos 1988 . Pencuri tersebut telah mencuri 11 pita video dipercayai aksi lucah D.P Vijandran yang tersimpan dalam sebuah peti besi . Ibu dan anak saudaranya yang berada di dalam rumah itu turut diugut.

Dua bulan kemudian , Datuk Megat Junid Megat Ayub selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri mengumumkan bahawa 4 orang lelaki telah ditahan dan sedang disiasat oleh pihak polis PDRM kerana memiliki pita video tersebut.

Pada 6 Disember 1989 , Karpal Singh seorang peguam dan ahli parlimen Jelutong , Pulau Pinang telah membangkitkan isu pita video lucah tersebut. Pada 11 Disember 1989 beliau menamakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, D.P Vijandran sebagai lelaki dalam video tersebut. D.P Vijandran segera menafikan hal itu dan menutup suis pembesar suara Karpal Singh dan mengarahkan Karpal Singh keluar dari Dewan Rakyat. Tetapi Karpal Singh terus membuat dakwaan di luar parlimen dan mendesak V.P Vijandran meletak jawatan . Lalu D.P Vijandran membuat saman malu terhadapnya.

Datuk Zaman Khan selaku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah , PDRM menjelaskan bahawa Polis Bukit Aman akan menyerahkan laporan penuh kepada Kementerian Dalam Negeri. Terdapat percanggahan kenyataan antara Datuk Zaman Khan dengan Peguam Negara , Tan Sri Abu Talib Osman.


Tan Sri Abu Talib menasihati polis memusnahkan kesemua 11 pita video dan 4 sampul surat yang dicuri dari rumah D.P Vijandran sedangkan semua itu boleh menjadi barang kes / bahan bukti terpenting di mahkamah. Seksyen 413 Kod Prosedur Jenayah menyatakan hanya majistret mempunyai kuasa memusnahkan bahan bukti. Itupun melalui peraturan yang ketat. Sebaliknya Tan Sri Abu Talib menyatakan beliau tidak melanggar sebarang undang-undang kerana telah mendapat persetujuan daripada pemiliknya, D.P Vijandran, tokoh masa depan MIC.

Ironinya, mengapa D.P Vijandran tidak didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 24(1) Akta Penapis Filem 1952 iaitu memiliki video lucah. Denda RM10,000 dan 6 bulan penjara boleh dikenakan atau kedua-duanya sekali serta membuat laporan palsu kepada polis.

Majlis Peguam membidas tindakan Peguam Negara yang bertindak tidak mengikut undang-undang sedia ada. Tetapi Peguam Negara hanya berdiam diri dan enggan menjawab sebarang tohmahan. Pada 1988, Peguam Negara dan Majlis Peguam bertelagah berhubung pemecatan Tun Salleh Abbas selaku Ketua Hskim Negara.


Percanggahan berlaku kerana Tan Sri Abu Talib menyatakan barang kes dimusnahkan setelah mendapat kebenaran D.P Vijandran sementara Datuk Zaman Khan menyatakan polis sedang menyiasat. S.M Mohd Idris selaku Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hairan bagaimana pita video itu dimusnahkan setahun tahun (1988). Masyarakat mempunyai hak untuk mengetahui perkara sebenar. Peguam Negara sepatutnya memberitahu seawal mungkin , bukan selepas setahun dimusnahkan. Mengapa mesti dimusnahkan ?.

M.G Pandhithan yang juga bekas Naib Presiden MIC ketika itu menyatakan tokoh tertentu jelas terbabit dan D.P Vijandran harus meletakkan jawatan sebelum menjadi isu politik menjelang Pilihan raya umum Malaysia 1990. Datin Paduka Hajah Rahmah Osman selaku Ketua Pergerakan Wanita Semangat 46 mahu D.P Vijandran meletakkan jawatan sebagaimana pemimpin politik Jepun meletakkan jawatan apabila terbabit dengan skandal membabitkan geisha dan skandal penyelewengan dana parti politik.


Rahim Thamby Chik

From Wikipedia, the free encyclopedia
Jump to: navigation, search

Tan Sri Rahim Tamby Chik is a former vice-president of the United Malays National Organization. He was aligned with Dr. Mahathir during the 1987 UMNO General Assembly. He was the chief minister of Malacca from 1982 to 1994.

In 1994 Rahim was charged with statutory rape of a minor, however, the public prosecutor later withdrew the charge citing lack of evidence.[1] Opposition politician Lim Guan Eng was later charged with sedition for printing and distributing pamphlets containing details of the allegation against Rahim.

On March 2011, PKR had alleged that he and a prominent businessman, Shazryl Eskay Abdullah, was behind the screening of a video purportedly depicting PKR leader Anwar Ibrahim with an unidentified woman.

Tiada ulasan: