Khamis, 28 Oktober 2010



Baitul mal

Baitul mal berasal daripada perkataan Arab (bayt al-mal) yang bermaksud "rumah harta". Dalam sejarah Islam, baitul mal merupakan institusi kewangan yang bertanggungjawab mentadbir cukai. Baitul mal berfungsi sebagai perbendaharaan khalifah dan sultan yang mengurus kewangan peribadi dan perbelanjaan kerajaan. Ia juga mengurus pengagihan zakat untuk rakyat awam. Pakar ekonomi Islam moden menganggap rangka institusi baitul mal sebagai sesuai kepada masyarakat Islam sekarang.

Harta kekayaan milik Daulah Islamiyah

  • Anfal, ghanimah, fai dan khumus.
  • Kharaj.
  • Jizyah.
  • Bermacam-macam harta milik umum.
  • Harta milik negara yang berupa tanah, bangunan, sarana umum dan pendapatannya.
  • Harta usyur.
  • Harta tidak sah para penguasa dan pegawai negara, harta hasil kerja yg bertentangan dgn syarak serta harta yg diperolehi dari tindakan curang lainnya.
  • Khumus harta temuan dan bahan galian.
  • Harta kelebihan dari sisa pembahagian waris dan harta yang tiada pewaris.
  • Harta orang-orang murtad.
  • Pajak.
  • Harta Zakat

Kharaj

Kharaj bermaksud cukai hasil tanah yang dikenakan ke atas orang bukan Islam. Dalam undang-undang syariah, Kharaj ialah cukai ke atas tanah pertanian. Kharaj tidak disebut dalam Quran atau Hadith tetapi lebih kepada ijma' atau persepakatan ulama Islam dan sebahagian daripada tradisi islam atau urf.

Dalam sejarah Islam, kharaj berupa duti yang dikenakan ke atas tanah yang telah dirampas daripada Empayar Byzantine dan Sassanid, sama ada melalui peperangan atau damai. Jika perjanjian damai antara kaum Muslimin dan penduduk ini telah bersepakat mengatakan tanah tersebut adalah milik Daulah Islamiyah (negara), dan mereka mengakuinya dengan membayar kharaj, maka mereka harus menunaikannya. Kharaj menurut bahasa bermakna al-kara' (sewa) dan al-ghullah (hasil). Setiap tanah yang diambil daripada kaum kuffar dengan cara paksa, setelah diumumkan perang ke atas mereka, maka tanah teresbut dikategorikan sebagai tanah kharajiyah. Walaupun mereka masuk Islam selepas penaklukan itu, namun tanah tersebut statusnya masih tanah kharajiyah.

Abu Ubaid meriwayatkan dalam kitab Al-Amwal dari Az-Zuhri yang mengatakan : " Rasulullah s.a.w menerima jizyah daripada orang Majusi Bahrain." Az-Zuhri menambah lagi: "Siapa sahaja di antara mereka yang memeluk Islam, maka keIslamannya diterima, dan keselamatan diri dan hartanya akan dilindungi melainkan tanah. Kerana tanah tersebut adalah tanah fai' (rampasan) bagi kaum Muslimin, kerana orang itu tidak menyerah diri sejak awal, sehinggalah dia terlindungi." Maksudnya sehingga mereka di lindungi oleh kaum Muslimin.

Manakala jumlah kharaj yang wajib dipungut daripada tanah itu hendaklah dikira berdasarkan kandungan tanahnya. Pada masa Umar menetapkan kharaj, beliau meneliti kandungan tanahnya, dan tidak bertindak zalim terhadap si pemilik dan penanamnya. Dalam beberapa situasi beliau telah memungut kharaj untuk setiap 1 jarib dengan 1 qafiz dan 1 dirham. Dalam keadaan dan tanah yang lain beliau memungut kharaj dengan jumlah yang berlainan pula. Di daerah Syam pula beliau memungutl jumlah kharaj yang berlainan . Oleh kerana itu, memang diketahui yang beliau meneliti setiap tanah berdasarkan kadar kandungan tanahnya.

Jika beliau telah menetapkan kharaj tersebut berdasarkan kandungan tanahnya, maka beliau akan mengambilnya bersesuaian dengan apa yang telah beliau tetapkan. Jikalau beliau telah menetapkan kharaj ke atas sebidang tanah dengan kadar tahunan, maka beliau akan memungut kharaj itu pada akhir tahun qamariyah. Ini kerana tahun qamariyah merupakan tahun yang sudah diketahui umum hukum syara'nya. Apabila beliau menetapkan untuk sepetak tanaman, maka beliau akan memungut kharaj pada akhir setiap tahun syamsyiyah. Ini kerana tahun syamsyiyah adalah tahun yang hujan turun dan orang akan mulai bercucuk tanam. Jikalau beliau menetapkan dengan sistem hasil , ianya akan ditentukan bila tanaman itu akan mengeluarkan hasil secara amnya. Kemudian beliau akan memungut kharaj apabila tanaman itu telah mengeluarkan hasil.

Seorang Imam (Khalifah) boleh mengira kharaj dengan memerhatikan perkara-perkara yang sepatutnya berdasarkan tiga aspek ini:

  1. berdasarkan luas tanah, atau
  2. tanamannya, ataupun
  3. akan dikira berdasarkan kadar hasil tanaman yang dapat pada waktu itu.

Jika tanah itu disuburkan sehingga boleh meningkatkan hasil tanamannya, ataupun tanah itu diserang faktor-faktor yang boleh membuatkan hasil tanamannya berkurangan maka perkara sebegini harus diteliti terlebih dahulu.: Jika peningkatan hasil tanaman itu merupakan hasil usaha daripada petani, contohnya mereka telah menggali telaga, ataupun mereka membuat saluran air,maka kharaj mereka tidak akan ditambah walaupun sedikit.

Jika hasil tanaman petani berkurangan disebabkan kerosakan yang mereka lakukan sendiri, seperti mereka merosakkan saluran air, ataupun tidak memanfaatkan telaga yang ada, maka pungutan kharaj mereka tidak akan dikurangkan walaupun sedikit. Malah mereka akan diperintahkan untuk memperbaiki alat-alat yang telah mereka rosakkan. Jikalau hasil pertanian mereka bertambah dan berkurang disebabkan tindakan yang dilakukan oleh negara seperti negara telah menggali telaga (sumur bor) untuk mereka ataupun tidak memperbaiki saluran-saluran air untuk mereka, maka negara boleh menambahkan kharajnya apabila hasil tanaman mereka bertambah, dan wajib menguranginya apabila hasil tanaman mereka berkurangan. Tetapi jika hasil tanaman itu bertambah atau berkurangan disebabkan faktor alam seperti bencana alam yang menyebabkan tanamannya rosak, ataupun hanyut disebabkan banjir. Maka kharajnya akan ditentukan berdasarkan kadar kandungannya sehinggakan penduduk setempat tidak merasakan yang mereka dizalimi. Kharaj juga akan ditentukan untuk jangkamasa tertentu dan bukannya secara berterusan. Penetapan ini boleh berubah-ubah ataupun berakhir pada waktu tertentu kerana kadar kandungan tanahnya juga memerlukan perkiraan yang baru (berubah).


Jizyah

Jizyah ( bahasa Arab: جزْية ‎) adalah hak yang diberikan oleh Allah kepada kaum Muslimin untuk menuntutnya daripada orang-orang kafir, kerana mereka tunduk kepada pemerintahan Islam (Daulah Islamiyah).Jizyah ialah cukai yang dikenakan ke atas individu bukan Islam yang berlindung di negara Islam. Jizyah merupakan harta umum yang dibahagikan mengikut kemaslahatan rakyat, dan wajib diambil setiap satu tahun dan tidak wajib diambil sebelum satu tahun. Hukum jizyah adalah wajib berdasarkan nash Al-Quran. Allah S.W.T. berfirman :

"Sampai mereka membayar jizyah dengan patuh, sedang mereka dalam keadaan tunduk." (Surah At-Taubah:29)

Abu Ubaid meriwayatkan di dalam kitab Al-Amwal dari Hassan bin Muhammad yang mengatakan: Nabi pernah menulis surat kepada Majusi Hajar untuk mengajak mereka memeluk Islam :

"Siapa sahaja yang memeluk Islam sebelum ini, serta siapa sahaja yang tidak diambil jizyah atas dirinya: Hendaklah sembelihannya tidak dimakan, dan kaum wanitanya tidak dinikahi."

Orang-orang kafir wajib dikenakan jizyah selagi mereka masih kufur, namun apabila mereka memluk agama Islam maka jizyah tersebut gugur dari mereka. Jizyah dikenakan ke atas orang , bukannya harta. Maka setiap orang kafir wajib membayar jizyah dan bukan ke atas harta mereka.

Perkataan jizyah diambil daripada perkataan jaza', yang mana jizyah itu diambil kerana kekufuran mereka. Oleh kerana itu jizyah tersebut tidak akan gugur sehingga mereka memeluk agama Islam. Jizyah juga tidak akan gugur walapun mereka ikut berperang. Ini kerana jizyah itu bukan bayaran untuk melindungi mereka. Jizyah juga tidak akan diambil melainkan daripada orang yang mampu sahaja. Allah berfirman: "Illa'an Yadin." Maksudnya kerana kemampuan mereka. Oleh kerana itu jizyah tidak diambil daripada orang yang tidak mampu. Disamping itu jizyah diambil daripada kaum lelaki sahaja dan tidak wajib bagi kaum wanita, anak-anak dan juga orang gila. Walaupun wanita tersebut datang ke negara Islam dan sanggup membayar jizyah sebagai bayaran kerana ingin menetap di sana, namun jizyahnya tidak wajib diambil , dia akan diterima tinggal di negara Islam dan dia bebas untuk tinggal dimana sahaja di negara Islam.

Jumlah jizyah ditetapkan mengikut kebijaksanaan dan ijtihad Khalifah. Harus diingat bahawa jizyah itu hendaklah tidak melebihi kemampuan orang yang berhak membayar jizyah. Daripada Ibnu Abi Najih yang mengatakan: "Aku bertanya kepada Mujahid: 'Apa alasannya penduduk Syam dikenakan 4 dinar sedangkan penduduk Yaman hanya 1 dinar?' Mujahid menjawab: 'Hal itu haya untuk mempermudah'." (Hadis ini dikeluarkan oleh Imam Bukhari).



Zakat

Zakat (زكاة) (dari kata tazakka - mensucikan) (bahasa Inggeris: almsgiving atau tithing) ialah derma yang wajib diberikan orang Islam yang mampu kepada 8 golongan (asnaf) yang berhak menerimanya. Ia merupakan rukun ketiga dari Rukun Islam.

Dari segi bahasa zakat bererti bersih, suci, subur dan berkembang.

Dari surah At-Taubah (09), ayat 103:

(۱۰۳) خُذۡ مِنۡ أَمۡوَالِهِمۡ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمۡ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيۡهِمۡ إِنَّ صَلاَتَكَ سَكَنٌ لَّهُمۡ وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui

Manakala dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.

Menurut siri ceramah agama Islam yang dikomentarkan oleh bekas Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, beliau telah berkata bahawa Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata bahawa: "Berilah zakat kepada seseorang (yang fakir miskin) itu menjadi kaya". Ustaz Dr. Asri telah menerangkan bahawa kenyataan yang dimaksudkan oleh Saidina Umar Al-Khattab itu membawa erti pemberian zakat perlu dilaksanakan sehingga tiada lagi orang fakir miskin serta orang fakir miskin itu telah keluar (bebas) dari wilayah kefakirannya ituApabila Jizyah dikenakan terhadap orang yang mampu, manakala dia keberatan untuk membayarnya, maka dia dianggap mempunyai hutang jizyah. Dia akan diperlakukan sebagaimana orang yang berhutang dalam keadaan yang dia keberatan. Kemudian akan dilihat bagaimana mudahnya

Tiada ulasan: