Jumaat, 2 September 2011

MAAF CAKAP...RAYA2 NI...ADA YG BERI KOMEN CETEK ILMU AKEDAMIK...ILMU ISLAM DAN ILMU POLITIK@SIASAH...KOMEN BIAR MATANG DAN BERPENDIDIKANLAH SIKIT...

Anwar fobia melanda kerajaan BN
Susan Loone
Sep 1, 11
9:51pm

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan memilih Permatang Pauh sebagai lokasi Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri sebagai "pengiktirafan tersirat Anwar fobia".

NONEMenurut Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh, berkata pilihan lokasi itu juga menunjukkan pengiktirafan BN terhadap kepentingan kerusi itu pada pilihan raya umum akan datang.

"Kami bangga kerana di antara ratusan kerusi pilihan raya, mereka telah memilih Permatang Pauh untuk acara tersebut," katanya pada majlis rumah terbuka Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman di Kubang Semang, Pulau Pinang hari ini.

"Segala-galanya mengenai Anwar ... sama ada mengenai Yahudi) atau Cina ...," katanya sambil menambah beliau sering diberi gambarkan negatif oleh media yang dikawal oleh kerajaan.

"Setiap media dan akhbar ... mempunyai fobia ini," katanya.

"Jika ada rumah terbuka Hari Raya, ia perlu diadakan di Permatang Pauh."

Minggu lalu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan Majlis Aidilfitri Rumah Terbuka Malaysia tahun ini akan diadakan di kawasan Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 11 Sept ini.

Majlis anjuran kementerian itu akan berlangsung di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, bermula dari 11.30 pagi sehingga 1 tengah hari.

Menurut Rais, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual menghadiri majlis rumah terbuka itu yang dijangka dihadiri 10,000 tetamu.

Mengulasnya, Anwar Ibrahim menyambut baik keputusan kerajaan pusat mengadakan majlis berkenaan di Permatang Pauh.

"Sudah tentu kami bangga Permatang Pauh dipilih dan kami juga meminta semua orang datang untuk memeriahkan majlis rumah terbuka itu," katanya sambil menambah beliau tidak menerima sebarang undangan bagi menghadiri majlis berkenaan.

Menurut ketua umum PKR itu, semua penduduk Permatang Pauh, termasuk ahli dan penyokong-penyokongnya untuk hadiri, manakala kanak-kanak harus mengambil peluang untuk medapatkan 'duit raya' mereka daripada Najib.

Sementara itu, mengulas laporan terbaru oleh badan banci bebas dan pusat penyelidikan pendapat, Merdeka Center yang mendapati tahap kepopularan atau puas hati dengan kepemimpinan Najib telah merosot enam mata kepada 59 peratus, Anwar berkata trend itu sebagai positif.


Azizan akan digugurkan sebagai MB, lapor The Star
Sep 2, 11 10:37am

Kepimpinan PAS sedang mengatur langkah bagi menggantikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dikatakan tidak sihat akibat serangan sakit jantung, bulan lalu.

NONEMenurut akhbar harian Inggeris, The Star hari ini, presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dijadualkan menghadap Sultan of Kedah berhubung peralihan itu. Abdul Hadi juga dilaporkan akan berjumpa dan berbincang dengan pemimpin negeri di Alor Setar pada hujung minggu ini.

Di sebalik tekanan daripada kepemimpinan pusat PAS, menurut akhbar milik MCA itu, Azizan dikatakan cuba membantah dan mendakwa beliau masih sihat untuk meneruskan tugasnya sebagai menteri besar.

Antara nama-nama yang disebut-sebut bakal menggantikan Azizan, termasuk tiga ADUN kanan iaitu Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundor), Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) dan Datuk Mohamad Taulan Mat Rasul (Tokai). Semua mereka adalah juga ahli exco kerajaan negeri.

Phahrolrazi, 58, dan Amiruddin, 49, adalah jurutera dalam bidang sivil manakala Mohamad Taulan, 69, adalah seorang peguam. Phahrolrazi juga adalah timbalan pesuruhjaya PAS Kedah manakala Amiruddin pula adalah bendahari negeri.

Perlembagaan negeri Kedah tidak memperuntukkan jawatan timbalan menteri besar.

The Star juga memetik Azizan, yang juga adalah pesuruhjaya PAS Kedah berkata ada usaha yang mahukan beliau berundur.

penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 02“Mereka beritahu saya, kami mahu awak berehat. Kami mahu gunakan tenaga dan kemahiran awak kemudian hari nanti. Saya ok, tetapi ada orang yang tidak mahu saya berada di sana lagi, ada yang mahu saya mati,” kata Azizan yang dipetik akhbar itu.

Menurut The Star yang memetik sumber PAS Kedah, parti itu sedang menyiapkan laporan mengenai kesihatan menteri besar dan Abdul Hadi akan diberikan taklimat semasa melawat negeri itu.

Laporan yang sama kemudiannya akan disampaikan ke pihak Istana hujung minggu ini.

Abdul Hadi dikatakan akan diiringi oleh orang kanannya dalam lawatan ke Kedah ini, iaitu setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Menurut The Star lagi, adalah difahamkan Abdul Hadi membuat panggilan telefon kepada menteri besar Kedah itu pada Rabu lalu untuk mengucapkannya Selamat Hari Raya. Beliau kemudiannya mencadangkan Azizan, 67, supaya berehat secukupnya dan membiarkan pemangku menteri besar mengambil alih tugasnya.

Namun, menurut sumber akhbar itu, Azizan tidak menerima baik cadangan berkenaan dan cuba membantah.

Sumber itu juga berkata peralihan dipercayai akan berlangsung bulan depan supaya keputusan penting kerajaan negeri tidak ditangguhkan.

PAS sasar 60 kerusi parlimen pada PRU-13
Sep 1, 11 10:19pm

PAS mensasarkan untuk menang di 60 kerusi parlimen pada pilihan raya umum akan datang, kata presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini

pas muktamar 130610 abdul hadi awangHarakahdaily memetik beliau berkata, sasaran parti itu adalah untuk merampas sekurang-kurangnya 25 daripada 75 kerusi yang dimiliki oleh Umno sekarang.

"Kita yakin, jika kita mendapat 60 kerusi, sokongan seluruh masyarakat negara akan berpaling kepada PAS dan Pakatan dari Umno dan BN sekarang," katanya di hadapan kira-kira 500 anak perantauan Terengganu, sempena majlis perjumpaan Aidilfitri di Dewan Datuk Wan Mutalib, Komplek PAS Kuala Terengganu.

"Strategi 2008, kita nak menang negeri dan kita telah berjaya tadbir tiga negeri. Kali ini di samping nak menang negeri, kita nak tambah kerusi parlimen," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, pemimpin PAS berjaya menjadi menteri besar di tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Perak namun Perak tumbang apabila tiga ADUN Pakatan berpaling tadah dan menyokong BN.

AZLANBagaimanapun di peringkat parlimen, kedudukan PAS sebagai parti terbesar pakatan pembangkang sebelum pilihan raya Mac 2008, berakhir dengan kedudukan tercorot. PKR memboloti kerusi terbanyak iaitu 31 berbanding DAP - 28 dan PAS hanya 23 kerusi.

Namun pengaruh PAS dalam Pakatan Rakyat semakin kukuh apabila PKR hilang tujuh kerusi apabila ahli parlimen berpaling tadah serta gagal mempertahankan Hulu Selangor pada pilihan raya kecil manakala PAS berjaya merampas kerusi Kuala Terengganu daripada gengaman BN.

Justeru, pada pilihan raya umum akan datang PAS dan Umno akan berentap untuk mendapatkan sokongan dan undi dari penduduk Melayu dan Islam.

Bagi Abdul Hadi, PAS perlu berusaha lebih keras bagi mendapatkan sokongan pengundi Islam dan Melayu sebagai teras.

NONE"Kalau nak undi Islam kena fahami hati budi Melayu melalui pendekatan dakwah, budi perkerti dan pujukan... saya yakin mereka boleh berubah.

"Perlu ambil masa, sabar... pujuk mereka... perkenalkan Islam melalui contoh yang baik. Misalnya bila tidak ada seorang pun wakil rakyat PAS yang boleh dibeli, orang bukan Islam beri sokongan kepada kita," kata Abdul Hadi yang dipetik Harakahdaily.


  • Khairul Faizi Ahmad Kamil · Pengulas Tertinggi · Murabbiton di Parti Islam SeMalaysia
    Sasaran PAS untuk memperolehi sekurang2nya 60 kerusi Parlimen bukanlah satu perkara yang mustahil. 60 kerusi yang disasarkan sudah tentu akan diberikan tumpuan lebih-lebih lagi kerusi yang mana PAS akan berhadapan dengan UMNO termasuklah di Johor.
  • Liau Peng Chuan · Pengulas Tertinggi
    Ya Allah muliakanlah Islam dan kaum muslimin, dan hinakanlah kesyirikan dan kaum musyrik, Ya Allah hancurkan musuh-musuhMu yang merupakan musuh-musuh agama (Islam), Ya Allah binasakanlah kekufuran, toghout dan orang-orang yang zalim, Wahai tuhan sekelian alam. Ya Allah kami serahkan leher-leher musuh kami (kepadaMu) dan kami berlindung denganMu daripada kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah cerai-beraikan himpunan mereka, pecah-belahkan kesatuan mereka, selerakkanlah kalimah mereka, dan goncangkan kedudukan mereka, Wahai tuhan yang maha gagah, wahai tuhan yang maha keras, wahai tuhan yang maha membalas, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,

    Ya Allah, wahai tuhan, yang menurunkan al-Kitab, wahai tuhan yang menjalankan awan, wahai tuhan yang mengalahkan tentera al-Ahzab, kalahkanlah mereka (orang-orang kuffar) dan bantulah kami menghadapi mereka.

    Ya Allah, selamatkanlah kaum muslimin di Malaysia, Ya Allah selamatkanlah kaum muslimin di semua tempat, Ya Allah selamatkanlah kaum-kaum yang lemah dari kalangan orang-orang yang beriman, Ya Allah hancurkan Barisan National dan sekutu-sekutunya, Ya Allah hancurkan UMNO dan sekutu-sekutunya.
  • Elly Nina Ahmed · Pengulas Tertinggi · umur 26 tahun
    PAS harus bertanding 120 kerusi Parlimen. Mana tahu ntah-ntah PAS boleh menang 115 kerusi, maka presiden PAS boleh dilantik jadi PM. Road to Putrajaya tanpa menggunakan GPS atau road map lagi.
  • Ashiya Mizuki · Pengulas Tertinggi
    ingatan buat diriku dan mungkin anda juga...

    di samping kita harap dan doakan kemenangan PAS, kita doakanlah juga hidayah buat UMNO...UMNO yg diberikan hidayah jauh lebih elok daripada UMNO yg diberikan kehancuran...

    kepada-Mu kami berserah...
    • Ashiya Mizuki · Pengulas Tertinggi
      hehe...terpulanglah saudara...sy ambil iktibar peristiwa di Thaif...kekufuran penduduk Thaif serta layanan buruk mereka dibalas Nabi dengan doa hidayah...betulkan pandangan sy kalau ia silap :)
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
      Ashiya: Awk jgn la 'emo' bila kita kata kita maukan umno musnah/hancur. Maksud hancur tu, hancur dari pemerintahan Malaysia, bukannya hancur dlm erti kata yg sbnar. x salah, kan! Lagipun, dgn kehancuran umno dari pemerintahan negara, akan melorongkan pengikut2nya utk nmpak jln kebenaran, dan menuju kearah kebaikan. So, 1001 kali baik & afdhol la klau umno hancur dari pemerintahan negara Malaysia. Ianya bukan sj baik utk rakyat Malaysia 'amnya, bahkan baik juga utk org2 umno khasnya...
    • Izwan Ariff Ahmad · Pengulas Tertinggi · Lim kok wing
      ashiya hancur pertubuhan bukan kita kata hancor org nya.. sbb dsr nya pn dah menyimpang.. nabi kita larang taksub perkauman.. orgnya moga diberi hidayah..
  • Hanz Silverz · Unit Trust Consultant di Public Mutual Berhad
    Akhir Zaman Islam Pasti Menang... Kita Jgn jd penentang Agama sendiri... Hidup pejuang Islam...
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
      Insyaallah Hanz, janji Allah pasti berlaku. Pastikan kita semua berpihak pd jln 'haq' (kebenaran), bukan sebaliknya 'bathil' (kebathilan)...
    • Hanz Silverz · Unit Trust Consultant di Public Mutual Berhad
      Allah x kan tanya kita menang atau kalah didlm perjuangan Islam tapi Allah akan tanya Kamu berjuang atau menentang Islam... Kafir itu Ingkar perintah Allah... Nak buat apa kita Solat n beramal... tp pada masa yg sama kita menentang Hukum hakam yg Allah... biar org nak cakap apa... biar aku mati dalam perjuangan drpd mati dlm x kosong... hidup bukan lama pn... bertahanla... Kita ada Allah...
  • Noor Hariri Sharudin · Top Commenter · Sek Men King Edward VII
    Yang jadi masalahnya ialah pengundi-pengundi Melayu masih majoritinya penyokong UMNO tegar. Beritahulah apa-apa yang negatif tentang UMNO ditentangnya kita habis-habisan hingga tidak mahu bertegur sapa lagi walaupun kita ini saudaranya atau rakan baiknya. Sehingga ada yang berkata "Aci kerat jari namun hendak memangkah selain daripada Dacing tidak sekali. Kebanyakkan mereka ini terdiri daripada kakitangan-kakitangan Kerajaan yang telah bersara yang menganggap diri mereka sudah selesa dengan wang pencen mereka walaupun jumlahnya sedikit. "Bak kata mereka siapa nak bagi duit kalau tidak Kerajaan yang ada. Nak harap anak-anak sekarang ini pun mereka ada beban dan tanggung jawab". Kebanyakkan mereka rasa terhutang budi dengan Kerajaan yang ada kerana mereka masih menganggap Kerajaan yang ada lah yang membayar pencen mereka selama ini sedangkan mereka tidak tahu daripada mana Kerajaan dapat wang tersebut, yang mereka tahu Kerajaan yang ada membayarnya. Tapi mereka tidak sedar bahawa duit pembayar cukai yang membayar pencen mereka, tidak kira pembayar cukai tersebut menyokong atau menentang Kerajaan yang ada.
  • Abdul Manan · Top Commenter · UKM, Bangi, Selangor
    untuk pas dpt 60 kerusi parlimen pas perlu pertahahkan 23 yg ada dan rampas 37 kerusi umno.satu tugas yg amat berat.pada ramalan saya pas boleh dpt dalam 40 kerusi saja pru 13 nanti, dap dpt 45, pkr 35, sapp 2, psm1, bebas pro pakatan 2 =115 dan cukup simple majoriti tawan putrajaya.
  • Mohd Fakrudin Abdullah · Top Commenter · Pasir Gudang, Johor, Malaysia
    Tiada yang mustahil.... inshyallah Pas ganti Umno akan berlaku....
  • Kader Zaidi Noor · Top Commenter · Sek keb lubuk merbau
    pas kena buat solat hajat yang banyak sambil berusaha.
  • Reformis Malaya Politikus Bebas · Top Commenter · 104 years old
    Jika trend 8 prk takhir dan pru serawak kekal hgga pru13 maka pas dilihat akn hilang bnyk kerusi parlimen dan dun di kaw majoriti melayu.
  • محمد أكمل محمد علي · Top Commenter · KIAS Nilam Puri Kelantan
    1. Kerusi2 PAS yang lama boleh ambil semula.
    2. Parti-parti komponen PR yang memang tiada pengaruh kecuali mengharapkan ahli-ahli PAS, sila sedar diri.
  • Liau Peng Chuan · Top Commenter
    "Kalau firaun kecil (Hosni Mubarak) boleh ditumbangkan. Tahun ini yang lain cicak mengkarung akan dicincang-cincang.."
  • Abdullah Chik
    kita hanya merancang tuhan yang menentukannya...namun doa adalah satu langkah perlu dititik beratkan...saya percaya jika pas dapat mentakbir kelantan dengan cara kerserdehanaan.ianya tidak mustahil bangsa lain parti memberi sokongan..pola sokongan yang ada dapat dilihat...itu yang membuat bn tergugat..dengan itu mereka telah merika ciptaan terbaru bagi menakutkan bangsa lain...untuk terus menyokong pas..setiap hari ada saja bahan bahan terbaru disiarkan...akhirnya nampak kebodohan yang di cipta UMNO...hanya talian hayat orang melayu sahaja UMNO yanag ada...bangsa lain tidak percaya lagi pada mereka...
  • Kanasin Periannan · Top Commenter · London, United Kingdom
    lagi banyak banyak kerusipun boleh tok tuhan bersama orng orng soleh.
  • Hanzalahabubakar Lah · Top Commenter
    semoga pjuangan tuk daulatkn islam tcapai di malaysiani t
    • Rizzuan Rinie
      tok lah, pas xjd nk dirikn ngara islam la. NEGARA BERKEBAJIKAN
    • Hanzalahabubakar Lah · Top Commenter
      nmeje tkr,kte bkn pntgkn nme,isitu yg utamenye...ltkla nme komunispon klu islam mtlamatnye n yg diperjuanganknnye gn lndasan yg btl tula yg kte sokong
    • Rizzuan Rinie
      kalu dh smgat komunis nk islam guano.. hehe istilah komunis pun teruk dh
  • Wali Sulam · Top Commenter · UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR
    kalau diikutkan sistem pilihanraya presiden di INDONESIA...pastinya pas berjaya mentadbir negara......berdasarkan jumlah undi seluruh parlimen di malaysia yang diperolehi pada pru12...jumlah undi PR adalah jauh lebih banyak daripada undi BN...tapi disebebkan pilihanraya di malaysia telah membahagikan undi-undi tersebut berdasarkan kawasan maka ianya memihak kepada BN.. dari segi logik pun, kalau diikutkan BN kalah di semenanjung..yang menjadi talian hayatnya mereka adalah sabah n serawak.................
  • Hamba Yang Hina · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
    60 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen = 27 % sahaja.
    Jadi `dunggu` tukang angguk sahaja la kalau menang semua pun.
    Sama kes macam Selangor cuma 8 dun drpd 36 dun menang = 22 %.
    Apa leh buat dah nasib badan.. berjuang seakan-akan melayu dalam komunis..
    Akidah dipertahankan tetapi Prinsip digadaikan.... Semoga Beringat Sebelum Terlewat.
  • Zahman Za · Top Commenter
    Saya percaya pembahagain kerusi parlimen hampir selesai di kalangan parti komponan pakatan rakyat, justeru pas mantapakan strategi supaya peruntukan kerusi yang diperolehi dimenagi sebanyak yang disebut itu demi mencerahkan laluan PR ke Puterajaya untuk membuat refomasi dalam pentadbiran&pengurusan hidup rakyat.
  • Al Wie Mumsteen · Unimap
    kalo PR pegang Mlaysia, Insyaallah akn menarik smakin rmai pelabur dr luar dtg n melabur , lg2 yg dh lari.... KUN FAYA KUUNNN..... segala kerajaan di langit dan bumi hanyalah milik kekal Allah SWT... Dialah yg menentukan sgalanya.... so, kalo men taktik kotor pon, kalo Allah SWT ckp UMNO kalah, kalah jgk la....
  • Sifu Ibnu Hass · Top Commenter · Instructor@Pengasuh at IKVKK
    Pas memang terbaik, namun masih ramai mereka yang "tak sanggup" mengakuinya atas belbagai sebab dan halangan. Inilah yang harus dipecahkan. Pimpinan harus menyenaraikan halangan tersebut seterusnya bersama berusaha mengatasinya. Kita percaya pimpinan Pas tahu siapa sebenarnya sasaran yang perlu diberi keutamaan. Rasa nya PRU kali ini adalah peluang paling tinggi untuk PAKATAN
BILA KITA DIAM...TAK KOMEN APA2...ORANG TAK TAHU KITA BODOH...BILA KITA KOMEN DAN CAKAP...ORANG TAHU KITA 'CONFIRM BODOH'

Tiada ulasan: