Sabtu, 23 Oktober 2010

RAKYAT SEKARANG SUDAH BANYAK YANG BIJAK MENILAI...MANA PENIPU...MANA PENTINGKAN DIRI...SERTA YANG JUJUR...JANGAN CUBA NAK AUTA LA......

Dakwaan ADUN Kuala Nerang muflis tak benar
Okt 22, 10 1:36pm

Dakwaan bahawa ADUN Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim diisytihar muflis seperti dilaporkan oleh portal berita, Malaysian Insider baru-baru ini adalah tidak benar.

Pegawai Khas ADUN itu Sobri Sudin berkata isu itu sengaja direka oleh parti pembangkang dan pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahu menjatuhkan Syed Sobri dan sekaligus mahu mengambil alih kerusi ADUN itu melalui pilihan raya kecil.

Katanya Syed Sobri juga tidak menghadiri prosiding Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 15 Okt lalu seperti yang disiarkan oleh Malaysia Insider dan laporan bahawa mahkamah itu mengisytiharkan muflis ke atas ADUN itu juga tidak benar.

"Soal pembayaran hutang syarikatnya masih dilakukan oleh Syed Sobri bermula 2002 hingga sekarang.

"Saya kira ada pihak yang sengaja hendak menjatuhkan beliau dan mahu mengambil kerusi ADUN daripada beliau, " katanya kepada pemberita pada sidang media di Alor Setar hari ini.

Rabu lalu, laporan Malaysian Insider menyatakan Syed Sobri diisytihar muflis minggu lalu ekoran syarikatnya gagal membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sekaligus membuka ruang kepada pilihan raya kecil.

Sobri berkata isu itu sengaja dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi menjatuhkan Syed Sobri pada Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung.

"Ada laporan yang menyatakan Syed Sobri dihalang masuk bagi menyertai perhimpunan Agung Umno yang berlangsung semalam ekoran status beliau yang muflis juga tidak benar.

"Ini kerana beliau turut serta dalam perhimpunan itu dan mendengar ucapan perasmian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak," katanya.

Beliau berharap tiada lagi pihak-pihak yang membuat kenyataan yang tidak berasas sehingga boleh menjatuhkan imej ADUN Kuala Nerang itu.

- Bernama


Batal perhimpunan, Pemuda PAS WP jumpa Jakim
Abdul Rahim Sabri
Okt 22, 10
12:14pm


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (WP) hari ini membatalkan rancangan mengadakan demontrasi membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW dalam penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo 9 Ogos lalu.

Sebaliknya, ia memutuskan untuk mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Dewan Pemuda PAS Wilayah malam semalam, kata ketua penerangannya, Fadhil Osman. Sebelum ini, bantahan tersebut dirancang diadakan di Masjid Kampung Baru selepas solat Jumaat hari ini.

"Hasil perbincangan, Pemuda PAS Wilayah mengambil pendekatan yang lebih bersifat untuk mendapat sokongan politik.

"Kita akan berbincang mengenai isu ini dengan Jakim. Setakat ini mereka (Jakim) tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan (berhubung isu ini)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Mesyuarat malam tadi juga, kata Fadhil, bercadang menghantar memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung perkara tersebut.

"Memorandum itu sudah siap. Kita akan menghantar surat memohon perkenan mengadap Seri Paduka untuk menyerahkan memorandum tersebut," katanya.

Fadhil berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada Jakim dan Istana Negara petang ini.

Mengulas pendirian pemuda PAS Wilayah Persekutuan itu, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata pihaknya tiada halangan asalkan isu berkenaan ditangani dengan berkesan.

Katanya, tindakan itu diambil kerana mungkin mereka beranggapan masih ramai yang belum mengetahui isu tersebut.

“Nak tukar pendekatan hantar memo kepada Jakim dan Agong kerana merasakan isu ini masih ramai belum mengetahuinya dan mereka merasakan penyerahan memo itu lebih berkesan. Itu ok.

“Tidak mengapa dan saya setuju. Yang penting isu ini mesti ditangani secara berkesan,” kata Nasrudin dalam satu pesanan ringkas sms kepada Malaysiakini.

Semalam, Dewan Pemuda PAS pusat mengumumkan akan mengadakan bantahan secara aman di masijid-masid tertentu di seluruh negara selepas solat Jumaat hari ini bagi membantah tindakan Rosmah yang didakwa menghina syariat Islam itu.

Nasrudin dilaporkan mendakwa tindakan Rosmah, selaku penganjur festival fesyen itu, sesuatu yang keterlaluan.

Di festival itu seorang model - yang tidak menutup aurat - telah memperagakan pakaian dengan tulisan "Muhammad" secara terbalik dalam tulisan Arab pada bahagian dadanya.

Sementara itu, ditanya sama ada pihaknya membatalkan perhimpunan hari ini kerana menerima tekanan, Fadhil berkata:

"Kita tidak menerima tekanan dari mana-mana pihak. Ia adalah hasil persetujuan dalam mesyuarat malam tadi".

Katanya, pembatalan perhimpunan itu hanya di peringkat Wilayah Persekutuan sahaja





Kontrak sosial: Umno lesap saham Melayu?
Okt 22, 10 10:41am

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, saranan presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang menuntut semua pihak supaya jangan mempersoalkan kontrak sosial, tidak mencerminkan ketelusan oleh pimpinan Umno-BN.

"Kontrak sosial menerusi tanggapan apa? Adakah kontrak sosial membenarkan seseorang untuk makan rasuah?

"(Kalau) kerajaan nak cakap tentang kontrak sosial, kita nak tanya apa sudah jadi dengan saham berjumlah RM52 bilion yang sepatutnya diberikan kepada orang Melayu dan orang bumiputera miskin?" soalnya.

Lim mengulas konsep kontrak sosial yang diungkapkan oleh Najib pada ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno, semalam.

Pada ucapannya Najib menyorot peristiwa berkaitan perbalahan yang membabitkan perkauman pada abad ke-20 yang menyaksikan paparan kes-kes hukuman tanpa perbicaraan di Amerika Syarikat, tragedi “holocoust” di Eropah, penyembelihan rakyat Palestin di Asia Barat serta penghapusan etnik di Bosnia dan Rwanda.

Najib turut dikatakan menyeru kepada generasi rakyat Malaysia yang mengambil pendirian untuk mempersoalkan kewajaran kontrak sosial kebangsaan yang telah dimuafakatkan pendahulu mereka sebelum ini.

Dalam pada itu, Lim mempertikaikan parti tunjang BN, apabila tidak menunjukkan sebarang langkah atau inisiatif yang proaktif untuk membela nasib golongan miskin Melayu dan bumiputera.

"Mengapa tidak ada Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk mengenalpasti siapa yang melesapkan wang ini? RM52 bilion sudah kena 'kebas'. Takkanlah mereka tak ambil peduli langsung. Itu yang jadi tanda tanya dan persoalan utama. Kontrak sosial untuk siapa. Untuk diri sendiri atau untuk rakyat?

"Kalau untuk diri sendiri, itu yang kita tentang, kerana kalau kita cakap tentang RM52 bilion, dia (Umno-BN) sendiri akui RM54 bilion yang diberikan tinggal RM2 bilion. Siapa yang ambil?" soalnya.

Justeru, Lim mempersoalkan tindakan pihak bertanggungjawab yang sepatutnya menghukum mereka yang didapati menyeleweng dan khianat kepada amanah yang diberikan.

"Kita tahu ini semua pemimpin dan kroni BN dan Umno yang dapat. Adakah kerana itu mereka tak mahu buat sebarang siasatan?" bidas Lim yang juga adalah ahli parlimen Bagan



Awang Adek: Negara maju tak persoal bangunan besar
Jimadie Shah Othman
Okt 22, 10
1:16pm


Datuk Awang Adek Hussin berkata penyediaan projek besar, termasuk pembinaan bangunan pencakar langit cukup penting untuk menjana pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan menyediakan infrastruktur kelas pertama.

Sehubungan itu, timbalan menteri kewangan itu menyeru orang ramai supaya tidak tertipu dengan pembangkang yang didakwanya tidak mahu menlihat ekonomi negara itu meningkat maju.

"Kalau boleh mereka tidak mahu melihat kadar pertumbuhan ekonomi kita tinggi, supaya mereka boleh menghasut rakyat untuk benci kepada kerajaan," katanya yang juga ahli majlis tertinggi Umno.

"Perlu diingatkan, di negara-negara maju, tidak ada orang pun yang mempersoalkan projek-projek besar. Bangunan pencakar langit bukan satu atau dua, bahkan semuanya adalah bangunan-bangunan tinggi.

Minggu lalu, ketika membentangkan Bajet 2010, Perdana menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembinaan projek bangunan 100 tingkat yang bakal menjadi bangunan tertinggi di Malaysia dan antara yang tertinggi di dunia.

Projek itu bagaimanapun ditentang hebat pelbagai pihak, terutama pembangkang. Malah kempen di Internet melalui kumpulan di laman Facebook juga mendapat penyertaan yang memberangsangkan daripada rakyat Malaysia yang menolak projek mega itu.

Bercakap dalam mesyuarat agung Umno 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur hari ini, DrAwang Adek menyifatkan pembangkang sebagai hipokrit yang "tak sabar-sabar nak masuk Putrajaya" sedangkan projek itu pernah dikiritiknya sebelum ini.

"(Pembangkang) cakap tak serupa bikin. Kita tak boleh, dia tak apa," katanya.

Menurut Dr Awang Adek lagi, pelaburan besar-besaran dalam infrastruktur merupakan strategi bijak mempelbagaikan pelaburan supaya negara tidak terlalu bergantung pada pelaburan asing


Ibrahim Ali tak sabar hendak berjuang lagi
Aidila Razak
Okt 22, 10
12:22pm


Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali yang menjalani pembedahan pemintasan jantung Isnin lalu, dijangka dibenarkan keluar daripada hospital minggu hadapan.

Ahli parlimen Bebas yang mewakili Pasir Mas itu kini berada di wad biasa dan kelihatan sudah pulih dan kuat serta mampu berbual dengan pelawat yang menziarahinya.

"Pada mulanya, beliau minta (kepada doktor) untuk keluar dari wad minggu ini, tetapi doktor memberi tempoh sampai minggu hadapan. Beliau tak sabar-sabar nak berjuang," kata Ketua Wira PERKASA, Arman Azha Abu Hanifah.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Arman bagaimanapun berkata Ibrahim kini hanya dibenarkan makan makanan yang ringan seperti bubur.

Menurutnya perkembangan terbaru itu dilihatnya semasa beliau melawat bosnya itu, semalam.

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan setiausaha agung, PERKASA, Syed Hassan Syed Ali, berkata MP Pasir Mas itu telah dipindahkan dari unit rawatan rapi ke wad biasa.

Mampu bercakap

Katanya, tiga hari selepas menjalani pembedahan pintasan jantung, Ibrahim kini boleh berjalan dan mampu bercakap.

"Dia ditempatkan di sebuah bilik VIP di wad biasa. Hari ini dia menjalani rawatan fisioterapi dan diarahkan supaya terus berehat beberapa hari lagi di katilnya,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam.

Menurut Syed Hassan, Ibrahim kini boleh bercakap dengan biasa tetapi doktor telah menasihatkannya supaya mengehadkan jumlah pelawat yang boleh menziarahinya agar pemimpin politik yang lantang itu dapat berehat.

Ibrahim menjalani pembedahan yang berjaya di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur pada Isnin lalu setelah mengadu sakit dada dan tidak sihat sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Antara pemimpin yang melawatnya, termasuk ahli politik yang sering 'bertikam lidah dengannya iaitu Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin

Tiada ulasan: