tak kenal maka tak cinta 1
Mungkin kita terlepas pandang...itulah alasan@senjata paling ampuh dan mungkin itulah ayat paling canggih pada zaman ini ,untuk memohon maaf atau melepaskan diri dari tanggugjawab@amanah,yang telah diabaikan atau tidak dilaksanakan.
Kalau kita lihat dan diamat-amati, banyak perkara yang kita telah terlepas pandang.Terutama dalam kita yang mengaku seorang ISLAM.......cuba kita lontarkan beberapa soalan.....pertama ......adakah kita benar-benar mengenali Allah swt sebagai Pencipta....kedua...adakah kita telah melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Islam lagi mukmin....atau adakah hanya melaksanakannya sebagai hiasan luaran atau istilah sekarang "aksesori' semata-mata...
Kadang-kadang kita hanya beriman kepada anjing dan babi@khinzir.....kadangkala kita rasa mual atau nak muntah mendengarkannya perkataan anjing dan khinzir...malang sungguh malang, kita rasa biasa sahaja apabila mendengar perkara-perkara yang patut dijauhi@dosa besar,seperti zina,mencuri,rasuah,riba dan lain-lain yang setaraf dengannya.Lebih malang lagi, kita tidak merasa apa-apa apabila tidak solat@tidak sembahyang,atau tidak menutup aurat.Malah, ulamak2,tok-tok guru,ustaz2 yang membangkit hal ini dimarah@tidak sukai...ada setengahnya pula menganggap mereka ini telah mengumpat,mencaci,menghina dsbnya.Tak kan ustaz-ustaz ini hendak menegur binatang atau lori-lori kenapa tidak ikut hukum Allah swt....sudah tentu ustaz-ustaz ini akan dituduh gila pula.....
tak kenal maka tak cinta 2
Hingga hari ini ada istilah lawak bodoh bagi orang yang mengabaikan solat....iaitu.....Jamak tak'dan dan jamak takyah...yang membawa maksud tidak sempat jamak@ tidak sempat solat dan tidak payah jamak@tidak payah sembahyang.Semua ini berlaku kerana mereka tidak mengenal Pencipta iaitu Allah swt
........ibadah atau perkara2 baik memang susah hendaklah dilaksanakan....selain dari halangan nafsu ia juga mendapat halangan serta tentang dari syaitan.Lagi mudah kalau kita sendiri berpihak pada syaitan.Modal kita yang dibisik oleh syaitan satu je....apa dia..."Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"....hinggakan kita tak beribadah atau meringan2kan ibadah atau juga menunda2kan ibadah....Kita tahukah bila kita mati...kalau tahu...senanglah...ye kalau sempat tua...ye kalau sempat bertaubat kalau tak sempat masuk neraka lah.Tul tak.....maka berjayalah sudah syaitan mengoda kita...tu kita...bagaimana yang lain...ingat yang bersyukur itu sedikit yang masuk syurga itu juga sedikit....mungkin tuan nak banyak ..duit nak banyak...kereta nak banyak...bini nak banyak...rumah nak banyak.....semua nak banyaklah
....maka tuan pun masuk gulungan banyak.....tak nak...bertaubat...berubahlah kepada taat kepada Allah....jadilah gulungan sedikit yang masuk syurga lagi bersyukur dan memada apa yang ada.Dunia ini tidak kekal yang kekal ialah alam Akhirat kelak....beribadah seolah2 kita akan mati esok hari....
tak kenal maka tak cinta 3
mungkin tidak perasan,atau terlepas pandang istilah sekarang yang sering diungkapkan,cuba kita fikirkan - tentang air,udara,matahari dan lain-lain lagi ,hakikatnya kita tidak boleh menolaknya,bahawa semua itu kurniaan Allah,tiada bil-bil bulanan yang kita terima,malah orang jadi kaya dengan sumber alam yang Allah kurniakan.
2.Kereta,bas,kapal terbang,roket dsbnya - kita nampak dicipta oleh manusia yang bijaksana,tapi adakah kita terfikir bahawa sumber-sumber asas itu dari kurnia Allah swt,termasuk manusia yang bijaksana itu sendiri juga ciptaan Allah swt.
3.Ikan-ikan di laut yang menjadi tangkapan nelayan,sumber rezeki bagi kita,para nelayan malah perniaga-perniaga ikan di pasar...adakah kita berfikir, Allah lah yang menghidupkan ikan itu dan memberi rezeki.
4.Muka kita yang cantik,kacak,sifat yang sempura hingga menjadi kebanggaan,pujian,sanjungan dan pelbagai lagi,adakah emak-bapa kita yang boleh menentukannya...maka, semua ini adalah pemberian Allah swt...adakah kita sedar dan bersyukur.
5.Maka kiaskan yang lain-lain,sebenarnya tiada satu zarah pun milik kita,hakikatnya semua hak Allah swt,kurniaan Allah,segala-gala milik Allah swt.IA lah MAHA AGONG.
tak kenal maka tak cinta 4
sekarang,kita lihat diri kita sendiri,bagaimana kehebatan Allah mencipta diri kita.
1.Segi suara....sudah tentu payah hendak kita fikirkan,tiada letrik,tiada pembesar suara@mic dan alat-alat lain untuk mnghasilkan bunyi atau suara....tapi kita boleh bercakap,menjerit dan lain-lain,malah boleh bersuara walaupun kita sedang tidur@mengigau....ni semua hasil cipta Allah swt yang Maha Hebat.
2.Begitu juga sendi-sendi yang menyebabkan kita boleh brgerak,kita juga boleh mendengar,melihat dsbnya...
3.Banyak lagi contoh-contoh yang boleh diberikan, yang terdapat pada diri kita,dimana sering dibawa dan sentiasa berdampingan dengan kita....sudah cukup untuk kita berasa hairan,untuk kita rasa hebatnya Allah swt menciptanya.Kiaskan la yang lain-lain.
Jika kita perhatikan sekeliling kita semuanya ciptaan Allah swt yang sangat menakjubkan....
Kalaulah kita diberi wang yang tidak ada had pun,bolehkah kita mencipta sesuatu benda yang setanding dengan ciptaan Allah swt,jika boleh pun,kita masih memerlukan sumber-sumber asas, yang juga kepunyaan Allah swt.Itu pun kita sudah merasa besar kepala,megah dengan kuasa,megah dengan pangkat,megah dengan ilmu dll,sedangkan bila kita mati,orang campak dalam longkang pun,kita tidak boleh buat apa2...dapat pangkat, dapat kuasa,mulalah gila kuasa sakan,hingga macam dia tidak tua-tua dan tidak mati- mati,dan merasa ia akan masuk syurga.
Orang berilmu/ulamak yang hebat-hebat,bukan semualah...asyik menutup mulut,tidak menegur maksiat2 yang besar berlaku di depan mata,mereka membisu seribu bahasa...
kita patut tabik kepada mereka kerana mereka sangat berani masuk neraka,dan berani kena seksa di dalam kubur.....dunia2,duit2,pangkat2,kemewahan2...ni yang membuatkan mereka lupa,mereka mencari kesenangan@kemewahan yang sementara...malah mereka mencari jalan untuk mencampakkan diri mereka dalam neraka,memang mereka mencari nahas....sebenarnya mereka sendirilah yang mencampakkan diri mereka dalam neraka...
tak kenal maka tak cinta 5
Inilah contoh mudah bahawa ilmu kita,kudrat kita dan kemampuan kita terbatas.IA, iaitu Allah swt yang menyusun,menyebabkan walaupun kita merancang sebaik mungkin tapi kita gagal melaksanakannya kerana tiada izinNya...@insaf penulis .Mungkin ia tidak kenal menyebabkan apa yang datang Islam atau kata lain dari Hukum Allah dianggap janggal untuk dilaksanakan.Ini kerana ia sudah biasa dengan sistem yang pelajari dan amalkan begitu sejak ia lahir.
Menjadikan ia menolak mentah-mentah hukum atau kaedah Islam....seolah-olah pandai,pangkat dan segala2 miliknya.Ia tidak tahu itulah kurnia Allah swt,Allah boleh menjadikan gila serta merta atau mematikan terus tetapi tentu ia anggap tidak mungkin kerana masih muda dan badan masih sihat.Badan yang muda serta sihat ,kebijaksana,harta yang dimilik tidak mahu digunakan untuk mencari ilmu Allah...atau lain perkataan mencari ilmu2 akhirat.
Mungkin ia berfikir terlalu awal kerana masih muda.Ia tidak terfikir sudah ramai kawan2,keluarga yang telah meninggalnya iaitu mati..hanya giliran dirinya sahaja belum sampai.Khuatir mati ia sebelum sempat belajar ilmu2 akhirat itu.Maka matilah ia dalam kejahilan serta meninggalkan harta,ilmu,isteri serta anak-anak yang belum tentu boleh membantu ia di dalam kubur yang gelap gulita,tinggal ia bersendirian,dan lebih malang kalau ia diseksa kerana mengabaikan Islam@amal semasa di dunia....lebih malang jika masa hidup ia tidak suka hukum Islam....serta mencerca Islam atau pendakwah@penjuang Islam yang ingin Islam diDaulahkan...sedangkan orang yang membuat maksiat tidak benci malah ada kagumi.
tak kenal maka tak cinta 6
mungkin kita mengganggap bila telah memiliki ijazah pertama,kedua serta dr falsafah maka kita tidak tergulung orang jahil.Jahil pada Islam ialah tidak mengetahui ilmu agama,sekurang2 ilmu fardu ain,ditambah tidak mengamalkan Islam yang wajib pada diri kita.Ini pun ada yang fikir dengan mengamalkan asas2 Islam telah mencukupi serta memandang hukum2 lain dalam quran tidak payah dilaksanakan.
Lagi malang,jika kita tidak menguntukkan waktu@masa untuk hadir ke majlis ilmu di masjid@surau, majlis2 ini juga sebenar dianggap majlis
zikir yang menjadikan makanan untuk batin atau rohani....jika kita tidak ambilberat@dibiarkan...hati kita akan menjadi mati.
Matinya hati menyebabkan kita menolak perkara makruf dan suka kepada yang batil,serta malas @berat untuk beramal.Renungkanlah, bahawa dunia ini hanya sementara sahaja dan akan ditinggal apabila ajal kita sampai.Gunakan sisa-sisa hidup yang ada ini untuk mencari Syurga Allah swt.
tak kenal maka tak cinta 7
Kejahilan tidak terhenti pada agama,malah (tidaklah semua orang)....yang ada ijazah,diploma bergulung2..mungkin melambak2 kursus yang dihadiri tapi jahil dalam menjalani sebagai petugas penjawat awam.Belum lagi dikira sebagai penjawat hamba Allah@mahkluk Allah yang ditimbang segala dosa dan pahala.
Lebih2 lagi sudah bergelar pentadbir yang dulu masuk sebagai pekerja biasa yang belum disahkan jawatan.Bila berada di atas, ia lupa masa ia di bawah,dan mungkin dulu ia juga tergulung dalam orang yang mengutuk dan mempersoalkan pentadbirnya ketika ia belum jadi pentadbir,malang lagi kalau dulu pun ia bukan pekerja contoh....cuma contoh pekerja pakar bodek.Apabila dibelakang pentadbir macam2 umpat keji.Ia dulu pekerja sering ponteng,yang sering bercakap 'penatlah,letihlah,dan macam2 lagi,yang menunjukkan ia pekerja biasa sahaja bukan pekerja super....tidak tahulah kalau ia superman yang pakai seluar dalam di luar.Bila jadi pentadbir ia tidak guna bicara seolah-olah ia super, semua tahu,mudah2 mengatakan orang2 bawahan lambat datang dapat gaji haram dan sebagainya.
Haram bukan terletak pada curi masa tapi termasuk rasuah,salahguna kuasa,menindas,cakap tidak serupa bikin,yang lucu,ia sendiri mengutamakan kerja2 peribadi dari bertanggungjawab sebagai penjawab awam.Dosa pahala Allah swt yang menentukan,walaupun garis panduannya telah dinyatakan dalam hukum agama.
tak kenal maka tak cinta 8
Ada pula yang lebih hebat.bukan superman tapi mungkin spiderman...bagi pekerja yang tidak boleh berubah atau dengan kata lain tidak pandai buat kerja disuruh atau digalakkan pekerja itu berhenti kerja.Macam ia pula majikan atau pembayar gaji.Ingatlah,perbuatan itu macam mencurah pasir dalam periuk nasi orang.Kalau perkerja itu tidak pandai berilah kursus atau sebagainya.Jangan kemampuan pekerja hendak disamakan dengan kemampuan kita.Dia,sudah tentu kerja lebih bagus,sebab berharap jawatan lebih tinggi dapat disandang.
Sedang pekerja tadi merana tidak ada mood kerana kebaikan tidak dinilai,mungkin juga sebab tidak pandai bodek,atau tidak dapat menunjukkan ia pekerja bagus kepada orang lebih atas daripadanya.Mungkin juga tidak cukup kipas atau bukan kroni orang atasan itu.Menindas,pilih kasih.dan sewaktu dengan itu haram juga namanya.Hairan juga,kerja2 arahan2 manusia disegerakan,dibuat dengan teliti serta menepati masa.
Kerja2 dengan Allah swt diabaikan atau lewat2kan.Ingat segala yang kita punya,bukan milik kita,baik pangkat,harta,ilmu,kudrat dll,Itu semua milik Allah swt.Jangan takbur,hairankan diri(ujub),ini semua haram.Takbur boleh menyebabkan kita tidak boleh cium syurga.Takbur itu selendang@pakaian Allah swt.Banyaklah muhasabah diri,hadirlah majlis2 ilmu.Kalau tidak hati kita akan mati.Orang yang bijaksana itu orang sentiasa ingatkan mati... al hadis.
tak kenal maka tak cinta 9
Itulah,kalau kita tidak kenal Pencipta atau tidak beberapa kenal,menjadikan kita lupa daratan.Syok sendiri.Perasan.Ditambah dengan pujian2 dari pembodek2...bertambah lekalah.Bertambah ujub,takabur,gila kuasa,dan macam-macam gila.Malahan peraturan sudah baik atau sudah memadai diubah mengikut citarasa sendiri.Tidak memikirkan kerja itu jadi bertindih2....ia memang senang mengarah itu dan ini.
Bagi pihak kena arah macam mana.Kerja sedia ada pun mencunggap2 hendak dibereskan.Ia tentu kurang kerja,cuma banyak membuat mengarah dan mengubah2 polisi baru,sesuailah dengan pangkatnya.Elok kita berpandu Quran dan hadis,bertimbangrasa,memohon pertunjuk dari Allah swt,menghormati orang tua,menyayangi orang muda.Ini penting,sebab dulu ia muda...esok lusa giliran ia tua....itu pun jika sempat tua...jika Allah swt menjemput lebih awal,tidak merasalah tua.
Seperkara lagi,doa orang dizalimi tiada hijab.Ingat juga,jika pemberi khabar itu fasik,hendaklah siasat.Orang yang mengadu domba tidak akan cium syurga.Biasa orang menceritakan keburukan orang lain,ialah yang buruk perangai,sebab ia berbuat begitu bagi menutup keburukan dirinya sendiri,atau jika ia sedar perangai ia buruk,ia hendak beritau pada orang di atasnya,bukan sahaja dia berperangai buruk,ada lagi yang buruk perangai sama dengan perangainya.Lagi harulah kalau perangai buruk itu pun ada pada orang diadu atau yang dibodeknya itu.
Nilai manusia tidak akan tepat sebagaimana penilaian Allah swt,lebih2 lagi orang kita nilai itu memang kita benci,musuh atau tidak sebulu dengan kita.Malang,lebih malang lagi jika kita telah cap atau anggap orang itu negatif sejak awal2 lagi.Bagi saya...mari kita sama berdoa pada orang-orang ini...Biar Allah swt balas setimpal dengan kejahatan@sifat buruknya itu.amin.Bagi pembaca yang kena batang hidung jangan khuatir,sebab kita tidak dapat hukuman dari Allah swt,jika kita tidak membuatnya.Sebenarnya dosa@batil itu jelas,yang hak@benar itu juga jelas...cuma jika kita rasa berdosa....rasa dosa itu, kita buang jauh2...kalau macam itu bila kita hendak menjadi baik atau orang soleh.Jangan hendak jadi kaya@hendak jadi jutaan sahaja...jadi orang soleh tidak mahu pula,tentu orang ini ada something wrong.
tak kenal maka tak cinta 10
Ada pula yang berkuasa,menyuruh membuat kerja sukarela diwaktu cuti yang dikhaskan.Dimana hati perut mereka.Nama pun sukarela...tapi jika yang dikata sukarela,tiba2 orang2 bawahannya tidak datang,takut ia nilai sebagai tidak taat atau tidak patuh...Jadi sudah tentu orang2 bawah dalam keadaan serbasalah atau tertekan.Adakah ia tidak terfikir jika ia sendiri berada ditempat orang bawahan itu, ia juga akan merunggut.Tapi sebab sudah jadi orang atas dan mengarah.sudah tentu,jika kita tanya padanya...ia akan menjawab 'ia akan datang'hehehe..boleh percayake cakapnya itu.
Kalau penulis...penulis akan kata..'POODAH'...orang macam ini kurang pertimbangan,tidak bertimbangrasa,mementingkan diri sendiri atau syok sendiri.Tidakkah terfikir hari cuti hendak digunakan berehat bersama-sama anak2 dan keluarga.Itulah matlamat cuti diberi sabtu dan ahad.Hendak membeli keperluan2 rumah tangga,hadir majlis2 keluarga yang dijemput,dan memang biasa orang membuat majlis2 itu dihari cuti.Jarang orang buat dihari bekerja.Bodohlah orang itu jika buat majlis itu dari bekerja.
Kecuali sudah tiada pilihan lagi.Hari cuti inilah,hendak memperbaiki rumah,membersih rumah,memperbaikan kereta dll,lebih-lebih lagi jika suami isteri bekerja dan ditambah tidak ada orang gaji.Penulis tidak tahu manusia ini,jenis manusia apa...adakah ia tidak ada kawan yang berhati perut,yang boleh memberi nasihat atau memang ia tidak ada kawan.Mungkin kawannya pun satu kepala dengannya.
Cuma penulis hendak beritau orang tertimpa malang ini bersabar,dan tuntutlah hak tuan puan dihadapan Allah swt di mashyar nanti...dengan pertukaran pahalanya bagi pada kita,jika tiada pahala lagi,biar dosa kita ia ambil.Ini sebabkan,apa yang ia buat kepada kita,kita tidak reda dan terasa tertekan...susah berhadapan dengan orang merasa dirinya superman...superman dalam cerita filem tu memang kita tahu dan kita lihat memakai seluar dalam di luar,yang sepatutnya dipakai didalam....nampak lucu tapi benar...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan