Khamis, 14 Oktober 2010

DUNIA TEMPAT ALLAH MENGUJI KEIMANAN DAN KETAKWAAN...SEGALA KITA BUAT AKAN DIHISAB...

Nasib amah Indonesia



2010/10/13

JEDDAH: Pekerja warga asing yang bekerja di Saudi dan tidak dapat membawa isteri bersama kerana tidak layak untuk memperoleh visa kini mencari isteri kedua di negara ini.

Menurut kakitangan agensi mencari jodoh, Ulfat, kebanyakan pekerja kolar biru warga India, Pakistan, Indonesia dan Bangladesh yang dilarang membawa keluarga ke Arab Saudi berhasrat mengahwini wanita Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah ataupun pemegang visa umrah yang melebihi tempoh.


Bagaimanapun, kebanyakan lelaki ini menceraikan isteri kedua mereka apabila mahu pulang ke negara asal.


“Wanita Indonesia jarang mengenakan pelbagai syarat berbanding wanita Pakistan atau India,” kata Ulfat.


Wanita Indonesia biasanya mampu menanggung diri sendiri, maka suami mereka tidak perlu menyediakan kemudahan tempat tinggal. Mereka akan bertemu suami mereka pada hari cuti. Ulfat berkata, wanita Indonesia yang mengahwini buruh asing ini sedar yang mereka akan diceraikan kelak apabila suami mereka pulang ke negara asal. “Selepas bercerai mereka akan berkahwin lagi. Mereka dapat bertahan dengan cara ini sehinggalah mereka pulang ke Indonesia. Sesetengahnya pula terpaksa mengabaikan anak mereka apabila diceraikan,” tambah Ulfat. Menurut Ulfat, wanita Indonesia yang berkahwin dengan lelaki senegara mereka biasanya tidak akan bercerai kerana mereka akan pulang bersama ke Indonesia. “Perkahwinan antara buruh asing dengan wanita pembantu rumah tidak sah di mahkamah Saudi kerana pasangan ini tidak dapat menyediakan dokumen berkaitan,” jelas Ulfat.


“Biasanya mereka menggunakan khidmat ulama tidak berdaftar dari komuniti mereka untuk menguruskan pernikahan,” kata Ulfat lagi.


Seorang pemandu warga Pakistan, Hatim memberitahu Arab News, dia berkahwin lagi kerana tidak dapat membawa isterinya. “Saya perlu bekerja di Saudi untuk tempoh lama jadi saya memutuskan mengahwini gadis Pakistan di sini. Saya akan membawa isteri kedua apabila pulang ke Pakistan kelak,” kata Hatim. - Agensi



Salah sendiri jika dicabul: Ratna



2010/10/13

JAKARTA: Peningkatan kes pencabulan dan serangan seksual sejak akhir-akhir ini turut mendapat perhatian artis Indonesia, termasuk Ratna Galih Primakusuma.

Menurut pelakon yang dikenali melalui sinetron Gita Cinta dari SMA itu, ada banyak faktor menyumbang kepada masalah itu.


“Macam-macam. Boleh jadi pihak lelaki, boleh jadi pihak wanita.


“Kadang-kadang cara wanita berpakaian dan gerak bahasa tubuh mereka juga mudah menggoda lelaki,” katanya ketika ditemui di Jakarta Barat, semalam.


Ratna ditemui selepas menjalani rakaman di stesen televisyen RCTI untuk program DahSyat.


Kata Ratna, kes cabul yang menimpa wanita juga berlaku apabila orang tua enggan memberikan pendidikan sewajarnya kepada anak masing-masing.


Menurut bekas mahasiswa jurusan kesusasteraan Jepun di Universiti Gadjah Mada itu, ibu bapa tidak sepatutnya menjadikan pendidikan seksual sebagai sesuatu yang terlarang.


“Barangkali pengetahuan generasi tua mengenai aspek ini kurang dan anak-anak pula tidak diajar seperti sepatutnya.


“Misalnya, mereka didedahkan mengenai aspek asas supaya anak-anak memahaminya,” katanya.


Pada masa sama, kata Ratna, mangsa serangan seksual juga perlu lebih berhati-hati dan berani membuat laporan kepada polis secepat mungkin.


“Jika dilaporkan, pelakunya boleh ditahan dan secara tidak langsung mengurangkan risiko serangan terhadap wanita lain,” katanya. - Agensi


Polis bebas tiga individu disiasat kes Sosilawati



2010/10/13

KUALA LUMPUR: Polis hari ini membebaskan seorang wanita dan dua lelaki yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Menurut laman web Polis Diraja Malaysia dalam Facebook petang ini, pembebasan wanita itu dibuat dengan bon mahkamah, manakala dua lelaki berkenaan dengan jaminan polis selepas empat suspek kes itu didakwa di Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting di Selangor pagi ini.


Peguam N Patmanabhan, 41, bersama-sama pekerja ladang T Thilaiyalagan, 19, R Matan, 20, dan R Khatavarayan, 30, didakwa membunuh Sosilawati, 47; pemandunya, Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai CIMB Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.


Sosilawati dan tiga yang lain dibunuh di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang Tanjung Sepat, Banting, Selangor antara 8.30 malam hingga 9.45 malam pada 30 Ogos lalu.


Difahamkan wanita itu, Jesyntha Clarene Isreal, 27, dan adik lelaki Patmanabhan serta seorang lagi lelaki, dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur tengah hari tadi.


Dua suspek lain masih ditahan reman sehingga Jumaat ini.-- BERNAMA


Mayat pengusaha kedai komputer ditemui dalam kereta



2010/10/13

IPOH: Seorang pengusaha kedai komputer berusia 51 tahun ditemui mati dalam kereta di hadapan rumahnya di Taman Pusat Bercham di sini hari ini.

Mayat Cheh Chee Li ditemui pada 6.30 pagi ini di bahagian duduk pemandu dengan injin kereta masih hidup selain terdapat saluran paip menghubungkan antara ekzos ke dalam kereta.


Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten komisioner Azisman Alias berkata motif kejadian sedang disiasat.


Bagaimanapun, katanya, polis mengklasifikan kes itu sebagai mati mengejut.


Dalam kes lain, polis sedang mengesan seorang penuntut kolej swasta di sini yang dilaporkan hilang pada 17 September lalu.


Kehilangan Paul Edwin a/l Anthony, 20, berasal dari Taman Seri Wani, dilaporkan oleh bapanya selepas dia tidak pulang ke rumah selepas keluar membeli barang di sebuah kedai runcit berhampiran.


Azisman meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi Timbalan Ketua Polis Balai Jelapang, Sarjan Mejar Zulkifli Jelani di nombor telefon 019-5041909, atau Balai Polis Jelapang 05-5261226.-Bernama



Ahirudin beri keterangan dakwaan babitkan anak Rais



2010/10/13

CYBERJAYA: Penulis blog Rocky's Bru hari ini hadir memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di sini berhubung laporan dalam blognya yang mengaitkan anak lelaki Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Rocky's Bru atau nama sebenarnya Datuk Ahirudin Attan tiba pada jam 11.30 pagi dan selesai memberi keterangan kepada seorang pegawai SKMM satu setengah jam kemudian.


Ketika ditemui pemberita, Ahirudin berkata, beliau diminta hadir bagi memberi keterangan bagi membolehkan siasatan terhadap laporan dalam blognya itu berjalan dengan lancar.


"Soalan yang ditanya berdasarkan kepada perkara-perkara rutin... sama ada blog itu milik saya dan beberapa perkara lain," katanya.


Semalam, Rais membuat laporan polis berhubung dakwaan blog Rocky's Bru itu kononnya anak lelakinya mempunyai kepentingan dalam kementerian berkenaan dengan memperoleh geran RM1 bilion bagi menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara.


Ahiruddin berkata, beliau juga bersedia menyerahkan komputer peribadinya kepada SKMM seperti yang diminta bagi membantu siasatan isu itu.


Katanya, setakat ini, beliau belum dihubungi oleh pihak polis untuk memberikan keterangan berhubung laporan itu.


Beliau berkata, Rais sepatutnya tidak membuat laporan polis sebaliknya menafikan bahawa anaknya terbabit dalam pemberian geran RM1 bilion itu.


"Saya kecewa dengan tindakan menteri. Beliau sepatutnya mengambil masa untuk memahami mesej yang cuba disampaikan," katanya.-Bernama


Empat termasuk peguam didakwa membunuh Sosilawati dan tiga yang lain

Oleh Murni Wan Omar

2010/10/13

BANTING: Peguam N Patmanabhan dan tiga orang lagi didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Datok di sini, hari ini atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Peguam berusia 41 tahun itu didakwa bersama-sama pekerja ladang T Thilaiyalagan, 19; R Matan, 20; dan R Khatavarayan, 30.


Kesemua mereka mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka. Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan.


Pertuduhan terhadap Pathmanabhan, 41, dibacakan dalam bahasa Melayu, manakala pertuduhan terhadap tiga yang lain dibacakan dalam bahasa Tamil.


Kesemua mereka didakwa membunuh Sosilawati, 47; pemandunya, Kamaruddin Shansudin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pegawai bank CIMB Noorhisham Mohammad, 38 antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam, pada 30 Ogos 2010.


Pembunuhan itu didakwa dilakukan di Lot No 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting.


Majistret Hurman Hussain menetapkan 16 Disember ini untuk sebutan semula kes itu selepas Timbalan pendakwaraya Ishak mohamad Yusof meminta tempoh dua bulan lagi bagi mendapatkan laporan tertentu seperti laporan kimia.


Terdahulu tiga daripada mereka dibawa ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan dengan sebuah van, manakala Patmanabhan dibawa dengan kereta Waja yang tiba di perkarangan mahkamah kira-kira 8.30 pagi.


Beberapa minit kemudian pasukan pendakwaan terdiri daripada Timbalan Pendakwaraya Ishak Mohamad Yusof, Idham Abdul Ghani and Saiful Edris Zainuddin tiba di mahkamah.


Pathmanabhan diwakili peguam Ravi Nekoo, R Pushpa, Datuk Ng See Teong dan Amer Hamzah Arshad, manakala tiga lagi tertuduh tidak diwakili peguam.
Ahli keluarga tertuduh juga tidak kelihatan di mahkamah


Tiada ulasan: