Jumaat, 1 April 2011

HUKUM ALLAH TAK JALAN..KES ZINA BERPILIH2...ADA LEPAS ADA YANG SANGKUT...MACAM DAH TAK ADA KEADILAN LAGI...SUKA2 AJE APA NAK BUAT....

Tipu kaw balak: Adnan Yaakub digesa letak jawatan
Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH, 1 April: Berikutan satu laporan polis dibuat terhadap Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan pembantunya yang juga Setiausaha Umno Bentong, Shamsuddin Ibrahim berkaitan penipuan kawasan balak oleh seorang ahli perniagaan, Pakatan Rakyat (PR) negeri Pahang mendesak Adnan melepaskan jawatannya.

Pengerusi PR Pahang yang juga Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataannya hari ini berkata, Adnan perlu melepas jawatan atau bercuti bagi membolehkan pasukan penyiasat melaksanakan tugas mereka secara bebas dan telus berhubung dakwaan penipuan tersebut.

Minggu lalu pengasas dan pemegang saham sebuah syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd (SGM), Lee Sin (gambar) telah membuat laporan polis terhadap Adnan Yaakob dan pembantunya yang merupakan Setiausaha Umno Bentong, Shamsudin Ibrahim di balai polis SEA Park, Kuala Lumpur kerana didakwa menipunya sebanyak RM300,000.

Lee Sin (gambar) dalam laporannya menyebut, beliau telah membeli lebih 10 peratus saham kepunyaan Shamsudin seperti dipersetujui pada 2000 dengan dijanjikan balak di kawasan 10,000 ekar tanah milik Umno di Nenasi Pekan.

Berita yang dipetik laman Malaysiakini bertarikh 25 Mac, menyebut sebagai sebahagian daripada perjanjiannya, Shamsuddin dilantik sebagai pengarah urusan tetapi kemudiannya lesen pembalakan dikeluarkan tidak mengikut perjanjian.

Tuan Ibrahim berkata, oleh kerana kes tersebut telah dilaporkan kepada polis maka PR Pahang memandang serius di atas tuduhan yang dikenakan ke atas Adnan selaku seorang penjawat awam peringkat tertinggi negeri sehingga boleh memberikan implikasi negatif kepada perjalanan pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri.

“Justeru kami segera menuntut agar Datuk Seri Adnan mengambil tanggungjawab dengan penuh kejujuran memelihara nilai integriti dan responsbiliti pentadbiran. Kami tidak mahu negeri ini terjebak kedalam situasi yang boleh menghilangkan kepercayaam umum yang akhirnya memberi kesan kepada pembangunan negeri terutama dari aspek ekonomi. Kami bimbang kes sebegini jika tidak ditangani secara adil dan bebas boleh menghilangkan keyakinan pelabor untuk menanam modal di negeri ini.

“Tuntutan kami terhadap Menteri Besar, Dato’ Seri Adnan Yaakob supaya berundur dengan melepaskan jawatan atau bercuti adalah relevan kerana tunduhan yang dihadapkan kepada beliau adalah berat kerana ia melibatkan tuduhan melakukan jenayah iaitu penipuan dan salah guna kuasa,” katanya.

Tambah Tuan Ibrahim, PR Pahang berharap siasatan dapat dilakukan secara adil dan bebas demi memperlihatkan keadilan masih wujud dalam negara ini.


ADUN Lenggeng didenda RM20,000, 3 tahun penjara
Apr 1, 11 4:08pm

ADUN Lenggeng, Mustafa Salim hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda sebanyak RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban.

NONE

Mahkamah juga membenarkan penangguhan hukuman ke atas ADUN BN itu kerana pembelaan mahu membuat rayuan.

Mahkamah sebelum ini mendapati Mustafa bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu.


Tiada p'raya kecil

Hukuman yang dijatuhkan ke atas Mustafa itu bagaimanapun tidak akan menyebabkan pilihan raya kecil diadakan.

Ini berdasarkan kenyataan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini berhubung kelayakan Mustafa sebagai wakil rakyat.

Abdul Aziz berkata, kelayakan Mustafa sebagai wakil rakyat tidak akan dilucutkan selagi ADUN berkenaan masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan.

"Hukuman akan dijatuhkan pada 1 April. Ia tidak akan berkuatkuasa sehingga akhir 14 hari, di mana beliau boleh memfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi.

"Proses mahkamah ini panjang, ADUN itu boleh merayu lepas 1 April ini, selepas habis proses mahkamah semuanya dan tetap disabitkan baru lucutlah jawatan ADUN," kata Abdul Aziz.

Menurutnya, jawatan Mustafa akan hanya dilucutkan jika beliau tidak merayu atau dihukum kepada setahun penjara atau atau lebih dan didenda sekurang-kurang RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sekalipun Mustafa dilucutkan kelayakannya, pilihan raya kecil tidak akan diadakan jika keputusan muktamad mahkamah hanya dibuat selepas 28 April, tahun ini.



IGP: Pakar sah video seks tulen
Apr 1, 11 12:45pm

Rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang ketua pembangkang, telah disahkan ketulennya oleh pakar tempatan yang melakukan pemeriksaan terhadap video berkenaan, kata Ketua Polis Negara KPN) Tan Sri Ismail Omar.

Beliau berkata siasatan kini dalam peringkat akhir oleh pasukan khas yang ditubuhkan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bagi menyiasat rakaman video seks berkenaan.

NONE

"Dengan ini diumumkan bahawa siasatan (video) kini di tahap terakhir...ini bermakna polis telah menerima laporan pakar mengenai kesahihan video itu. Dengan kata lain, rakaman itu adalah tulen," katanya pada sidang media tergempar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks terbabit.

Ismail berkata kertas siasatan berhubung kes itu akan dihantar ke Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya.

Katanya setakat ini seramai tiga individu telah ditahan, namun dilepaskan dengan jaminan polis.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan identiti ketiga-tiga individu
tersebut namun memberitahu polis akan memanggil sesiapa sahaja yang boleh membantu siasatan berkaitan kes itu.

Mengenai perkembangan virus Adenovirus, Ismail berkata setakat ini hanya seorang pelatih Pulapol yang sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Pelatih wanita itu berada dalam keadaan tidak serius dan kini ditempatkan di wad biasa, manakala enam lagi menjalani pengasingan," katanya.

"Keadaan di Pulapol normal, tidak lama lagi latihan asas inspektor dan
konstabel akan diteruskan. Saya telah meninjau langkah yang telah diambil oleh pihak komandan Pulapol untuk menentukan persekitaran di pusat itu adalah bersih," katanya.

Justeru itu, beliau meminta pihak Pulapol supaya mengatur satu aktiviti gotong royong bagi meningkatkan tahap kebersihan di kawasan itu.

Setakat ini, seramai tiga pelatih pusat tersebut maut akibat virus itu dan yang terbaru membabitkan pelatih konstabel, Mohammad Siman, 23, yang meninggal dunia pada 11.30 malam, Rabu lalu, selepas menerima rawatan selama hampir sebulan di HKL.


216 comments

  • Mohd Roszeli M · Shah Alam, Malaysia
    Bila IGP kata video seks ini tulen..Utusan Malaysia & media akan olah persepsi pelakon dalam video ini juga tulen...spt didakwa oleh Datuk T!
    isyarat yg nak diberikan pd rakyat ialah - DSAI JANGAN LAWAN KJAAN..KALAU KAMU LAWAN JUGAK..KJAAN BOLEH BUAT APA SHJ UNTUK PASTIKAN KAMU SUSAH!
    • Andak Koyan · Friends with Yob Tualang Sekah
      Sampai sekarang aku hairan kenape takde tindakan yang boleh diambil terhadap penganjur tayangan video lucah tu...
    • Shah Rukh Din · Top Commenter · Idongoto University
      bila da tau video tu tulin siasat plak sapa pelakon utamanya..da tau jwpn baru umum & dakwa kt mhkmh..yg tuh yg rakyat dok tunggu....umum awal2 cam ada agenda lain plak...ingatkan pengganti musang nih ok ckit..rupanya sama gak..kecewanya rakyat yg inginkan keadilan...isk3...
  • Aleeza Mukhriz
    Aaahhh..apa sahaja yang boleh menguntungkan BeNd/umNO tentu sahaja mereka yang betul. Berani ker polis siasat orang yang dibelakang pembikinan video ini? Cis tentu takder tulur (sorry..) mahu check. Rakyat patut pandai menilai kejahatan BeNd/umNO. Nyahkan mereka dari bumi Malaysia. Undilah PR untuk Perubahan Baru. Jangan lupa tonton video ini : http://www.youtube.com/watch?v=z35HhEGLiTY sebagai hak mutlak seorang pengundi berdaftar.
    • Jack Low · UKM
      IGP pikir sikit... ... Belum habis siasat jangan bagi sebarang spekulasi...Tak kan inipun tak belajar di maktab polis ke ?? Rasa-rasa kena hantar balik maktab polis ler...


Adegan paling tak ranjang
Hishamuddin Rais
Apr 1, 11
3:30pm

Aku tak tahu apa yang harus aku buat. Aku nak menangis tetapi aku rasa bersalah. Kalau aku ketawa aku juga akan merasa bersalah. Aku merasa bersalah kerana aku adalah salah seorang yang telah djemput untuk menonton tayangan perdana pembukaan sedunia, filem Tiga Mat Boroi. Aku merasa bersalah kerana orang lain tidak dijemput.

Walau apa pun aku mesti berkata benar bahawa aku merasa begitu bangga sekali apabila seorang pengarang akhbar The Star menelefon dan menjemput aku untuk datang menonton. Menggeletek anak tekak, tak sabar-sabar nak menonton Tiga Mat Boroi. Cepat-cepat aku seterika baju dan seluar.

Aku juga merasa amat amat gembira kerana dapat sama-sama merayakan kerja seni garapan Le Petit Tambi. Le Petit Tambi ini adalah pengarah filem kanak-kanak pada tahun 80-an dahulu. Dia cukup hebat dalam hal kanak-kanak dan buat anak. Dari apa yang aku difahamkan, filem terbaru ini adalah percubaan awal untuk meninggalkan genre kanak-kanak dan memasuki filem yang dianggap engaging atau filem fikrah.

Bayangkan betapa bangganya aku kerana telah dijemput untuk melihat tayangan eklusif Tiga Mat Boroi ini. Tayangan ini bukan di panggung kokak di Penang Road atau di Mid Valley. Aku dijemput ke panggung yang amat eklusif - Le Carcosa.

Tentang Carcosa ini, aku pernah diberitahu bahawa satu ketika dahulu Queen Elizebeth pernah terkencing berdiri di tandasnya. Ini terjadi sesudah Queen Elizebeth makan sup tomyam yang agak pedas di Jalan Masjid India. Drama ini berlaku ketika Queen Elizebeth datang ke Kuala Lumpur untuk merasmikan Sukan Kommonwealth pada tahun 1998 dahulu.

Berita Queen Elizebeth terkencing berdiri di Carcosa ini memang tidak dilaporkan media kerana takut akan menjadi satu trend ikutan anak-anak muda. Amat ditakuti kalau-kalau anak muda akan pergi beramai-ramai ke Carcosa hanya untuk berdiri terkencing.

Bila aku sampai ke Le Carcosa, aku telah disambut oleh lelaki gelap berpakaian serba hitam, termasuk berkaca mata hitam. Sekali pandang mereka kelihatan seperti pelakon dalam filem Man in Black. Sekali lagi pandang mereka ini semuanya seperti samseng dalam filem Tamil - bangang tapi lawak.

Liputan meluas


Kemudian aku pun dibawa masuk ke dalam panggung. Kelihatan ramai para gedebe tempatan dan wartawan yang telah datang lebih awal berada di situ. Semuanya kelihatan resah dan gelisah , duduk ternanti-nanti bilakah filem ini akan diputar.

Sebelum filem diputar, Le Petit Tambi sebagai pengarah telah mengalu-alukan kedatangan para jemputan, terutama wakil media. Le Petit Tambi berharap filem Tiga Mat Boroi ini akan mendapat liputan yang meluas. Menurut pengarah filem ini, dengan laporan media pasti orang ramai akan teringin ke panggung untuk menonton.

Filem pun diputar. Belum sampai tiga minit, mula kedengaran orang berdengkur. Pada minit ketujuh, dua orang penonton bangun untuk ke tandas. Untuk aku, ini petanda yang kurang sihat kerana filem ini tidak dapat memaku bontot penonton di kerusi.

Aku sendiri kembali untuk memberi konsentrasi dan melihat semua adegan yang sedang bergerak di hadapan mata. Aku terperanjat besar. Menurut Le Petit Tambi, filem ini adalah filem drama politik yang serius. Tetapi bila aku lihat, filem ini adalah filem komedi bodoh bergenre Senario.

Malah aku hairan kenapa tajuk filem ini diberi nama Tiga Mat Boroi. Tajuk sebegini sudah lawak. Tidak mungkin tajuk sebegini akan dilihat sebagai filem yang serius. Filem genre politik yang serius untuk aku adalah filem seperti Maria Mariana atau Sembilu. Filem-filem ini memiliki drama politik yang hebat dan tak ada tolok bandingan dalam dunia perfileman.

Sebelum filem diputar tadi, Le Petit Tambi juga berkata bahawa adegan di ranjang dalam filem ini cukup hebat. Pengarah telah menggunakan lapan buah kamera. Ini untuk memastikan semua sudut dirakam tanpa ada potongan. Penggunaan lapan buah kamera ini cukup hebat, malah lebih hebat dari Stanley Kubrick ketika membuat adegan ranjang dalam Lolita. Stanley Kubrick hanya menggunakan tujuh buah kamera sahaja. Ini betul-betul sikap Malaysia Boleh dari Le Petit Tambi!

Menurut Le Petit Tambi, filem ini mengisahkan seorang negarawan ulung yang telah digoda oleh seorang gadis Siam. Si gadis ini adalah pengintip macam Mata Hari yang dihantar khusus ke Malaysia oleh kerajaan Siam untuk mengagalkan projek Getah Negara. Jika projek Getah Negara ini berjaya, maka Siam akan kehilangan pasaran yang amat besar. Inilah jalan cerita filem ini.

Bila aku mendengar kata-kata Le Petit Tambi tentang adegan ranjang ini, air liur aku meleleh. Aku ternanti-nanti adegan ranjang ini. Malah aku telah bersedia dengan sarung tangan, jika kejantanan aku terganggu. Jika terganggu, aku tahu apa yang wajib aku lakukan.

Long shot

Tup! Tup! Apabila adegan ranjang bermula, aku terperanjat besar. Aku merasa tertipu. Walaupun lapan kamera digunakan dari pelbagai sudut, semuanya kelihatan gagal. Semua gambar kabur dan bergoyang- goyang. Tidak ada satu pun kamera yang berani menyorot dekat. Semua gambar diambil dari jarak jauh - long shot.

Malah cukup menyedihkan kerana tidak ada satu pun reverse angle untuk memperlihatkan reaksi muka negarawan yang sedang bertogel. Apa yang jelas dilihat hanyalah punggung dan bahagian belakang si negarawan ini sahaja. Macam si negarawan sedang membuat tekan tubi.

Adegan ranjang ini adalah adegan yang paling tidak ranjang, yang pernah aku lihat. Gambar yang agak kabur dan bergoyang-goyang ini bertambah buruk lagi dengan lakonan kaku watak utamanya. Pelakon yang menjadi negarawan ini kelihatan tidak kacak. Kalau tidak kacak tetapi memilik badan yang gagah perkasa, mungkin juga penonton akan berpuas hati. Tetapi ini tidak juga berlaku.

Mengikut istilah 'nyah ', badan pelakon utama ini, "cukup mak tak taste."

Biar aku berkata jujur bahawa pelakon ini kelihatan boroi. Keboroiannya kelihatan jelas apabila dia bangun untuk memakai seluar. Perutnya kelihatan gendut. Malah apabila dia bangun, aku terdengar ramai yang ketawa melihat perutnya yang boroi dan bergoyang-goyang.

Mengambil pelakon berperut boroi adakah kesilapan yang amat besar. Dalam pembikinan filem, amat penting pemegang watak utama dilihat kacak dan bergaya. Kalau pun bukan bermuka Brad Pitt, sekurang kurangnya pilihlah muka kacak seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Apabila wira filem ini mula berjalan, aku hampir terbarai ketawa. Tetapi kerana hormat kepada penonton yang lain aku terpaksa mengigit jari untuk menahannya. Sakit perut aku menekan ketawa masuk ke perut.

Pesta filem di Cannes

Bayangkan, siapa pun akan ketawa apabila melihat imej negarawan ini, bukan sahaja boroi, pungungnya tonggek pula. Oh la la... di mana silapnya tuan pengarah ini? Mata aku mencari-cari dalam gelap, di manakah Le Petit Tambi? Pada ketika itu, aku rasa nak memberi satu penampar kepada tuan pengarah.

Kemudian si negarawan bangun untuk memakai baju. Nah, sekali lagi aku teperanjat. Kelihatan jelas tangannya yang memegang baju itu kelihatan berbulu lebat. Memang betul, bukanlah berbulu macam King Kong. Tetapi aku amat yakin pelakon ini cukup sesuai untuk berlakon dalam iklan Gillette. Tangannya yang berbulu itu akan kelihatan licin jika dicukur dengan Gillette.

Bila lampu dibuka, aku terperanjat sekali lagi. Hanya tinggal lima kerat dalam panggung Carcosa ini. Penonton yang lain telah senyap-senyap cabut pulang. Aku diperkenalkan oleh Le Petit Tambi dengan dua orang lagi yang menjadi pembantu pengarah. Bila aku lihat muka pembantu pengarah ini, aku rasa nak menempeleng kepala mereka. Muka mereka kelihatan 'poyo' walau pun mereka kelihatan bangga menjayakan filem ini.

Le Petit Tambi tanpa malu dan segan telah berkata bahawa filem ini akan di bawa ke pesta filem di Cannes. Sedih bila aku mendengar kata-kata Le Petit Tambi ini. Aku merasa sedih kerana kebodohan mereka. Aku rasa filem ini, kalau YouTube adakan syarat piawaian, sudah pasti filem ini tidak akan lepas.

Bila sampai ke rumah, aku termenung dan langsung membuka internet. Aku terperanjat beruk apabila membaca tentang Ummi Ufilada yang telah membuat sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa dia memiliki 18 buah lagi filem yang akan menandingi kehebatan filem Tiga Mat Boroi. Aku hampir pengsan apabila membaca berita ini. Nampaknya si Ummi ini ingin bertempur dengan Le Petit Tambi.

Lalu aku terfikir, apa sudah jadi? Lalu aku bertanya, ke mana arahnya perkembangan filem Melayu hari ini? Apakah peranan Finas telah gagal? Apakah desas-desus yang aku dengar tentang Finas kini betul?

Untuk para pembaca yang teringin menonton filem Tiga Mat Boroi ini, lupakan sahaja. Tetapi kalau nak melihat orang boroi tak susah. Yang agak susah ialah bertemu orang boroi yang tonggek dan tangan bebulu. Orang jenis ini hanya berada di Siam. Tetapi kepada anak muda, kalau hendak pergi terkencing berdiri di paggung Le Carcosa seperti Queen Elizebeth dipersilakan.

26 comments

  • Akmal Harith · Batu Caves
    tuan sgt bijak menyusun huruf pada nama2 watak utama cerpen ini. saya rasa terhibur dengan tulisan tuan. jika ada manusia yg terasa tidak selesa dengan penulisan tuan ini, sudah pastilah beruk2 itu telah memakan cili sehingga terasa pedas. teruskan tuan!
    Fairos Ismail · OSH Reps. at Celcom Axiata Berhad
    Lama betul sy tggu tuan utk mengulas @ bg kritikan ttg filem ini, dan sy pasti filem ini akan ditayangkn di kaca TV pada hr raya nnt seperti filem2 melayu yg box office..:D





Isu Skandal Seks DVD Chua Soi Lek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Isu Skandal Seks DVD adalah satu isu skandal seks yang terdapat di dalam DVD yang tersebar luas di Johor terutamanya Batu Pahat. Ia melibatkan Dato' Seri Dr. Chua Soi Lek pada akhirnya beliau meletakkan semua jawatan samada menjadi Ahli Parlimen Labis, Menteri Kesihatan, Naib Presiden MCA, Ketua MCA Negeri Johor dan Pengerusi MCA Bahagian Batu Pahat

Isu ini tersebar luas apabila DVD ini dilaporkan dimasukkan ke dalam kotak-kotak pos dan rumah, kedai yang dipilih di Muar dan Batu Pahat. Nama beliau dikatakan ditulis di atas tmpat tutup DVD.

Pada 1 Januari, 2008 di pejabat MCA Labis, Dr. Chua Soi Lek mengaku bahawa beliau merupakan lelaki dalam DVD lucah yang diedarkan di Johor, Malaysia. Wanita berkenaan merupakan kawan peribadinya - penjual bunga. Beliau tidak merakam sendiri aksi tersebut tetapi pihak lain menggunakan televisyen litar tertutup (CCTV).

Beliau telah memberi penjelasan kepada Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya pada 31 Disember 2007. Beliau turut menemui Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan Presiden MCA, Ong Ka Ting. Akibat kontroversi tersebut, di atas nasihat kabinet, Dr. Chua terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Kesihatan, Naib Presiden MCA, Ketua MCA Negeri Johor, Pengerusi MCA Bahagian Batu Pahat serta Ahli Parlimen bagi Labis.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ibrahim Mohd Aris menggesa sesiapa yang memiliki DVD lucah tersebut menyerahkannya kepada pihak polis. Sesiapa yang memiliki DVD itu ataupun membuat salinan serta mengedarnya boleh didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan denda atau keduaduanya sekali. [1]


'Pegawai SPRM tonton porno selepas soal Teoh'
Mac 31, 11 6:11pm

Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan memuat turun dan menonton pornografi pada komputer milik pejabat selepas sejam menyoal siasat Teoh Beng Hock.

Perkara ini didedahkan oleh pengerusi Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh, tan Sri James Foong hari ini.

Beliau berkata demikian ketika peguam Majlis Peguam, Cheow Wee menyoal bekas timbalan pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim berhubung memorandum dalaman yang mengingatkan kakitangannya supaya sentiasa memerhatikan pelawat, saksi ataupun suspek ketika mereka berada di premis berkenaan.

NONEDalam keterangannya, Fong berkata penolong penguasa Mohd Ashraf Mohd Yunus sedang menonton pornografi di komputernya pada jam 1.20 pagi, 16 Julai 2009.Foong: Pada pendapat saya, adalah agak longgar cara saksi diperhatikan. Kenapa? Saya ingin tahu mengapa tiada kawalan keselamatan?

Hishamuddin:
Arahan diberikan (melalui memorandum dalaman) dan mesti ada pegawai (yang mengiringi saksi).

Foong: Kenapa tidak tanya pegawai awak apa yang mereka lakukan (apabila awak berada di pejabat pada waktu itu)?

Hishamuddin: (Mereka tidak beritahu saya) kecuali saya tanya.

Foong:
Tahukah awak bahawa Ashraf telah memuat turun bahan pornografi sekitar jam 1.20 pagi (16 Julai 2009). Apabila operasi dijalankan, dia menonton pornografi di internet.

Hishamuddin yang terkejut dengan berita itu mengambil masa sebelum menjawap “ia di luar kawalannya”.

“Ini tiada kaitan dengan kerja... mungkin inisiatif sendiri,” katanya.

Kejadian itu berlaku kira-kira sejam selepas beliau membantu seorang lagi rakannya menyoal Teoh.


257,000 anak luar nikah di Selangor hingga 2008

Apr 1, 11 2:55pm

Masalah kewujudan anak tidak sah taraf di Selangor adalah 'sangat besar' dan jumlah sebenar tidak diketahui kerana ada kes kelahiran anak luar nikah ini tidak didaftarkan.

pkr taman ehsan selayang ceramah 020810 hasan aliPengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Datuk Hasan Mohamed Ali berkata berdasarkan statistik yang ada sehingga 2008, seramai 257,000 anak luar nikah didaftarkan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Abdul Rani Osman (PAS-Meru) mengenai jumlah anak luar nikah yang didaftarkan dari 2007 hingga 2010 pada sesi soal jawab sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam hari ini.

Hassan berkata bahagian penguatkuasaan seperti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak mempunyai bidang kuasa terhadap pendaftaran anak tidak sah taraf kerana ia tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Negara.

Sementara itu, beliau berkata JAIS tidak mempunyai jumlah penguatkuasa yang cukup untuk membanteras gejala maksiat yang menjurus kepada kelahiran anak luar nikah di negeri ini.

"Nisbah pecahan anggota Penguatkuasa Agama dan Masyarakat Islam di Selangor ialah 1:25,000 orang," katanya yang berharap jumlah penguatkuasa JAIS akan dapat ditambah.

- Bernama


Tiada ulasan: