Sabtu, 2 Oktober 2010

TIADA UNTUNG MEMBUAT SUASAN TIDAK HARMONI.....ADAKAH KITA SUKA HIDUP DALAM PERGADUHAN DAN PERMUSUHAN

Tiada tolak ansur
Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
2010/10/02

Tan Sri Sidek Hassan
Tan Sri Sidek Hassan
Sebarang kenyataan berbaur perkauman dan agama bukan pendirian kerajaan

KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Sidek Hassan, menegaskan kenyataan pegawai awam yang berbaur perkauman dan agama yang tercetus baru-baru ini bukannya pendirian kerajaan, malah mereka akan dikenakan tindakan tegas termasuk tatatertib jika terbukti bersalah.

Beliau berkata, kerajaan akan membendung perbuatan segelintir daripada 1.2 juta kakitangan awam ini yang boleh meruntuhkan kerukunan rakyat pelbagai kaum

Namun seperti mana-mana organisasi, katanya, adalah mustahil untuk menjamin 100 peratus pematuhan walaupun ada peraturan dan garis panduan bagi mengawal selia tingkah laku pegawai awam.

“Kerajaan tidak akan membiarkan sebarang tindakan atau kelakuan yang boleh merosakkan keharmonian kaum yang dipupuk selama ini, terutama oleh pegawai awam sebagai pelaksana dasar kerajaan,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan melalui laman web rasmi beliau, semalam.

Mengenai reaksi yang mendesak kerajaan mengambil tindakan segera terhadap pegawai awam terbabit, Sidek berkata, kerajaan tidak boleh tergesa-gesa bagi memastikan tiada pihak dizalimi dan selaras prinsip ‘rule of law’ serta ‘natural justice’.

“Orang ramai harus faham bahawa sebarang tindakan tatatertib ke atas pegawai awam perlu dibuat mengikut undang-undang dan peraturan tatatertib yang diwartakan, termasuk siasatan rapi serta mengikut tempoh waktu diperuntukkan.
“Berdasarkan Perkara 144 Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib, jelas punca kuasa bagi mengambil tindakan tatatertib ke atas pegawai awam adalah di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)/Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) atau suatu jemaah yang dilantik Yang di-Pertuan Agong.

“Dalam hal ini, tiada pihak lain termasuk menteri diperuntukkan kuasa bagi mengambil tindakan tatatertib ke atas pegawai awam, selain Lembaga Tatatertib,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebelum ini menegaskan beliau tidak kuasa eksekutif bagi mengambil tindakan terhadap seorang pengetua di Kulai Jaya, Johor, dan seorang guru di Bukit Selambau, Kedah, yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, baru-baru ini, berikutan dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, bahawa Menteri Pelajaran enggan menggunakan kuasanya untuk mengambil tindakan ke atas mereka.


Siasat klip video paderi hina Islam serta-merta



Written by Pena Islam
Wednesday, 29 September 2010 11:26
--Berita Dari Utusan---

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah diarah membuat siasatan serta-merta berhubung klip video dalam laman web YouTube yang memaparkan seorang paderi menyampaikan ceramah menghina Islam.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, beliau telah mengarahkan SKMM supaya merekodkan perkara-perkara perlu seperti masa penyiaran, kandungan suara dan simbol yang dikeluarkan oleh paderi tersebut dalam klip video itu.

''Kita akan buat siasatan segera di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan saya sendiri akan pastikan supaya kes ini dibawa ke perhatian pihak berkuasa secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Isu dan Cabaran Dalam Memulihara Arkib Audiovisual di Rantau Tropika di sini hari ini.

Menurut Rais, isu itu merupakan hal yang serius dan kementerian akan mengambil tindakan tidak kira di mana ia dipancarkan sama ad a menerusi laman web YouTube atau Yahoo asalkan ia disiarkan kepada pendengar dan pemerhati Internet di negara ini.

Dalam perkembangan lain Rais berkata, beliau telah berhubung dengan pihak penguat kuasa supaya semua laporan dan siasatan SKMM yang telah dikemukakan kepada mereka mendapat perhatian segera.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0929&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm


--Lagi Berita Dari Utusan---

Pihak berkuasa diminta kumpul bukti

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Pihak berkuasa diminta mengumpul bukti lengkap berhubung isu seorang paderi di Sarawak yang dikatakan menghina umat Islam dan Rasulullah SAW dalam ceramahnya yang disiarkan dalam laman YouTube baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, bukti yang kukuh penting untuk menghadapkan paderi berkenaan ke muka pengadilan.

''Kita tidak mahu ada benda (bukti) penting yang tercicir supaya paderi berkenaan akan dapat disabitkan dengan kesalahan serta menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya bersama-sama menjaga sensitiviti agama,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan seminar bertajuk Kemelut Peradaban Remaja Masa Kini: Perspektif al-Quran dan al-Sunnah di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

Seminar dua hari itu dianjurkan oleh Yayasan Taqwa (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) dengan kerjasama Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam UM dan Panel Sosial Majlis Perundangan Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Turut hadir Pengurus Besar Yayasan Taqwa, Ahmad Ayob Ibrahim dan Pengarah Akademi Pengajian Islam UM, Prof. Dr. Ahmad Hidayat Buang.

Jamil Khir mengingatkan semua pihak termasuk bukan Islam supaya memahami sensitiviti agama lain sebelum ia mencetuskan perkara yang tidak disenangi.

Beliau berkata, ini kerana sensitiviti agama bukan melibatkan seorang individu sahaja sebaliknya seluruh penganut sesuatu agama.

''Semua pihak kena terima bahawa Islam agama rasmi Persekutuan di samping memberi kebebasan beragama kepada penganut agama lain,'' katanya.

Dalam pada itu, Jamil Khir menyarankan universiti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menganjurkan seminar berkaitan remaja secara berterusan supaya dapat mencari idea bernas bagi melahirkan generasi muda yang baik pada masa depan.

Katanya, seminar yang diadakan sekali setahun masih belum cukup untuk mencari pendekatan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda remaja masa kini.

''Jawapan kepada kemelut ini mesti bersifat konkrit dan realiti supaya ia dapat disesuaikan dengan kehidupan golongan itu,'' katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0929&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm


---Lagi Berita Dari Utusan---

Polis buka kertas siasatan

Oleh ASSIM HASSAN
pengarang@utusan.com.myThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung kes seorang paderi yang didakwa menyampaikan ceramah menghina Islam di sebuah gereja di Kuching, Sarawak, baru-baru, mengikut Akta Hasutan 1948.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, pihaknya memandang serius perkara itu yang dianggap boleh mengugat ketenteraman kaum.

Katanya, berikutan itu, pihaknya mengarahkan polis Sarawak mengambil tindakan sewajarnya.

"Kita telah membuka kertas siasatan berhubung tindakan paderi terbabit dan ia dikendalikan oleh polis Sarawak untuk siasatan di bawah Akta Hasutan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu, PDRM telah diarah bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat tindakan seorang paderi yang didakwa menyampaikan ceramah menghina Islam.

Beliau berkata, ceramah yang dimuat naik ke dalam laman web YouTube itu merupakan satu tindakan biadab dan boleh mengugat keharmonian negara.

Beliau yang berang dengan perbuatan itu meminta PDRM merujuk kepada pejabat Peguam Negara merangka tindakan boleh diambil terhadap paderi terbabit.

Akhbar melaporkan pendedahan Presiden Penaja Perikatan Blogger Muslim (MBA), Zainol Abideen tindakan seorang paderi, Benjamin Stephen yang didakwa menghina agama Islam dan Rasulullah.

Paderi tersebut dilaporkan menghina Islam ketika menyampaikan ceramah di sebuah gereja di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Zainol dalam blognya http://mahaguru58.blogspot.com meminta pihak berkuasa bertindak sebelum umat Islam bertindak sendiri.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0929&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm



Rais: SKMM diarah siasat video klip paderi hina Islam serta merta

September 28, 2010
Rais Yatim
KUALA LUMPUR, 28 Sept — Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) supaya membuat siasatan serta merta terhadap klip video dalam laman YouTube yang memaparkan seorang paderi menyampaikan ceramah menghina Islam.

Rais berkata beliau telah mengarahkan SKMM supaya merekodkan perkara-perkara yang perlu seperti masa penyiaran, kandungan suara dan simbol yang dikeluarkan oleh paderi tersebut dalam klip video itu.

“Kita akan buat siasatan secepat mungkin di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, saya sendiri akan tentukan supaya kes ini dibawa ke perhatian pihak berkuasa secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar “Isu dan Cabaran Dalam Memulihara Arkib Audiovisual di Rantau Tropika” di sini hari ini.

Semalam, seorang penulis blog yang juga Presiden Penaja Perikatan Blogger Muslim (MBA) Zainol Abideen mendedahkan tindakan seorang paderi, Benjamin Stephen yang didakwa menghina agama Islam dan Rasulullah.

Paderi tersebut dilaporkan menghina Islam ketika menyampaikan ceramahnya di sebuah gereja di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Zainol dalam blognya http://mahaguru58.blogspot.com turut meminta pihak berkuasa bertindak pantas sebelum umat Islam bertindak sendiri.

Rais berkata isu itu merupakan hal yang serius dan kementerian akan mengambil tindakan tidak kira di mana ia dipancarkan sama ada menerusi laman YouTube atau Yahoo, asalkan ia disiarkan di negara ini kepada pendengar dan pemerhati internet.

“Saya juga akan hubungi pihak penguatkuasa supaya semua laporan dan siasatan SKMM yang dikemukakan dapat perhatian segera oleh mereka,” katanya. — Bernama




SKMM diarah siasat video klip paderi hina Islam serta merta - Rais



2010/09/28

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) supaya membuat siasatan serta merta terhadap klip video dalam laman YouTube yang memaparkan seorang paderi menyampaikan ceramah menghina Islam.

Rais berkata beliau sudah mengarahkan SKMM supaya merekodkan perkara-perkara yang perlu seperti masa penyiaran, kandungan suara dan simbol yang dikeluarkan oleh paderi itu dalam klip video itu.


"Kita akan buat siasatan secepat mungkin di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, saya sendiri akan tentukan supaya kes ini dibawa ke perhatian pihak berkuasa secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar "Isu dan Cabaran Dalam Memulihara Arkib Audiovisual di Rantau Tropika" di sini hari ini.


Semalam, seorang penulis blog yang juga Presiden Penaja Perikatan Blogger Muslim (MBA), Zainol Abideen mendedahkan tindakan seorang paderi, Benjamin Stephen yang didakwa menghina agama Islam dan Rasulullah.


Paderi itu dilaporkan menghina Islam ketika menyampaikan ceramahnya di sebuah gereja di Kuching, Sarawak baru-baru ini.


Zainol dalam blognya http://mahaguru58.blogspot.com turut meminta pihak berkuasa bertindak pantas sebelum umat Islam bertindak sendiri.


Rais berkata, isu itu adalah hal yang serius dan kementerian akan mengambil tindakan tidak kira di mana ia dipancarkan sama ada menerusi laman YouTube atau Yahoo, asalkan ia disiarkan di negara ini kepada pendengar dan pemerhati Internet.


"Saya juga akan hubungi pihak penguatkuasa supaya semua laporan dan siasatan SKMM yang dikemukakan dapat perhatian segera oleh mereka," katanya.-Bernama


Ambil tindakan tegas perbuatan hina agama

KUALA LUMPUR 1 Okt. - Perbuatan menghina agama lain tidak boleh diterima di negara ini dan tindakan tegas harus diambil terhadap pihak yang melakukan perkara itu.

Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan berkata, dalam konteks Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan mengamalkan agama berlainan, setiap individu harus menghormati perkara itu bagi membentuk masyarakat yang harmoni.

"Dalam Islam, Allah tidak membenarkan kita menghina serta mempersendakan agama lain. Islam menghormati perkara itu.

"Sehubungan itu, sebarang tindakan yang boleh mencetuskan polemik antara agama harus dipandang serius.

"Malah tindakan tegas harus dikenakan terhadap mereka yang cuba menganggu-gugat keharmonian yang dinikmati selama ini," katanya ketika ditemui pada majlis Hari Raya Aidilfitri IKIM di sini hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Beliau mengulas tindakan seorang paderi, Benjamin Stephen yang didakwa menghina agama Islam dan Rasulullah ketika menyampaikan ceramah di sebuah gereja di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Mengulas tentang Islamophobia, Nik Mustapha berkata, penganjuran sesi dialog dan seminar antara agama dapat mencari jalan penyelesaian dan memperbetulkan tanggapan negatif masyarakat Barat terhadap Islam.

"Ia perlu bagi meleraikan kemelut dan kebencian terhadap agama Islam yang turut boleh menggugat kestabilan ekonomi antarabangsa dan mengancam keharmonian manusia sejagat," katanya



Jangan sentuh soal sensitiviti kaum, agama

KUALA LUMPUR 1 Okt. - Kenyataan yang didakwa berbaur perkauman melibatkan segelintir pegawai awam tidak seharusnya dilihat sebagai pendirian kerajaan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, kerajaan memandang serius dan tidak akan bertolak ansur terhadap pegawai awam yang didakwa menyentuh soal sensitiviti kaum dan agama.

"Kerajaan tidak akan membiarkan tindakan yang bertentangan dengan keharmonian kaum yang dipupuk selama ini terutama di kalangan pegawai awam yang merupakan golongan pelaksana dasar-dasar kerajaan," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan ekoran arahan Kabinet yang meminta penyiasatan berhubung dakwaan kenyataan berbaur perkauman oleh Timbalan Pengarah Biro Tata Negara, Hamim Husin pada sesi tertutup dengan Pergerakan Puteri UMNO Isnin lalu.

Menurut Sidek, kerajaan juga akan berusaha membendung perbuatan tersebut yang boleh meruntuhkan kerukunan antara pelbagai kaum yang dinikmati selama ini.

"Ini termasuk mengenakan tindakan tatatertib sekiranya benar-benar didapati bersalah.

"Saya juga telah mengeluarkan Surat Pekeliling Am kepada semua Ketua Jabatan Kerajaan mengingatkan pegawai awam berhati-hati dan menghindari daripada mengeluarkan kenyataan sedemikian," katanya

Menurut beliau, Ketua Jabatan akan mengambil tindakan segera dan tegas berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 terhadap pegawai yang terbabit dengan pelanggaran peraturan itu.

"Tindakan secara pentadbiran menggantung pegawai awam yang didakwa mengeluarkan kenyataan sedemikian daripada tugasnya hendaklah juga diambil dengan serta-merta sementara menunggu siasatan lanjut.

"Langkah ini adalah untuk meredakan ketegangan yang mungkin timbul berikutan kenyataan yang berunsur hasutan yang didakwa dikeluarkan itu," katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau mahu orang ramai faham sebarang tindakan tatatertib ke atas pegawai awam perlu dibuat mengikut lunas undang-undang dan peraturan tatatertib yang diwartakan.

"Kerajaan tidak boleh tergesa-gesa mengenakan tindakan berdasarkan sesuatu dakwaan tanpa siasatan rapi serta mengikut undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.

" Sebarang tindakan perlu dilaksanakan mengikut peraturan (peringkat demi peringkat) dan tempoh waktu seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang dan peraturan," ujarnya.

Menurut Sidek, langkah itu untuk memastikan tiada pihak yang dizalimi serta selaras dengan prinsip rule of law dan natural justice.

Dalam pada itu, beliau menyeru semua pihak menumpukan perhatian ke arah merealisasikan pelbagai program dan inisiatif yang telah dirancang kerajaan demi kemajuan dan kesejahteraan negara selaras menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.

"Kita tidak harus membiarkan anasir-anasir negatif menghalang perjalanan kita ke sasaran yang telah kita tetapkan.

"Ini adalah masanya untuk setiap daripada kita sebagai ahli masyarakat menunjukkan sikap yang tenang dan bersabar serta mengelak daripada membuat sebarang kenyataan atau reaksi tidak rasional yang boleh mengeruhkan lagi keadaan," katanya


OIC kutuk kartun hina nabi disiar lagi


2010/10/02

JEDDAH: Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) kelmarin mengutuk penerbitan baru kartun menghina Nabi Muhammad yang mencetuskan bantahan ganas antarabangsa lima tahun lalu.

Dalam kenyataan kelmarin, Setiausaha Agung OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu berkata pihak berkuasa Denmark perlu memikul tanggungjawab moral atas penerbitan karikatur itu, kali ini dalam buku bertajuk, The Tyranny of Silence

Flemming Rose, pengarang budaya akhbar harian Denmark Jyllands-Posten, menerbitkan semula kelmarin kartun lukisan Kurt Westergaard, pada mulanya diterbitkan akhbar itu pada 2005

“Penerbitan buku itu satu cubaan sengaja untuk mencetuskan perbezaan mazhab dan melemahkan usaha masyarakat antarabangsa untuk mengukuhkan kerjasama secara aman antara pengikut pelbagai agama,” kata Ihsanoglu.

“Ia adalah satu pelanggaran dalam artikel ke-20 Pematuhan Antarabangsa ke atas Hak Awam dan Politik (ICCPR) 1966, selain melanggar artikel 140 undang-undang Denmark yang menetapkan perlindungan ke atas sentimen mempersendakan agama dan artikel 266 bagi perlindungan ke atas penghinaan agama.”

Beliau menambah, penerbitan buku itu mengesahkan semula kebimbangan OIC mengenai penyalahgunaan hak kebebasan bersuara bagi memburukkan dan menyebarkan Islamofobia di Barat.

Ihsanoglu berkata, beliau membincangkan isu itu bersama Menteri Luar Denmark, Lene Esperson di New York.
Diplomat dari negara Islam berpusat di Copenhagen menggesa kerajaan Denmark menghentikan penerbitan buku Rose itu, yang memaparkan 12 kartun anti-Islam. – Agensi



Tiada ulasan: