Sabtu, 3 September 2011

ENTAH PELIK GAK...MAKIN KODEM..PERLEKEH ORANG...MACAM KENA BATANG HIDUNG...MAKIN PEKUNG TERBUKA...MACAM SENJATA MAKAN TUAN...ALLAH LEBIH MENGETAHUI

Beri peluang Mohd Sabu jelaskan - Anwar
Fakhri Ali

PERMATANG PAUH, 2 Sept: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sepatutnya diberi ruang untuk menerangkan keadaan sebenar terlebih dahulu sebelum dikecam tanpa usul periksa oleh media arus perdana, dalam isu membabitkan dakwaan membela komunis dalam peristiwa Bukit Kepong.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bercakap kepada media selepas menerima kunjungan hormat Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas ke majlis rumah terbuka Aidilfitri di Kubang Semang, Penanti, Permatang Pauh, petang semalam.

Menurut beliau lagi, media arus perdana tidak langsung memberi peluang kepada Mohamad untuk menjelaskan perkara sebenar.

"Mereka bersama pimpinan Umno terus menyerang Mohamad Sabu tanpa diberi ruang untuk membela diri di atas dakwaan yang dimainkan oleh media milik mereka.

"Serangan demi serangan ini seolah-olah tidak langsung memberi keadilan kepada Mohamad, kerana beliau bukan saja ditekan tanpa diberi peluang, tetapi diasak bertubi-tubi tanpa ruang.

"Mekanisme yang digunakan oleh media milik pemerintah ini, adalah antara agenda dan serangan yang diaplikasikan menjelang pilihan raya umum yang akan datang," ujarnya yang juga Ketua Umum PKR.

Beliau juga berkata, isu ini sengaja dimainkan oleh media milik Umno sebagai usaha memberi imej buruk kepada masyarakat dengan memberi label yang menyimpang kepada pimpinan Pakatan Rakyat.

"Sepatutnya Mohamad diberi ruang untuk membela diri dan bukannya dikecam sebegitu rupa oleh media arus perdana milik Umno sekiranya benar-benar mereka adalah media yang adil dan telus dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah kepada rakyat negara ini," tegasnya lagi.


Anwar alukan sambutan Aidil Fitri di kawasannya
Mohd Sabri Said

PERMATANG PAUH, 2 Sept: Walaupun menyifatkan Umno terlalu fobia dengan beliau, namun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mengalu-alukan tindakan kerajaan BN mengadakan sambutan hari raya Aidil Fitri dalam kawasannya.

Umno, kata Anwar, begitu fobia terhadap Parlimen Permatang Pauh sehingga sanggup mengadakan Sambutan Perayaan Aidil Fitri 1 Malaysia di padang Sekolah Menengah Guar Perahu pada 11 September ini untuk mengukur sokongan terhadap Barisan Nasional.

Beliau mengulas keputusan kerajaan BN untuk mengadakan sambutan hari raya Aidil Fitri peringkat kebangsaan di Permatang Pauh 11 September ini.

Kata Anwar, BN terlalu terdesak dan mahu melihat sendiri adakah rakyat di Permatang Pauh akan kembali memberikan sokongan padu seperti dulu sekaligus memberi kesan pada pengundi di seluruh Malaysia bahawa sokongan terhadap Pakatan Rakyat makin terhakis ekoran berbagai isu yang dihadapi.

Namun sambungnya, para pengundi di Permatang Pauh sudah bijak dan tidak mudah terpengaruh dengan dakwah jahat Umno dan BN yang seakan lembut gigi dari lidah bila menabur janji manis.

"Sah Umno sebenarnya fobia terhadap parlimen ini. Sebab itu menjelang pilihanraya umum ke 13 mereka mengadakan Sambutan Perayaan Aidil Fitri 1 Malaysia di sini. BN nak tengok sokongan, " tegasnya pada pemberita selepas program Hari Terbuka Aidil Fitri Parlimen Permatang Pauh dan Penanti di bilik gerakan PKR Penanti dekat sini semalam.

Menurut Anwar lagi, bagaimana pun beliau tetap menyeru rakyat di Parlimen Permatang Pauh dan lain-lain parlimen di Pulau Pinang datang meraikan program berkenaan.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang sudi memilih Permatang Pauh sebagai lokasi terakhir sebelum berhadapan dengan pilihanraya umum ke 13 kelak.

"Pergilah untuk bertemu PM, minta duit raya dan makan apa yang dihidangkan. Manakala untuk undi itu soal lain, " tambahnya.


Benarkah Umno menentang ideologi komunis?
Chegubard

Tahniah kepada Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS kerana berjaya menarik umum untuk memasuki ruang perbahasan yang selama ini taboo untuk dibincangkan.

Malaysia sebenarnya begitu terasing dengan sejarah perlawanan penjajah. Kita selalu disajikan oleh cerita sejarah yang telah disunting untuk kepentingan pihak tertentu yang mewarisi kepentingan penjajah kapum pemodal British. Malah dalam beberapa hal pwaris itu lebih melampau dari penjajah asal khususnya dalam bab pembodohan minda.

Setiap kali kemerdekaan maka disajikan hanya Dato Onn, Tunku Abdul Rahman hinggalah Najib... adakah ini saja hero negara ? Sajian sejarah yang disunting ini menjadikan anak muda hilang minat dengan sejarah negara yang dilihat tidak cool....

Namun kemerdekaan kali ini yang awalnya dijangka tidak menarik perhatian kerana ditenggelami suasana 1 Syawal telah menjadi begitu menarik. Sejarah yang selama ini taboo telah dibincangkan terbuka.

che'GuBard tidak mahu menyentuh panjang, cukup dengan menyentuh benarkah Umno memusuhi PKM kerana ideologi Komunis atau kerana mewarisi sentimen perang penjajah.

Jika benar dengan bercakap soal ideologi komunis menghina bekas polis dan tentera maka bagaimana pula dengan Regim Najib yang memberikan lesen kepada lidah rasmi Parti Komunis China ?

Malaysiakini pernah melaporkan KDN memberikan permit kepada lidah Rasmi Parti Komunis China (klik sini untuk baca lanjut)

Betul benar, telah lama beri permit kepada organ parti kominis ini terbit di Malaysia. Mengikut laporan Malaysiakini pada 10 Januari 2005, KDN telah meluluskan untuk penerbitan suara rasmi Parti Kominis Malaya bernama "People's Daily".

Mengikut Wikipedia:

The People's Daily (Chinese: 人民日报; pinyin: Rénmín Rìbào) is a daily newspaper in the People's Republic of China. The paper is an organ of the Central Committee of the Communist Party of China (CPC), published worldwide with a circulation of 3 to 4 million. TERJEMAHAN: People's Daily adalah akhbar harian di China. Akhbar ini adalah suara rasmi Parti Komunis China


Yang hairannya, Harakah diterbitkan dengan 1001 satu syarat, Suara Keadilan tak diberi permit banyak lagi terbitan tidak dibenarkan tetapi lidah parti komunis dibenarkan.

kalaulah permit ini dibawah urusan kerajaan negeri , dan ada negeri PR memberikan kelulusan maka muncullah tuduhan seperti satu penghinaan kepada bekas2 tentera kita yang telah terkorban menentang penentangan Parti Komunis Malaya satu masa dahulu? Bukankah Parti Komunis Malaya bernaung di bawah Parti Komunis China di mana segala kelengkapan mereka datang dari Parti Komunis China?

Tidakkah tindakan seperti ini juga seperti meludah di atas pusara mereka2 yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong juga?

Umno juga sendiri menjalinkan hubungan istimewa dengan parti komunis China, sehingga ada program pertukaran latihan.

Malah ramai yang tidak sedar Ramadhan yang lepas regim Najib telah menghantar paksa pulang Pelarian2 Politik Uighur China.

Menghantar pulang pelarian Uighur tersebut akan mendedahkan mereka kepada siksaan, kezaliman dan juga kepada kematian. Uighur ini ialah kelompok Islam yang bermasalah dengan Beijing, mereka punya sejarah melawan untuk sebuah negara Islam Merdeka.

Menghantar pulang mereka ke China seperti menghantar mereka untuk mati, ini kezaliman lebih lagi ketika Ramadhan.

Persoalanya adakah tindakan UMNO ini adalah disebabkan hubungan formal UMNO dan Parti Komunis China yang terjalin sejak lama dulu dan diformalkan beberapa tahun lepas. Barang diingat, hubungan ini bukan hubungan Kerajaan dengan Kerajaan. Ia adalah hubungan antara parti UMNO dengan Parti Komunis China.

Siapa sebenarnya yang pro komunis?

Kalau nak kata menghormati pejuang2 yang menentang komunis, ratusan ribu kaum Uighur gugur shahid menentang kebangikitan komunis sekitar tahun 30an dan 40an dahulu.

che'GuBard pertegaskan artikel ini ditulis bukan untuk memburukkan mana - mana ideologi. Ideologi. Jawapan kepada semua ini ialah untuk menunjukkan betapa Umno itu munafik nombor satu.

itu belum masuk lagi bagaimana kita bermuka - muka menentang Israel tetapi kita ada hubungan dagang bantu ekonomi negara haram Israel. (klik untuk baca artikel hubungan malaysia Israel)

baca lanjut artikel di http://chegubard.blogspot.com


Permohonan maaf Kompas belum selesai
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 2 Sept: Selepas lebih 10 hari berlalu, isu akhbar Indonesia, Kompas, memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Razak belum reda kerana permohonan itu tidak berlaku sebagaimana biasa.

Ini kerana, menjadi amalan biasa akhbar yang memohon maaf akan menyiarkan penyataan minta maaf itu dalam bentuk penyataan atau iklan dan menarik balik berita yang dikatakan salah itu.

(Laporan Kompas pada 4 Ogos 2011)

Namun sehingga kini, ia tidak berlaku. Tidak ada penyataan permohonan maaf dalam bentuk iklan dan tidak ada penyataan menarik balik berita awal yang dikatakan salah itu dari Kompas.

Antara lain, artikel itu mengaitkan Rosmah dengan pembelian kontroversi sebentuk cincin bernilai RM24 juta, dan mendakwa bakal besan Rosmah, Maira Nazarbayev, mempunyai hubungan dengan “mafia Rusia”.

Maira Nazarbayev dari Kazakhstan adalah ibu kepada Daniyar Nazarbayev yang telah bertunang dengan Nooryana Najwa, anak gadis Najib dan Rosmah.

Kompas juga dalam laporannya itu menyifatkan Rosmah sebagai menjalani “kehidupan yang penuh kontroversi”, dan mengaitkannya dengan Perimekar, syarikat yang dikatakan telah menerima komisen jutaan ringgit berikutan penjualan kapal selam Scorpene.

Menurut penulis, perjanjian yang mencurigakan itu antara faktor yang membawa kepada pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

Bernama pada 21 Ogos lalu memaklumkan, Kompas telah memohon maaf dari Perdana Menteri.

"Akhbar utama Indonesia, Kompas memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor atas laporan tidak tepat yang disiarkan.

Permohonan maaf itu turut disusuli siaran laporan yang menafikan semua tuduhan terhadap Perdana Menteri dan isteri.

Kompas, akhbar paling besar di Indonesia, hari ini menyiarkan laporan khas pasal Datuk Seri Najib.

Malah dalam laporan ini pula, Kompas menyatakan permohonan maaf ke atas laporan yang disiarkan 4 Ogos lepas.

Atas pemberitaan tersebut, pemimpin redaksi Kompas, Rikard Bangun, Sabtu 20 Ogos, di Jakarta secara khusus menyatakan permohonan maafnya kepada kepala negara dan keluarga.

Dalam laporan itu pula Kompas menyatakan bahawa Datuk Seri Najib menafi ke atas laporan yang mengandungi tiga tuduhan.

Antaranya isu pasal cincin berlian berharga ASD24 juta yang melibatkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Bagaimanapun, laporan yang tidak benar itu telah mengganggu dan berdampak luas di dalam negara.

Ia pula dimanfaatkan oleh pihak-pihak tertentu di Malaysia
." lapor Bernama.

Menurut sumber Malaysiakini, permohonan maaf yang dituntut oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada mulanya ditolak oleh editor Kompas yang bertegas mempertahankan artikel mereka, khususnya berhubung dakwaan kegiatan kongsi gelap Maira, yang juga boleh dilayari secara meluas di Internet.

Dua penasihat itu kemudiannya mengancam mengugut Kompas dengan tindakan undang-undang, tetapi ini juga gagal untuk menundukkan akhbar Indonesia yang berpengaruh itu.

Kompas, bagaimanapun bersetuju membuka ruang kepada Najib untuk menjawap dan menangkis segala tuduhan dengan menghantar editor antarabangsa, Jimmy Harianto bagi menemubual Najib di Putrajaya pada Khamis lalu.

Bagiamanapun pada Ahad lalu, agensi berita nasional Bernama mengesahkan bahawa Kompas telah meminta maaf kepada Najib.

Setakat ini, mengapa Kompas membuat pusingan U pada saat-saat terakhir belum jelas tetapi menurut sumber, keputusan berkenaan telah dibuat dalam keadaan “situasi luar biasa”.

Namun, bagi Malaysiakini, akhbar itu jelas tidak membuat permohonan maaf secara penuh – ia boleh diibaratkan sebagai ‘permohonan maaf separuh’.

Malah, permohonan maaf itu diselitkan pada perenggan 10 di halaman 10 akhbar itu dalam laporan yang bertajuk ‘PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia’.


Hantar pulang 11 pejuang Islam Uighurs dibantah
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 2 Sept: Tindakan kerajaan Malaysia menghantar pulang 11 pejuang Uighurs Islam yang lari meninggalkan negara asalnya iaitu China dipertikaikan oleh banyak pihak termasuk Majlis Peguam Malaysia.

(Pejuang Uighurs adalah beragama Islam dan bercakap bahasa Turkic dan tinggal di Utara China iaitu di wilayah Xinjiang. Mereka sedang berjuang menuntut hak mereka dari kerajaan komunis China.)

Ini kerana, ia bertentangan dengan akta Anti-Trafficking in Persons dan Anti-Smuggling of Migrants Act 2007.

Uighur adalah pejuang beragama Islam yang bangkit menentang kerajaan China Komunis kerana menceroboh wilayah mereka di wilayah Xinjiang pada Julai 2009.

Tindakan menghantar balik mereka bermakna menyerahkan pejuang Islam ini kepada kerajaan China Komunis yang memburu mereka.

Bagi Majlis Peguam, langkah yang patut dibuat oleh kerajaan adalah mendakwa mereka jika bersalah bukannya menghantar pulang ke negara asal mereka.

Pada 18 Ogos lalu, kerajaan Malaysia telah menghantar 11 pejuang Islam Uighurs yang menentang kerajaan China kembali ke negara asalnya.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, 11 pejuang Uighurs ini terlibat dalam pemerdagangan manusia dan dikehendaki oleh kerajaan China komunis.

Sehingga kini tidak diketahui apakah nasib mereka apakah masih hidup atau sudah mati.

Bantahan juga dibuat oleh Suruhanjaya Tinggi PBB bagi Orang Pelarian di Kuala Lumpur kerana mereka juga dinafikan hak untuk bertemu dengan 11 Uighurs ini.

Ini kerana, proses sedang dibuat untuk mengesahkan mereka sebagai pelarian dan berhak untuk mendapatkan naungan di bawah badan PBB itu.

Namun belum sempat proses itu selesai, 11 pejuang Uighurs ini dihantar pulang oleh kerajaan atas kehendak kerajaan China Komunis itu.

Ekoran itu, PBB membuat bantahan terhadap tindakan kerajaan Malaysia itu.

Mereka bimbang nasib 11 Uighurs itu akan berhadapan dengan seksaan dari pihak berkuasa China kerana penentangan mereka terhadap kerajaan itu.

Ekoran itu juga, pihak berkuasa China didesak agar menyatakan di mana mereka sekarang dan apakah nasib yang menimpa merekaselepas tindakan kerajaan Malaysia itu.

Pejuang hak asasi manusia berkata, tindakan menghantar pulang mereka oleh kerajaan Malaysia ini bertentangan dengan hak asasi manusia.

Mereka juga mendesak kerajaan Malaysia agar jangan sekali-kali menghantar pulang lima lagi pejuang Uighurs yang ditahan oleh kerajaan Malaysia selepas itu.


SAMM puji Md Sabu desak kaji semula sejarah Bukit Kepong
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 2 Sept: Sejarah tragedi Bukit Kepong perlu dikaji semula untuk menentukan siapakah sebenarnya hero dan siapakah sebenarnya pertualang di negara ini, kata Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah Persekutuan.

Dalam kenyataan medianya hari ini, SAMM Kuala Lumpur menegaskan bahawa sejarah kemerdekaan negara harus segera dikaji semula oleh pengkaji sejarah yang tidak berkepentingan selain daripada merekodkan sejarah sebenar, bukan oleh pengkaji sejarah upahan yang menulis berdasarkan telunjuk pihak yang menang bagi menutup sejarah di sebalik sejarah.

Penyelarasnya, Shariful Azmir Bin Haji Mustafa berkata, tindakan Timbalan Presiden PAS Mohd Sabu mengulas mengenai peristiwa Bukit Kepong dan watak sebenar Mat Indera dalam ceramahnya harus dipuji.

"Ini kerana ia membangkitkan ghairah rakyat terutamanya dari golongan anak muda untuk mengetahui sejauh manakah British itu dianggap sebagai penjajah dan apakah dengan menyerang British itu akan dianggap sebagai pengkhianat di Tanah Melayu," kata beliau dalam kenyataannya itu.

Isu serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950an telah dikenang sebagai serangan kumpulan pengganas ke atas sekumpulan anggota polis yang bertahan di rumah pasong.

Persepsi ini telah ditulis oleh pengkaji sejarah mengikut acuan pihak tertentu bagi menyembunyikan hakikat sebenar – pihak yang menentukan apakah kriteria pejuang kemerdekaan.

Ia menjadi satu kepercayaan ramai apabila Jins Samsudin membuat filem Bukit Kepong berdasarkan persepsi betapa pihak yang menyerang rumah pasong Bukit Kepong itu adalah pengganas sedangkan gerakan yang diketuai oleh Mat Indera juga sebenarnya harus dikenang sebagai salah satu serangan ke atas kubu British yang menjajah Tanah Melayu untuk beberapa abad lamanya.

Bagi beliau, pihak polis di rumah pasong Bukit Kepong itu juga bertugas bagi mempertahankan kepentingan British seperti estet getah dan ladang.

"Adakah pasukan polis ketika zaman jajahan British menunjukkan taat setia mereka terhadap Queen of England apabila lagu "God Save the Queen" didendangkan setiap kali lawatan pegawai tertinggi British ? Ini juga persoalan yang harus digali semula untuk rakyat mengetahui sejarah penentangan penjajah yang sebenar," katanya.

Bagi beliau, peristiwa ini berkait rapat dengan proses menuntut kemerdekaan apabila semua kumpulan, kesatuan dan pertubuhan yang bergerak menuntut kemerdekaan telah diharamkan kecuali Umno.
Kumpulan penuntut kemerdekaan ini akhirnya dituduh sebagai pengkhianat dan pengganas hanya kerana menentang British yang statusnya masih lagi penjajah di Tanah Melayu ketika itu.

"Turut menjadi persoalan ialah, mengapa Umno sahaja yang dibenarkan berkempen untuk merdeka sedangkan banyak lagi pergerakan menuntut kemerdekaan.

"Adakah Umno membenarkan pertubuhan mereka menjadi talibarut British demi untuk merdeka di atas acuan penjajah?" soal beliau.

Oleh yang demikian, SAMM Wilayah Persekutuan di atas rasa tanggungjawab ke atas sejarah negara yang dikhuatiri terperosok, harus digemburkan semula untuk tatapan rakyat.

"Sejarah peradaban negara juga seharusnya disifatkan dengan lebih keterbukaan kerana ia membentuk asal usul kita rakyat Malaysia," katanya.

Rakyat juga harus lebih terbuka dan berjiwa besar untuk menerima hakikat sebenar sejarah negara, lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan proses menuntut kemerdekaan.

"Bagi kami anak muda inilah satu peluang sangat baik sempena pasca hari kemerdekaan ke-54, untuk rakyat mengasak pihak berwajib bagi menampilkan sejarah sebenar kemerdekaan negara. SAMM akan ke hadapan bagi merealisasikan apa itu sejarah," tegas beliau.

Tiada ulasan: