Budaya 'gay', PAS mahu konsert Lambert dibatal | ||
|
"Saya yakin rakyat sependapat dengan PAS, iaitu hiburan adalah tuntutan naluri manusia dengan ada tatasusila ketimurannya dan tidak menyimpang dari norma-norma agama di Malaysia,” katanya.
Menurut Dr Dzulkefly jika “budaya mencium pemain keyboard lelaki, beraksi lucah antara penari lelaki yang lain yang digayakan oleh penyanyi gay itu” yang mahu dibawa ke negara ini, rakyat diyakini akan menolaknya.
Katanya, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Artis Luar Negara (Puspal) sepatutnya tidak semberono bersetuju membawa artis gay itu ke negara ini.
Budaya liar
Ini kerana, kata ahli parlimen Kuala Selangor itu, Lambert sebenarnya dikecam hebat oleh dunia apabila melakukan beberapa adegan kontroversi di pentas Anugerah Award Amerika sebelum ini.
Berikutan itu, rancangan televisyen Good Morning America terbitan ABC di Amerika Syarikat membatalkan penampilan Lambert kerana menolak budaya liar penyanyi gay berkenaan.
“Gaya hidup Amerika yang selalu kita anggap bebas pun menolak semua ini, mengapa kita (kerajaan) yang selalu mengaku kitalah Islam tidak belajar semua ini?” soalnya.
"Kerajaan seakan tidak kisah semua ini kerana selepas konsert Pitbull dibantah 15 Mei lalu pun, kerajaan nampaknya masih memberi kelulusan pada syarikat yang sama untuk menjemput Adam Lambert," katanya lagi
Konsert Mawi: 400 pegawai penguatkuasa pastikan pengasingan penontonKonsert Mawi: 400 pegawai penguatkuasa pastikan pengasingan penonton
Seramai 400 anggota dan pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) akan ditugaskan untuk memastikan arahan pengasingan tempat duduk penonton lelaki dan wanita yang menghadiri konsert Tautan Kasih sempena perisytiharan Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) Bandaraya Islam, dipatuhi..
Mawi dan dasar PAS mengenai dunia hiburan | ||
|
Saya bukanlah mahu mengulas tentang baik atau tidak baik menjemput artis ke Kelantan, atau apa yang dibuat itu haram atau halal. Telah banyak emel dari pembaca lain yang membincangkan hal ini, yang saya sifatkan sebagai ‘kawasan kelabu’ – bukan sahaja untuk PAS, malah untuk umat Islam amnya.
Dunia hiburan secara keseluruhannya bukan sahaja isu Mawi datang ke Kelantan. Sedangkan kawasan ini merupakan kawasan yang 'popular', yang digemari ramai. Maksudnya, majoriti rakyat Malaysia mengemarinya. Bila disebut rakyat Malaysia, ia bukan sahaja Melayu/Islam, malah yang lain lagi. Dunia hiburan ini termasuklah televisyen, Internet, wayang, konsert, persembahan kebudayaan dan lain lain.
Saya melihat ini satu ujian bagi PAS dan ahli-ahlinya, sama ada sudah bersedia atau tidak untuk memerintah Malaysia (dalam hal ini sahaja, belum termasuk ekonomi, politik dan demokrasi), kerana mahu tak mahu, perkara ini harus dirungkai oleh PAS supaya rakyat majoriti jelas mengenai pendirian parti itu dalam isu berkaitan dunia hiburan.
Ia nampak remeh tetapi saya kira kesannya agak besar. PAS sudah tentu ada cita-cita untuk memerintah Malaysia, bukan sekadar Kelantan, Terengganu atau Kedah sahaja. Oleh itu, saya melihat reaksi dan tindak-tanduk PAS dan ahli-ahlinya sangat penting dalam isu ini, kerana ia mencerminkan sikap PAS apabila memerintah nanti.
Bagi PAS pula, harus mengambil kesempatan ini untuk mengkaji reaksi ahli-ahli PAS dan rakyat majoriti dalam isu menjemput artis ke Kelantan. Setakat ini, pada penilaian saya, berdasarkan beberapa surat pembaca di Harakahdaily, banyak yang terkeliru dengan pendekatan ini. Saya juga kecewa kerana meraka hanya melihat isu ini dalam skop yang kecil iaitu Mawi sahaja.
Mereka lebih suka menyatakan ini boleh atau tidak boleh, berdasarkan kelakuan Mawi di Akademi Fantasia. Dari situ mereka membuat kesimpulan konsert di Kota Bahru itu boleh atau tidak. Jadi, apakah PAS sudah bersedia untuk memerintah negara Malaysia ini?
Dalam hal berkaitan Mawi datang ke Kelantan pun sudah keliru dan kecoh. Ini belum hal-hal lain yang lebih besar. Nampaknya banyak lagi yang harus di buat oleh pemimpin PAS
PAS bidas konsert 12 jam tanpa henti | |||
|
Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa mendakwa konsert daripada jam 7 petang sehingga 7 pagi yang dijadualkan pada 15 Mei ini "telah melanggar garis panduan durasi persembahan sesebuah konsert".
"Juga bagi sesebuah kelab hiburan dan disko, ianya dibenarkan untuk beroperasi sehingga pukul 1 pagi ataupun 2 pagi," tulis Nasharuddin dalam kolumnya di akhbar web PAS Harakahdaily.
Pada 6 Mei lalu, Nasharuddin yang juga ahli parlimen Bachok dilaporkan mendesak kerajaan menjelaskan sebab konsert panjang melibatkan kumpulan daripada Barat tersebut diberikan diluluskan.
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) pula dalam kenyataan balasnya kepada Harakahdaily menjelaskan bahawa kerajaan memandang berat kemasukan artis luar supaya mematuhi nilai-nilai budaya dan tatasusila rakyat Malaysia.
'Kelulusan tidak berlandaskan syarat'
KPKK dilaporkan berkata, agen artis yang berkenaan harus menandatangani surat persetujuan untuk mematuhi segala syarat dan peraturan yang ditetapkan untuk mengadakan persembahan di negara ini
"Pitbull berjanji tidak akan melakukan sebarang tindakan, percakapan dan berpakaian yang tidak senonoh jauh lagi menyanyi lagu-lagu berunsur lucah," kenyataan itu dipetik,
Bagaimanapun, Nasharuddin mendakwa berdasarkan kepada kenyataan balas itu, "kelulusan yang dibuat tidak berlandaskan kepada apa yang termaktub dalam syarat ketetapan kemasukan artis luar".
"Kita sedia maklum lagu hit Pitbull ialah Hotel Room Service, I Know You Want Me. Ini bermakna Pitbull sudah semestinya mempersembahkan kedua-dua lagu ini di pentas konsert.
"Bayangkanlah muda-mudi kita berhibur sambil menyanyikan lirik tersebut dengan penuh penghayatan selama 12 jam tanpa henti sambil dikelilingi oleh pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang sudah pasti menimbulkan rangsangan sesama mereka," tulisan Nasharuddin dipetik.
'Lirik galak seks ramai-ramai'
Nasharuddin - sambil memetik memetik lirik lagu Hotel Room Service - mendakwa lirik Pitbull "menggalakkan sesi seks beramai-ramai".
Manakala satu lirik bertajuk Sticky didakwanya menggalakkan budaya menghisap ganja dan pengambilan dadah bagi tujuan rekreasi.
Sehubungan itu, Nasharuddin mempersoalkan bagaimana permohonan dan rayuan syarikat kedua diluluskan sedangkan syarikat pertama memohon terhadap artis yang sama ditolak.
"Yang menghairankan; walaupun dengan segala fakta kandungan lirik lagu Pitbull yang secara jelas berlandaskan unsur-unsur negatif; tetapi masih lagi mendapat kelulusan dari pihak Jawatankuasa Rayuan?" katanya.
Konsert dinamakan '12 Hours Live with Chivalry' pada 15 Mei ini dijadual berlangsung di Arena Tertutup Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Ia juga dilaporkan melibatkan persembahan beberapa DJ dan artis tempatan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan