Nafi menjadi panik bila spermanya berwarna merah seakan darah. Yang peliknya dia tidak merasa luka ataupun pedih tapi sperma berdarah ini sangat merunsingkan. Seolah-olah darah keluar dari alat sulitnya. Isterinya turut menjadi cemas, bimbang penyakit itu menular kepadanya. Apakah epidemik ini dan bagaimana ia boleh terjadi?
Jangan sangka wanita saja yang keluar darah haid, lelaki juga kadangkala mengalami masalah yang seakan sama. Berbeza dengan perempuan ia bukannya fenomena datang bulan tetapi dikenali sebagai hematospermia. Ia adalah keadaan dimana lelaki mengalami pendarahan semasa ejakulasi atau ringkasnya air mani bercampur dengan darah.
Namun begitu percampuran itu bukanlah seperti susu bercampur dengan perasa ros. Darah hanya kelihatan dalam jumlah yang sedikit dan kadangkala lidak disedari oleh pesakit. Keadaan ini kadangkala membuat lelaki kurang perihatin dan hanya menyedarinya bila ia sudah kelihatan dan ketara. Namun begitu belum ada laporan yang menunjukkan berlaku pendarahan yang banyak dialami oleh lelaki mengidapnya biarpun pada tahap yang serius.
Keadaan ini meskipun wujud di kalangan lelaki tapi jumlah pengidapnya tidaklah terlalu besar. Terdapat dua kesan yang akan berlaku kepada pengidap penyakit ini terutama sekali dari segi psikologinya. Ini kerana ia akan membuat lelaki merasa takut setiap kali melakukan hubungan seks. Sudah tentu tak ada lelaki yang sanggup berdepan dengan pasangan selepas melakukan hubungan bila diakhirnya melihat sesuatu yang ganjil terdapat pada benihnya. Ini akan menyebabkan lelaki yang mengidapnya tidak selesa setiap kali mahu melakukan hubungan seks.
Selain itu ia juga akan memberi kesan kepada wanita kerana sudah tentu wanita tidak akan membenarkan dirinya dicemari air mani berdarah. Meskipun belum diketahui kesannya pada kesihatan wanita, tapi tentunya mereka tak sanggup rahim mereka diisi dengan bahan tercemar.
Bagaimanapun puncanya kurang diketahui dan ada yang menyangka masalah ini sama seperti darah yang keluar dari hidung semasa cuaca panas. Yang pastinya ia adalah satu masalah tapi jangan terlalu panik. Dari segi perubatan, hematospermia berlaku akibat kebocoran pada uretra, prostat dan juga saluran mani. Jangkitan pada alat kemaluan lelaki dikatakan sebagai punca utarna, manakala kanser bukanlah punca darah keluar.
Hampir 90% mereka yang mengalaminya tidak ada masalah pada alat kelamin sebelumnya. Manakala tahap umur yang biasa mengalaminya gejala ini adalah diantara 14 hingga 75 tahun dan biasanya lelaki yang berusia akhir 30-an kerap diserang. Yang merimaskan penyakit ini akan menyerang pesakit berulang-ulang kali dan pendarahan berlaku berminggu-minggu.
Antara sebab dikatakan menjadi punca wujudnya penyakit ini. Melakukan hubungan seks dengan cara kasar secara berterusan mungkin penjelasan paling tepat berlakunya penyakit ini, kerana ia mungkin menyebabkan kerosakan pada saluran kemaluan. Akibatnya berlaku luka atau bukaan pada saluran alat kelamin lelaki yang menyebabkan pendarahan kecil. Oleh itu elakkan melakukan hubungan kelamin dengan cara yang kasar dan ganas kerana ia mungkin memberi kesan kepada anda.
Ada dua keadaan bagi pesakit hematospermia; iaitu darah hanya keluar semasa ejakulasi bersama air mani, tetapi air kencing mereka tidak bercampur darah. Pesakit juga tidak menunjukkan simptom kesakitan semasa membuang air kecil. Bagi yang mengalami keadaan ini kadangkala rawatan tidak diperlukan kerana ia akan sembuh secara semulajadi.
Manakala keadaan kedua ialah pendarahan berlaku secara konsisten dan boleh dijangkakan, Biasanya berlaku pendarahan semasa membuang air kecil dan pesakit mengalami beberapa penyakit seperti sakit jantung yang kronik dan Jangkitan pada saluran kencing. Pesakit yang mengalami keadaan ini perlu menjalani rawatan penilaian urologi. Namun begitu jangan memandang rendah pada kesan yang mungkin dibawa oleh penyakit ini. Bak kata orang mencegah lebih baik dari mengubati. Oleh itu jika ada tanda awal anda perlu dengan segera mendapatkan rawatan dari pakar. Ditakuti ia akan memberi kesan buruk dan penyakit lain yang tidak dijangkakan seperti Jangkitan kuman dan kudis pada alat kelamin.
Bagi pesakit yang mengalami masalah ini lebih dari 3 minggu mereka patut mendapatkan rawatan penilaian urologi untuk mengesan punca sebenar. la akan meliputi pemeriksaan alat kemaluan dan ujian tekanan darah kerana hipertension juga boleh dikaitkan dengan hematospermia. Kadangkala sesetengah urologis akan melakukan ujian transrectal ultrasounds untuk melihat samada ada batu karang atau bahan asing dalam saluran kemaluan.
Meskipun begitu rawatan khusus yang ada untuk mengubatinya masih terbatas dan belum begitu dikenalpasti Pengidapnya juga perlu sentiasa mengawasi faktor pemakanan jika dikesan mengalami penyakit ini. Selain itu juga mereka diingatkan supaya sentiasa menentukan jadual melakukan hubungan seks dan mengurangkan kadar kekerapannya agar kesannya kelak tidak melarat dan semakin serius.
Bagi wanita mempunyai pasangan yang menghadapi masalah ini mereka perlu berfikiran terbuka. Hadapi keadaan itu dengan tenang dengan harapan ia boleh diselesaikan. Memberi tekanan kepada suami hanya akan menambah kesukaran pada keadaan yang sedang mereka lalui. Berikan sokongan moral supaya pasangan dapat melepasi saat sukar itu dengan tenang dan selamat. Tentunya tak ada mana-mana lelaki rela berdepan keadaan ini dalam hidup mereka kerana bagi lelaki air mani menjadi lambang kehebatan dan kesucian diri mereka.
Hematospermia memang menakutkan lelaki tetapi kebanyakan pesakit dikesan tidak mengalami tanda-tanda kurang normal dan tidak memerlukan sebarang terapi. la adalah penyakit yang datang dan pergi serta tidak mendatangkan lain-lain penyakit atau sebarang risiko kepada pasangan. Jika air mani anda bercampur darah jangan terlalu risau, setidak-tidaknya e-group telah memberitahu anda tentang satu lagi masalah lelaki ini.
Dipetik dari Majalah Maskulin (keluaran January)
Haematospermia - Air Mani Berdarah
Haematospermia atau campuran darah dalam air mani jarang berlaku kepada lelaki, sebilangan daripada mereka mungkin tidak sedar dan sebahagian lagi sedar dan cemas berhubung kejadian itu.
Ia boleh berlaku bila-bila masa, secara mikroskopik iaitu sel darah merah hanya kelihatan apabila air mani diteliti dengan mikroskop atau kelihatan jelas dengan warna air mani bertompok merah atau merah dan coklat secara menyeluruh.
Sakit Bila Ejakulasi
Ada kalanya lelaki yang mengalami haematospermia berasa sakit setiap kali mencapai ejakulasi dan air mani berwarna merah cerah, seolah-olah ada geselan air mani dalam salur kencing, sama ada bahagian hujung zakar atau paras pangkal zakar.
Jika terasa perit pada penghujung zakar, kemungkinan salur bahagian itu melecet, maka ada campuran darah dalam air mani. Jika lelaki itu membuang air kecil, tentu terasa perit dan mungkin ada luka pada penghujung lubang kencing. Apabila melecet itu hilang, air mani kelihatan normal.
Jika keperitan dirasai di pangkal, kemungkinan ada kaitan dengan batu karang. Mungkin ada batu karang dalam salur pundi prostat dan pundi seminal.
Air mani yang keluar bercampur darah akan berwarna lebih coklat disebabkan oleh darah beku. Keadaan ini menjadi seperti sedia kala apabila batu karang itu terlepas keluar atau hancur dalam salur pundi prostat.
Sperma Masih Aktif
Sperma dalam air mani yang mengandungi darah adalah masih aktif dan lelaki itu masih mampu membuatkan pasangan wanitanya hamil. Biasanya apabila haematospermia berlaku, pasangan akan cemas dan terfikir pelbagai perkara seperti kanser dan jangkitan.
Tak Perlu Takut
Pasangan akan rasa takut untuk meneruskan hubungan seksual dalam keadaan begitu. Ini dijangka jika haematospermia berlanjutan walaupun tidak rasa sakit.
Haematospermia bukan petanda lelaki itu mandul, membawa kuman atau mendapat jangkitan dan boleh menjangkiti pasangannya. Andainya sperma normal bercantum dengan telur wanita, janin tidak terencat walaupun lelaki itu menghasilkan sperma bercampur darah.
Simptom ini bukan petanda awal barah salur kencing atau pundi prostat atau seminal, haematospermia akan reda dan boleh kembali semula pada bila-bila masa.
Rawatan
Bagi lelaki yang mengalami haematospermia, rujuk kepada doktor untuk pemeriksaan. Pemeriksaan termasuklah melakukan ujian X-ray KUB (buah pinggang, salur kencing dan pundi kencing) untuk meneliti kemungkinan ada batu karang di situ.
Jika ada batu karang, doktor akan beri ubat untuk melegakan salur kencing dan salur prostat supaya batu karang boleh keluar. Biasanya tidak perlu menjalani pembedahan pembuangan batu karang dalam salur prostat kerana ia sangat kecil dan mudah hancur.
Haematospermia jarang berpunca daripada keradangan pundi prostat yang kronik.
Kata Pencarian Anda "cara mengatasi air mani berdarah"
Organ Reproduksi pada Pria
Seperti hal wanita, organ reproduksi pada pria juga terdiri atas alat kelamin luar dan alatCara Mengatasi Radang Pankreas
Radang pankreas (pankreatitis) disebabkan oleh kecanduan alkohol, batu ginjal, infeksi virus, luka di perut, pembedahanBagaimana Menjaga Daya Tahan Tubuh?
Kesehatan tubuh sangat -penting bagi kelangsungan rutinitas sehari-hari. Untuk itu daya tahan tubuh sangat diperlukan.Sambang Darah: Ramuan Herbal untuk Batuk darah, Eksim kronis dan Pendarahan
Familia: euphorbiaceae Nama Lokal: Ki sambang, daun remek daging (Jawa), ji wei su (Cina). Kandungan Kimia dan EfekSiantan: Obat Herbal Untuk Hipertensi, Haid Tidak Teratur dan Tidak Datang Haid
Familia: rubiaceae Nama Lokal: Soka (Jawa), sereh (Sunda), soka beureum (Sunda), saya mami (Ternate), long chuan huaAwas Jika Air Mani Bercampur Darah
Sekiranya anda pernah melihat darah pada air mani ketika ejakulasi, ada kemungkinan anda fikir ia ada kaitan dengan penyakit serius seperti barah. Ada fakta yang menjelaskan antara penyebab darah pada air mani bukanlah serius, malah kajian yang pernah dibahaskan membuat …
Read more: http://tanyalelaki.com/tag/air-mani-berdarah/#ixzz1II9tmGJy
Sekiranya anda pernah melihat darah pada air mani ketika ejakulasi, ada kemungkinan anda fikir ia ada kaitan dengan penyakit serius seperti barah. Ada fakta yang menjelaskan antara penyebab darah pada air mani bukanlah serius, malah kajian yang pernah dibahaskan membuat kesimpulan bahawa ia bergantung kepada faktor usia.
Seorang pengkaji memberitahu bahawa perdarahan air mani yang berlaku di kalangan lelaki yang berusia di bawah 40 tahun bersifat sementara dan akan hilang dalam tempoh sebulan. Sesetengah sebab yang memungkinkan perkara ini berlaku ialah akibat trauma dan infeksi penyakit kelamin. Keputusan tersebut adalah hasil kajian ke atas 500 lelaki yang mengalami masalah darah di dalam air mani.
Sementara pada lelaki berusia di atas 40 tahun, penyebabnya mungkin infeksi, masalah prostat, atau penyebab lain. Oleh sebab itu juga kanser prostat harus diawasi, tetapi ia bukanlah penyebab masalah ini berlaku.
Artikel Kesehatan
Kumpulan Artikel Kesehatan, Keperawatan, Kebidanan dan Kedokteran
air mani berdarah
Penyakit yang disebarkan oleh serangga (insect-borne diseases)
Posted in: air mani berdarahBeberapa penyakit yang disebarkan oleh serangga ini merupakan hasil dari perjalanan transmisi yang kompleks dan sering melibatkan sejumlah pembawa (carrier) dan pejamu yang berbeda. Prevalensi berbagai macam penyakit ini bervariasi sangat luas antara satu belahan dunia ke belahan lainnya, jadi indikator spesifik, yang merefleksikan beberapa penyakit yang menjadi perhatian dan jalan tansmisi penyakit tersebut, yang harus dijelaskan.
Keperawatan Leukemia Pada Anak
Posted in: air mani berdarahSel-sel leukemik berinfiltrasi ke dalam sumsum tulang, mengganti unsur-unsur sel yang normal. Akibatnya, timbul anemia, dan dihasilkan sel darah merah dalam jumlah yang tidak mencukupi. Timbul perdarahan akibat menurunnya jumlah trombosit yang bersirkulasi. Infeksi juga terjadi lebih sering karena berkurangnya jumlah leukosit normal. Invasi sel-sel leukemik ke dalam organ-organ vital menimbulkan hepatomegali, splenomegali, dan limfadenopati.
Buah Jambu Biji Merah Penambah Trombosit
Posted in: air mani berdarahBuah Jambu Biji Merah juga dipercaya menambah kadar trombosit dalam darah. Tidak heran ketika musim penyakit Demam Berdarah tiba, buah Jambu Biji Merah menjadi favorit makanan masyarakat.
Chikungunya
Posted in: air mani berdarahChikungunya berasal dari bahasa Swahili berdasarkan gejala pada penderita, yang berarti (posisi tubuh) meliuk atau melengkung (that which contorts or bends up), mengacu pada postur penderita yang membungkuk akibat nyeri sendi hebat (arthralgia).
Diasuh Oleh : Dr. Anita Gunawan, SpAnd (Spesialis Andrologi & Konsultasi Sexual RSPP) | ||||
Selamat datang di media konsultasi Seks, Media konsultasi ini terbuka untuk umum, silahkan masukkan data diri beserta pertanyaan Anda pada Form Konsultasi di bawah. |
Berdarah Sewaktu Onani |
Baban Jaya, 01 Sep 2004 00:26:56 |
Biasanya saya ditemani pacar, sehingga gairah tidak terlalu menggebu-gebu. Tapi beberapa waktu lalu ketika lama tidak bertemu pacar, saya merasa sangat bergairah dan memutuskan untuk melakukan onani. Tapi ketika saya melakukan onani, air mani (saya juga tak tahu pasti) yang keluar berwarna kekuningan lalu berdarah. Tidak sakit sih, tapi saya khawatir.. |
Jawab: |
Pada onani yang keluar adalah sperma plus cairan sperma. Cairan ini biasanya berwarna putih agak kental. Kalau berdarah dan atau berwarna kuning, maka harus dicari dulu penyebabnya. Cairan berwarna kuning, harus hati2 kemungkinan suatu infeksi. Begitupun darah, harus dicari sumbernya.Untuk mengetahui masalah ini lebih lanjut, maka sebaiknya konsultasi ke dokter, agar bisa dicari penyebab darah dan warna kuning. Kalau perlu dokter tsb bisa saja melakukan pemeriksaan laboratorium (dr.Wawang S Sukarya,SpOG (K),MARS) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan