Rabu, 13 April 2011

BUATLAH SELAGI ADA KUASA....INGAT BILA DAH MATI...DAN DIBANGKITKAN....CABUK NERAKA LAGI HEBAT DARI CABUK DUNIA...TUNGGU..

Serangan siber, Malaysiakini tak boleh diakses
Apr 12, 11 6:26pm

Serangan siber yang bermula jam 11 pagi ini menyaksikan semua pelayan (servers) Malaysiakini gagal berfungsi serentak dan menyebabkan ia tidak boleh diakses oleh pembaca.

NONESehingga jam 6.00 petang tadi, laman web Malaysiakini masih tidak boleh diakses kepada pembaca selepas semua pelayannya (server) gagal berfungsi sejak jam 11 pagi tadi.

Pembaca tidak dapat membaca berita yang dikendalikan di pelayan yang dihoskan di dua pusat data - TM Brickfields dan Jaring.

Petugas teknikal Malaysiakini sedang berusaha menyelesaikan ganguan itu sejak pagi tadi dan telah mengenalpastinya sebagai serangan 'denial-of-service attack'.

Serangan siber itu dipercayai menggunakan beberapa komputer dari lokasi berbeza di dunia bagi menyebabkan pelayan Malaysiakini tidak mampu mengendalikan jumlah trafik yang sebegitu banyak.

NONEMalaysiakini sedang berusaha memuat-naikkan bahan berita melaui pelayan baru. Semua berita hari ini sedang dimuatkan ke Facebook. Pembaca boleh mengakses Malaysiakini melalui Nota ia Facebook.

Kami akan kembali dengan laporan penuh, khususnya mengenai pilihan raya Sarawak. Ia juga akan boleh didapati tidak lama lagi melalui Wordpress, Blogspot dan platform lain.

Kami memohon maaf atas masalah teknikal itu dan akan memaklumkan kepada pembaca sebarang perkembangan melalui Facebook dan Twitter.



Najib cuba selamatkan Taib atau singkirkannya?
Andrew Ong
Apr 12, 11
3:38pm

Tanda tanya kini timbul berhubung peranan Putrajaya dalam menentukan tarikh pengunduran Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai ketua menteri Sarawak.

najib rally kuching 100411Semuanya bermula malam Isnin lalu, pada ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di stadium tertutup MBKS di Kuching.

Meskipun Najib menghabiskan sebahagian besar masanya menangkis hujah-hujah Pakatan Rakyat di kawasan bandar, namun jaminannya bahawa Taib pasti akan berundur menarik perhatian media.

Ia adalah ucapan pertama dalam lawatan enam harinya bagi merancakkan kempen BN Sarawak.

NONENamun 24 jam kemudian, Taib mengejutkan pelbagai pihak semasa konsert percuma di Padang Merdeka, Kuching malam semalam dengan mengumumkan bahawa beliau hanya akan meletakkan jawatan dalam “beberapa tahun” lagi.

Walaupun Taib menyebutnya secara sambil lalu sahaja, tetapi ini dilakukan oleh ketua menteri selama 30 tahun itu di hadapan kehadiran Najib. Bagi pemimpin pembangkang dan penganalisis ini boleh diterjemahkan sebagai mengingkari kehendak Putraya.

Putrajaya ambil alih?

Walaupun Najib berulang kali secara umum berkata Taib bukan satu liabiliti untuk BN tetapi bukan menjadi rahsia lagi, beliau kini dianggap membebankan parti komponen BN yang lain.

sarawak election muhyiddin at sibu chinese school  110411 give allocationFokus kini cuba mengalihkan perhatian dari Taib. Pada separuh masa kedua, kempen ini, Najib dan menteri-menteri persekutuan kini dilihat giat berkempen di Sarawak.

Semakan di laman sesawang Jabatan Penerangan menunjukkan majlis-majlis yang dianjurkan di Sarawak kini diterajui oleh menteri persekutuan dan timbalan mereka.

NONESelain itu, mesyuarat mingguan jemaah menteri juga dipercayai dibatalkan minggu ini bagi membolehkan sebanyaka mungkin menteri persekutuan berkempen di Sarawak.

Ini petanda paling jelas BN Sarawak menghantar isyarat SOS kepada rakan-rakannya di peringkat persekutuan untuk campur tangan dan Putrajaya dikatakan mengerahkan bantuan atas inisiatif sendiri.

Tidak terdaya

Setakat ini, kempen BN Sarawak di kawasan bandar dianggap cukup lesu sejak hari penamaan calon lagi.

NONEParti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) nyata tidak terdaya melawan kempen agresif Pakatan Rakyat yang cekap mengeksploitasi rasa tidak puas hati rakyat dengan Taib yang telah berkuasa sebegitu lama.

SUPP yang terdesak kini memberitahu sekiranya mereka tumbang, masyarakat Cina akan hilang perwakilan mereka dalam kerajaan negeri.
Sentimen luar bandar pula sukar dibaca kerana kekurangan maklumat, tetapi berdasarkan apa yang dilapor di akhbar, petugas Pakatan mempunyai alasan untuk bersikap optimistik.

NONEPresiden PRS Datuk James Masing juga berulang kali memberi amaran kerusi-kerusi di luar bandar seperti - Balai Ringin, Ngemah, Belaga dan Pelagus yang majoritinya pengundi Iban juga menghadapi kemungkinan akan tumbang.

Masing yang sebegitu terdesak juga merayu bantuan penyandang kerusi Pelagus, Larry Sng, yang merupakan seterunya yang digugurkannya sebagai calon membantu BN berkempen tetapi permintaan itu ditolak,



'Pegawai SPRM belasah saya dengan batang besi'
Hafiz Yatim
Apr 12, 11
4:41pm

Seorang pegawai pemasaran berkata beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membelasahnya selepas menahannya dua tahun lalu atas dakwaan menerima rasuah.

NONET Sivanesan,24, dalam keterangannya kepada Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock berkata seorang daripada pegawai itu juga menggunakan sebatang besi yang dibungkus dengan surat khabar bagi membelasahnya.

Pukul di kemaluan, letak ais

"Seorang lagi yang dikenali sebagai Mohd Ashraf Mohd Yusof menggunakan rotan bagi memukul di bahagian kemaluan saya. Seorang lagi meletakkan ais di tempat sulit saya.

"Semua ini berlaku ketika saya ditahan oleh SPRM Selangor dan tangan saya digari. Saya juga dibogelkan dan hanya dibenarkan memakai seluar dalam dan semua ini berlaku di Plaza Masalam," dakwanya.

Selain Ashraf, beliau juga menamakan Khairul Nizam, Zulkifli, dan Hairul Ilham Hamzah sebagai pegawai yang memukulnya itu.

Menyambung keterangannya, Sivanesan berkata pada permulaannya, dia ditampar dan ditendang berulang kali oleh lima hingga enam anggota suruhanjaya berkenaan.

Lelaki itu juga berkata seorang pegawai yang dinamakannya sebagai Mogan memaklumkannya bahawa tempat tahanan itu akan menjadi neraka sekiranya beliau tidak berkerjasama.

NONE"Mereka mahu saya tandatangan mengaku bahawa saya setuju ditahan SPRM tetapi saya tak setuju,” katanya.

Sivanesan (kiri) berkata beliau kemudiannya dibawa kepada seorang majistret yang kemudiannya mengeluarkan arahan tahanan reman selama empat hari.

Menurutnya, SPRM menuduhnya menerima rasuah sebanyak RM30,000 dan malah menggelidah rumahnya tetapi tidak menjumpai apa-apa.

"Berikutan tahana reman itu, mereka terus pukul saya selama 15 hingga 20 minit apabila saya pergi ke Plaza Masalam," katanya.





Patung 'Ubah' hampir habis di pasaran
Lee Way Loon
Apr 12, 11
6:08pm

Patung mainan burung kenyalang yang dihasilkan oleh DAP Sarawak bagi kempen pilihan raya negeri hampir habis dijual.

NONEMenurut setiausaha publisiti DAP,Tony Pua, patung yang diberi nama “Ubah” dan dihasilkan sebanyak 30,000 itu dijual pada harga RM10 sebuah. Ia kini dilaporkan kehabisan di kebanyakan tempat di seluruh Sarawak.

Katanya, parti itu juga menghasilkan 30,000 patung yang lebih besar dan dijual pada harga RM60 sebuah.

“Kami baru bawa bekalan terakhir iaitu sebanyak 300 'Ubah' besar dari Kuala Lumpur. Apabila habis dijual, kita tidak akan hasilkan lagi,” katanya.

NONEBeliau juga berkata terdapat banyak rungutan daripada penyokong DAP yang kecewa kerana tidak dapat membeli patung berkenaan.

“Kami langsung tidak menjangkakan ia begitu laris, jadi kami tidak menghasilkannya dalam jumlah yang besar,” kata Pua (berbaju merah).

Jualan 'Ubah' sebegitu laris khususnya ketika DAP mengadakan ceramah-ceramahnya. Penyokong tidak melepaskan kesempatan meminta pemimpin DAP menurunkan tandatangan mereka di paruh maskot itu

Antara yang sering menjadi buruan penyokong adalah tandatangan setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang.

kuching dap guan eng signing ubahPada perhimpunan di Kuching, Ahad lalu, ribuan cuba mendapatkan tandatangan Lim sehingga juruacara majlis meminta kerjasama orang ramai membenarkan Lim beredar kerana terpaksa menghadiri majlis lain.






Penganut Kristian Sri Hartamas dapat gereja baru
Apr 12, 11 7:15pm

Penantian selama 12 tahun oleh penganut Kristian di Sri Hartamas, Kuala Lumpur bagi mendapatkan sebidang tanah untuk membina sebuah gereja baru tidak sia-sia apabila Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar meluluskan kawasan seluas 0.49hektar untuk tujuan itu.

NONEProses kelulusan tanah itu mengambil jangka masa panjang kerana sebelum ini tanah berkenaan dimiliki sebuah syarikat pemaju swasta tetapi diambil alih oleh kementerian beberapa tahun lalu, kata Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Tanah kosong yang bakal didirikan dengan gereja itu terletak bersebelahan Lebuh Raya Jalan Duta-Sungai Buluh.

"Kerajaan berharap gereja yang bakal dibina dapat menampung keperluan ibadat bagi penganut Kristian di sekitar Sri Hartamas dengan mengambil kira pertambahan penganut Kristian di kawasan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ”surat kelulusan perizaban tanah kerajaan” kepada Penasihat Gereja Lutheran Malaysia dan Singapura, Dr Philip Lok di Kuala Lumpur hari ini.

Berdasarkan rekod Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTGWPKL), sejumlah 66 lot tanah yang mewakili 66 buah gereja telah digunakan untuk tujuan gereja bagi penganut Kristian di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Jumlah itu tidak termasuk gereja yang akan dibina di Sri Hartamas nanti.

- Bernama




Umi Hafilda terus 'serang' Anwar di S'wak
Aidila Razak
Apr 12, 11
12:08pm

PKR yang bertanding di kerusi paling banyak di Sarawak mempunyai jadual waktu yang cukup sibuk, khususnya di 25 kerusi yang kebanyakan pengundinya berbangsa Malay-Melanau.

pkr batu lintang ceramah 120411 anwarBagi mendekati masyarakat tempatan dalam usaha menumbangkan BN Sarawak yang diterajui oleh PBB, tanggungjawab itu diserahkan kepada ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bermula dari kerusi Bengoh, kira-kira 70 kilometer dari barat daya Kuching - yang mempunyai majoriti penduduk Bidayuh, Anwar kemudiannya terpaksa bergegas ke lima kerusi lain sekitar pinggir bandaraya itu. Hanya sebuah, iaitu Batu Lintang adalah merupakan kawasan majoriti pengundi Cina,

Kerusi lain adalah - Demak Laut, Tupong, Satok dan Muara Tuang (di mana PAS bertanding) - adalah kawasan majoriti pengundi Melayu yang terletak dalam lingkungan 40 kilometer dari Kuching.

Namun, bukan hanya Anwar yang memberi tumpuan kepada kerusi-kerusi berkenaan. Turut berbuat demikian ialah Umi Hafilda Ali,seorang saksi dalam perbicaraan kes liawat I.

NONEMungkin takdir yang memisahkan kedua-dua mereka daripada bertembung di beberapa lokasi, termasuk di perkampungan nelayan, Kampung Seberang Bako dan kerusi Satok yang merupakan kubu kuat PBB yang hanya satu jam perjalanan.

Mesej yang dibawa oleh Anwar adalah konsisten dan sama dengan perkara pokok yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat: “ Kami mewakili semua bangsa dan agama serta menjamin memberi keadilan untuk semua. Kami bersatu menentang rasuah, khususnya ke atas musuh negeri, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.”

Bagimanapun mereka yang mengikuti ceramahnya malam semalam akan mendapati Anwar turut menyelitkan beberapa petikan al-Quran dalam ucapannya. Beliau mengingatkan penduk Melayu / Melanau bahawa Islam menuntut keadilan dan amalan urus tadbir yang baik.

Ia dikatakan berkesan kepada masyarakat Islam.

pkr batu lintang ceramah 120411 anwarDi Satok, ketika Anwar berceramah kepada kira-kira 1,00 hadirin, seorang daripadanya yang dikenali sebagai Fatimah Suyong, yang berusia lewat 50an memberitahu Malaysiakini bahawa 'kita mesti ingat yang kita akan dinilai selepas meningal dunia kelak'.

“Selepas dikebumikan kita akan disoal oleh Allah. Justeru, kita mesti beribadat dan tidak mengamalkan rasuah,” katanya.

Dan ketika sebuah video yang memaparkan Taib dimainkan, Fatimah menuduhnya sebagai “malaun” sebaik melihat kelibat ketua menteri Sarawak itu. Dakwanya, tanahnya diramapas tidak lama dahulu.



Hata Wahari mungkin disingkir presiden NUJ?
Joseph Sipalan
Apr 12, 11
3:08pm

Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) kini dilanda kekeliruan dan timbul pelbagai muslihat apabila terdapat cakap-cakap bahawa kesatuan itu akan menyingkirkan presiden mereka, Hata Wahari.

Menurut sumber dalaman, terdapat rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin lain kesatuan itu, khususnya di kalangan media Cina yang kurang selesa dengan 'gelagat' Hata sejak menerajui NUJ tahun lalu.

NONEIni dikatakan ada kaitan dengan pembabitan Hata dengan dua projek di luar skop tugasannya sebagai pekerja Utusan Malaysia - iaitu Utusan Rakyat, yang dipelopri oleh naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, dan juga projek peribadinya, Harian Malaysia.

Hata sendiri mengumum rancangannya untuk mengendalikan Harian Malaysia setebal 24 halaman sementara menunggu kelulusan kementerian dalam negeri. Beliau bagaimanapun menafikan terlibat dengan Utusan Rakyat, meskipun Nurul Izzah mendakwa Hata telah bersetuju menjadi ketua pengarangnya.

Adalah dipercayai berikuatn perkembangan itu, beberapa ahli NUJ bercadang memanggil mesyuarat agung luar biasa bagi membincangkan perkara itu dan mengenakan undi tidak percaya ke atas Hata.

Setiausaha agung NUJ, V Anbalagan mengakui cadangan Hata untuk mengendalikan dua penerbitan akhbar berkenaan pernah ditimbulkan oleh ahli jawatankuasa eksekutif kesatuan itu pada mesyuarat mereka 29 Mac lalu.

NONE“Tujuh daripada lapan ahli jawatankuasa hadir, termasuk Hata. Mesyuarat agak terbuka, mereka menyoalnya dan Hata menjelaskan beliau tiada rancangan memulakan mana-mana (penerbitan itu). Kami anggap isu itu mati begitu sahaja,” kata Anbalagan ketika ditemui hari ini.

Anbalagan berkata isu tersebut ditimbulkan lagi oleh beberapa ahli kesatuan peringkat cawangan pada mesyuarat exco Rabu lalu di mana Hata sekali lagi menjelaskan perkara yang sama.

Justeru, katanya ura-ura bahawa undi tidak percaya akan dibuat ke atas presiden NUJ itu tidak benar dan ia juga tidak diperuntukkan dalam perlembagaan kesatuan wartawan itu.


Peguam: Pegawai kastam mungkin tak bunuh diri
Apr 12, 11 7:05pm

Polis telah diberikan beberapa maklumat yang dipercayai dapat membantu siasatan terhadap punca kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur 6 April lalu.

NONE“Terdapat beberapa perkembangan baru yang berkaitan dengan kematian Allahyarham khususnya terdapatnya klu dan keterangan bahawa kemungkinan besar Allahyarham tidak membunuh diri,” kata Ghazali Mohd Ramli, peguam yang mewakili keluarga Ahmad Sarbaini Mohamed.

Ahmad Sarbaini, 55, yang dijumpai mati di kawasan bangunan pejabat SPRM adalah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B kendalian SPRM dan beberapa agensi kerajaan yang lain berhubung kegiatan rasuah dan aktiviti penggubahan wang haram.

Bercakap pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, Ghazali berkata, beberapa petunjuk dan keterangan daripada orang perseorangan itu telah diserah kepada polis Ahad lalu.

Beliau berkata, berdasarkan daripada maklumat dan petunjuk yang diserahkan kepada polis itu terdapat percanggahan dengan apa yang telah dinyatakan oleh SPRM.

"Polis sedang menyiasat dengan mendalam dan pihak keluarga memberi penuh kepercayaan kepada polis...keluarga Allahyarham kini tenang selepas menerima petunjuk-petunjuk baru itu dan mendoakan kebenaran akan terserlah," katanya.

Berhenti spekulasi

Ghazali berharap semua pihak akan berhenti membuat pelbagai spekulasi berhubung punca kematian Ahmad Sarbaini sehingga selesai siasatan polis.

NONE"Pihak kami memberi sepenuh kepercayaan kepada PDRM untuk menyiasat punca kematian Allahyarham dengan menentukan fakta yang sebenar dan seterusnya membawa individu yang bertanggungjawab ke atas kematian Allahyarham ke muka pengadilan sekiranya ada pihak lain yang terbabit," katanya.

Ghazali yang mempunyai pertalian persaudaraan dengan Allahyarham berkata selain itu, semua pihak terutama media juga diharap tidak meneruskan laporan yang memberi gambaran seolah-olah Allahyarham terlibat dengan rasuah dan hidup dalam kemewahan serta mempunyai banyak aset.

Tiga buah rumah

"Harta yang dimiliki Allahyarham adalah harta yang biasa dimiliki oleh kakitangan awam...isteri Allahyarham bekerja sebagai penyelia di sebuah syarikat multinasional," katanya.

Beliau berkata laporan bahawa Allahyarham mempunyai tiga buah kereta memberi gambaran tidak berasas kerana kereta yang dimilikinya hanyalah sebuah kereta Kancil yang dibeli pada 2001, sebuah Honda CRV terpakai yang dibeli pada 2004 dan Proton Pesona yang dibeli beberapa bulan lalu.

NONEGhazali turut menyenaraikan tiga rumah milik keluarga Allahyarham iaitu dua apartment berharga kira-kira RM65,000 dan RM68,000 serta sebuah rumah berkembar berharga RM230,000, kesemuanya di Selangor.

Beliau berkata selepas ditahan oleh SPRM pada 1 April lalu atas alasan membantu siasatan rasuah dan aktiviti pengubahan wang haram dan dibebaskan keesokannya, Ahmad Sarbaini dipanggil semula ke pejabat SPRM pada Isnin dan Selasa.

Ditanya sama ada Ahmad Sarbaini turut dipanggil semula pada hari Rabu kerana laporan akhbar menyatakan beliau pergi secara sukarela, Ghazali berkata perkara itu masih disiasat polis.

- Bernama
















Tiada ulasan: