Sabtu, 16 Oktober 2010

FIKIR2KAN

Gambar sekitar demontrasi bantah roboh surau dan PASTI Bukit Katil..













































Oleh: Pria Malaya

Cuba kalian bayangkan sejenak, sebuah surau dan tadika kanak-kanak muslim akan dirobohkan di Pulau Pinang oleh kerajaan negeri..korang rasa apa yang bakal berlaku?..siapa yg akan menyalak dan memekik membabi-buta? apa pula tajuk2 di media2 ampu Umno/BN dan blogger fanatik mereka??

Sudah pastilah segala makihamun, sumpah seranah, fitnah dan isu perkauman dimainkan oleh penyokong rasis Umno dan PERKASA, dibantu beberapa 'ulama muda' mereka, dan sekutu2nya, isu ini dihangatkan dengan tujuan menaikkan sentimen benci rakyat kepada kerajaan DAP dan PR...

Namun, berita ini tidak berlaku di PP, tetapi ianya berlaku di negeri Melaka, negeri yg diperintah oleh Melayu/Islam..diberitakan semalam, satu demontrasi telah diadakan bagi membantah tindakan kerajaan Umno/BN merobohkan surau dan PASTI kepunyaan penduduk kawasan Bukit Katil..

Mana penyokong Umno, mana PERKASA, mana yb Zul? mana blogger fanatik Umno? semuanya senyap membisu kerana ia tidak melibatkan DAP, musuh no. 1 mereka..maka, tiada keperluan bagi mereka utk memperjuangkan isu ini walau Melayu dan Islam diinjak sekalipun..

Ternyata, segala drama2 yg dimainkan mereka sebelum ini dlm media massa khususnya di Pulau Pinang hanyalah lakonan semata-mata, tidak lebih dari itu..semuanya demi kelangsungan politik dan perjuangan asobiyah mereka...fikir2kan..wallahua'lam..

p/s: ADUN Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong dan rakan-rakan dari kaum Cina (DAP) turut menghadirkan diri memberi sokongan malah bersama penduduk mengunjuk rasa membantah tindakan zalim pihak kerajaan Umno/BN...siapa YB Khoo Poay Tiong?...


Sumber gambar: FB 'Khoo Poay Tiong' dan Angakatan Muda Keadilan Melaka





ADUN DAP Ikuti Usrah PAS

Oleh Sofi Wahab

ADUN Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong bukan sahaja menghadiri program kemasyarakatan bersama rakyat malah turut juga menghadiri majlis usrah anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil.
Minggu lalu beliau telah menghadiri program usrah dwimingguan Dewan Pemuda PAS bertempat di rumah Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Puhat Bedol di Taman Jati, Batu Berendam.


Ketika ditemui YB Khoo berkata beliau ingin mendalami ilmu Islam yang sememangnya sesuai untuk semua kaum tanpa mengira agama dan tempat.

"Saya memang minat untuk mengetahui serba sedikit tentang agama Islam kerana ia adalah agama rasmi negara kita, kawan-kawan saya memang ramai orang Melayu tetapi sebelum ini saya tidak ada kesempatan untuk mendalaminya".

"Dengan kesempatan berkawan bersama orang PAS saya kira ini peluang terbaik untuk saya mempelajari serba sedikit tentang Islam lebih-lebih lagi saya sebagai Wakil Rakyat memang patut tahu kerana dalam Dewan Undangan Negeri banyak isu Islam di bahaskan" ujar Khoo.


Khoo berkata acapkali Sidang DUN Melaka membahaskan isu berkaitan dengan Islam tetapi beliau tidak dapat mengambil bahagian kerana tidak memahami asas-asas Islam. "Kalau saya ada sedikit ilmu tentang Islam sudah tentu saya senang untuk faham dan mungkin boleh sama-sama berbahas dalam isu tersebut" tambah Khoo.

Sementara itu Ketua Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Khairul Che Salleh menyambut baik kesedian YB Khoo Poay Tiong untuk bersama-sama menyertai Usrah Dewan Pemuda PAS Bukit Katil.

"Kita tiada halangan kerana Islam memang sesuai untuk semua itu sebab slogan kita 'PAS FOR ALL".

"Kita memang mengalu-alukan kehadiran beliau dan memberikan peluang sepenuhnya kepada beliau memberikan pandangan dan idea dalam usrah kita" tambah Khairul.

Pendapat Khairul dipersetujui oleh Ketuanya Puhat Bedol yang turut sama menjemput YB Khoo pada setiap kali usrah dan program-program lain.

"Pemuda akan sentiasa menjemput YB Khoo untuk bersama-sama dengan kita dalam apa juga program kemasyarakatan dan seumpamanya bagi menggerakkan jentera Pakatan Rakyat Melaka dalam usaha kita mendekati rakyat".

"PAS, DAP dan PKR mempunyai matlamat perjuangan yang sama iaitu menegakkan keadilan dan kebajikan di samping matlamat utama parti masing-masing, jadi tidak ada sebab untuk kita tidak boleh menggerakkan program bersama dengan lebih serius dan bersungguh-sungguh" ujar Puhat.http://mutaligat.blogspot.com/



Penduduk bantah surau, pusat asuhan diroboh
Okt 16, 10 4:28pm

Lebih 100 penduduk kampung mengadakan tunjuk perasaan secara aman di hadapan masjid Bukit Katil petang semalam kerana membantah tindakan kerajaan negeri Melaka yang bercadang mengambil tanah sebuah pusat asuhan tunas Islam dan surau di kampung berkenaan untuk pembinaan sebatang jalan raya.

Demonstrasi itu anjuran badan bertindak perobohan pusat asuhan tunas Islam (PASTI) dan Surau Bukit Katil.

Menurut pesuruhjaya PAS Melaka, Abdul Ghani Abdul Rahman, penduduk kesal dengan sikap kerajaan negeri yang tidak mahu berunding dengan rakyat khususnya tuan tanah pusat asuhan dan surau berkenaan.

"Rundingan tidak dibuat, tiba-tiba surat sampai untuk beri pampasan. Inilah sikap rakus pihak kerajaan yang jelas tidak mengutamakan rakyat.

“Di sana ada tanah kosong yang boleh diambil untuk buat jalan mengapa tanah di sini yang diambil sedangkan tanah kosong tersebut lebih sesuai tidak melibatkan surau, PASTI dan rumah rakyat," katanya dengan berang.

Menurut Abdul Ghani, tindakan kerajaan itu disifatkan tidak logik kerana jalan yang akan dibina adalah bengkok berbanding cadangan asal yang lebih lurus.

Tunjuk perasaan secara aman ini bagaimanpun diarahkan oleh polis supaya dihentikan kerana didakwa mengganggu ketenteraman awam dan tiada permit.

Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Kamaruddin Sidek berkata penguakuatsaan Akta Tanah yang memberikan kuasa penuh kepada kerajaan untuk mengambil tanah rakyat atas nama pembangunan telah melucutkan hak rakyat.

"Rakyat sudah tidak ada kuasa dan hak ke atas tanah milik mereka sendiri, bila-bila masa kerajaan boleh ambil dan ianya sukar dicabar di mahkamah,"katanya.

Tunjuk perasaan ini juga dihadiri oleh pemimpin Pakatan Rakyat Melaka yang lain. Antara mereka ialah pengerusi DAP, Goh Leong San; ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong; ADUN Bachang, Lim Jak Wong; ADUN Bandar Hilir, Tey Kok Kiew dan ketua AMK Melaka, Hairiz Nordin.

Mereka kemudian bersurai tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini






Bumiputera Berjaya
LAWAN TETAP LAWAN........kerajaan Umno/BN Melaka dibawah kepimpinan pengasas Sekolah Mengandung Luar Nikah Harapan Ali Rustam akan merobohkan surau dan PASTI kepunyaan komuniti Bukit Katil Melaka tempat beliau sendiri jadi ADUN dan Ketua Bahagian Umno....ianya mendapat tentangan begitu hebat dan bersepadu dari PAS/PKR/DAP.......

Hoit!!...!!......Sekolah menggalakkan anak haram dibina dan diberi peruntukkan khas.....maksiat zina diutamakan amalan agama dihapuskan....muhahahahahahaha... kalau insiden ini berlaku di Pulau Pinang... YAB Lim Guan Eng akan dicop sbg anti Islam dan Melayu tapi di Melaka akhbar2 arus Perdana dok pakat senyap.... orang-orang warga emas akan diupah sekali lagi untuk buat bising... muhahahahahahahaha....mana Pemudi Umno?....mana YB Zul?... mana Perkasut a.k.a Perkasam a.k.a Perkosa?... tak nak berdemo dan membantah dan bakar patung ke?.. muhahahahahahahaha.....Ibrahim Ali dimaafkan sebab tetiba masuk Hospital Ampang Puteri dan akan menjalani pembedahan jantung mungkin sebab datuk kena lucut.......itu songkok tinggi mamak Arman Azha.. apa kamu buat......itu hari YB Serdang masuk surau macam nak terbalik dunia kamu melalak, melolong....mana lebih hina dan jijik... roboh surau atau beri bantuan dalam surau...mana lebih mulia .. bina sekolah bunting untuk anak-anak haram atau bina Pasti untuk didik anak-anak bangsa supaya kasih dan kenali Agama Islam...Hoi!! jawaplah.. jangan memekakkan diri...sejahat-sejahat bangsa Yahudi pernah kita dengar mereka robohkan rumah ibadat dan sekolah?.....kini siapa lebih jahat?...Umno/BN atau Yahudi/Zionis.....






Tiada ulasan: