| Harakahdaily
| |||||
| KUALA LUMPUR, 31 Ogos: PAS mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr Hasan Ahmad yang meninggal dunia petang tadi. “Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pimpinan dan ahli-ahli seluruhnya, saya mengucapkan takziah terhadap keluarga Almarhum Datuk Dr Hasan Ahmad yang telah kembali ke rahmatullah petang tadi,” ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Menurutnya, pemergian beliau sangat dirasai oleh PAS khususnya yang terlibat secara langsung dalam memperjuangkan bahasa Melayu untuk didaulatkan sebagai bahasa kebangsaan yang sebenar-benarnya. Tambahnya, kesediaan beliau menanggung risiko yang besar apabila memimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI merupakan satu jasa besar yang sentiasa diingati oleh seluruh rakyat Malaysia. “Beliau sanggup turun sendiri ke lapangan rakyat, bersuara, berhimpun dan disiasat pihak berkuasa, semata-mata untuk memastikan tidak matinya bahasa ibunda yang diperjuangkan sejak sekian lama. “Mengenangkan jasa inilah PAS telah menganugerahkan kepada beliau sebagai 'Tokoh Pejuang Bahasa' dalam muktamar PAS beberapa tahun lalu di Putik Kelantan,” ujarnya yang juga ahli Parlimen Marang. Sememangnya, kata Ustaz Abdul Hadi sukar untuk dihitung jasa beliau yang sangat besar dan semestinya perjuangan beliau akan diteruskan oleh generasi seterusnya. “Kita mengharapkan akan tampil lebih ramai lagi tokoh akedemik dan masyarakat seumpama al-marhum yang sedia korbankan masa dan tenaga untuk bersama masyarakat. “Semoga Allah menempatkan roh beliau bersama orang-orang yang soleh yang mendapat keampunan dan kasih sayang Allah SWT. “Begitu juga buat keluarga beliau, sahabat handai dan seluruh pendokong perjuangan bahasa ibunda ini, kami doakan diberi kesabaran oleh Allah SWT,” ujarnya lagi.
Pro Canselor UPSI Dr Abdul Shukor meninggal dunia ![]() Pro Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tan Sri Dr Abdul Shukor Abdullah meninggal dunia di sini pada jam l 1.20 pagi ini.
Allahyarham berusia 67 tahun. Jenazah Allahyarham dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Al-Hidayah Assam Kumbang dan kemudiannya dibawa ke Putrajaya untuk dikebumikan selepas solat Asar. Pagi ini, Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah berangkat menziarahi dan memberi penghormatan terakhir, serta bersama-sama menyembahyangkan jenazah Allahyarham. Abdul Shukor ialah bekas Ketua Pengarah Pendidikan. - Bernama
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Khamis, 1 September 2011
ALFATIHAH...TAKZIAH KEPADA KEDUA2 KELUARGA...MATI NI PERKARA YANG MESTI...JADI BERTAKWALAH...JANGAN JADI ORANG JAHAT@KAKI MAKSIAT@ZALIM@PENIPU DLL...
PAS ucap takziah kepada keluarga Hasan Ahmad
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

“Sehubungan dengan itu, negara sepatutnya mampu menyediakan prasarana ekonomi agar kekayaan negara dapat dikongsi bersama tanpa membataskan kedudukan bangsa dan agama,” katanya dalam perutusan Hari Merdeka, hari ini.
Katanya, kemerdekaan yang diburu adalah kebebasan hati, bukan kemerdekaan yang hanya sekadar mengibarkan Jalur Gemilang dan rakyat mesti dipupuk untuk melahirkan jiwa merdeka.
“Inilah kemerdekaan total yang akan PKR perjuangkan. Membebaskan rakyat dari tekanan ekonomi, kebebasan dalam fahaman dan kepercayaan,memberi ruang anak muda untuk meneladani perkembangan akhlak dan moral.

"Dewan Undangan Negeri bernilai AS$ 82 juta (RM300 juta) yang sedang dibina itu mungkin lambang atau contoh paling jelas membuktikan bagaimana ketua menteri dan pegawai-pegawai kanannya menjadikan diri masing-masing kaya,” tulis Clark pada kabel bertarikh13 Oktober, 2006 dan didedahkan oleh portal pembocor maklumat kontroversi Wikileaks.
Kaunselor politik itu juga melaporkan bahawa dia telah disambut oleh timbalan ketua menteri, ketika itu, Tan Sri George Chan (kiri) di sebuah rumah agam yang baru dibina bersebelahan padang golf yang paling eksklusif di Kuching.
"Baharuddin menjelaskan bahawa di Sarawak, hanya tiga syarikat, - Cahaya Mata Sarawak, Naim Cendera Holdings dan Titanium Management Berhad - semuanya dikaitkan dengan keluarga Ketua Menteri, adalah 'pemain utama dalam negeri," kata kabel itu.

















Buku terbaru saya 'Patriots & Pretenders' bertujuan untuk memaparkan fakta-fakta sejarah dalam perspektif supaya generasi baru rakyat Malaysia memahami sistem kelas yang diwujudkan dalam perjuangan anti-kolonial dan mengenali siapa sebenarnya pejuang anti-penjajah.











Beliau berkata permohonan itu dibuat oleh jabatan itu pada Khamis lalu semasa beliau mengadakan perjumpaan dengan wakil JAIS dan Harapan Komuniti, penganjur majlis makan malam di gereja itu.
"Yang pertamanya untuk mengesahkan fakta (berkaitan serbuan JAIS di gereja itu), dan kemudian untuk mengesahkan prosesnya (hak JAIS mengadakan pemeriksaan itu) dan akhir sekali sama ada pemeriksaan itu adalah perkara biasa ataupun tidak.











Tiada ulasan:
Catat Ulasan