HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ
Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم....
وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Ahad, 3 April 2011
DIDUNIA MERUPAKAN DRAMA REAL@SEBENAR...YANG MANA MENGANDUNGI 5 HUKUM.....5 HUKUM SEBAGAI BATAS2 YANG TAK BOLEH DILANGGAR...SYURGA ATAU NERAKA DISEDIAKAN PELAKON2....DIMANA PELAKON BAIK@SOLEH LAGI TAKWA MASUK SYURGA....PELAKON2 JAHAT YANG LANGGAR SEMACAM MASUK NERAKA...BIASANYA PELAKON2 NI DEGIL SERTA SOMBONG MACAM IBLIS JUGA....
Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali dengan panggilan Ku Li memang dianggap umum satu-satunya pemimpin berwibawa Umno yang masih tinggal. Pemimpin dari keluarga diRaja Kelantan itu memang mempunyai pemikiran dan pendirian politik tersendiri, berbanding dengan pemimpin Umno yang telah luput, apalagi dengan pemimpin Umno terkini.
Ku Li yang hampir-hampir memenangi pemilihan Presiden Umno mengalahkan Dr Mahathir apabila beliau hanya kalah sebanyak lebih 40 undi, telah melalui pengembaraan politik yang jauh, berjuang untuk menjadi pemimpin utama negara, sebagai Perdana Menteri (PM).
Dari awal lagi, ketika masih muda Ku LI memang dipupuk dan diasuh oleh PM kedua, Tun Abdul Razak, ayahanda PM sekarang untuk mewarisi kepimpinan Umno, namun nasib tidak menyebelahinya. Beliau sentiasa terhalang oleh keadaan kelangsungan politik persekitaran yang kadang-kadang di luar perhitungan manusiawi.
Perlantikan Ku Li mengetuai Petronas, Pernas, Bank Bumiputra dan lain-lain agensi kerajaan yang dewasa ini lebih dikenali sebagai GLC (Syarikat Milik Kerajaan) merupakan petanda bahawa beliau memang di ‘groom’ untuk nanti mewarisi kepimpinan Umno.
Ku Li menjulang sehingga mencapai peringkat antara Naib Presiden Umno yang mendapat undi terbanyak, tetapi dalam pergolakan politik Umno, Ku Li tidak terpilih untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) ketika Hussien Onn, PM ketiga mengambil alih pimpinan Tun Razak yang meninggal dunia secara mengejut di London pada tahun 1976.
Khabar angin bertiup kencang bahawa Hussien Onn mahu melantik Ghazali Shafie sebagai TPM, tetapi tiga Naib Presiden, Ku LI, Ghaffar Baba dan Mahathir membantah ura-ura itu dan mahukan salah saorang dari tiga Naib Presiden dilantik.
Hussien Onn memilih Mahathir yang mendapat undi paling rendah diantara tiga Naib Presiden. Ku Li terhalang untuk menjadi TPM yang merupakan satu langkah ke hadapan bagi memungkinkan untuk menjadi PM.
Hussien Onn hanya menjadi PM satu penggal sahaja, jawatan itu diserahkan kepada Mahathir yang tidak memilih TPM tetapi membiarkan perlawanan antara Musa Hitam dan Ku Li bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden Umno bagi menentukan siapa di pilih oleh perwakilan Umno sebagai Timbalan Presiden dan sekaligus sebagai TPM.
Ku Li kecundang lagi akibat permainan politik Mahathir. Bulan madu pemerintahan awal Mahathir dengan regunya Musa yang dipanggil era 2M, Mahathir-Musa, tidak dapat bertahan lama. Musa berundur dan akhirnya sampailah saat pertandingan regu Ku Li- Musa, yang menyebelahi Ku Li bertanding melawan Mahathir-Ghaffar untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno.
Mahathir-Ghaffar menang dan Ku Li mengalami kekalahan akibat ada bahagian yang menjanjikan undi baginya, di saat-saat akhir tidak bersamanya. Sejak itu Ku Li mengembara jauh dalam arena politik yang sebelumnya menyaksikan Umno diharamkan pendaftarannya dan Mahathir menubuhkan Umno baru. Ku Li mahu mengekalkan Umno lama dan menamakannya sebagai Parti Semangat 46, mengambil sempena kewujudan Umno pada tahun 1946.
Kegagalan Ku Li untuk mengalahkan Mahathir berkemungkinan persepsi perwakilan Umno bahawa Presiden Umno dan sekaligus PM mestilah berkisar antara anak kelahiran Kedah, Pahang, Johor dan Pulau Pinang. Ku Li yang berasal dari Kelantan tidak diberi kesempatan, walaupun beliau juga membawa nama Tengku dihadapannya, seperti Tunku Abdul Rahman, PM pertama yang berasal dari Kedah. Nama Tengku sahaja tidak cukop bagi Ku Li kerana beliau berasal dari Kelantan.
Ku Li kemudiannya berada di pentas pembangkang dengan mengadakan persefahaman pilihanraya dengan PAS dan DAP. Dengan PAS digerakkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU), tetapi dalam pilihan raya yang diadakan Semangat 46 tidak dapat menandingi Umno-BN yang menggunakan segala jentera kerajaan untuk menjamin kemenangannya. Melaluinya PAS bersama S46 mampu mengambilalih pimpinan negeri Kelantan.
Ku Li akhirnya membubarkan S46 dan menyertai semula Umno tetapi rentetan yang panjang dalam karrier politik Ku Li ini menunjukkan Ku Li pernah berkerjasama dengan pembangkang terutama PAS, maka adalah sewajarnya Ku Li membuat satu penilaian semula terhadap politik baru bagi menyelamatkan negara ini dari politik kotor, jijik, rasuah, ketidakadilan dan penuh dengan fitnah serta dendam kesumat.
Ku Li sebagai ahli politik ulong yang mempunyai kebijaksanaan mampu meningkatkan momentum bersama pimpinan Pakatan Rakyat untuk mengangkat perubahan lanskap politik dan reformasi demokratik penuh keadilan dalam pilihanraya ke-13 bagi menamatkan pemerintahan kerajaan Umno-BN.
Perjuangan Ku Li dalam Umno sudah sampai kepenghujungnya. Terakhir Ku Li diminta berkhidmat untuk menggalas jentera pilihanraya kecil Dun Galas di Kelantan bagi merampas kemenangan dari PAS. Faktor Ku Li adalah sebahagian dari punca sebab kemenangan calun Umno di Galas yang terletak di bawah kawasan Parlimen Gua Musang yang merupakan satu-satunya kawasan yang tidak dapat dirampas oleh PAS dan terus menerus dapat dikekalkan oleh Ku Li.
Sebagai ahli politik Ku Li boleh sahaja berjuang bersama Pakatan Rakyat kerana parti politik hanya satu wadah perjuangan untuk menerajui kepentingan rakyat. Kelihatan Umno-BN yang dipimpin oleh generasi kedua, ketiga Umno sudah tidak sesuai dengan kepintaran generasi lama, walaupun Ku Li bukanlah terdiri dari genarasi pertama Umno, kerana budaya Umno sekarang sangat jelek,kotor dan jijik.
Ku Li sendiri memberikan komennya bahawa video seks yang mengaitkan Anwar Ibrahim tidak dapat diterimanya. Rakyat juga tidak dapat menerimanya. Ia serupa sahaja dengan kes liwat 1998, katanya.
Banyak pertembungan pendapat antara Ku Li dengan pimpinan Umno sekarang. Ia menyentuh bukan perkara-perkara kecil, tetapi melibatkan dasar. Ku Li menentang Kelantan tidak diberi royalti petrol begitu juga royalti minyak untuk Terengganu ditukar menjadi wang Ihsan. Mahathir ialah orang yang melaksanakan rampasan royalti minyak di Terengganu sebaik sahaja PAS memenangi pilihanraya 1999.
Sebagai orang yang terlibat secara langsung merangka perjanjian Patrolium bersama pakar-pakar lain termasuk Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas, Ku Li membela hak negeri-negeri untuk mendapat royalti minyak lima peratus sebagaimana perjanjian yang dibuat antara Kerajaan Persekutuan dengan negeri-negeri yang persekitaran lautnya terdapat deposit minyak dan gas.
Jika Ku Li terus berada dalam Umno, tokoh yang disenangi oleh kawan dan lawan itu tidak dapat membuat sumbangan besar kepada rakyat dengan kapasiti yang ada. Di pentas Pakatan Rakyat dijangkakan beliau mampu memberi sumbangan lebih besar sebelum hayat politiknya berakhir.
Ada yang berpendapat Ku Li tidak berpengaruh lagi kecuali di Kelantan, kerana beliau dianggap sebagai tenaga sudah terpakai, tetapi dengan berada dalam Pakatan Rakyat, ia mampu dikitar semula dan sedikit sebanyak melonjakkan momentum kebangkitan untuk menukar kerajaan Umno-BN yang memerintah terlalu lama.
Kalau pernah pada satu ketika Pakatan Rakyat meuar-uarkan untuk mengambilalih pimpinan kerajaan melalui penyebrangan MP-MP kerajaan kepada Pakatan Rakyat,tetapi tidak menjadi kenyataan,maka adalah lebih wajar,Pakatan Rakyat ,ketika menjelang pilihanraya ke-13 mengajak dan mempelawa beberapa kerat yang masih mempunyai kredebaliti termasuk Ku Li untuk bersama Pakatan Rakyat menukar lanskap politik negara.Mungkin selepas pilihanraya ke-13 giliran anak kelahiran Pulau Pinang pula mampu menerajui negara sebagai PM.Inilah kesepakatan antara komponan Pakatan Rakyat.
KUALA LUMPUR, 3 April : PAS mengakui pernah ada satu ketika dahulu segelintir pemimpinnya mempromosikan pendekatan kafir mengkafir dan memboikot para penyokong dan pemimpin Umno.
"Tetapi mereka sudah tidak ada dalam PAS lagi. Sama ada mereka menyertai Umno atau entah ke mana," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu majlis sebelum ini.
Pemikiran dan pandangan sebegitu bukan pandangan dan pendekatan PAS tetapi pandangan sesetengah pemimpin ini yang sudah pun lari meninggalkan PAS dan menyertai Umno, yang mereka kafirkan dahulu, kerana tidak setuju dengan pendekatan PAS.
Hari ini, akhbar Umno, Utusan Malaysia (gambar) menyiarkan pengakuan bekas ahli PAS yang mengakui pernah pulau sembahyang yang diimami ahli atau pemimpin Umno.
Menurut berita akhbar Umno itu, pengikut PAS yang taksub dengan perjuangan parti itu pernah memulaukan imam Umno dan menganggap sembahyang tidak sah sekiranya berimamkan mereka.
Perkara itu didedahkan oleh bekas penyokong kuat parti itu, Aziz Jusoh, 51, yang mendakwa, ada di kalangan ahli Pas menganggap perkahwinan yang dinikahkan oleh jurunikah UMNO juga tidak sah dan perlu dinikahkan semula.
"Malah, sembelihan orang UMNO juga tidak boleh dimakan sebagaimana yang disebarkan menerusi ceramah Pas pada waktu itu dan ia menjadi ikutan sebilangan besar umat Islam yang taksub termasuk saya sendiri.
“Pada fahaman saya, penceramah PAS pada waktu itu memang mengkafirkan orang-orang UMNO," dakwanya sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Umno itu.
1. Perjuangan Islam bermula dalam keadaan asing atau dagang [gharib ]. Berdepan dengan manusia jahiliah yang rendah upaya untuk membezakan antara haq dan bathil. Sistem nilai yang kabur diselaputi fahaman syirik dan kebendaan. Mereka merajakan nafsu dan mempertuhankan aqal. Rasuulul ummah saw. sebagai utusan Allah swt. difitnah, dinista dan dicerca. Risalahnya ditertawa dan menjadi bahan lelucon ummat jahiliah.
2. Islam dibawa untuk menyelamatkan ummah. Risalahnya disasarkan kepada semua kecuali mereka yang tekun dan konsisten memerangi Islam. Slogan yang dibawa oleh Pendakwah Agong saw. ialah [Aslim Taslam ] Terima Islam Engkau Selamat. Serendah - serendah pangkat manusia seperti lelaki gasar di padang pasir sehinggalah setinggi - tinggi pangkat manusia seperti raja di istana menjadi sasaran risalah Islam.
3. Islam didokong dan diperjuangkan dengan gigih tanpa peduli pahit getir. Islam digalas dan dipertahankan dengan tabah tanpa peduli susah sukar. Gurun sahara diredah dan lautan luas diharungi demi menyemarakan kebangkitan Islam dan mendaulatkan syariatnya. Sabar membelah masa dan merempuh waktu menanti detik janji Allah ditunaikan. Tidak mengenal erti putus asa dan kecewa.
4. Akhirnya Islam tegak berdaulat dengan bertiangkan aqidah, berdindingkan syariat, berbumbungkan jihad dan berlantaikan akhlak. Bumi diimarahkan dengan peraturan dan manhaj rabbani. Keadilan merata kepada semua tanpa membezakan latar belakang agama, bangsa, kaum dan bahasa lidah. Keamanan dan kesejahteraan dinikmati, bukan sahaja oleh manusia bahkan binatang dan tumbuhan.
5. Namun Nabi saw telah menegaskan yang bermaksud:
"Telah bermula Islam dalam keadaan asing , kelak ia akan kembali menjadi asing sebagaimana ia bermula. Maka berbahagialah mereka yang asing [tetap bersama Islam]."
6. Hari ini Islam kembali ditertawa. Syariat dan syiar Islam dipersenda. Kerja dakwah menjadi bahan lelucon. Dunia kembali menganggap pelik cara kita berjuang dan mengajak ummat manusia kembali kepada Islam dan perjuangannya. Menyeru dan mengajak orang menyertai perjuangan Islam dianggap kerja bodoh sebagaimana tanggapan ummat jahiliah. Firman Allah swt yang bermaksud:
"dan apabila diseru kepada mereka , Berimanlah sebagaimana berimannya manusia yang lain. Mereka menjawab : Apakah kami akan beriman sebagaimana berimannya orang - orang yang bodoh. Ketahuilah sesungguhnya merekalah orang - orang yang bodoh akan tetapi mereka tidak mengerti." - Surah al Baqarah : Ayat 13
7. Sungguhpun Islam kembali menjadi asing dan pejuangnya ditertawa dan diperbodohkan, ianya adalah sunnah yang telah dijanjikan kebahagiaannya oleh Rasulullah saw kepada mereka yang tetap gigih berjuang, berjihad dan berdakwah. Biarpun Nabi saw telah sekian lama meninggalkan ummah, namun kesediaan para pejuang menggalas tugas besar untuk menyelamatkan manusia dari neraka Allah adalah tugas berat yang penuh dengan kemuliaan. Istiqamah dan iltizam bersama kerja - kerja amal Islami biarpun disinis dan disindir tajam, ia adalah ghuraba' yang dijanjikan kebahagiaan oleh Rasulullah saw.
8. PAS adalah Gerakan Islam yang membawa pakej perjuangan yang menarik, mengulangi pakej asal yang diperjuangkan oleh Rasulullah saw. Pakej yang dimaksudkan ialah tarbiyah, dakwah dan siasah. Melalui pakej ini, PAS bergerak ke tengah medan lantas mengadun gerakkerja amal Islaminya secara seimbang berasas ramuan 3 elemen dari pakej tersebut.
9. Adunan 3 elemen dari pakej itulah tercetusnya pelbagai slogan seperti :
* Pemuda PAS adalah Duta Penyelamat dan Kasih sayang. Bermaksud Pemimpin dan anggota pemuda PAS turun ke medan, menyantuni masyarakat dengan penuh kasih sayang biarpun mungkin suatu masa dahulu, mereka adalah musuh kita. Mereka menentang kita dengan kejahilan dan hasad dendam yang menyelubungi jiwa mereka. Namun mereka mesti diselamatkan dari terus menjadi hamba nafsu dan syaithan yang menguasai diri mereka untuk memusuhi Islam. Pemuda PAS adalah penyelamat, lalu selamatkan seramai mungkin manusia dari api dosa yang sedang membakar mereka.
* Orang Muda Geng Kite . Adalah slogan lanjutan untuk menterjemah "Duta Penyelamat dan Kasih sayang" bagi mendekati golongan muda dari pelbagai lapisan dan latar belakang. Dari anak muda professional sehinggalah kepada anak muda yang bergelandangan. Mereka didekati oleh pemuda PAS dengan pelbagai cara dan kaedah. Tertubuhnya Alternative Riding Club [ARC] dan wujudnya aktiviti seperti Alternative Futsal Club, Alternative Band Club dan sebagainya adalah untuk melengkapkan usaha mendekati anak muda.
* Jom Sertai PAS . Juga antara slogan popular PAS untuk mendekati semua golongan masyarakat agar mereka menyertai PAS. Menyertai PAS hanya semudah mengisi borang, membayar yuran tahunan dan bersedia mematuhi perlembagaan PAS atau undang - undang tubuh PAS. Penyertaan mereka akan diperkasa dari masa ke semasa melalui proses pentarbiyahan yang wujud di dalam PAS sehinggalah akhirnya mereka menjadi seorang ahli PAS yang soleh dan berjuang. Melalui slogan ini, telah ramai tokoh - tokoh yang suatu masa dahulu sangat memusuhi PAS namun kini berjuang bersama saf perjuangan PAS. Laksana tokoh - tokoh yang menentang Nabi saw kemudiannya menerima Islam lalu gigih berjuang disamping Nabi saw. Kepada mereka Nabi saw menyebut :
"yang terpilih [hebat] di zaman jahiliah jua terpilih [hebat] di zaman Islam asal sahaja mereka memahami Islam."
* PAS For All atau PAS Untuk Semua. Sebahagian dari slogan PAS yang berjaya meletakkan PAS dihati mereka. Bukan sahaja ummat Islam mahu menyertai PAS lalu menjadi ahli yang baik, malah non muslim turut melahirkan hasrat mahu bersama perjuangan Islam lalu tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS [DHPP]. "PAS Untuk Semua" membawa maksud perjuangan PAS adalah untuk semua tanpa mengira latar belakang bangsa dan bahasa malah juga bermaksud semua boleh menyertai PAS asal sahaja mereka bersedia untuk mematuhi dasar dan manhaj perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.
10. Alhamdulillah, melalui gerakkerja amal Islami bersandarkan slogan - slogan di atas, kini menjadikan keluarga PAS kian besar sehingga mencecah angka sejuta. Pada tahun 1985 saya menjadi ahli PAS yang ke 274,589. Kini angka keahlian tentunya telah mencecah 9 angka. Kita menyedari, ada yang menyertai PAS kemudian gugur ditengah jalan kerana gagal bertahan dengan ujian atau tribulasi perjuangan ini justeru itulah sunnatullah, namun kita jangan kecewa dan putus asa untuk terus berdakwah, menyeru dan mengajak masyarakat ummat Islam menyertai PAS dan non muslim menyertai DHPP.
Biarpun seribu manusia sedang mentertawakan gerakkerja Amal Islami yang dilakukan oleh saudara, lalu menganggap dakwah saudara sebagai suatu lelucon dan kebodohan politik, yakin lah saudara sedang menjadi manusia dagang dan asing dengan Islam yang diperjuangkan. Sedang Rasulullah saw pernah menegaskan : Berbahagialah Sang Ghuraba'
Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan
Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Pengundi dalam pilihan raya negeri Sarawak dinasihatkan tidak takut untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) di Sarawak, sebaliknya beri peluang kepada parti pembangkang membuktikan kemampuan memerintah dan membela nasib rakyat dan memajukan Bumi Kenyalang itu.
Rakyat Sarawak boleh dikatakan sudah lama dianiayai Kerajaan BN yang memerintah negeri itu, baru sekarang iaitu apabila merasakan kedudukan tergugat baru hendak menjaga hati rakyat dengan menaburkan pelbagai janji termasuk memberi hak milik tanah yang sudah lama dimohon.
Rakyat Sarawak kena contohi rakyati di beberapa negeri yang diperintah pembangkang ketika ini, termasuk Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang yang terbukti mentadbir negeri dengan baik dan amanah rakyat tidak diabaikan.
Kalau rakyat berapa mengubah keadaan, sudah pasti mereka yang memperolehi faedahnya kerana kerajaan baru yang memerintah sudah pastikan akan melakukan yang terbaik untuk rakyatnya, bukannya seperti BN yang menganggap rakyat atau pengundi mudah ditipu dengan janji manis yang belum akan dilaksanakan setelah kekal memerintah nanti.
Baru sekarang BN menggunakan slogan Rakyat didahulukan, prestasi diutamakan. Slogan itu boleh diibarat sebagai umpan untuk memperdayakan rakyat, tetapi nasib rakyat akan kekal tidak terbela, malah dibebankan dengan pelbagai kenaikan harga barang dan hutang.
Mana buktinya slogannya Rakyat didahulukan, prestasi diutamakan sedangkan kehidupan rakyat semakin tertekan, peluang pekerjaan susah, gaji rendah, sedangkan kerajaan hanya mengutamakan kekayaan kroni.
Berbeza dengan cara pemerintahan negeri yang dikuasai pembangkang, tidak melakukan pembaziran wang rakyat, hak rakyat diutamakan, ekonomi negeri bertambah kukuh dan rakyat hidup lebih tenteram, aman dan sejahtera.
Rakyat kena berapi mengubah keadaan, jangan biarkan sesebuah parti yang gagal memerintah negeri terus diberi kepercayaan, sebaliknya memberi peluang kepada pembangkang melakukan perubahan yang lebih baik daripada sebelumnya.
Di Sarawak, contohnya, jangan biarkan BN terus memerintah negeri hinggakan Tan Sri Taib Mahmud memonopoli kekayaan negeri itu sedangkan rakyat hidup menderita kemiskinan hinggakan tanah pun sukar diberikan hak milik.
Pemberian tanah baru-baru ini hanyalah untuk memancing undi kerana merasakan peluang BN tergugat kali ini.
KULIM, 3 April: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, menjelang pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April ini, banyak lagi lakonan drama yang akan dipentaskan.
Ini, ujarnya termasuklah menampilkan pelakon yang membawa watak dalam video seks lucah yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Pelik, aneh, ajaib dan ganjil. Video seks lucah dinyatakan sebagai tulen. Yang rakyat mahu tahu ialah pelakon yang mirip wajah Anwar. Siapa dia pelakon itu. Yang edar video lucah kenapa tiada tangkapan.
Katanya, rakyat jelata yang ada video lucah didakwa, sementara pemimpin Umno dan BN yang terlibat tidak pula didakwa.
“Inilah keadilan yang dicemari oleh kuasa penyelewengan dalam sistem pentadbiran dan kehakiman negara," katanya yang juga Naib Presiden PAS.
Mengenai rasuah, beliau berkata sepatutnya tangkapan ke atas mereka yang terlibat dengan gejala rasuah dalam negara mestilah bersikap telus dan adil.
“Janganlah hanya tangkapan dibuat ke atas ‘bilis-bilis’ sahaja sedangkan jerung dibiarkan bermaharaja lela,” katanya ketika menyampaikan ceramah isu semasa di Kampung Keladi, semalam.
Menurutnya, tangkapan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Mustafa Salim, hanyalah sebagai salah satu muslihat yang cuba ditunjukkan menjelang pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang.
"Yang kecil-kecil melibatkan rasuah sebanyak RM2,000 seperti mana yang didakwa keatas Adun Lenggeng jadi mangsa kepada percaturan Umno dan Barisan Nasional. Manakala jerung-jerung besar yang melibatkan skandal jutaan dan bilion ringgit dibiarkan bebas secara berleluasa.
"Inilah sikap sebenar BN yang cuba mengelirukan pemikiran rakyat. Pada anggapan mereka, dengan pendakwaan terpilih itu rakyat akan percaya, rasuah sedang dibanteras,” katanya.
Tambahnya, sedangkan yang menghilangkan wang rakyat sebanyak RM50 bilion tidak diambil sebarang tindakan.
Apa lagi, katanya jika yang terklibat dalam penyelewengan adalah kroni dan suku-sakat kepada kepimpinan Umno dan BN.
KUALA LUMPUR, 3 April: Selepas lebih seminggu longkang di Jalan Pahang Barat dekat sini penuh air bertakung, kini nyamuk memenuhi persekitaran jalan ini khasnya di kedai-kedai dan pejabat sekitarnya.
Sebulan lalu, ketika longkang di sini mula bertakung, beberapa pekerja sekitar kawasan ini terkena Denggi yang dipercayai membiak di kawasan ini.
"Bila kami masuk pejabat pada waktu pagi, penuh nyamuk-nyamuk di atas tangga naik ke pejabat kami. Ini sangat membimbangkan," kata seorang pekerja syarikat swasta di situ.
Sungutan tentang nyamuk ini juga datang dari para pengawal keselamatan yang bertugas di sekitar kawasan ini.
Jalan Pahang Barat terletak di tengah-tengah antara dua hospital iaitu Institut Raspiratori, HKL dan Hospital Tawakal.
"Dulu tak banyak sangat nyamuk ni, kini teruk kami dikerjakan," kata seorang pengawal keselamatan yang bertugas di kawasan ini.
Kawasan longkang di depan bangunan baru Hospital Tawakal ini sentiasa saja tersumbat. Sudah beberapa kali ia dibersihkan oleh pihak berkenaan namun kali ini ia sangat teruk.
Ada yang mendakwa ia berpunca dari beberapa kedai makan yang terletak di depan bangunan Hospital Tawakal itu, namun sebab sebenar tidak diketahui.
Ada juga mendakwa ia berpunca dari gerai makan yang terletak di permulaan jalan masuk ke sini namun ia tetap tidak ada bukti yang sahih.
Masing-masing salah menyalah antara satu sama lain, namun yang menjadi mangsa adalah komuniti yang bertugas di kawasan ini.
"Air dalam longkang ini jernih, kami bimbang ia menjadi tempat pembiakan nyamuk yang bahaya seperti Aedis kerana kami dengar nyamuk ni suka air jernih.
"Tiga minggu lalu seorang rakan kami kena Denggi...baru je baik tu," kata seorang petugas syarikat media yang terletak di situ.
Yang menaikkan darah sesetengah pihak di sini adalah tindakan perlahan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengendalikannya.
"Di hujung jalan ini ada pejabat penguatkuasa DBKL, namun yang mereka saman adalah motor dan kereta yang tersalah letak sahaja tetapi longkang yang penuh dengan air mereka tidak saman pula penyebabnya," kata seorang kakitangan Celcom yang juga bimbang dengan pembiakan nyamuk yang merbahaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan