Dzulfikar Mashoor | |||||||
KUALA LUMPUR, 15 Okt: PAS berharap Bajet 2011 yang akan dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini di Dewan Rakyat tidak akan menambahkan lagi beban rakyat. Naib presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata demikian kerana usaha liberalisasi ekonomi yang dibuat Najib, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I dalam Bajet 2010 pada Oktober tahun lalu telah pun merampas subsidi minyak daripada rakyat. "Bajet 2011 ini, kita harap tidak ada lagi subsidi rakyat sama ada subsidi minyak (RON 95), diesel, gas masak, gula atau komoditi asasi lain dirampas daripada rakyat," ujarnya pagi tadi ketika menghubungi Harakahdaily. Akibat dari itu, katanya kesan berantai seperti harga barang naik, inflasi dan kos sara hidup meningkat dialami oleh rakyat. Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat berkata, Najib seharusnya tidak lagi mengetepi permohonan Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Kakitangan Awam (Ceupacs) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC); iaitu memberi bonus dua bulan gaji kepada 1.6 juta kakitangan awam dan pesara serta memperkenalkan polisi gaji minimum RM900 sebulan dalam semua sektor. "Kerana nak tarik pelabur asing (FDI) dan beri jaminan untung kepada mereka di dalam negara, kerajaan sanggup tidak perkenalkan Akta Gaji Minimum, longgarkan akta berkaitan pekerja serta ambil buruh asing dengan gaji yang rendah. "Akhirnya, kerajaan hanya umum pemberian RM500 bonus kepada kakitangan awam dan pesara ketika mengumumkan Bajet 2010," ujarnya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut mengharapkan Najib mengumumkan penyerahan semula wang royalti minyak Kelantan kepada kerajaan negeri. "PAS harap bajet kali ini akan memulihkan konsep federalisme seperti serah kembali royalti minyak kepada akaun kerajaan negeri, bukannya pusat memberi wang ehsan," ujarnya. Tambahnya lagi, Najib turut dijangka akan mencadangkan tarif air dan elektrik di peringkat kerajaan negeri dinaikkan selaras dengan cadangan tarif elektrik dan air yang dinasihatkan oleh Pusat. Bernama semalam melaporkan, Najib dijangka meneruskan formula liberalisasi ekonomi di beberapa subsektor kerajaaan demi menggalakkan persaingan dalam pelaburan. Subsektor yang dimaksudkan seperti borong dan runcit, telekomunikasi, perniagaan dan perkhidmatan kewangan. Pun begitu, dikatakan Bajet kali ini akan memperlihatkan komitmen pentadbiran Najib dalam mengurangkan beban rakyat sebagaimana pengumuman kerajaan semalam, iaitu menangguhkan pelaksanaan polisi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada tahun depan. Ini kerana, perbentangan Bajet 2011 dilihat untuk memujuk rakyat supaya tidak menolak Umno BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) yang dijangka berlangsung secara mengejut tidak lama lagi
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Jumaat, 15 Oktober 2010
CAKAPLAH APA NAK CAKAP...INGAT! SEMUA APA YANG KITA CAKAP DAN TULIS AKAN DIHISAB....
PAS harap Bajet 2011 tidak rampas hak rakyat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan