Harakahdaily | |||||||||
KUALA LUMPUR, 14 Okt: PAS mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia yang menentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sehingga kerajaan menangguhkan perancangan tersebut. Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Kementerian Kewangan semalam bahawa langkah berkenaan diambil bagi membolehkan kerajaan mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat untuk memastikan penguatkuasaan GST kelak akan diterima dengan baik oleh semua pihak. “Inilah hikmahnya apabila kuasa rakyat semakin terserlah dan bilangan ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ramai, menyebabkan mereka (kerajaan) merasa gerun perkara ini akan ditentang di dalam sidang Parlimen yang sedang berlangsung,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Menurutnya, kerajaan juga memahami isu penderitaan rakyat jika tidak ditangani dengan sempurna akan membawa padah kepada BN dalam pilihan raya akan datang. PAS, katanya mengharapkan kerajaan janganlah mencari jalan pintas untuk mendapatkan wang dengan mengenakan GST semata-mata, kerana ia melibatkan semua lapisan rakyat di negara ini, terutama kepada mereka yang berpendapatan rendah. Justeru, tambahnya kerajaan perlu membetulkan pengurusan kewangan negara dahulu supaya lebih telus dan memerangi rasuah. “Kos yang tiris inilah sebenarnya yang menyebabkan kerajaan pada hari ini tercekik sehingga memikirkan perlunya GST dilaksanakan. “Janganlah merasa malu untuk belajar daripada pemimpin negeri Pakatan Rakyat yang telah terbukti kewibawaannya dalam menguruskan ekonomi di negeri masing-masing,” ujarnya lagi.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Khamis, 14 Oktober 2010
BILA ALLAH KATA JATUH...MAKA JATUHLAH...BILA ALLAH KATA NAIK....NAIKLAH...
Tangguh GST: PAS sifatkan kejayaan rakyat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan